Beberapa hari lepas aku ada bersembang dengan kawan, mengenai hal berbuka zaman aku kecil dulu dan zaman anak aku kecil nih.
Zaman aku kecil dulu, aku sangat seronok menanti waktu berbuka. Dulu mana ada mak nak beli makanan kat PARAM ker apa ker... semua masak sendiri. Seingat aku, aku akan makan banyak. Tapi, now, anak anak aku jenis makan skit jer. Semuaaaaaaaa anak anak sama jer.
Tertanya tanya aku, adakah kerana aku tak reti masak ? Atau memang mereka macam tu sebab tu mereka sangat kurus sorang sorang ?
Ada lagi kawan, cerita lah hal dia mesti nak lauk berjenis jenis atas meja setiap kali makan. Kekadang 7 lauk sekali hidang. Kari, lemak, asam pedas segala makneka dok atas meja sekadar dia rasa best makan banyak banyak jenis.... cuma sedikit sajalah untuk setiap jenis masakan.
Aku ada juga sesekali buat gitu... tapi aku last last jadi marah bila dia cerita hal masa dia kecil, mak dia ajar dia makan macam tu... makan berjenis jenis lauk... dan dia cerita la itu ni hal dia semasa kecil yang menunjukkan ayah dia orang yang membeli sakan la lauk lauk nih...
Ohhhh... aku kemudiannya jadi sangat tersinggung !!!
Dia sudah seperti meninggi diri pula aku rasakan. Padahal mungkin dia tak berniat pun.
Aku kata... mak aku tidak masak banyak jenis sangat lauk atas meja kerana kami orang miskin. Selalu kami makan nasik berlaukkan ikan selar kuning kecik nipis tu sahaja... kalau dapat pun sekor sorang, mujur ! Sayur plak, kami dapat sayur kangkung, sayur keladi atau pucuk paku serta pucuk ubi yang mak cari kat belakang rumah.
Sesekali bila mak berkebun, kami makan sayur kebun kami. Kami makan timun, kacang, terung dan apa apa la. Mak sangat rajin.
Bila mak berkebun, hasilnya kami adik beradik jual pada jiran jiran.
Dia pertikaikan... tak mungkin peneroka felda miskin ?
Aku cakap, peneroka ada dua jenis. Ada yang datang ke felda tetapi mereka ada tanah di kampung... dan tidak miskin. Ada yang datang ke felda dari melarat... tak berharta. Dan family aku adalah jenis ke dua tu.
Dan ada juga jenis yang sangat rajin mengubah nasib keluarga... ada juga jenis yang cukup sekadar apa yang ada... dan family aku jenis yang kedua...
Tapi, apa-apa hal pun, aku bersyukur ada parent yang aku ada nih. Adik beradik aku tetap menjadi orang... tidak la pula jadi penagih dadah ker apa ker seperti jiran aku yang sangat sangat rajin sampaikan halaman rumah dia tak ada sehelai daun pun... dan ladang dia sangat bersih... rumah dia pun dah besar masa kami kecil dulu.... tapi nasib dia tak sebaik apa yang dilihat di mata bila anak dia jadi penagih dan bla bla bla... Itu la ujian Tuhan...
Jadi, biarpun makanan yang mak masak tu tidaklah semewah orang lain, tapi aku rasa sangat sedap. Kami tak ada peti ais, mak simpan ikan yang ayah aku beli dengan cara rebus dengan asam dan garam. Ikan tu bila digoreng, sangat rangup. Mak masak ikan singgang dari ikan rebus tu jugak bila ikan tu nak abis... hanya tambah lengkuas, bawang dan cabai... sedappppppp sangat...
Mak masak kuih buah melaka... yang arwah ayah aku suka. Meletup dalam mulut. Mak masak kuih badak berendam, puteri mandi... mak masak itu ini... semuanya sedap.
Tapi aku tak reti sangat masak. Beli jer kat PARAM... tapi semuaaaaa tak sedap biarpun kelihatan sedap.
Sesekali mak masuk bendang kutip pokok sudu itik... dan mak buat kerabu... sedap sangat... atau buat kerabu bunga betik jantan yang tak pernah berbuah tu... atau buat kerabu selom...
Kekadang kami masuk ladang, cari pucuk paku... mak ajar aku mengenal pucuk paku yang boleh dimakan... (sekarang ni aku dah lupa). Sedih pulak aku ingat ingat...
Oh ya... kalau kami nak minum air batu, kami beli kat jiran sebelah rumah. Kekadang mak minta mereka simpan makanan kami dalam peti ais mereka... kadang kadang saja.
Seingat aku, rumah aku kecil sampai aku besar. Rumah tu hampir roboh rasanya... bila berjalan, lantainya akan berbunyi kriok kriok... dan kami terpaksa berjalan menjingkit bila arwah ayah aku tidor... sebab dia sangat marah bila kami buat bising. Ada suatu suatu masa, rumah tu akan senget kerana satu tiangnya dah lari. Dan pernah juga jiran jiran bersama arwah ayah aku angkat rumah kami dan betulkan semula tiang tu.
Disaat orang lain ada TV, kami menumpang tengok di rumah mereka. Bila rumah kami ada TV (hadiah kerana aku mendapat nombor baik dalam kelas), sangat seronok biarpun hitam putih. Kalau nak tengok TV kaler, kena beli plastik 3 kaler dan letak depan TV. Dapat la tengok TV kaler... hehehe...
Masa orang dah tahu HULK tu hijau, kami masih tidak dapat bayangkan. Aku menjengok jengok rumah orang untuk lihat HULK kaler hijau... dan ada anak dia sengaja lindungkan atau tutup pintu/tingkap mereka. Hehehe... budak budak...
Ohhh... kehidupan aku semasa kecil sangat susah... Tapi tidak la sesusah orang Somalia atau Rohingya tu... Tapi tetaplah susah berbanding kawan aku....
Aku tak ada gambar semasa kami kecil. Abang aku ada... teringin aku nak mengimbau semula kenangan lama bersama adik beradik aku.... hmmmm....
Alangkah bertuahnya anak anak sekarang !
Suami aku juga dari keluarga yang miskin semasa kecil, jadi dia seperti aku... tidak kesah jika dihidangkan nasik sayur pucuk kayu dengan ikan masin !