Yanie Mohd Zaki's

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...

harini hari pertama melangkah kaki ke SMK SLIM sebagai kaunselor pelatih selama 3 bulan.

insyaAllah hanya selangkah je lagi untuk mencapai apa yang yanie impikan selama ni.

moga ada peluang buat yanie membantu masyarakat lain yang memerlukan.

moga dapat yanie sumbangkan sesuatu pada anak bangsa

Doakan yang baik-baik yee..

Moga Allah panjangkan umur yanie untuk terus bertahan.

masih banyak yang yanie nak lakukan

masih banyak yang yanie perlu buat untuk ummi,abah dan keluarga.

masih belum mampu untuk balas jasa-jasa mereka mendidik yanie.

masih belum mampu membahagiakan mereka.

Moga Allah beri kesempatan untuk yanie sampaikan hajat yanie buat mereka semua.

merekalah cinta, merekalah nyawa.

Sayang Keluarga Abuya Lillah :')




Assalamualaikum...

Semestinya seperti biasa, kalau yanie singgah disini pasti ada sesuatu yg terjadi..
Allahuakbar... rasa sedih bertandang lagi. kali ini cukup hebat,
cukup membuatkan yanie faham bahawa tiada yang kita rencanakan akan berlaku tanpa izinNya

setelah banyak yang telah dilalui, tangisan.. air  mata.. yanie dah mula redha.. Ya.. mula redha..
entah apa perancanganNya untuk yanie, tapi yanie sungguh yakin, DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik, Maha Mengetahui apa yang yanie terbuku di hati.
Mungkin bukan kini tapi yanie yakin suatu hari nanti.

Esak tangis itu menyatakan segalanya..
Betapa yanie cuba bertahan.. yanie tak mampu nak berkongsi semua ini dengan sesiapa,
hanya mampu menulis disini, sekadar melepaskan sesak di dada

mungkinkah ini balasan untuk yanie?
mungkinkah ini jawapan dari doanya pada yanie?

Allah... Andai ini ujian dariMu sekali lagi
Aku redha.. Aku menerima,
Seandainya aku leka.. tuntunlah diriku
Bawalah aku kembali padaMu

Namun, kau titipkanlah buatku,
kekuatan, kesabaran jua ketabahan
hanya itu yang aku perlu
hati dan rasa ini ku kembalikan dibawah lindunganmu :'(

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
syukur ditahun baru 2016 ini, kita semua masih diberi peluang
 untuk benafas di muka bumi Allah ini. 

Dah masuk tahun baru ni mestilah usia kita juga bertambah kan? 
ada yg masuk 30 series, mungkin ade jugak yang baru nak masuk 20 series.. 
bestnye klu umurku masih muda ngehngehngeh..

Dalam kita dok ingat tahun baru ni, 
mesti takkan lupe untuk mention 
pasal azam yg lepas kan..
pepatah ade kate 
"barang yg lepas jangan dikenang"
boleh pakai ke term tu utk azam tahun lepas yg tak tercapai?
hahahha

mcm yanie sendiri pon sebenarnya ada azam lepas yang tak tercapai, 
tak mampu dicapai dan tak dapat nak capai pon lagi..
aduhaiiii.. sedih betol bila kena carry forward azam lepas tu pd tahun baru ini

tapi takpe, insyaAllah kan Allah tu lebih tahu apa yang terbaik buat kita semua, 
kita perlu usaha lagi dan lagi. jangan putus asa.. kan? kan?

ketaq pulak tangan nak listkan azam tahun 2016 nih,
kalau yanie xdapat capai azam ni tahun ni, 
mohon jangan kecam ye..
kita hanya merancang, 
yang lain2 tu serah kat Allah je naaa
hikhikhik


My Wishlist 2016

                          1. Istiqamah buat tahajjud dan dhuha (carry forward 2015 punye :D)
                          2. More bonding time dengan family
                          3. Nikah
                          4. Habiskan Master

dah dah.. cukuplah 4 tu je untuk tahun ni. 
takut tak mampu pulak nak capai banyak2.
doakan yanie ye.. semoga segala azam, impian dan cita2 
dapat dicapai dalam tahun ini. 
insyaAllah..semoga allah permudahkan segalanya
utk korang pon Good Luck juga! :)


Masa kau dibuang
kau cari aku
masa kau sedih
kau cari aku jugak
masa kau bosan
kau datang pada aku

sekarang, semua dah pulih
kau pandang aku sipi-sipi je
kau nak buang aku terus kan?
kau memang amik kesempatan pd aku!
you take me for granted!

bodohnya aku
layan sedih kau
layan kecewa kau
tapi mcm ni kau buat aku!

Kau buat aku macam tak da perasaan
kau buat aku macam tak dak harga diri!
ini balasan yg aku dapat buat baik pada kau!
ini yg kau bagi bila aku selamatkan kau!

tak pe.. hati aku kuat,.
pergilah..
kau pergilah pd orang yg buang kau,
jangan kau dekat dgn orang yg selamatkan kau ni!


Previous PostOlder Posts Home