Pages

Monday, November 29, 2010

Nabi Muhammad S.A.W


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam  (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎)  adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.

Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. 

Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 

bermaksud:
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Thursday, November 25, 2010

Kisah dan tauladan


Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk??? 
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...


Tuesday, November 23, 2010

Bila anda bosan?












Monday, November 22, 2010

Nuffnang Thank You

 Assalam..mekasih pada pengunjung setia saya dan pengunjung2 sekalian ye.tak lupa juga pada pihak Naffnang.
I LOVE YOU SO MUCH!
Post yang simple aje.. 


Friday, November 19, 2010

Pentingkah Takaful kepada anda?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya ingin mengajak anda berfikir tentang Takaful..Apa yang ada tahu pasal takaful? Takaful adalah satu perkhidmatan yang disediakan olah pihak yang menguruskan perniagaan takaful untuk melindungi para pembeli polisi mereka.

Pentingkah takaful kepada ada?ada pelbagai jawapan yang anda katakan.Saya bukan nak mempromosikan takaful mana-mana syarikat, tetapi ingin berkongsi sahaja.Terserah kepada anda untuk menyertai atau tidak.Saya ingin berkonsi ilmu sahaja.Tak guna saya simpan sorang-sorang aje.

Bila anda menyertai pelan takaful, sebenarnya anda menabung disamping di lindungi oleh polisi yang ada dalam skim yang anda pilih.Mari saya berikan contoh untuk senang anda paham.

Contoh En.Ali :
En. Ali membuat simpanan sebanyak RM200.00.RM100.00 kedalam akaun bank dan RM100.00 lagi dalam takaful.Selama 1 tahun En. Ali menabung dan di takdirkan dia kemalangan @ mendapat penyakit kritikal @ kematian.Berapa simpanan yang ada dalam akaun bank untuk menyara tanggungan En.Ali? Dalam Akaun Bank selama setahun  berjumlah RM1,200.Cukup kah untuk menyara anak-anak beliau?Kos perubatan? Di sini fungsi takaful untuk melindungi anda.Pihak takaful akan membantu En. Ali dengan membayar mengikut jumlah polisi yang di persetujui semasa menyertai takaful.

Contoh En.Abu :
En Abu membuat simpanan sebanyak RM200.00 setiap bulan kedalam akaun bank.Selama setahun dia berjaya mengumpul sebanyak RM2,400.00.Pada segi jumlah memang lah banyak dari En Ali.Ditakdirkan En Abu kemalangan @ mendapat penyakit kritikal @ kematian.Adakah jumlah simpan En.Abu cukup untuk belanja anak-anaknya semasa En. Abu di hospital? @ membayar rawatan kos penyakit kritikal di hospital? @ bantuan wang untuk anak-anak dan isteri selepas kematian En. Abu? Adakah pihak bank akan membantu anda di masa itu? TIDAK.

Ok lah, harap anda paham apa yang saya tulis.Terpulang kepada anda untuk menentukan mana jalan yang anda pilih.Korang semua dah boring kot.Panjang sangat dah ni.Komen2 lah apa yang patut ye.hehehe.

Tuesday, November 16, 2010

MYredEYE New Member

Korang suka tak ikon ni?So jangan lupa makan buah-buahan ye..Selamat datang ye ahli baru..
Korang tahu tak kenapa buat-buahan tempatan kalau makan banyak boleh dapat penyakit tetapi kalau buah import, makan banyak pun tak pa.Fikir-fikirlah ye..
komen-komen lah apa yang patut..






Friday, November 12, 2010

Doa Bismillah Enam

Saiyidina Jibrail telah menceritakan khasiat-khasiat dan faedah-faedah doa ini kepada Rasulullah s.a.w. seperti berikut:Barangsiapa membacanya dengan hati yang ikhlas dan yakin penuh kepada Allah s.w.t., Insya'Allah mujarab dengan izin Allah di antaranya:
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM.
Pesanan Ustaz tu: kalau yg lemah semangat harap jgn amalkan. takut terperanjat2 di buat nya nanti. suara lantang tak tau dari mana kejut suruh bangun tahajjud atau subuh. kalau ada luka dipicit2 luka tu suruh bangun subuh ke tahajjud ke dan macam2 lagi la...yg mengamalkannya sudah tentu tau akan perkara ini wallahualam

INSYAALLAH. (dengan keizinan Allah) 

Saya hanya berkongsi ilmu yang ada, kalau ada silap harap komen2 lah ye...

Wednesday, November 10, 2010

MYredEYE: Kini Di Facebook



Kini MYredEYE TEAM sudah maju setatak lagi dalam alam cyber, Ahli-ahlinya sentiasa berhubung di laman sosial Facebook bersama-sama untuk berkenalaan antara ahli-ahli dan membincangkan pasal blog-blog masing untuk tujuan promosi.

Kepada blogger yang baru atau lama yang tak mempunyai pengunjung yang tetap hanya mengharapkan ikhsan dari blogwalking saja, jangan terasa diri anda kekosongan.Buat lah blog anda menjadi menarik dari rakan di MYredEYE.

Keputusan ditangan anda sekarang, Kami tak memaksa anda.Tepuk dada tanya selera.Periksalah laman Blog utama kami, tiada unsur-unsur keuntungan dari Pihak MYredEYE..Hanya untuk berblog dan trafik ke blog sahaja.

Rajin2 lah komen ye..

Monday, November 8, 2010

Saya Tak Nak Kena Tagged!


Salam dan Selamat sejahtera.
Hari ni saya nak bagi tahu yang saya tak perlu untuk di Tagged kerana saya ada Team Blogger saya sendiri.MYredEYE Team.Sesiapa yang suka tagged saya, saya minta maaf banyak kerana saya tak mahu untuk di Tagged ye,Cukuplah Team saya Sahaja.

Anda sendiri boleh fikirkan kenapa ada Tagged, nak naikan trafik sesiapa yang buat Tagged.Jom join team MYredEYE, Anda tak perlu untuk Tagged kawan2.Ok.Maaf Di pinta kepada sesiapa yang terasa.Jangan Tagged Saya lagi.Saya tak berminat.






Saturday, November 6, 2010

Info Detox Foot Patch



Cubalah untuk sehari, anda akan mendapati toksin dari tubuh anda keluar pada keesokan hari! Gunakan patch pada kedua belah kaki setiap hari. Hasilnya akan didapati dalam tiga tahap yang berbeza.

 Tahap Pertama:
Meningkatkan kualiti tidur, menyembuhkan sembelit dan membuang angin dalam badan. Anda akan merasai tubuh anda lebih ringan. (Sekitar 24 hari)

Tahap Kedua:
Meningkatkan ketahanan badan melawan penyakit, meningkatkan metabolisme, memperbaiki sistem pencernaan, menghilangkan nafas/kaki berbau dan, mengurangkan tekanan darah dan kadar lemak, ginjal/hormon dalam tubuh berfungsi dengan betul/baik. (1-3 bulan)

Tahap Ketiga:
Tahap terakhir, anda akan mendapati patch anda berwarna terang, ini bermakna bahawa racun dalam tubuh anda berkurangan! Anda boleh melihat perubahan pada wajah anda. Tahniah! (3-6 bulan)


Sesuai Untuk: -
 1. Siapa yang ingin menurunkan berat badan
 2. Siapa yang sembelit, nafas/badan/kaki berbau
 3. Siapa yang sentiasa menghadap komputer, mempunyai tekanan kerja yang tinggi, selalu terkena radiasi
 4. Berdiri/berjalan dalam waktu yang lama
 5. Leher/bahu/pinggang/kaki sengal/sakit
 6. Kedua kaki penat/lenguh


AMARAN: * Untuk KEGUNAAN LUARAN SHJ * Jangan tampal pada kulit yang alergi/ luka/ mata * Jauhkan dari anak-anak * Wanita hamil dilarang menggunakannya PERHATIAN: * ibu menyusu harus berhati-hati menggunakannya. * Alergi / pesakit jantung dan darah tingi harus berhati-hati untuk menggunakannya.


PENYIMPANAN: SIMPAN DI TEMPAT DINGIN DAN KERING GUNA SEGERA SELEPAS DIBUKA


Sekadar untuk info aje..berkongsi barangan yang bagus kepada kengkawan yang selalu menjengok blog ini..komen2 lah sesiapa yang pernah mencuba.Saya baru try ni..nak tengok macam mana perubahannya.hehehe...mekasih..

Thursday, November 4, 2010

Kita Umpana Pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita..

Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam
keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus
meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih
kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut perlulah kita basuh sehingga bersih,
kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah
bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun
serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi... Kita tiada pilihan lain selain
menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam
keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus
meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita..
Iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan
'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum me masukkan kita
ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga
tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan
teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat
selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Fikir-fikirlah bagi yang mahu berfikir..

Tuesday, November 2, 2010

Pesanan Imam Ghazali


Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Related Posts with Thumbnails

Followers