Thursday, October 27, 2011

Spontaneous Thursday #6

Did you ever fall for someone you know you shouldn't? Try hard to hide your feelings, but it's so hard you just couldn't? He's or She's only a friend, and can be nothing else. That's the lie you keeping telling yourself. You are so happy when in his/her presence, But keep reminding yourself it could never happen. A simple meet of the eyes turns into a stare. You hide your feelings so no one can see. You don't want to tell your friends because you would get embarresed. 
So you keep your feelings bottled up and tell nobody.

Tuesday, October 25, 2011

Love Has No Reason

Hello uols! Dan Assalamualaikum...

Tiba-tiba timbul mood di tengah-tengah malam buta waktu tengah study Food Chemistry untuk test Jumaat ni untuk update blog. Heee... Cuba baca dengan sekali nafas! Muahahaha... Panjang gila ayat introduction aku kali ni. Hik... Hik.. Hik..

Sekali lagi update pasal cinta. Lalalala... Kalau pasal cinta memang banyak nak update! Sebab cinta tu kan luas. Heee...

Love has no reason. Yup! Sangat agree dengan statement tu. Aku ingat lagi aku pernah bertengkar dengan sorang kawan aku ni. Dia cakap cinta mesti ada sebab. Aku pulak cakap cinta mesti takde sebab. Cinta bersebab bukan cinta yang sebenar! Itu suka! Ya, diulangi sekali lagi! Itu hanyalah suka! Dan suka sangat jauh beza dengan cinta ok!

How come kau boleh cakap kau cintakan seseorang sebab..... dia cantik/hensem...
How come kau boleh cakap kau sukakan seseorang sebab..... dia pandai...
How come kau boleh cakap kau sukakan seseorang sebab..... suara dia sedap...
How come kau boleh cakap kau sukakan seseorang sebab..... dia baik...
How come kau boleh cakap kau sukakan seseorang sebab..... dia sopan...
How come kau boleh cakap kau sukakan seseorang sebab..... dia ceria dan periang...
How come kau boleh cakap kau sukakan seseorang sebab..... macam-macam lagilah! Semuanya yang baik-baik saja.

Andai suatu hari nanti dia... dah tak cantik/hensem, dah berubah sikap, dah tak pandai, tiba-tiba jadi bisu, dan segala macam "dah tak" lagi... Adakah kau masih cintakan dia seperti sebelum segala "dah tak" itu terjadi?

Sebab itu cinta yang sejati tak perlukan alasan. Kalau kau cintakan seseorang kau mesti susah @ tak boleh langsung nak jawab soalan ini:

"Kenapa kau sukakan dia???"

Bila orang tanya soalan kat atas tu, mesti kau akan jadi speechless sekejap, lepas tu kau akan try so hard untuk fikir sebabnya kenapa, dan mula-mula perkataan yang akan keluar...

"Entahlah ye. Aku pun tak tahu kenapa. Yang aku tahu, aku memang sukakan dia!"

Ya! Kerana itulah love has no reason!

Cinta sejati tak perlukan alasan kenapa ia perlu wujud. Cinta sejati akan muncul sendiri tanpa sebab yang pasti. Tak kiralah walau macam mana keadaannya, masing-masing akan terima cinta itu dengan seadanya. Cukup sekadarnya. Bukan sebab rupa, bukan sebab dia baik, bukan sebab kaya dan macam-macam lagi.


Akhir kata dari aku, love has no reason! Muahahaha... Tak tahu pulak nak ending macam mana entri kali ni. Hahaha... Mungkin sebab kepala sudah tingtong... haihh...

Oklah uols! Tata. Terima kasih sebab baca.

p/s: Pendapat peribadi ok!

Wednesday, October 19, 2011

Cukuplah Aku Mencintai Dia Dalam Diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanyaTapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk."(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan 

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

p/s: Semoga kita semua dipertemukan dengan jodoh yang direstui Allah... =))


Sumber:  ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM

Sunday, October 16, 2011

Bila dapat sesuatu yang diidamkan

Hello uols! Dan Assalamualaikum..

Aku dah selamat sampai Shah Alam tengahari tadi. Huu.. Tak puas rasanya kat Gombak. Tapi takpelah. Nak buat macam mana kan. Dah namanya pun student. Ada banyak assignment dan kerja yang aku kena settlekan sebab tu tak boleh balik rumah lama-lama. Huhu.

Bila sampai Gombak je, macam biasalah, mesti nak jumpa BFF aku dulu. Hehe. Inoi, Alin dan Tedty. Tapi semalam Tedty takde. So, kitorang bertiga jelah. Pergi tengok Al-Hijab. Best filem tu! Seramlah jugak. Aku dah terjerit-jerit terpekik terlolong macam apa je kat dalam tu. Hehe. Aku nak bagi 3.8/5 bintang untuk cerita tu. Tapi, ada jugaklah beberapa adegan yang agak tak logik. Ala, tapi pada aku biasalah tu. Mana ada yang sempurna kan. So, korang pergilah tengok beramai-ramai. Hehe.


Sebelum sampai ke panggung tu, aku dapat sesuatu dari Inoi. Weeee.... Hepi sangat. Nak tau tak aku dapat ape? Jeng...jeng...jeng ... 

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
jeng...jeng...jeng....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Sabar jap ye....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



Inilah dia. Taraaa... Aku memang dah lama idamkan buku ni. Tapi, asyik bertangguh je niat nak beli tu. Akhirnya tak sangka aku boleh dapat free je dari Inoi. Hehe. Suka sangat-sangat! Inoi ni macam tau-tau je apa yang aku suka. Sayang kamu sangat-sangat Inoi! 

Inilah Inoi. Dah 10 tahun aku kenal dia tau! Hope kekal sampai bila-bila... =))

Oklah uols! Sampai sini dulu. Tata. Terima kasih sebab baca.


Saturday, October 15, 2011

Derita Merindu

Hello uols! Dan Assalamualaikum.

Entri hari ni rasanya bernada sedih sikit kot. Huhuhu... Adeii.. Aku pun tak tahulah kenapa 2,3 hari ni aku asyik teringatkan orang-orang yang aku sayang yang dah pergi. Arwah mama, ayah dan uteh. Huu.. Rindunya dengan mereka.

Rindu dengan masakan dan bebelan mama. Rindu dengan ayah yang teramat manjakan aku dan sentiasa jadi backup bila mama marah aku. Dan rindukan perhatian uteh. Uteh selalu jadi pendengar aku yang setia bila aku ada dan sentiasa bagi nasihat yang baik untuk aku. Sekarang, bila aku ada masalah aku tak tahu nak cerita dengan siapa lagi. Huu.. Sedih... 

Tapi, nasib baiklah aku sentiasa ada kawan yang membahagiakan. Weee... Sayang sangat-sangat dengan kawan-kawan aku dan aku memang taknak kehilangan diorang semua.

Ok, tu je aku nak share hari ni. Hehe. Entri yang sangat pendek di petang Sabtu sebab kejap lagi nak gerak balik ke Gombak. Last balik Gombak masa raya hari tu je. Dah sebulan lebih tak balik. Huu.. Rindu dengan Gombak.. =))

p/s: aku rindukan dia jugak.....

Thursday, October 13, 2011

Tiada Yang Sempurna



''jika kamu memiliki seseorang...
TERIMALAH die seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya...
dan janganlah kamu menganggap die terlalu istimewa....

anggaplah dia manusia biasa...
apabila sekali die melakukan KESILAPAN...bukan mudah utk kamu menerimanya..
akhirnya...kamu akan KECEWA dan meninggalkannya..

sedangkan...
jika kamu MEMAAFKANNYA...
boleh jd hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...

Jika kamu memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik utk dirimu....
mengenyangkan..berkhasiat...
mengapa kamu berlengah lagi????
dgn cuba mencari makanan lain...
kerana TERLALU mengejar kelazatan...
kelak nasi itu akan basi...
dan kamu juga tidak boleh memakannya...
dan..
kamu juga yg akan MENYESAL...

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...

MENYAYANGIMU....MENGASIHIMU.....
mengapa kamu masih berlengah lagi...
dgn cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yg lain....
kerana TERLALU mengejar KESEMPURNAAN....
kelak...
kamu akan KEHILANGANNYA apabila die menjadi milik orang lain....
dan..
kamu juga yang akan MENYESAL...
JANGANLAH TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN....''




sumber: facebook..

Tuesday, October 11, 2011

Inilah Sebabnya Rasulullah Sukakan Kucing




Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.





p/s: aku memang gilakan kucing! Hehe... =))

           

Saturday, October 1, 2011

Segmen Kritik Dan Pandangan: Blog Alif Ismail


Kali ni aku nak join segmen blogger Alif Ismail ni. Ada lagi tak yang tak kenal Alif Ismail ni? Hehe. Seorang yang sangat berbakat membuat doodle! Salah satu hasil doodle Alif ni, tu haa kat header aku yang besar tu. Hik.hik..hik.. Terima kasih Alif! Jasamu dikenang. Heee... Siapa nak join boleh klik sini!

Ermm... Encik Alif ni nak mintak pandangan dan kritikan tentang blog beliau. Pada saya kan Alif, blog kamu ni sangatlah KEMAS, CUTE SANGAT DAN KITE SUKA! Hehe. 

Ok, yang pertama kemas. Sebab susunan segala widget Alif tu tersusun dan tak terlalu banyak sangat widget yang entah apa-apa. Lagipun, widget yang banyak-banyak tu hanya memberatkan blog je. So far, loading ke blog Alif ambik masa sekejap je dan tak berat. Eh, tapi mana Alif punya shoutbox? Dah taknak pasang dah ek? Hehe. 

Yang kedua cute. Well, cute dengan doodle Alif tu. Hehe. Setakat ni, header yang Alif buat semua lawa. Memang cantik walaupun simple! Tapi, header yang masa raya tu yang paling cute sekali. Hehe. Alif mesti minat black and white kan? Tapi, kalau Alif boleh tambahkan sikit warna yang terang mungkin blog Alif boleh nampak ceria sikit. Tambahkan warna pada header mungkin? Boleh nampak lebih menarik dan ceria. ;P

Yang ketiga, kite suka! Haha. Yup, memang suka dengan blog Alif. Suka dengan doodle buatan Alif. Hehe. Errr... yang ketiga ni tak perlu nak hurai panjang. Sebab kesimpulannya, kite suka! yeaahh... hehehe... 

Ok, rasanya tu je pandangan dan kritikan untuk blog Alif. Blof Alif ok dah. Tak perlu banyak perubahan lagi. Hehe. Harap Alif berpuas hati dan tak berkecil hati ye. Tu semua pandangan ikhlas dari hati ini. Ceh...ceh... Hehe... ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...