Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

image

Niat hati ni taknak online petang ni sebab nak study. Sekali abg beng beng boom buat segmen lagi la... Aku memang suka join segmen berkaitan sekolah ni! Hehehe... Sebab zaman sekolah adalah zaman yang paling best sekali terutamanya sekolah menengah. 

Kalau nak cakap kenangan yang manis tu banyak sangat. Aku dulu aktif masa sekolah. Macam-macam pertandingan aku masuk. Koir, forum, melukis, macam-macam kuiz dan banyak lagilah. Yang paling aku ingat dan wajib setiap tahun aku dan budak-budak kelas join adalah pertandingan menghias kelas. Yang paling tak boleh lupa pertandingan menghias kelas sempena hari kemerdekaan masa aku form 2 tahun 2002. Kitorang terfikir nak combine budaya kaum Melayu, Cina dan India. Tau tak apa yang kitorang buat untuk melambangkan budaya kaum India? Haaa... ce teka.. Kalau orang India kahwin ada apa kat pagar rumah dia??? Mesti ada pokok pisang kan? Jadi, kami yang powerpuff girl ni (masa ni perempuan je yang buat keje) pegilah tebang pokok pisang sape entah kat semak tak jauh dari sekolah. Keh3. Boleh bayang tak budak sekolah pakai baju sekolah perempuan pulak tu tebang pokok??? Adeeii... Da habis tumbang pokok pisang tu, kitorang panggil budak-budak lelaki suruh angkut pokok pisang tu naik motor. Da angkut naik motor, usung pulak naik tingkat 3 letak kat depan kelas. Ekekekeke. Hambik ko!!!!! Semua orang terkejut dinosor tengok ada 2 batang pokok pisang siap berdaun bagai kat depan kelas. Rugi tak tebang yang ada buah pisang sekali, kalau tak boleh makan pisang tu. Hikhikhikhik... Da macam tu sekali effort kitorang ni dalam pertandingan tu confirm-confirm la kitorang menang kan... Hahahaha... Anyway, memang kitorang menang setiap tahun pun! (muke berlagak tak hengat sambil tarik muncung!). Habis pertandingan pakai campak je pokok pisang tu depan pagar sekolah. Niat hati nak biarkan pokok pisang tu terus tumbuh dan berbuah rimbun supaya nanti bila mengantuk dalam kelas bolehlah makan buah pisang! Tapi pengetua tak bagi. Haaiiissshhhh....

Ok tu salah satu antara jutaan kenangan manis aku masa sekolah. Seterusnya, kenangan pahit masa sekolah? Ermmm... jap nak ingat balik... ermm...ermmm..ermmm.. Haaa... ingat da satu. Bergaduh dengan kawan kot! Tapi bukanlah gaduh tarik-tarik tudung ke baling-baling buku ke... oh tidakk... Kami bergaduh secara profesenel... errkkk... gaduh pun ada profesenel jugak ke?? heeee... Kesnya kes bawak mulut dan salah faham. Biasalah masa tu belum matang lagi kan. Benda kecik pun nak dibesar-besarkan. Masa tu rasa sedih yang amat sangatnya. Macam tu adalah masalah yang terlalu dan teramat besarnya bagi aku. Padahal takde apa sangat pun. Saja emo lebih. Yelah budak-budak baru nak naik. Tapi, sekarang ok da. Still kawan baik lagi dengan orang yang gaduh dulu tu. Hehehe. 

Sebenarnya kan kalau nak cerita pasal sekolah ni banyak sangatla. Baru satu kenangan manis dengan satu kenangan pahit. Ada lagi berjuta-juta kenangan kat sekolah tu. Belum masuk bab bercinta masa sekolah lagi! Hehehehe.... Tapi, cukuplah tu dulu kot. Yang lain tu biarlah tersemat di hati. Hakhakhak...(muke poyos..) 

Tata..terima kasih sebab baca! Gud luck abg beng dlm pilihanraya!! 

Fakta Menarik Tentang Senyum

Hello u ols! Selamat pagi!


Nak tanya ni, korang kalau bangun pagi first sekali buat apa? Menggeliat? Baling bantal? Telefon cik sayang? Ish2... Hehe. Ni ada 1 lagi tips untuk korang. Selain boleh menjadikan korang semakin positif, ianya jugak boleh jadikan korang awet muda dan happy dan ceria sepanjang hari. Hehehe. Tipsnya, bangun pagi je terus senyum. Gila? Ish..takdelah! Janganlah tersenyum macam kambing busuk pulak kan! Tips ni dah lama aku amalkan dan memang berkesan untuk buatkan kita ceria sang suria setiap hari. Hik..hik..hik.. Lagipun, senyum ni kan sebenarnya ada banyak faedah dan fakta-fakta sains yang menarik! Ok jom kita tengok satu-satu. Heeee..... (senyum lagi!!)


  • Saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan jongging dalaman yang dapat merangsang badan dan berguna kepada sistem saraf otak dan jugak hormon-hormon kita. (agak-agak boleh kurus tak? nak joging kat taman malas!)

  • Pengkaji dan pengamal perubatan barat percaya dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak faedah kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan kita turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Senyuman boleh memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. (haaa...kan da cakap da tadi...)

  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka tetapi ada kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang tu lebih selesa dengan diri dia sendiri. 

  • Individu yang ketawa 100 kali dalam sehari akan mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. (ok, serius suka part ni!). Sebabnya bila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ni akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

  • Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. So, tak hairan kalau orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

  • Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

  • Senyum juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah oksigen dalam darah dan secara tak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian menujukkan bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik sebab melibatkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa akan 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia boleh melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada jugak yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. (ok, senaman lagi! Suka-suka...;P)

Jadi, korang apa lagi.... jom kita senyum lebar-lebar. Lepas ni, bangun je pagi sebelum nak menggeliat ke, nak telefon yang tersayang ke, kita senyum dulu ok! Senyum tu kan sedekah! heeee.... 

Senyum macam ni pun comel!!

Kambing pakai braces pun mau senyumlah! hehehe...

Tata u ols! Terima kasih sebab baca!

Monday, April 25, 2011

How to be a positive person?

Hello u ols...

Nak tanya ni. Korang ni seorang yang sentiasa berfikir positif ke negatif? Haaa... ce fikir betul-betul. Yang positif lagi banyak ke yang negatif lagi banyak? Kalau aku pulak... positif  negatif yang lagi banyak. Hee.. Aku rasalah. Kadang-kadang tu da cuba da tak nak fikir negatif tapi terfikir jugak. Macam mana nak buat tu? Haish!

Sometimes ada baiknya jugak fikir negatif ni. Tapi janganlah sampai sepanjang masa 24/7 kita negatif. Nanti kang diri kita ni dipenuhi dengan cas-cas negatif pulak. Tak pasal-pasal orang lain pun dapat merasakan aura negatif kita. Antara yang baiknya fikir negatif ni ianya akan buatkan kita lebih berhati-hati. Contohnya kalau kita tengah driving. Driving laju-laju tak hengat dunia tak hengat orang tersayang! Meter tu kalau tak cecah 18000km/j tak sah! Dalam kepala ni dok cakap "alaa tak de apalah. Apa yang nak takut. Tak mungkinnya excident!". Ceh! Confident level tahap Gunung Everest kunun!  Sekali... bommmm... kebabommm.... excident! haaa... Baru tersedak. Tu orang yang 24/7 fikir positif la tu. 

Kalau orang yang ada fikir negatif mesti masa dia drive 18000km/j tu dia akan tefikir, "ish macam mana kalau aku laju tak sempat brek? macam mana kalau aku excident?" So, dia pun akan mengslowkan speed kepada 1000km/j  kepada 80km/j saje. Itu antara contoh faedah berfikiran negatif. Macam mana pulak kalau negatif tak tentu pasal 24/7? Haa. Yang ni yang kena kita elakkan. So, nak kongsi beberapa tips dengan korang semua macam mana nak positifkan fikiran kita ni yang selalunya positif negatif. 


  • Sentiasalah bercakap yang positif saja macam mengumpat memuji orang lain punya kejayaan ke, cerita hal-hal study ke, masak-masak ke. Haa.. takdelah nak mengumpat orang cerita pasal keburukan orang je kan memanjang! Hei, ini serius tau. Tips ni memang boleh jadikan kita seorang yang positif sebab sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Well, nobody perfect kan. Kita pun ada kekurangan jugak. Yang penting adalah macam mana kita nak atasi kekurangan kita tu dan terima kekurangan orang lain. 

  • Yang kedua, sentiasa senyum!!! Senyum kan indah! Orang tengok pun rasa sejuk je mata dia. Orang pun suka nak tegur kita, nak berkawan dengan kita. Yang penting senyum kena ikhlas! Barulah aura positif tu sampai kat orang lain. Senyumlah dengan semua orang walaupun dengan musuh kita sendiri, dengan satu senyuman je insyaAllah yang musuh tu pun akan jadi kawan kita nanti. Yang penting..... Senyum tak perlu kata apa-apa. Heeeeeeee.........(^_____________^).
Senyum........=))


  • Yang ketiga pulak, berhenti menyalahkan orang lain. Yang ni kadang-kadang jadi jugak kat diri aku ni haa. Senang je nak salahkan orang lain, tapi bila fikir balik baru sedar aku yang salah rupanya. Haiishh. Kita kena belajar menerima kesalahan diri sendiri. Janganlah senang sangat nak tuding jari kat orang lain. Tu pun salah satu cara untuk kita menerima kelemahan diri kita ni. 

  • Yang keempat, jadilah seorang yang pemaaf. Ini penting ok! Maafkan semua orang sebelum kita tidur dan insyaAllah esok pagi kita akan bangun dengan lebih ceria dan bersemangat! Hoyeaaahhh!!!

  • Yang kelima, isi jiwa kita dengan santapan rohani. Yang ni yang paling penting, perlu dan wajib sekali. Contoh santapan rohani ni macam sentiasa berzikir, membaca alquran dan mengingati Allah. InsyaAllah hati kita akan bersih dari cas-cas negatif tadi tu dan muka kita pun akan berseri-seri jugak tau! Awet muda giteewww..
So kesimpulannya, jom kita sama-sama buangkan cas-cas negatif dalam badan kita ni. Hehe. Nasihat untuk diri sendiri jugak ni. Heeee.... ;P

Tata... terima kasih sebab baca! *tengah siapkan bahan-bahan untuk masak tengahari ni... hee...*

Tuesday, April 19, 2011

Resipi berhantu cik nora...

Hai u ols... hope u ols sihat hari ni... heeee...

Sebenarnye kan mek tgah lapar gilaaaakkk skrg nie... hehehe... belum mkn nasi lagi... so tengah terpikir nak masak ape ek mlm nie??? Da lame mek tak masak sedap-sedap sebab 2,3 minggu ni asyik busy je... Balik-balik beli nasi bungkus... balik-balik masak megi.. Yelah studentla katakan... hek3..

So tetibe mek terpikir... Ish kalau dpt ikan siakap 3 rase nie.. perrrggghhhh.... gilaaaakkkk best!!!! Isk nak pegi cari ikan siakap jap la.. fuhhhh.... da terbayang-bayang kesedapan ikan siakap 3 rase aku ni... errkk... sedap ke?? muahahahaha... pada aku sedapla kot... sebab ade orang yang tempah aku masak ikan tu... sedapla tu kan kalo dpt tempahan??? ngeh3... perasan sudaaaaa....

Jadi disini terase nak share la resipi ikan siakap 3 rase nie. Dapat resipi nie pun dari tenet jugak... lame da dpt resipi ni... senang je... tapi hasil die mabeles... rase sampai nak mkn pinggan tu sekali... ikan tu kalo bole dengan tulang die nak telan... muahahahaha.... Aku pun takdelah expert sgt bab masak nie mcm Cik Mat Gebu... hehehe... tapi aku memang minat masak-masak ni dan aku penah wat entri psl minat aku tu disini...

Okla ni die resipi ikan siakap 3 rase mek...

Untuk seekor ikan siakap yg berat dlm 700g mcm tu la..
Mek msk pakai campak2 je.. hehehe... adjustla ikut citarasa masing2 ye...=))

1) Ikan siakap..(of kos la kne ade kan... kalo xde mmg x jd resipi nie... heheh...)
2) Cili kering yg da siap kisar tu
3) Sos cili sikit
4) Sos tomato sikit
5) Kiub tomyam or perase tomyam.. kalo kiub aku pakai satu kiub...
6) Serai sebatang tumbuk sikit
7) Daun limau purut sikit (1-2 helai)
8) Sayuran macam putik jagung, bunga kobis, kacang panjang
9) Bawang besar
10) Tomato dipotong dadu kecik2
11) Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
1) Goreng ikan.. terpulang nak garing atau tak..
2) Kuali lain... masukkan cili kisar sikit
3) Kemudian sos tomato dengan sos cili secukupnya
4) Masukkan perase tomyam
5) Lepas tu masukkan sayuran dan bawang
6) Garam dan gula secupnya
7) Masukkan tomato
8) Akhir sekali ikan....

Lepas tu bole mkn... yeaaaayyyy!!!!!



Harap maaf ye gambo tak bape nak lawo... yelah amik pakai henset cikai je... nak beli dslr tak mampu lagi...sigh~

Selamat mencuba dan selamat bertemu di lain rancangan... erkkk??? hehehehe...

Saturday, April 16, 2011

Blogger di zaman sekolah....

contest KAMI FOTOGENIK


:: nama kelas anda. yang dah habis sekolah, nama kelas masa form 5. yang masih sekolah, bagi tahu nama kelas korang.

>>>> nama kelas masa form dulu 5 ibnu sina... tapi lebih popular panggil 5 sains je... heee.. senang sikit... pas tu memang da biasa dari dulu panggil 5 sains je.. kesian pengetua yg bg nama tu kt kitorg tp kitorg tak pakai... kih3..<<<<


::kenangan manis semasa di sekolah.

>>>> kenangan manis masa sekolah? Siyesly terlampau banyak! tak tau nak highlight yang mana satu... hehehe.. salah satunye masa hari kantin sekolah... budak2 kelas mek berniaga u ols!!! seronok yg amat masa tu... kitorg berniaga apa ek?? hehe... yang ingat ada cupcorn.. dan mek la yang wat cupcorn tu... ngeh3... panjang beb barisan orang nak beli cupcorn masa tu!!! sampaikan kena ulang alik pegi pasar borong beli jagung ngan majerin mase tu.. haih.. pengalaman.. dapat untung 700++ kalau tak salah.. banyakla utk budak sekolah mase tu.. kih3.. great time with classmate mase tu walaupun penat yang amat!!! <<<<


::kenangan pahit semasa di sekolah.

>>>> kenangan pahit pulak?? adeeeiiiii... yang ni susah btul nak ingat... sebab almost takde... sumenye best2 je.. ermmm... yang mampu ingat kenangan gaduh2 ngan kawan.. heee... tapikan gaduh tak lame pun! kejap je... hikhikhik... tapi kan sampai skrg kitorg still member tau!!! tak penah lost contact... heee...=))<<<<


::cikgu yang paling korang tak suka! (tak payah mention nama. kang tak pasal2 cikgu korang baca belog korang, tak ke haru! haha) kenapa tak suka cikgu tu!

>>>> cikgu yang paling tak suke pulak adelah sorang cikgu ni... cikgu lelaki... tapi perasan hensem! ceitt!! setiap kali kelas die akn cakap.."cikgu hensem kan???"... errrkk.. sabar jelah dengan cikgu ni... lepas tu die suke tido dlm kelas.. lagi satu perangai die suke letak kai atas meja pastu tapak kasut hala kat muka student... ce teka muke student yg mane....haaaaa....
of kos la muke aku kan... da aku punye meja depan muke die... haissshhhh!!!!! nasib mase tu die tak pijak taik kucen ke... kalo tak... memang haru... mahu aku pengsan seminggu!!! aiyohhhh...<<<<


::pernah crush dekat someone masa kat sekolah? macam mana boleh tangkap lentok dengan orang tersebut? sebab dia hansem ke, sebab budi bahasa dia ke. kalau boleh, letak sekali nama orang tu! bwahaha.

>>>> heeeee... blushing!... suke soklan atas nie... keh3.. start form 4 adelah aku terCRUSH ngan sorang mamat ni.. budak kelas jugak aka bestfriend!!!... kitorang sangat2 dan teramat2 rapat... sangat banyak kenangan dengan die.. sampai sekarang pun, hanya die satu2nye bestfriend lelaki aku yang terbaek!!!.... hope kitorang akn jd kwn selamanya walaupun tak lebih dari kawan...=.= <<<<


:: gambar kenangan semasa di sekolah. :) boleh letak 3-5 gambar.




Gambar ni masa pegi melawat Multimedia University kat Melaka... rombongan pengawas... tahun 2004...



Yang ni gambar kelas 4 sains 2004... ce cari mane aku??? hak3... Cari2 gmbr mase form tak jumpe... sigh....=(



Yang ni pulak mase Maulidur rasul tahun 2005... hehehe... kecik2 je sume... aku pun kecik jugak mase time ni haaaa!!!



yang ni mase form 5... dengan kawan aku Mira.. sekarang die rumet aku kat shah alam nie... heeee...=))



Yang ni mase form 5 jugak.. pertandingan forum peringkat sekolah daerah Gombak... kejayaan terbesar bg aku.. no 4 daripada 39 buah sekolah... heee... suka2.. lepas tu kitorang celebrate makan kepsi ramai2... heheh..=))





Sunday, April 10, 2011

DuN MaKe A PrOmIsE!!!

Bangun pagi2 nie tetibe hati mek jd sedeyh. Sob...sob...sob...

Sedeyh sebab ade orang yang da berjanji tapi tak tunaikan. Kalo sekali tu bole la aku kelip2 mate wat tak tau je. Tapi, kalo da sampai 2,3 kali berjanji tapi tak tunaikan sape tak saket hati kan... kan...kan... Haih.. sabar jelah. Nak sound tak sampai hati. Jadi sound gune jari jelah. Hehe. Sedeyh btul rase. Hati nie da jd kecik sekeciknye lagi kecik dari atom! haaaa....

Peringatan utk korang semua dan jugak diri sendiri. Kalo da rase tak mampu nak tunaikan janji tu jangan berjanji! Kalo da rase jadual tu bz, tak payahla nak manis2 mulut nak berjanji. Kononnya "takpe tak kisah lepas settle hal tu aku janji aku datang ok". Tapi bile org tu da tunggu-tunggu sampai tak tido, sampai tak makan, last2 cancel last minit sebab hal yang tadinya tu tak settle lagi. huh! Pantang aku la orang suke cancel last minit nie. Kalo betul emergency tak pe. Aku bole consider walaupun mase tu aku da siap cantek2 lawa2 comel2..(errkk...hahaha).. tapi ni kalo alasan tetibe MALAS... pergghhh!!!! Memang meletup gunung berapi dlm hati aku ni.

Pic dari google nie mmg same mcm hati aku skrg nie... ahaks...;P


Lagi 1, aku pantang betul kalo orang tak bole nak tunaikan janji die, then senyap je wat tak tahu. Siyes saket hati. Tak bole ke nak kol or msj? Laenla kalo zaman sekarang ni still pakai burung merpati utk post surat kan! Laenla! Kang aku suh betul2 cari burung merpati kang baru tahu! haaaa... Lagi saket hati bile aku tengok duk sedap je di online fb die, tp langsung tak reti tegur nak mintak maaf ke hape ke. Penat aku tunggu ko tau tak?? huh! Ok, tamau marah2 nti cepat tua... sabar2...

Dalam Islam pun ade bagitau kalo da berjanji kena tunaikan. Munafik orang yg memungkiri janji.. kan? kan? kan?

Ok la.. sampai sini dulu.. hati tengah panas nie.. nak pegi sejukkan hati dulu.. nak masukkan hati dlm icebox aka peti ais.. nak sejukkan smp jadi beku! hak3..(double meaning tu!)... heeee.....


Thursday, April 7, 2011

Al Fatihah utk uteh tersayang....

Hai u ols....

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Owh awalnya mek bangun kan. Hehe. Bangun awal ni sebab nak menyiapkan assignment sebenarnya. Tapi curi-curi update blog kejap. Heeee....=)

Sebenarnyakan aku masih lagi dlm keadaan berkabung. huuu... Why? Why? Why?

Kalo ada bace entri aku sebelum ni... mesti kenal siape uteh. Huhu. Uteh ni makcik aku. Tapi pd aku, die lebih daripada makcik. Die seorang ibu pada aku. Die layan aku dengan sangat baik sama mcm anak die sendiri. Uteh segalanye pd aku. She means a lot to me. Aku sayang sangat dengan uteh. Tak tau nak ckp mcm ne. Sayang seperti mane aku sayangkan mak aku.

Sebenarnya aku nak tulis entri ni dari ari tu lagi. Tapi aku tak kuat. Sekarang da ok sikit. So, bole la aku tulis serba sedikit. Mood>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>sedeyh sangat!

Hari isnin lepas (04/04/11) jam 3 petang aku dikejutkan oleh 1 mesej daripada isteri cousin aku. Mesej die macam nie:

"Mama da kembali ke rahmatullah jam 2 petang tadi"

Mase aku bace mesej tu, tak taula aku nak cakap macam mane. Terus air mata aku berjurai-jurai. Da la mase tu kt depan bilik lecturer. Aku pun terus kol kawan aku, Kak Jie mintak nak pinjam kereta die nak pegi cheras. Nasib baik kak Jie baik. Die bagi aku pinjam kereta die. Dan Min pulak, kawan aku jugak nie, dengan rela hati offer diri nak teman aku.

Mase nak drive tu sebenarnya aku tawakal je. Aku kuatkan jugak hati ni nak drive. Nak suruh min drive die tak bole plak. Lebih kurang pukul 5 aku sampai umah uteh. Mase aku tengok uteh da terbujur kaku macam tu aku terus blank. Antara percaye dan tidak. Airmata ni tak henti-henti mengalir. Aku rase dunia aku da gelap. Aku da hilang tempat bergantung. Aku hilang orang yang aku sangat sayang. Tapi sesedih aku pun, pastinya cousin aku lebih sedih lagi. Bukan mudah kita nak menghadapi kehilangan kan....

Aku kat cheras sampai pukul 9. Sepanjang mase kepala aku ligat flashback balik segala kenangan aku bersame uteh. Terngiang-ngiang segala nasihat uteh pada aku. Terbayang-bayang senyuman uteh. Teringat kali terakhir aku jumpe uteh. Yang paling aku tak bole lupe adelah mase aku melawat uteh kat umah die, uteh menghadap aku, lepas tu uteh belai2 muke aku. Uteh cakap aku ni manis sangat. Kalo bole die nak tengok aku selalu.Die taknak tengok aku menangis. Ya Allah! rindunya aku pd kenangan tu. Rindunya aku pd uteh. Tak mungkin ade pengganti uteh yg lain di hati aku.

Esoknya, lepas test mandarin aku pegi lagi cheras dgn min. Uteh dikebumikan lebih kurang pukul 12 tengahari. Ya Allah! sesungguhnye aku masih lagi antara percaya dan tidak. Saat uteh dikebumikan, aku tau, uteh tak mungkin kembali. Aku tau aku da kehilangan die buat selamanya. Tak ade lagi tempat untuk aku mengadu. Tapi, aku kena kuat! Life must go on. Dan uteh, akan kekal selamanya dalam ingatan aku. Kasih sayang yg selame nie die bagi aku akan terus kekal dlm hati aku. Semoga uteh tenang di sana.

Buat kawan-kawan yang da banyak tolong aku selama ni terima kasih. Alin, inoi, tedty antara kawan2 aku dari zaman sekolah yang tak putus2 tolong aku selama nie. Aim dan atun antara kawan2 aku yang selalu uteh sebut name diorang. Aim ni siap uteh aku bagi baju lagi kat die. Huhu. Betapa uteh aku sayangkan kawan-kawan aku jugak. Mira dan nad housemate aku yg temankan aku pegi melawat uteh. Terima kasih kawan2. Min pulak da temankan aku 2 hari waktu uteh meninggal sampaila dikebumikan. Terima kasih min. Kak jie yang da bagi pinjam kereta. Terima ksh jugak.

Terima kasih kawan2. Kerana korang, aku kuat! Walaupun uteh da tak de lagi, aku tetap mengingati uteh sampai bile2. Segale nasihat uteh aku akn ikut. Uteh selalu nasihatkan aku rajin belajar, habiskan degree cari keje bagus2. InsyaAllah uteh. Nora akan belajar bersungguh-sunguh! Terima kasih uteh atas segalanya. Nora tak sempat nak balas jasa2 uteh selama ni. I love you uteh!


Uteh dengan mama. 2 orang insan yang sangat aku kasihi, tapi mereka da kembali ke rahmatullah. Semoga mereka tenang di sana.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...