CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 12, 2009

MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN


Sudahkah anda semua menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur arah dalam kehidupan seharian.
Selepas sekolah - atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti - apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.

Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.

Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih universiti mana yang terbaik.Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www2.moe.gov.my/~jpt/ipta.htm

Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Pengertian Kaunseling

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

•Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.

•Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.



Friday, March 6, 2009

NuR KaSiH-Bercerita tentang teman


CINTAKU PADAMU TEMAN



Sebahagian orang merasa hidup ini tidak akan pernah mencapai maknanya tanpa kehadiran seorang teman.
Teman adalah orang-orang yang dicintainya dan yang mencintainya.
Orang yang dengan keluasan hati menerima dirinya apa adanya, tanpa cemburu dan banyak cela.
Menyayangi teman, sama sekali bukan bererti menafikan kecintaan kepada yang lain.

Kecintaan kepada keluarga, kepada diri sendiri, sebab tiap-tiap jendela cinta memiliki ruangan tersendiri di hati yang tidak akan mampu disamakan dengan cinta-cinta lain yang kesemuanya tidak saling berhimpit tidak pula bersinggungan.
Namun tiap-tiap kecintaan mengisi bilik-bilik hati yang berbeza-beza.
Kesemua cinta hendaknya merupakan suaturefleksi cinta kepada Allah SWT.
Suatu perbendaharaan keemasan dari keimanan, desiran sejuk angin kerinduan, dan deburan tegar ombak keistiqamahan.


Teman, bagiku kata itu adalah ungkapan kerinduan dan sejuta harapan.
Harapan untuk dapat saling menegur dan meneguhkan.
Membuang jauh-jauh kata perbezaan dan cuba untuk mendahului segalanya dari kesamaan. Pada kata itu kutemukan hakikat hidup dan kehidupan, kerana bersamanya aku menahan derita dan sengsara, gundah dan gulana, namun begitu manis terasa segala kerutan layar perjuangan kerana Allah lah yang telah membuatnya.


Teman, bertemankan jiwa-jiwa yang ber-izzah mulia dan ghairah menggelora, dengan segudang idea dan idealisme yang Rabbani.
Meniti jembatan yang sama, dengan tekad yang serupa dan seragam kebesaran jiwa.
Bukan untuk sekadar menghabiskan sisa minuman kehidupan dunia, tetapi hidup untuk sebuah cita yang takkan pernah kandas sia-sia.
Sewajarnya jika Rasulullah mewasiatkan agar kita menjadikan mereka yang soleh sebagai teman kepercayaan.


Ah teman, harus kita terima bahawa berteman bukan bererti untuk selalu bersama secara harfiah.
Suatu saat pasti kita akan terpisah pula.
Menempati liku-liku berbeza di setiap sudut kehidupan, agar setiap insan dapat tersentuh cahayaNya.


Teringat serangkaian syair milik Munsyid Saujana ini ku kutipkan untukmu :

Sedingin embunan dedaun kehijauan, sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiring bersatu dan berjuang, meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya, terangi hatiku teman
Saling memerlukan dan mengharapkan
Tangis gembira saat bahagia, moga kan kekal menuju Syurga
Kerana Tuhan kita ditemukan, andai terpisah, itu ketentuan
Sengketa dan kesilapan itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran itulah pedoman

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Wednesday, February 18, 2009

Hayatilah kisah ini-sekadar renungan


Sebak dada bila membaca cerita ni .... Tetapi ianya bagus ... Semoga kita insaf dan menjadi pengajaran. InsyaAllah ...


Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.


Derita sungguh. Nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap ........ Asyhaduallailahaillallah ..........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil."Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" jawab doktor dengan ringkas."Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....Tapi mataku ....... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini."Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.


"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akanberpisah. Tapi, ibu ..... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah daku."Yaaassin ......" bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut ......


Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut."Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan"Panas, dahaga, haus, panas .........". tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang, "Nenek ............"."Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini"."Ibu .......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi .....". Ayah ........ kau datang ayah ......."."Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga"."Nenek .... ibu ..... ayah ..... suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??


"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah ......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami".Cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang."Apa ini, apa ini?. Akulah sakaratul maut ........!!!!!!".Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku."Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah .......". Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun ....Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.


Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk."Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya ......"."Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnyaterdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya ...... jijik, loya, aku rasa ......... teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?"."Tidak!" jawabku tegas. "Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya."Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini"."Akulah amalanmu yang keji ..........". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan kupelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak, tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!


Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air. Air apa ini?????"Tolong .... sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu ..... malu ..... malu......!".Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu."Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas .... panas .........".Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh abang ku, bapa ku, kawan kawan ku...setapak demi setapak."Al-Fatihah!" Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang, tapi ke mana dia bawanya aku?.Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku."Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!".Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku diturunkan ke dalam liang itu."Perlahan-lahan .. " aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?"."Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah".


"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun ....... Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali".Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar ........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku. Terasa semakin gelapdan ...... aku kini keseorangan."Nanti! Nanti!Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan akuseorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

SuDah BeRseDiaKaH AnDa?


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ketanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercuYang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan puteraIsteri, kad kredit dan keretaKondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Marilah sama2 kita bermuhasabah diri, moga2 hidayah & petunjuk Ilahi mengiringi kehidupan kita ke negeri Abadi...Wassalam

Saturday, February 7, 2009

InGaTaN UnTuK MuSliMat


~Bismillahirahmaniraheem~~


Firman Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)


Ingatkah dikau di mana di dalam sejarah sepasang mata menjadi hadiah?"kenapa kau mengikutiku?""Aku tertarik dengan kecantikanmu"Jawapan yang cukup angkuh,Namun mengundang seribu sesalan..


Muslimat..
Contohilah wanita itu
Bukanlah dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu


Wahai muslimat..
Aku sering bertanya
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis


Benar
Wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi keredhaan IlahiDan diinsafi seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi


Muslimat..
Begitulah perjuanganmu
Tundukkan pandanganmu
Keraskan suaramu
Seriuskan perwatakanmu
Tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan atau di belakang
Atau di kiri atau di kanan lelaki
Ketuk keegoan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahawa percampuran bukan caranya
Bahawa keseronokan ini palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran

Muslimat
Inilah jalanmu
Lalu mungkin
Engkau akan melihat
Di kalangan remaja ini
Akan lahir Rijaluddin
Berjiwa pejuang
Sebagaimana lahirnya
Sebagaimana bangkitnyaDa'ie bernama Hassan Al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah


Renungkan dengan mata hati kerana pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulupandangan hati itu yang hakiki....

Thursday, February 5, 2009

Erti Cantik Untuk Wanita


"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.


Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.


Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.


Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.


Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.


Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.


Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.


Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.


Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.


Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.


Apatah lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.


Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.


Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.