Background

Monday, March 29, 2010

Menangis...

PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah: 

1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. 2.   Menangis kerana rasa takut. 3.   Menangis kerana cinta. 
  4.   Menangis kerana gembira. 5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan. 6.   Menangis kerana terlalu sedih. 7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah. 8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.  

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”  

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.  

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian. Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

1.  Apabila dahinya berpeluh. 2   Air matanya berlinang. 3. Hidungnya keluar cecair. Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

(petikan drpd artikel i luv Islam)

Sayang kamu...

Entry nih khas utk En Saifudin a.k.a my B...tiba2 terkenangkan kebaikan dan pengorbanan dia pada saya..harap2 B x berubah la, sentiasa sabar dgn karenah sy nih dan bertambah tambah kasih syg dia pada saya..(wah gediks plak..hihihi).. sian gak pada B yg kijer kuat kat atas kapal tu utk mencari rezeki...cabaran besar utk insan bergelar seafarer nih..terpaksa jauh dr keluarga, dok ats kpl kijer jer x leh tgk tv,tgk wayang,soping dll...paling kurang layan cd n dgr lagu jer..B duty start jam 6am till 12pm..pas tu 6pm till 12am...sy selalu ngadu rindu kat B..tp kalo kat darat sy still ada family yg tlg jaga sy,tlg hiburkan hati saya...tp my B hanya ada kwn2 yg senasib dgn dia jer kat ats kpl tu...B pun rindu kan sy kan???(sila jawab YA..ok B..hihihihi)

**********

Walau pe pun saya tetap setia n sabar menunggu kepulangan Mr. D saya....tinggal kurang lebih sebulan jer lg B nk sign off...penantian 14 hari lost contact dgn B berbaloi2 sbb B dah pun balik port..may b agak lama B kat port..leh la ari2 dgr suara dia...nk 3G x bley sbb kat umh x de line 3G..sian kn??huhuhuhu....buat my beluvly hubby, jg kesihatan dan kijer rajin2 yer...


Susah senang bersama...

Friday, March 26, 2010

Menjawab tag...

 Saya menjawab tag drpd isteri en zahir (kak ikin)

1. siapakah diri anda di rumah?
- seorang ank,kakak dan pengasuh 3 kanak2 ribena....

2. siapakah diri anda di samping rakan?
- sharing n caring

3. 5 bende yang anda idamkan tetapi belom tercapai?*
- zuriat sendiri..
- nk jadi guru cemerlang
- nk keta honda jazz
- nk seorang insan itu terima aku seadanya...sapa ek?biarla rahsia..hihihihi
- nk tgl dgn B di teratak sendiri, duduk ber2 tanpa gangguan sape2 pun...

4. siapakah nama pasangan anda?
- Mohd Saifudin b Jusoh

5.Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda
- bertanggungjawab pd saya, keluarga saya dan keluarga dia
- kelakar..suka wat joke wat saya happy
- dpt baca isi hati saya
- pandai menjaga hati
- x paksa sy buat per yg sy x suka..

6. bila tarikh anda couple?
-22 Februari 2004 bersamaan 1 Muharam 1425 Hijrah


7. apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
-erm...ada la tp x bley citer Private n Confidential..hihihihi

8. lagu tema cinta anda.
- apa ek..??B suka mcm2 lagu xpecially lagu dikir barat..tu la kot lagu tema cinta kami..x igt tajuk ar..selalu dgr dlm kete bila g jln2 dgn B...

9. apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
- katakan x nk pada rokok..ahaks (sorry B)..

10. Tag 10 rakan anda yang lain.
- 5 org cukup la kot..hihihihi... jawab jgn x jwb yer...

 

My Sweet Sour love life

 
~*~TeAcHer AzNa~*~




Tuesday, March 23, 2010

Dia datang...

Dia datang...ha, sapa yang datang tu ek?uih bkn artis or org glamer pun...dia yg dimaksudkan ialah guru pembimbing (GP) sy...semalam GP dh gtau nk observe sy ngajar...so sy welcome kn ajer...uih nerbes gile gelabah td...tp alhamdulillah dpt positive comments...segala perancngan dpt dilaksanakan spt dirancang...students sy pun suke dgn game yg sy buat dlm klas td..."esk cikgu buat lagi game mcm td ye.."wah dah ada request drpd stdnts sy a.k.a pelajar suka main dlm kelas..hahahaha...per pun hrp korang fhm la apa yg cikgu ajar td..njoy2 gak tp kena la FAHAM tu amat pntg...class in control..dak Felda nih x la nakal sampai x nk blajar langsung..so far diorang ok je dgn saya...pas nih x tau la plak camner...ada lebih kurang 2 bln lg sblm tamatnyer praktikum n sta d saya nih....


*pos entry ni di sekolah..x salah kan??sy mau rht..bkn curi tulang yer..hahahahahaha=)

Sunday, March 21, 2010

Sayer rindu....

Rindu tahap ultraman dah nih...dada nih dah naik lampu lip lap lip lap sbb tenaga dh makin lemah...uhuk..dah masuk seminggu tggu b balik port tp x balik gak...dah la terperap jer kat umh tanpa aktiviti yg bley mengembirakan hati...adoi ai..bley sakit jiwa gini gaya nyer...

*********

fire...hahaha..

***********
Ari nih saya pose ganti..sementara B x der n masih teringat nih,baik ganti cpt2..cadang nk ganti khamis baru nih tp lupa plak..pose dah ganti dlm bln syawal ri tu tp tgl sehari nih jer x sempat sbb dah nmpk anak bulan..hehehe..pas nih dh langsai la hutang pose tu..amin..syukur alhamdulillah...sekarang dh kawen so, kalo nk pose 4 sure kena minta permission  B dulu..sian plak B nanti gigit jari..hahahaha..ngarut jer nih...

Saturday, March 20, 2010

Hari ni dapur saya punyer....

Mak ayh n adik g taiping anta kakcik naik bas..aku tgl sorang2 kat umh...biasanyer tgh hari aku n mak bz kat dapur masak..tp kdg2 aku x jengah pun ke dapur...balik sekolah makan jer...hehehe...tp ari nih dapur tu aku yg punyer..hahahahaha..suke..suke...beshnyer x der yg membebel kat dapur tu...biasa la omak den,nk ikut cara dia ajer...ape pun omak den nih x pnh paksa ank dia ke dapur..masa aku kecik2 dulu asal nk tlg jer ada jer x kena..tu yg fed up tuh..hehehe...erm,start bljar msk masa temankan arwah opah kat kg..opah la ajor masak..walaupun salah, opah x bising mcm mak..rindu kat opah..pe pun akak tetap syg mak...=)

menu ari ini:cencaru sumbat,terung ikan bilis goreng bercili.asam pedas dan sup sayur...td igt malas nk goreng ikan sbb ikan cencaru tu aku beli kat psr mlm smlm lum disiang lg..aku nih mls bab2 nk menyiang aym,ikan dan sejenis dgnnyer...tp terajin la plak..so siap la ikan cencaru sumbat cili dan terung ikan bilis goreng bercili..asam pedas n sup sup sayur yg mlm td punyer..panaskan ajer...mlm td gatal g beli nasi kerabu..dh kenyang x mkn nasi putih dh....aku nih x pandai sgt masak..nk masak pajeri terung x pandai..so msk jer la apa yg aku pandai...hahahahaha...sian kat B kan?dpt isteri x expert bab gulai menggulai nih..pnh try masak gulai ikan kat umh sewa masa degree dulu..tp x sedap langsung..masam...terlebih asam gulai aku..tp sbb lapor,aku n da geng pelahap ajer...kuakuakua...

*gambor x dpt diupload coz line kat sini tersgt la lembab....mls daku nk nunggu...

Arrgh...ttg masa

Pejam celik pejam celik, tgl sehari jer lagi cuti sekolah..apa aku wat dlm cuti nih ek?warrgh..xbuat ape2 yg mendatangkan faedah pun kpd sta d aku..br sedar diri..just marking exam paper jer..pas cuti nih lecturer,pngetua n guru pembimbing nk observe tp RPH n ABM lum siap lg..nih sumer gara2 kemalasan aku sendiri..padan muka aku...

Hari nih aku tgl sorang kat umh..ayh mak n adik g anta kakcik naik bas kat taiping, balik poli melaka..kat gerik x der bas direct ke melaka..aku malas nk ikut..last week dh balik kg amik kak cik...kak cik cuti smggu ajer...tgh layan idola kecil(ulangan) nih..pas nih nk wat rph n sta d sikit utk ngajar buka sekolah nnti..x minat nyer nk ajor kh nih..wayar la..paip la..fius la..ntah apa2 lg...wargh susahnyer nk xplain sumer benda tu kat budak2 form 1..aku pun x baper fhm sgt..nway try my best la..asalkn budak2 fhm basic pun dh cukup..nk tunjuk psg fius2 tu aku pun x reti...apa la aku nk kelentong nnti..hahaha..

Khasiat buah tembikai..

Kali nih saya nk berkongsi ttg satu artikel ttg khasiat buah tembikai...x sangka ia juga mempunyai fungsi yg sama dgn asid folik..skrg nih saya dah mengamalkan mkn asid folik setiap pagi sejak awal march br nih...atas nasihat kwn2 yg dah berumahtangga...usaha dan tawakal...mari baca artikel ini:
 
Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA  berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.




erm..sedapnyer



Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.



Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.


(Petikan dr iluv islam website)

Wednesday, March 17, 2010

Tangkap leleh air mata tgk muvie....

Dua ari lepas sindrom x bley tdo mlm menjengah lagi..siang aku x tdo pun tp napa la mlm tu pun x leh tdo??aku plak dh puas ngadap fb...dh la line siput..sabar jer la...aku pun godek2 la lappy nih... buah hati d kala B x de nih...pas tu teringat muvie yg aku amik dr eda sblm cuti sekolah..alamak citer indon rupernyer..aku nih x suka layan cite indon...tp sbb boring on jer la...oo..cite Ketika Cinta Bertasbih 2 rupernyer..dgr2 citer nih best gak...layannn....!!!

******
Cite nih sedih rupanyer...d mlm yg hening teremo la plak...ada babak2 yg mmg touching sgt...bersyukur sgt sbb aku still ada mak ayah...dan kalo ada jodoh x ke mana....kwn2 yg lum tgk citer tu tgk2 la ek..yg baik jdkan teladan,buruk jdkn sempadan...

******
Pas citer KCB2 abis..still x leh tdo..layan plak citer Pmpn Berkalung Serban..citer nih pun ada babak2 yg buat aku teremo..sedey..=( seronok tgk si suami yg sentiasa cool dan menerima isterinya seadanya....oh terharunyer...(huh tergediks plak.hahaha)..tp rasa citer nih x la best sgt..boleh la...aku bg 3 n half stars from 5 jer..bley..tetiba jer jd pengkritik filem..hahaha...pe pun dua2 citer nih besh sbb ada unsur keagamaan..pas bis citer nih aku berfb n berbls komen dgn sofi,ahli cinta kpl...dah pedih mata aku tutup lappy n pejam...dan akhirnyer...Zzzzzzz....!!!!

Walimatul urus...

Semalam saya menghadiri majlis perkahwinan sahabat sejak dari darjah 6 sampai form5...Cikgu Abu Handalah...Dulu dia classmate dan merangkap jiran saya...bertemu jodoh dgn org kuala lipis...alhamdulillah..mg jodoh mereka berpanjangan hingga akhir hayat....just g dgn adik (kakcik) sbb ayh g ipoh mak plak ngasuh anak2 asuhan dia...

*******

Kul 12 tgh hari saya dgn adik (kak cik) bergerak ke umh Abu...kira2 8km dari umh..sajer g awal..sampai kul 12.10tgh hari tp singgah dulu umh aziah juga kawan sekolah dulu..umh dia dekat je dgn umh Abu...igt nk g sekali tp aziah nk g kenduri kat tempat lain dulu..so g jer la dgn kak cik...igtkan pengantin dh ada kat umh,tp rupanyer on da way dr phg...sampai umh pngntin jumpa ummi(mak abu)..sembang2 jap...pas mkn jumpa dgn kwn aku kat sekolah tmpat saya jd gstt dulu,cikgu marzuki (juki)...cam biasa soklan pertama..b2 jer?cik abg ko mana?sblm nih ummi dh tanya soklan tu...pas tu jumpa jiran2 lama saya dulu...dan soklan yg sama diajukan...pendek kata jenuh gak la menjawab suami g berlayar...pull stop..pas tu tanya lagi g sailing ke mana,kijer dia cam mana..oh kena tgl la yer...kesian....4org tanyer soklan yg sama sampai jenuh saya menjawab....biasa la soklan nih...dh saya agak pun...

********

Naper ek ramai x fhm kijer B saya tu mcm mana yer?kena bg xplanation panjang berjela baru faham..sabar jer la....

Tuesday, March 16, 2010

Nak ke x?

Nak ke x?nk update blog ke x?dah kul 2.40 pg nih..td bekobar2 nk update..dah on lappy rasa mls plak...tdo jer la yer...hahahaha...esk2 jer update...nih la disebut hangat2 tahi ayam yer murid2...x cayer?esk pagi tadah la freshnyer buangan ayam kat umh tu..ha panas ke x??jap jer panas pas tu sure sejuk...(aik,aku pnh test ker?)...kuakuakua...=)Dah2 jgn ngarut lagi..go to sleep puan faezah...sorry yer kwn2..daku menaip utk dpt feel ngantuk..huhuhuhu...

Monday, March 15, 2010

'perginya' seorang abah....


Ema my best fren...


*******

Tanggal 14 March 2010, kira2 jam 7 mlm, abah kpd ema, sahabat baik ku sejak form 1 telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan kuman di hati serta penyakit2 lain spt buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi....tatkala mendapat msg dari ema mengenai abah yg sudah pun menghembuskan nafas terakhir, kelu dan terkejut aku...apatah lagi ema...ema ank bongsu yg sgt disayangi mak dan abah...tentulah pemergian abah satu tamparan hebat buat ema...tambahan plak ema akan mulakan smula pengajiannya di UIA dlm MBA...hopefully ia tidak mengganggu pengajian ema nanti...

*******
Aku agak terkilan kerana rancangan nk melawat arwah sebelum nih x kesampaian..dah plan nk g ari ahd mggu lps..tp cancel sbb ema msg aku mlm ahd tu gtau ayh dia dibawa ke Hospital Ipoh utk dibedah...selepas operate masuk ICU...

Pagi td aku ke rumah ema menziarahi ema dan keluarganya...abah selamat dikebumikan kira2 jam 1.30pg td.....arwah meninggal di Hospital Ipoh dan dibawa pulang ke rumah di Gerik..rancangan asal utk kebumikan pagi td dibatalkan dan keluarga arwah sepakat utk kebumikan lebih awal.... lagi cpt disemadikan lbih elok....sblum balik masa aku salam dgn ema, dia sempat mengadu cuti sem dia kali nih x bermakna sbb abah meninggal...balik kali nih dia terkilan sbb x sempat berbual panjang dgn abah sbb masa dia sampai umh, abah mmg dah x bapa sht dan kurang berckp....sgt touchin' time tu..air mata kau dh mula berada di kelopaka mata..sayu dan aku x harus menangis sbb aku harus kuatkan hati sahbatku itu...aku peluk ema dan minta dia kuatkan semangat..hanya itu yg mampu kukatakan...sian sgt kat ema..aku hanya mampu katakan semua yg terjadi ada hikmahnya..nasib baik ema dah cuti sem, kalo perkara nih jadi masa dia sedang xzam, mungkin sedikit sebanyak menggangu prestasi belajar dia....tabahkan hatimu wahai shbt....mg Allah menempatkan arwah bersama golongan yg beriman..
Al-Fatihah...


Wednesday, March 10, 2010

Papa???mama???

Terkejut x dgn tajuk entry kat atas???Saya blum ada 'isi' lagi yer kwn2......cuma nk share dgn korang bermulanya panggilan papa n mama dgn B..hahahaha...ntah napa b panggil aku mama..."mama sihat??"aku pun layan kan ajer la..pggil B papa plak...pastu berdebat plak..x besh la ank kita pggil abg Papa..pggil ayh jer...aku jwb,"ala tu dh biasa sgt...pggil abah la...x pun walid..tp walid tu mcm ank ustaz la plak..hahahaha"(sama2 tergelak)....at last aku ckp kat B,"biarlah ank kita tentukan nk pggil per, yg kita dok kalut nih ank dah ada ker?poyo jer...x sabar2 plak kita..hahahaha...

~~~~~~~

Mg tahun depan termakbul hasrat nk zuriat..ahaks=)

Tuesday, March 9, 2010

Menakutkan....

Takutnyer..gabranyer...nerbesnyer...dan istilah yang sewaktu dengannya....naper aku ckp gitu...??pas cuti sekolah aku akan di observe oleh guru pembimbing..kemungkinan supervisor pun nk mari...adoi ai...kecut perut dah nih...huk..huk..huk...

Supervisor, Pn Suraini pun aku lum contact...try kol bilik x dapat...emel dia x balas..sib baik laila dak yg sama supervisor dgn aku dpt no hp dia...lum kol lg nih...takutttt.....ahaks...ptg nnti la kol...Bz la aku coti sekolah nih nnti...nk kena wat abm n rph..huhuhu..sib baik B x der kat darat,kalo ada,sian dia x dapat layanan yang memuaskan...dulu g anymun bawa kertas jawapan nk marking...rasa bersalah sgt kat B...sorry ek syg...tu la za nih degil kan?B x bg kijer nk gak kijer...dah rezeki...terima jer la..igt rezeki sampai gstt jer...tp alhamdulillah dpt plak dpli nih...x per la..apa2 pun za kijer dgn niat nk tlg family za..B pun faham kan..??kalo B x der za sunyi gak..jd better za kijer kn?kn?kn?

Per pun pas dapat layakn tetap as guru nanti hopefully aku akan cuba bahagi masa sebaik mungkin...try my best...!!!

~~Camner big projek yg x menjadi last trip B balik ari tu ek?hopefully kali nih menjadi la~~

Monday, March 8, 2010

21 Pesanan Buat Suami...

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Justeru, beliau meminta saya kongsikan 21 pesanan isteri untuk suami ini supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer. :)

  1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
  4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sermata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
  8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
  18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
  19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!
Jadi renung2kan la...dan selamat beramal....!!!=)


#Harap suamiku membaca entry ini..ahaks...=)

Sumber:http://pakarhowto.com/teknik/21-pesanan-isteri-untuk-suami.html

Sunday, March 7, 2010

Carta kelebihan wife n gf seafarer..=)

X der per nk diciterkn....td aku dok sajer2 sambil baca kisah khidupan wife n gf seafarer terus dpt ilham nk list downkan keistimewaan khdupan geng cinta kapal nih...check it out....

No 1 :Ditop up top up dgn kasih syg...Bila B sign off br dapat jumpa...walaupun ada 4,5 org ank pun tp still mcm baru kawen...bila sign on atas kpl bergayut jer...dh turun kpl spend time puas2 g oliday,soping n mcm2 aktiviti lagi la.....best kn kwan2...=) Bila berjauhan baru la masing2 lbih menghargai pasangan masing2....everyday rasa mcm baru bercinta kan?kan?kan?...indahnyer perasaan itu...hehehehe...

No.2 : B atas kpl, jd yg ada ank bley lbih bg perhatian kat ank2...yg lum ada ank cam sy nih leh bersenang lenang tanpa pk kn nk urus mkn pakai suami...pk diri sendiri sudah...kalo x, pnt gak balik kijer nk urus mkn minum suami...x kan nk wat x tau jer kn?..ahaks...

No.3 : B yg g sailing overseas balik jer mesti bawa buah tgn utk isterinyer kn??Bestnyer...

No.4 : B x der,leh amik kesempatan bergathering dgn kwn2...kalo yg ada suami 24/7 depan mata mesti terbatas kan masa nk lepak2 dgn kwn...maklum la suami nih kalo bley nk kiter berkepit dgn dia jer...kalo suami seafarer diaorg fhm isterinyer bosan..bg jer g bergathering ker,main boling ke,tgk wayang ker dgn kwn2...asal tau batasannyer...he3...

No.5 : Wife n gf seafarer pandai berdikari...yer la B x der pandai2 la bawa diri dan uruskan ank2...tanggungjwb rumah tgga 100% atas bahu isteri...tp kalo wife n gf org kijer darat nih ada yg asyik bergantung pd suami jer....pendek kata cabarannyer x banyak cam kami nih...ahaks...

No.6 : Bagi gf (yg masih sta d)yg berjauhan dgn bf....jimat duit top up anda kn?yer la kalo bf balik dia yg kol...kalo dia x der line,hp mesti jarang kita guna kan?nih depends on zaman sy bercinta dulu la...b4 kawen....kalo B ada kat darat bleh kata setiap setgh jam anta msg...kalo dh bis kelas bergayut berjam jam...ament buat kemudian asal dpt dgr sura yg tersyg dulu...tp bila B dah naik kpl, bley concentrate on sta d sbb dpt guna masa gayut utk sta d plak...(tp adat la kalo penyakit rindu melnada..emo sikit n sta d pun sikit kacau..tp pandai2 handle la...mula2 jer,dah lama kena tggl ok la kn?)

No. 7 :Kami wife n gf seafarer ada kelab 'geng kapal' n 'chenta org kapal' utk sama2 sharing n caring..wife n gf org kejer darat nih ada ke club cam gini utk sharing n caring??x der rasanyer kn?so,apa lagi...cari la psgn yg kijer kpl..kuakuakua...

So. kpd kwn2 senaseb...sedar la yg kita nih insan terpilih..biar apa kata org,kita mesti kuat...yg ada ank, mesti kuat demi ank2...jgn sentiasa tangisi nasib badan yg sering ditinggalkan suami dek kerana diaorg g sailing...sentiasa iringi pemergian mereka dengan doa...

Last but not least, semoga kasih syg kita dgn B masing2 sentiasa bertambah tambah dr hari ke hari...biar jauh di mata tp sentiasa dekat d hati...=)

Setia menanti....

p/s:kalo ada point lagi nk ditambah, sila la komen ek...peace!!!

Saturday, March 6, 2010

Genap 9 bln...

Genap 9 bln..tp bkn dah nk bersalin tau...ahaks...Hari nih 6 march 2010 genap la 9bln aku menjadi seorang isteri kpd seornag seafarer...suami yg kurindui..smga dikau selamat di lautan sana...luvvv u soooo much..!!!
syg papa=)


1st week @ school is over....

Alhamdulillah...

Mggu pertama praktikum dah pun berlalu dgn jayanya...setakat nih pihak sekolah dan ank murid bg kerjasama yg baik...kerja dah bertimpa timpa...mcm2 PK HEM nk kami tlg...decore bilik gerakan n bilik pengawas, key in data dlm SMM, buat huraian tugasan pengawas, latih student utk persembahan bercerita sempena maulidur rasul...bila plak la nk wat rph,ABM n sta d utk ngajar ek?..x per nih sumer pgalamn...kan?kan?kan?"saya menurut perintah"...ahaks...mg semua berjalan lancar sehingga tamat latihan nih...do my best!!!amin...

Dan sekarang aku dah drive sendiri ke sekolah...x g dgn eda dah sbb kdg2 dia ada plan dgn bf dia..mulanya mmg eda ajak g dgn dia jer sbb kami 1 way...aku on ajer..tp bila d fikirkan, lbih sng g asing2 sbb kalo eda ada program lain x la dia susah2 anta aku dulu..lgpun eda pun dh biasa dgn selok belok area gerik nih...aku temankan dia sbb dia still br kat gerik...eda nih org kulim...aku plak tgh tggu driver aku yg amat ku rindu balik bln 5 nnti...bln 5 nnti g balik sekolah ada driver la...ahaks...

Dah kul 1.38pg skrg..cam biasa mata x ngantuk lg..susah nk tdo..rasa panas tul...adoi ai..ptg td amik adik tuisyen terus g psr mlm...g beli brg dapur n mknan sikit pas tu terus balik...membeli pun mcm merompak ajer...sekejap sgt...panas nyer la, sesak lak tu...mls nk berlama lamaan kat psr mlm tu..aku g td kul 5 lebih..cuaca still terik lg...tu br pns kat dunia pn eza oi...bersabar la yer...nih tgh layan american idol..tetiba rindu B..padahal br mlm td B sailing semula pas 2 hari alik port...windu windu dan windu...itu la perasaan yg kerap muncul pada wife or gf seafarer cam aku nih..apa pun bersabarlah kerana hari bahagia pasti kan hadir...(fullamak..jiwang karat la plak..hahahaha)

Wednesday, March 3, 2010

Tugas bermula...

Semalam dah bermula kelas aku...ajar subjek perdagangan tingkatan 4 Atom...alhamdulillah setakat nih kelas tu ok jer..bg kerjasama yg baik....pas nih x tau la plak...dh lama x ngajar...mula2 tu nerbes gak la...tp lama2 ok dah...dan seperti dulu...dah puas menjerit dalam kelas, masuk bilik guru suara pun dah x baper nk ada....hahahaha...tu baru 2 masa...ari isnin jadual agak pack..5 masa kalau x silap...huhuhu...x per berkhidmat utk negara..ahaks...=)

1 March is my 1st day.....

salam semua....

Isnin lepas aku dah daftar diri di sekolah Smk Bersia (Felda)....first day aku rasa cuak giler...mana x nyer si eda kwn yg praktikum sekali dgn aku tu mulanyer nk g sekolah sama2...tp mlm isnin tu puas aku contact tp x dpt2...x tau la dia dh sampai ke gerik dr kulim ke blum..aku pun berkira-kira nk g drive sendiri ke suh jer ayah anta...at last aku decide suh ayh jer anta...sampai kat sek adk, tetiba eda kol...patut la x dpt contact dia sbb umh dia sewa tu x dpt line maxis...adoi ai...so,sian plak kat dia takut x tau sekolah tu kat ner...aku tggu eda kat depan sekolah adik jer....finally selamat tiba kat sekolah nih dgn jayanyer..ahaks...nerbes makin terasa...

Kat sekolah, ari Isnin perhimpunan rasmi..kebetulan, ari tu ada ceramah sempena maulidur rasul...sampai 9.30pg aktiviti dipenuhi di tapak perhimpunan tu jer...pas tu briefing dgn Pk....Pn Salmah...nice person...banyak tlg kami....Cikgu2 sini pun ok...utk hari pertama x masuk kelas lg...just orientasi jer....aku ngajar Perdagangan Tingakatan 4 dengan Kemahiran Hidup Tingkatan 1....kh tu aku kena bnyk sta d la..aku pun bkn pro sgt..dh lama tgl subjek tu...nway,try my best...

krinngggg!!! kul 2.30 balik...fuh lega...=)

Sampai umh...cpt2 solat,then kuar g Bank..nk settlekan masalah aku dgn bank tu....sesedap hati jer telan duit aku...RM 300..banyak tuh...dah isi borang report..paling cpt dlm masa 3mggu baru dpt semula duit tu....
huh..!!!

p/s:wit tu elaun kasih syg B (pinjam kata2 kak yat)...bak balik!!!huwaaa!!!!