Alhamdulillah dah lebih sebulan PJJ dengan encik suami. Daripada masa berpantang, habis pantang dan dah masuk kerja semula. Walaupun pada mulanya rasa macam susahnya nak hadapi semua ini. Kadang-kadang rasa macam mustahil untuk hadapi semua ini. Tapi, orang kata selagi tak cuba dan selagi tak lalui, kita takkan tahu tahap kemampuan kita kan. Macam tak percaya yang saya dahpun lalui semua ini dengan jayanya.
Masa berpantang dulu memang tak kisah sangat sebab dah biasa. Suami datang hujung minggu sahaja. Emir pun dah biasa kena tinggal dengan mak dan adik. Lagipun berpantang di rumah parents saya di Puchong. Meriah dengan orang sepanjang masa. Paling sikitpun mesti ada mak saya dan juga kakak sulung sebab mereka berdua ni tak bekerja. Paling ramai bila malam dan hujung minggulah. Adik beradik saya ada 5 orang lagi. Tu tak termasuk abang ipar dan juga anak buah 2 orang. Meriah sangat rasanya. Dan masa itu memang tak berapa terkesan sangat PJJ dengan suamipun. Malam-malam kami akan whatsapp dan juga call guna LINE.
Cabaran mula terasa bila nak kena masuk kerja. Balik ke Selayang drive sendiri bawa anak-anak. Perjalanan adalah makan masa sejam juga sebab jalan agak sesak walaupun masa tu baru pukul 3 di hari bekerja. Sebelum balik rumah mak mertua di Selayang, singgah dahulu di taska. Dah daftarkan Aina di taska. Esokannya dah nak hantar Emir dan Aina ke taska. Saya akan hantar Aina (tempoh percubaan) hari jumaat dan juga isnin. Hari selasa ada 2 months check up. So, hantar abang Emir sahaja ke taska. Adik Aina ikut mama pergi Klinik Kesihatan belah pagi. Belah petang pula dia kena ikut mama check up di hospital pula. Alhamdulillah, mak mertua dan adik suami (Uda dan Adik) banyak membantu menjaga Emir. Ya, Emir rasa sunyi di Selayang sebab selalunya yang ada hanya mak mertua saya sahaja. Malam baru ada Uda. Hujung minggu pula ada Adik.
Setiap kali hantar anak-anak ke taska memang akan menangis sedih. Rasa macam nak jadi suri rumah sahaja. Tak nak lepaskan anak-anak kepada orang lain. Tapi apakan daya, kehidupan mesti diteruskan. Mama kena bekerja untuk bantu keluarga kita. Harap-harap anak-anak mama akan faham juga suatu hari nanti. Bila dah mula masuk kerja hari rabu barulah kurang rasa ralat sebab kerja di office agak banyak. Cuti 2 bulan menyebabkan kemahiran bekerja dah berkarat. Kena asah dan rujuk balik pada rakan-rakan sekerja. Nasib baik mereka suka membantu. Alhamdulillah hari-hari tak gagal untuk bangun awal menyiapkan anak-anak, keluar rumah seawal 7 pagi menghantar anak ke taska, singgah di petronas membeli bekalan nasi untuk sarapan dan lunch, dan mengepam sebanyak 3 kali di offive termasuk sekali di waktu lunch break. Sebab itu beli bekalan lunch siap-siap sebelum ke office. Dan berjaya menjemput anak sebelum pukul 7 malam. Lepas pukul 7 malam kalu kena bayar oevertime RM6 seorang. Fuhh..
Mulai minggu depan akan akan rasa lega sedikit sebab dah mula cuti sekolah. Jadi jalan tak berapa sesak. In sha Allah tak perlu terlalu tergesa-gesa sekiranya terbangun lambat. Ya, sekarang saya ada masalah bangun pagi. Sebab rasa letih sangat. Tak cukup rasanya waktu tidur yang ada. Nasib baik ada alarm semulajadi kejut sebab nak susu. Syukur..syukur..Ok lah. Tu sahaja update kali ini. Lagi 3 minggu bekerja sahaja sebelum suami pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Mohon doa kawan-kawan supaya suami dapat pulang on time ke Malaysia. Aaameeenn..
Apapun syukur sebab PJJ 2 bulan sahaja. Salute kepada mereka-mereka yang kena PJJ kekal atau dalam jangka masa panjang dengan suami masing-masing.