Salam..
Hari ni Hari Raya ke 2/ 2 Syawal. Meriah lagi FB dan Istagram dengan post raya di rumah masing-masing ataupun di taman. Alhamdulillah sudah 18 hari Adam lahir ke dunia. Sihat sejahtera dan mula kurang tidur. Sepanjang 14 hari terawal masa jaundice masih tinggi, asyik tidur 24 jam. Tapi sekarang ni sebab kerap sedu maka dia kerap juga berjaga walaupun sekejap sementara nak hilangkan sedu. Kalau sedu lama sangat, susukan sahaja dia mesti hilang terus sedu tu. Pampers pun kerap kena tukar kalau tak nak kebocoran.
Kami banyak dapat sample diaper/pampers pelbagai jenama iaitu Drypers Touch, Drypers ,Merries, AppleCrumby dan Huggies. Diaper/pampers terbaik untuk Newborn ialah Huggies sebab memang tak bocor. Sebab Adam ni suka tidur mengiring jadi mudah bocor di bahagian tepi pinggang bila dia kencing. Tapi dengan Huggies memang tak bocor.
Disebabkan diaper Drypers masih banyak lagi maka kenalah habiskan dulu. Lepas ni memang akan beli Huggies la sementara Adam nak membesar. Kalau Adam dah boleh berjalan nanti, kita tukar Tesco Love macam abang Umar/ kakak Aina dulu.
Akhir kata...