Tuesday, December 28, 2010

Flash back 2010

Hari genap setahun aku di UKM. Entah apalah yg aku dah pelajari hampir setahun aku pun x pasti... Progress terlalu lambat, masih bermain dgn software... plan nak masuk lab by Januari 2011 + hantar paper utk ICMAT, ntahlah.... byknya yg aku masih x tahu.

Flash back sepanjang tahun ni...Januari 2010... perjalanan baru bermula, setelah puas memujuk hati menerima takdirnya di sini.
Febuari...kepergian antara insan terpenting dalam hidup kami...ibu mertuaku kembali kerahmatullah, setelah 14 hari berada dalam keadaan koma di High Dependency Unit Hospital Sultanah Bahiyah akibat pembuluh darah yang pecah di otak. Bulan ini kami sibuk berulang alik dari Bangi ke Alor Setar. Antara hikmah paling besar mengapa pengajianku ditetapkan di sini. Dugaan datan bertimpa bila satu dari dua kenderann yg ada rosak...
Mac-April... mencari kekuatan mempertahankan proposal. Masa ni jam 3 ptg jek... dah rasa letih giler sbb asyik dok membaca dari pagi.
Mei confirm tajuk, baru figure2 untuk langkah seterusnya.
Jun-Julai berkenalan dgn software.. coventor, comsol...intellisuite. Pening kepala bila kena belajar sendiri! motivasi pun turun naik sbb kadang2 license prob... dan beberapa komitmen lain.
Musim puasa dan raya... lagi parah... mood study menurun deras... puas cuba cari kekuatan. November 2010... first conference, first paper... plus simulation dan kumpul data... tapi bila compare2 data dgn paper lain on early Disember byk sgt beza... arghhh... tensionnya!!! Camana ni geram!!! tapi perjuangan perlu diteruskan....

Wednesday, December 1, 2010

Progress...

Pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya aku belajar. Dlm seronok cuti dari bekerja. kepala ni serabut dgn progress research sekarang ni. Setakat ni aku br ada satu paper, ms present kat MSTC hari tu. Dgr mrk kata saper present kat situ dpt masuk jurnal tp entahlah smp sekarang senyap jek. Masa conference hari tu pun so long jek... macam x sesuai jek conference tu untuk aku dan rakan2 lab yg lain. Yelah w/pun ia conference kerjasama dr MOSTI dan Akademi Sains Malaysia tp perjalanan urusan masa registration cam celaru jek. Ms aku register sesapa jek boleh reg tanpa perlu menunjukkan bukti pembayaran. Kelakarlah diaorg ni. Nak kata diorg xde experience, semua punya nama besar.

Hari ni badan rasa makin weak, nampaknya deman makin berlarutan. Deman sejak isnin, mmg aku dah ambik ubat kat pusat kesihatan tp smp hari ni x kebah lg. Mungkin sbb kurang rehat kot. Yelah w/pun dalam keadaan demam aku pi gak lab buat simulation. takut sgt plan nak masuk clean room ni on januari ni... akan tertangguh. Settle simulation cadang nak buat mask. litho dan beberapa proses lain. Mudah-mudahan Allah permudahkan tp ni... demam lah pulak. Jam dah 9.50 mlm tp hubby x smp lg, biasalah dia mmg selalu lewat smp. Anak2 sibuk mewarna selepas letih bermain.

Td ko 11 pg jumpa Dr Jumril (2nd spv) tanya pasal simulation yg aku buat. Yelah bila aku kira2 cam aku ada buat silap jek... Dia minta aku cari dan refer pada beberapa paper lain. Cuma simulate data mrk then compare...mata ngantuk mungkin sbb aku mkn ubat. Then pasal intellisuite installation, CD dah ada pada aku tp tarikh computer kena backdated sbb license dah tamat itu pesan dia. Since aku terasa deman makin melarat aku ambik keputusan utk terus balik ke rumah. KIV dulu apa yg aku discuss dgn Dr Jumril

Aku betul2 x larat, memandu pulang ke rumah pun dalam keadaan sgt mengantuk. Alhamdulilah smp rumah dengan selamat siap sempat singgah mercu optometri lagi utk ambik lens dan 99 mart utk beli cheese slice. Sejak semlm terasa nk mkn roti dgn cheese. Biasalah waktu deman2 ni rotilah yg aku selera mkn. Anak lebih suka mkn roti dgn planta n kaya jek... Smp kat umah mkn ubat batuk then tido. Sebenarnya malas nak minum ubat batuk ni sbb kesannya heavy sgt, Tp since aku asyik batuk, tekak gatal n dada terasa perit, aku ambik keputusan minum juga ubat tu. Lepas dua jam terlelap aku bangun utk solat zohor tp kepala ni mmg weng aje... tido lg smp 5 ptg. Still ngantuk tp paksakan diri utk bangun, masak n ambik anak... Mlm, lepas ajar mrk ngaji ngadap komp. Tulah diary aku hari ni.

Esok aku and family akan ke Legend Water Chalet PD. Plan memang dah lama. Tapi aku demamlah pulak. Anak2 dah seronok aje nak pegi x sabar2 asyik tanya aje bila nak pegi. Letihlah... apa pun tido dululah esok leh bangun awal, lipat baju, packing beg nak ke PD. Aku cadang nak pi ukm jap, cari bahan yg Dr Jumril suruh tu, tengoklah camana. Apap2pun rehat dulu dah penat ngadap komputer ni.