Background

Thursday, August 13, 2009

He sailing back....

Hari nih kehidupan macam biasa...g kelas sampai kul 1ptg..dalm kul 4 lebih tadi B kol gtau kapal dah masuk...hu3...sedey n time tu gak la air mata ni berderai..pas kawen 2bln ni kali pertama my B tinggalkan aku sbb dia akan g keje semula...hampir 3 bln B x kijer pas turun kpl dekat knduri kami ri tu...x sempat nk pose n raya sama..aku nih bila B g kijer mula la mood sedey lbih dari happy..bila rasa rindu nk dgr suara tp time tu dia x der line coz kat tgh laut, rasa tersiksa jiwa raga..apa yg boleh aku buat hanya doakn dia sihat sejahtera sentiasa...nasib baik la kali ni B g dalam 2 bln jer...cepat la masa berlalu...aku nk habiskan sta d n nak concentrate more to our marriage life...x leh nk coret lagi...rasa sedih sgt nih..Ya Allah kuatkan la semangat hambaMu ini...

Friday, July 31, 2009

2 tugas baru....

Dah lama x update blog aku nih.bkn per x der masa sejak bergelar isteri ni...tambahan plak aku skrg tgh sambung sta d kat upsi..dpli kos PD...setahun jer..rezeki...ok meh aku citer apa yang terjadi selepas aku kawen...

pas kawen aku g anymun kat lagkawi..p waktu cuti sekolah mmg full la hotel..nasib baik b ada kawan kat lgkawi..dia arrange hotel utk kami..tgl kat Lanai Resort kalo x silap..ntah aku dh lupa...dok sana 4 ari 3 mlm..aku still ngajar lagi time tu...sbb komitment keje,B pun dok dgn aku kat Gerik..tp kami bincang nk tgl umh sendiri..aku dgn B dpt umh sewa kat tmn desa kasih...dh byr duit booking tp x jadi sewa coz aku dpt dpli...2/7 aku daftar kat upsi..B hantar.parents x hantar coz ayh kena amik cuti utk antar kakcik ke poli merlimau..dia pun baru daftar...



Sian B dok hotel sorang2 sepanjang aku orientasi...hari khamis sampai sabtu...pagi ahd B bawa aku cek in umh sewa yg upsi carikan...x best tul tmpat tu.mcm x selamat jer.mcm tmpat tinggalan aje..tp nk wat guaner,dah x de umh 0..lagipun aku baru lg kat c tu..lum tau selok belok lagi...seminggu aku tdo hotel dgn B.ulang alik amik baju utk ke kuliah jer...sian sgt kat B...aku dok nyewa dgn budak dpli lain.so B x leh ar tdo umh aku...pas seminggu teman aku kat UPSI, B balik Besut..tq B temankan isterimu mu ini..syg kat B...

Then aku kat UPSI meneruskan rutin harian sbg student..wat ament,discussion,g kuliah....ari2 tu jer la..3minngu sta d UPSI tutup sbb H1N1 jadi aku balik Besut umh mertua...seronoknya dapat jumpa B...cuti tu bg kami peluang spend time 2gether..ari jumaat iaitu 2 hari b4 aku balik UPSI,tgh aku baring2 kat bilik B datang n tiba2 suh aku baca msg kat hp dia..

"farhana ni ur mining..encik diminta lapor diri isnin ni.."

Lebih kurang gitu la msg B suh baca..apa lagi aku sebak terus..mata yg ngantuk td terus jer membulat..ini maknanya aku terpaksa pisah dgn B...time tu gak rasa nk nangis..tp aku dh janji pada diri aku yg aku x nk nagis depan B...x nk dia serba salah,x nk dia pk aku lemah..(tp hakikatnya mmg aku ni x cukup kuat bila nk pisah dgn B)

Aku balik Upsi tanpa ditemani B..B anta kat umh parents aku d gerik je..makayah anta ke ipoh n aku naik bas dari ipoh...B ahd malam tu dia naik bas ke kemamn..bermula la episod rindu merindu pas nih...

Saturday, July 18, 2009

ISTERI SOLEHAH....

Isteri Yang Solehah

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-citakeluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepadasuami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hatisuami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinyabersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdakmelanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelahia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaansuami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Monday, June 22, 2009

Renung2kan...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

My Wedding...060609





















Dengan sekali lafaz maka sah la aku menjadi isteri kepada Mohd Saifudin...pada tarikh 060609 tepat jam 12.07pm...












































































































Tuesday, June 2, 2009

Dup..dap..dup..dap...

Hari nih dah masuk 1 jun....

Tggl 5 hari jer lagi aku akan bergelar isteri kpd mohd saifudin...agak gementar gak la bila pk akan jadi isteri nih...impian mmg nk sgt jd isteri n ibu mithali....tp mampukah aku?insyaallah...banyak benda dh settle..aku plak dh bajet duit aku utk setiap bayaran..so x der la hutang piutang lagi..syukur sgt aku kawen dpt guna duit hasil titik peluh aku keje..x la 100% bebankan B n family jer...banyak knduri on dat date...agak2 mesti x ramai dtg knduri aku..adik beradik pun ramai attend knduri sdara mara kat kg..just sedra terdekat jer dtg gerik...kwn2 dh rami turun knduri pae kat ipoh smlm..mesti diorg dh x der bajet nk dtg knduri aku plka...erm,x per kla nk wat guaner..yg penting majlis aku selesai dgn lancar n selamat....pas kawen nihaku bz plak nk marking paper xzam students..banyak plak tuh..baru siap marking skrip jawapan objektif...adoi ai...nampak gayanya g anymun pun kena bawa kertas peksa la...he3...nih kalo B tau aku wat kijer masa dgn dia mau hangin satu badan nanti...x per la anyway aku try jalankan tugas aku sebaik mungkin...dh hampir kul 1pg..nk tdo la..esk nk kemas umh plak...nite!

Tuesday, May 19, 2009

B balik...

10/5/09...pas luahkan kerinduan aku kat B dlm blog nih,mlm tu B kol guna phone satelite..tq B..mcm tau jer za rindu B...ckp 5minit jer sbb kos mhl..nway x per aku tau dia selamat n yang penting dia pun rindu kat aku...he3.B gtau dia dh dpt turun biler sampai port nanti...dan pada 15/5 b dh pun signoff..alhamdulillah...aku pulak x yah la memendam rindu lagu...hoyey...!!!
alhamdulillah dia turun awal..sempat la settlekan borang nikah cpt2..tgh menghitung hari nih..aduh x lama jer lagi nk bergelar isteri...