Salam..
Lama tak update perihal si kecil yang dah nak jadi abang tak lama lagi ni. 2-3 minggu ni dia sangat berminat dengan baldi. Kalau jumpa baldi memang dia akan usung ke sana ke mari. Masukkan barang dan keluarkan semula barang.
Selain itu, dia suka masuk dapur tokma dia dan barang yang jadi kegemaran dia bila masuk dapur ialah sudip kayu dan juga mangkuk@periuk besar. Selalunya dia akan beraksi seperti tukang masak sambil mulutnya kepoh dengan bahasa jerman dia. Dia mengacau angin dalam periuk tu guna sudip kayu tu.
Seronok juga. Tak payah nak beli mainan fancy-fancy yang mahal-mahal. Belikan dia stereng mainan yang jual online tu. Mula-mula sahaja dia excited. Tapi bila dia rasa tak feel macam stereng sebenar, terus dia tak sentuh dah.
Lagi satu dia suka barang yang bulat-bulat. Macam bola, pinggan, buah limau, singki bulat, tayar dan lain-lain. Lepas itu dia suka tengok kipas dan blower. Tak tahu la sebab rupanya yang bulat atau sebab pergerakan kipas tu yang menarik perhatian dia.
Harapan saya dia akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jadi abang yang baik kepada adik-adiknya. Alhamdulillah, ada rezeki untuk memperolehi anak. Dan berdoa agar semua pasangan yang berkahwin turut dapat merasa rezeki anak juga.
Ok. Tu sahaja update saya kali ini. Hari ni dah mula cuti. Esok nak berjalan-jalan ke JB pula. Mode berxuti sudah ON. Bai...