hargailah... masamu..


Myspace Clocks, Hearts Clocks at WishAFriend.com

Dibawah lindungan ka'abah............. tulip

(Kisah Benar) "Abang! Ini adalah takdir Allah s.w.t. Kita terima bang dengan penuh redha." Ujur si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu. "Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya. Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya. "Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini." berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri. Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain dikampungnya. Ccat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi. "Tapi, anakku cacat tak punya kaki, tak punya tangan." bisik si ibu didalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu. "Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku." bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis. "Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan. Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah kemana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan. "Hasan, anak ku sayang! Aku tetap sayang padamu. Kelahiran mu adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Kau ditakdirkan Allah s.w.t. jadi begini. Allah Maha Kaya, nak." bisik hati si ibu dengan tenang, penuh radha atas ketentuan Ilahi. "Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya." bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya. Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah kemana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila kepasar, bayi itu dimasukkan didalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk menginggalkan kampung halaman. "Hasan, Ibu ada cadangan." ujur si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal disana." ujur si ibu kepada Hasan. "Elok cadangan ibu tu. Disana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah s.w.t. ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik iru beri persetujuan. Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah s.w.t.. Setelah mohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkatlah ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak disalah sebuah wilayah kawasan Melayu diselatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an. Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana. "Jangan susah-susah, kak. Tinggallah dirumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat dibumi Makkah." ujur seorang yang berasal dari Yala yang baik hati. Kedua beranak itu pun tinggal dirumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tak putus-putus. Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu kemasjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan diatas kerusi roda. Sampai dimasjid, anaknya itu ditinggalkan diserambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita didalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaiatu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja. Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega, Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh dikampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya. Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu denga Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi. "Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah." titah Raja itu kepada Hasan. Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan airmatanya membasahi pipinya. "Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku" ujur Hasan beberapa kali denga rasa kegembiraan yang tidak terhingga. Apabila si ibu mengtahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku." ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya. Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain. "Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk meyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir." bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?." Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya. "Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada." tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?." Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, Kau ingin mencari jodoh?." tanya si ibu. "Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? saya cacat." jawab Hasan. "Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan suah. Ibu akan berdoa kepada Allah s.w.t. dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan." nasihat si ibu dengan suara yang lunak. Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan kekampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudibahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah s.w.t, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu disana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya. Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya. "Ya Allah, sembuhkanlah menatuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani." doa si ibu dengan sungguh-sungguh didepan Kaabah. Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya dirumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu. "Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang." sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya. Ya, berkat doa ibunya maka Allah s.w.t. telah meletakkan dihati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata didalam hatinya "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami." Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal disebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal disebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah. Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan keMadinah. Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t. Allah s.w.t. melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.

Sunday, March 8, 2009

tentang cinta.......... si tulip

  • 1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
    2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
    3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
    4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
    5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
    6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
    7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
    8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
    9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
    10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
    Entri Yang Berkaitan

Monday, March 2, 2009

fikirkanlah.......................... tulip

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan
  • Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
  • Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
  • Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain
  • Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
  • Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
  • Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.

berjaya bersama tulip


ciri-ciri orang berjaya


Ø Fikiran yang tetap..Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa matlamat tercapai.


Ø PerancanganKemahuan hendaklah dirancang terlebih dahulu.


Ø Semangat dan Azam..Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.


Ø Percaya Kepada Diri Sendiri..Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.

renungan bersama tulip

Assalamualaikum wr wb,
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akandijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.Al-Quran.

tanda-tanda sakratulmaut

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Forward this buletin... may ALLAH SWT bless you. saling berpesan-pesanlah sesama kita. Wallahualam.. (


Kalau ada sesiapa yang tahu dengan lebih terperinci kesahihan atau kebenaran artikel ini tolongllah beritahu ye....)

daru tulip




Ciri Ciri Mukmin Berjaya

Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk mengerjakan solat,orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan yang sia,orang yang mengeluarkan zakat,orang yang menjaga kehormatan diri kecuali terhadap isteri dan hamba yang mereka miliki,maka sesungguhanya mereka dalam hal ini tiada tercela.
Sesiapa yang mencari selain itu,mereka adalah orang yang melampaui batas.
Dan orang yang menjaga amat dan janjinya,orang yang menjaga solatnya,mereka itu yang akan mewarisi syurga firdaus.Mereka kekal didalamnya untuk selama-lamanya.
Ayat 1-11 (Surah Al-Mukminun)

Intisari Ayat

Allah telah menjanjikan kemenangan kepada orangyang menunaikan solat dengan khusyuk,menjauhkan diri daripada perbuatan yang sia,mengeluarkan zakat,menjaga kehormatan diri,bersifat amanah serta menepati janji.Golongan ini adalah pewaris syurga
Firdaus dan kekal didalamnya untuk selama-lamanya.Islam juga menyeru umatnya supaya mencapai kejayaan (Al-Falah) di dunia dan di akhirat.

Huraian Ayat

Ayat dia atas menerangkan ciri ciri mukmin yang berjaya iaitu :
Beriman kepada Allah S.W.T
Solat dengan khusyuk
Menjauhkan perkara keji dan sia sia
Mengeluarkan zakat
Menjaga kehormatan diri
Menunaikan amanah dan janji
Menjaga waktu solat.

Pengajaran Ayat

Solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk kerana hal ini merupakan tiang. agama
Umat islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri pada setiap masa.
Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi muslim.

Monday, February 23, 2009

Sifat... "malu yang mulia"

Manusia akan hidup dalam kebaikan selama rasa malu masih terpelihara, sebagaimana dahan akan tetap segar selama masih terbungkus kulitnya. Secara kodrat, kaum wanita sangat beruntung, dianugrahi fitrah penciptaannya dengan rasa malu yang lebih dominan dibandingkan dengan pria. Namun, ironisnya, kini banyak sekali wanita yang justru merasa malu mempunyai sifat malu dan berusaha mencampakkan jauh-jauh sifat mulia dan terpuji itu. Sehingga, terlalu banyak kita jumpai saat ini kaum wanita yang lebih tidak tahu malu daripada laki-laki.
Malu adalah ImanLunturnya sifat malu dalam masyarakat merupakan salah satu parameter degradasi iman. Sebab, rasa malu akan segera menyingkir dengan sendirinya tatkala iman sudah terkikis. Sebagaimana sabda Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “Malu dan iman saling berpasangan. Bila salah satunya hilang, maka yang lain turut hilang.” (HR: Hakim dalam kitab Al-Mustadrak, ia berkata hadits ini shahih dengan syarat Bukhari Muslim dan Dzahabi menyepakatinya)
Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam pernah melewati seorang laki-laki Anshar yang mencela sifat malu saudaranya. Maka Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tinggalkan dia. Sesungguhnya malu itu sebagian dari iman.”
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Iman itu ada tujuh puluh bagian. Yang paling tinggi adalah kalimat ‘la ilaha illallah’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri di jalan. Dan malu adalah bagian dari iman.” (HR: Bukhari)
Malu, Kunci Segala KebaikanMalu merupakan penghalang seseorang untuk melakukan perbuatan dosa. Hasrat seseorang untuk berbuat dosa berbanding terbalik dengan rasa malu yang dimilikinya.
Abu Hatim berkata: “Bila manusia terbiasa malu, maka pada dirinya terdapat faktor-faktor yang mendorong pada kebaikan. Sebaliknya orang yang tidak tahu malu dan terbiasa berbicara kotor maka pada dirinya tidak akan ada faktor-faktor yang mendorong pada kebaikan, yang ada hanya kejahatan.”
Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi melantunkan syair sebagai berikut:“Bila cahaya wajah berkurang,maka berkurang pula rasa malunyaTidak ada keindahan pada wajah,Bila cahayanya berkurangRasa malumu peliharalah selalu,Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang,Adalah rasa malunya.”

rahsia wanita.... dari tulip..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya. 9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan. 12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya. 13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan .



The biggest collection of MySpace 2.0 Layouts online
MySpaceLayouts