Saturday, August 23, 2008

Kenali pemain simpanan BN FC

[ini sekadar corat-coret pilihanraya. tidak berniat untuk merosakkan undi ataupun menjatuhkan sokongan mana-mana pihak]

Anda mungkin mengenali pemain-pemain utama dalam kempen pilihanraya Permatang Pauh. Apa kata kita mengenali pemain-pemain simpanan mereka pula.

1. Penjaga Gol - Arif Shah
Dengan saiz yang agak 'selesa' beliau telah dipilih untuk menggantikan pemain tengah iaitu pirdaus ismail yang tercedera kerana tersepak peti undi. Agak low profile kerana jarang mewakili pasukannya sebagai pemain utama, namun kemahirannya meredah banjir dan menangkap setiap bait-bait kata pihak lawan dan menyerang kembali membuatkan pasukan lawan agak gusar berhadapan dengannya.

2. Pemain Sayap Kiri - Ezam Mohd Nor
Biarpun memiliki kemahiran tinggi dari segi mengawal sorakan penonton namun begitu kelalaiannya untuk mengawal benteng kiri amat menggusarkan. Beberapa kali telah memujuk jurulatih merangkap ketua pasukan untuk menjadi pemain utama namun tidak dipersetujui pemain-pemain lain. sekiranya tidak bermain, beliau juga bersedia mengangkat kotak minuman untuk dihidangkan kepada pemain-pemain utama.

3. Pemain Tengah Menyerang - Nalakarupan
Pemain ini agak terpinggir sedikit kerana beliau kurang beraksi semenjak berpindah ke pasukan BN FC. Namun, kebolehan pemain ini tidak perlu diragui lagi. Beliau bukan sahaja mampu menangkis setiap kata pengadil mahupun penjaga garisan, malah beliau mampu menyediakan pita rakaman bukti untuk meyakinkan bahawa beliau tidak bersalah. Dipercayai beliau menyimpan CCTV di sekeliling padang dan juga disekililing pinggangnya.

4. Penyerang - Khairy Jamaluddin
Pemain ini cukup gah ketika eranya pada tahun 2004 sehingga 2007. namun selepas BN FC gagal mencatat kemenangan menyeluruh pada kejohanan utama (Mac 2008), pemain ini diam seketika. Dipercayai dia ingin merawat kecederaan hatinya yang luluh akibat tidak dapat menawan Kelantan. Biarpun dikategorikan sebagai pemain yang versatil dalam apa jua bidang, namun kesilapan skil yang dipertontonkan menyebabkan beliau sekadar memanaskan bangku simpanan.

5. Penyerang - Saiful Bukhari
Penyerang muda ini diibaratkan sebagai Theo Walcott yang mempunyai potensi yang cerah dalam bidang politik. Mempunyai semangat yang berani untuk bersumpah dan skil menyerang secara gerila namun beliau juga mempunyai kelemahan iaitu tidak mampu menangkis serangan dari belakang dan agak risau jika ada pemain lawan dibelakangnya. Mungkin beliau masih tidak sedar bahawa peraturan FIFA tidak membenarkan serangan dari belakang dilakukan dan sekiranya bersalah kad merah akan dilayangkan serta-merta kepada pemain yang melakukan serangan itu.

Untuk perlawanan kali ini pihak BN FC tidak berhasrat untuk meletakkan pemain pertahanan didalam senarai simpanannya kerana mengamalkan strategi menyerang habis-habisan. Mereka yakin dengan menyerang sahaja mampu mengalahkan PKR United apatah lagi PKR United kini turut disertai oleh ketua pasukannya merangkap mastermind, Anwar Ibrahim.

Friday, June 20, 2008

Apa dah jadi orang kita??

Gambar dari Kosmo!

Terlebih percaya terhadap sesuatu perkara membuatkan aku selalu tertanya apasal orang kita begini? Terbaru, kisah pokok yang mengalirkan air tanpa henti di Terengganu. Orang-orang kampung pakat tadah airnya konon ia mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Apa motif diorang yang sebenarnya? Pandai-pandai je kata air pokok tu boleh sembuhkan penyakit, bagus untuk badan. Apa bukti yang boleh dijadikan rujukan keatas tuduhan mereka sedangkan perkara tersebut baru pertama kali terjadi kepada mereka? Antara percaya atau tidak, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa untuk dijadikan bahan kajian sendiri yang tak diiktiraf oleh mana-mana agensi kerajaan atau swasta.

Inilah orang kita... asal pelik sikit semuanya dikatakan baik untuk badan. Seolah-olah benda/perkara pelik membawa tuah kepada mereka. Dah orang kampung nak buat macam mana... mengaji pun tak tinggi. Tapi, kalau aku nak kata bodoh tak boleh juga, nanti kecik hati diorang - hati aku jugak pasal aku pun dari kampung.

Disini aku lampirkan beberapa kejadian pelik dan akibat yang menimpa sang pengguna yang taksub sangat dengan peristiwa aneh itu:

1. Peristiwa mata air yang wujud secara tiba-tiba di Jitra. Macam biasa orang ramai pakat tadah airnya dan minum. Selepas diperiksa rupanya ia datang dari paip kumbahan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Malangnya, 5 orang dipercayai keracunan akibat air 'ajaib' tersebut.

2. Peristiwa mata air juga yang wujud di Perlis tahun lepas. Walaupun ada yang mendakwa seorang pesakit kronik sembuh selepas meminum air itu tetapi lebih kurang 10 orang menderita kesakitan selepas meminum airnya.

3. Peristiwa 'pokok menangis' diKelantan. Walaupun kajian mendapati ianya adalah air embun yang bertakung lama pada pokok tersebut, namun terdapat kira-kira 3 orang keracunan akibat air tersebut yang sudah tercemar.

Antara bodoh atau taksub... fikir-fikirkanlah.
Setiap kejadian Allah ada hikmahnya dan ada tujuannya. Tiada yang mustahil bagiNya kerana jika Dia berkehendakkan jadi maka jadilah.

Thursday, June 12, 2008

EURO 2008

Euro widgets

AYAM EURO


Semangat bola bukan untuk manusia je... ayam pun semangat nak main bola sempena Euro 2008 ni.

more funny picture here

Monday, June 9, 2008

Minyak = Emas















picture kredit to alvinalex (flickr)


Zaman dahulu, jika ditayang emas dibadan semua akan kagum malah pemakai akan disanjung seperti Tuhan. Maklumlah, emas bukan senang didapati dan hanya golongan bangsawan dan Raja-raja sahaja yang berhak memilikinya.

Zaman kini, emas masih lagi berharga tetapi 'emas hitam' lebih bernilai. Sesebuah negara sanggup menindas negara lain hanya semata-mata untuk minyak. Kini, segalanya bertambah jelas dengan kenaikan sebanyak Dolar US 130 setong, minyak dikatakan hanya untuk golongan mewah. Tidak mustahil rasanya suatu hari nanti, orang nak beli kenderaan berenjin kena fikir dua-tiga kali. Sekarang pun pengguna jalan raya lebih berhati-hati untuk bergerak menggunakan kenderaan mereka sehinggakan ada yang mengisi minyak penuh tangki tetapi keretanya disimpan didalam garaj.

Beginilah nasib manusia diakhir zaman...