Friday, June 3, 2011

IKHLAS...

Assalmmualaikum... lama tak jenguk dan mengemas.. sibuk sangat... banyak sangat benda yang tak beres yang perlu di buat,, alahai...... kerja dan masalah takkan habis ,,Moga-moga kemunculan bulan Rejab ni akan menjadi kan semua yang di lakukan , yang di rancang, dan apa yang sepatutnya di buat akan berjalan dengan lancar,,dan mendapat keredaan ALLAH.. serta dipermudahkan NYA.ni nak cereta apa ya..apa=apa aje kan.. Semalam dan hari ni kita orang dalam umah ni berpuasa sempena kemunculan bulan Rejab ni.. ialah bila puasa ni tak masak tengahari lah.. masak petang je.. semalam ajar anak dara bertiga tu buat karipap.. buat inti sardin dan telur .. ialah kat umah ni dari dulu pun kalau buat karipapa buat yang pedas dan yang tak pedas.. alasannya dulu bebudak ni tak tahan pedas.. tapi sekarang ni dah jadi macm wajib lak..ialah inti telur ni mana nak dapat kat kedai..senangg dan mudah sebenarnya..anak dara bertiga ni kena kelim karipap tu.. tak kira lah lawa ke tak.. hasilnya senget benget.. tak pelah janji cuba , esok2 kalau gi umah mak mentua tak lah malu ..cuma nak asah skill je..
                      

           Selalu aku ingatkan anak dara kat umah ni.. kalau nak buat sesuatu tu misti ikhlas.. kalau tak ikhlas tak menjadi dan aura nya tak sampai.. macam masa memasak kalau terpaksa dan macam tak ikhlas masakan tu jadi tak sedap bak kata org jowa.. chempelang.. walaupun semua rencahnya cukup ...rasa yang sepatunya tak sampai kepada si pemakan..begitu lah Moral nya.. buat sesuatu mesti ikhlas dan kerana Allah bukan nak kan pujian dan sanjungan..fikir-fikirkan...
`.

Thursday, February 3, 2011

Gosip..

semalam gi kenduri.. biasalah klau gi kenduri ni.. jumpa ramai kekwan.. dan banyak lak ceritanya.. dan takterlepas ialah cerita ketupat.. atau GOSIP.... mulanya pertanyaan tentang sesorang terus melarat bab si polan kawin lagi satu.. si polan ni dah ada 5 cucu gitu.. dan selepas anak kedua melangsungkan perkhawinan.. si polan ni pun khawin.. bayangkan dengan anak dara lagi..lebih muda dari anaknya yang baru khawin tu..pehhh.. boleh tahan!!padahal si polan bukan dari mereka2 yang tergolong gatal.. atau miang.. si polan ni luarannya baik sungguh.. nampak sopan gitu.. tapi tak sangka dalam diam pasang lagi satu.. tertipu mak !..dan banyak lah andaian2 yang di nyatakan oleh kekwan ku .. ada yang kata.. alah bini dia dah menopus.. dalah di tolong budak tu.. alah lelaki memang cari peluang je.. haaa.. itu yang betulnya .. dapat peluang terus je.. memang lelaki ni jangan di beri muka.. Betulke??Kata orang , lelaki ni makin berumur .. manja dan nafsu nya makin tinggi.. , jadi kalau khawin sebaya .. ada sedikit payah.. ialah lelaki selalunya nampak lebih muda dari perempuan yang sama umur.. dan tenaganya juga lebih berbanding perempuan yang sebaya dengannya..faham2 je lah.. kalau si suami dan si isteri sebaya... masa mula2 khawin takde masalah.. tapi selepas si isteri beranak beberapa orang .. dan penat kerja siang dan "MALAM"..maka waktu pasangan ini berumur 50 tahun.. tentunya si lelaki nampak masih segak.. apatah lagi kalau uban dah di hitamkan..dan gemarka berbagai ubat kuat.. entah tongkat siapa yang di pinjamnya.. tetapi si isteri..yang sibuk je dengan anak2 dan runah tangga , walaupun rumah tak bertangga.. tak sempat berdandan.. atau menjaga kesihatan.. atau jaga badan.. ialah mana sempat nak pergi bersenam.. atau apa aja yang sewaktu dengannya.. kerja kat umah je.,tak pernah abis..maka nampak lah, si isteri jauh lebih tua dari si suami..dan kalau yang cepat menopus tu..lagi lah.. ketara tuanya..dan kalau ajakan si suami.. asyik di tolak.. maka mereka ni mencari penyelesiannya...KHAWIN LAGI,(mencari masalah baru)..

Monday, January 31, 2011

Kejadian Sabtu...

Sabtu 29hb , aku di kehandaki membawa 5 orang muridku pertandingan mewarna di Sekolah Menangah Sedia Raja.. seawal 7.45 aku telah berada di sana sementara ibubapa menghantar anak-anak mereka.. biasa lah tu kerja seorang cikgu tadika.. acara berlangsung selama sejam .. alahamdulilah  2 muridku termasuk didalam 10 yang terbaik..tapi.. cik akim kerja .. sapa nak ambil aku balik.. jadi aku terpaksa panggil teksi.. dan di hadapan sekolah itu akan di adakan pecutan bagi acara LTDL 2011.. ramai sangat orang.. tiba-tiba angah telefon, mengatakan bahawa cik akim hendak membawa mereka ke Kuala Pilah.. "ala.. Tunggulah.. nak ikut.."kata ku , "dah terlepaslah" kata cik akim.. Alah saja lah tu tak nak bawak aku sekali..sejam berlalu.. taksemena-mena aku terasa sesuatu dan ingin bertanya tentang bebudak tu.. "budak2 tu ada tu.."kata cik akim.. , taklama lepas tu cik akim call semula,boleh datang sini tak?, minta tolohg dengan cik ita .. amik bebudak ni.. accident lah!Alamak!!( semasa aku call tu, ...kejadian baru belaku.. tak sampai 2 minit...hebat juga akuni kan?.. dapat rasa lah.. ), maka aku dan cik ita pun bergegas ke ulu bendul.. amik bebudak tu dalam hujan..Moral of the story.. isteri jangan di kebelakangkan...teruk juga keadaan si hitam NBV tu.. lastnya.. NBV kena masuk Wad.. lagi lah  payah.. tak de kenderaan.. sapa ada kereta ke?, atau lori ke.. atau apa sahaja kenderaan yang terlebih.. tapi setelah berbincang.. (ya ke..? bincang)maka telefon cik man untuk pinjam kereta.. cik man adalah abang cik akim.. selesai satu masalah...Alahamdulilah .. kena buat bubur putih bubur merah.ni...(sebelum di tanya dek makji leha)sebagai tanda kesyukuran.. semua selamat..

Thursday, January 27, 2011

Sibuk...

Lama sungguh tak menulis .. sebenarnya banyak benda yang nak di keluarkan.. tapi dek kesibukkan awal tahun.. maka segala yang terbuku di hati, terbiar sepi..terubat sendiri..ahh. perasaan kalau di layan akan merosakkan diri...biarkan..ia akan pergi di bawa waktu.. itu lah aku... aku sememangnya seorang yang tak suka memikirkan sangat masalah , atau perasaan tak puashati, atau pun segala hal2 remeh temeh...malas buat semak kepala je..macam .. tuari aku ada tak puashati dgn sorang ni..kalau nak kutuk aku misti pada masa ramai orang.. macam bagus je.. jam tu lah dia cakap aku itu lah ini lah.. aku marah... tapi bila aku fikir balik.. biar lah kalau aku masam muka dgn dia .. apa feadahnya.. orang sekeliling akan tau juga perangai dia ni..biar lah ALLAH maha adil kan??...oh ya sempena cuti Keputeraan Yam Dipetuan Besar NS dua minggu lepas.. kami betolak ke Tanjung Piai.. menghadiri Bengkel Kecemerlangan.. cemerlang sangatlah...,Adoi!.. penat...sangat.. sebab jauh... bukan tak pernah ke Pontian tu.. tapi biasa gi Pontian dari Airhitam.. ni dari Rembau.. terasa sangat jauhnya...mana taknya keluar rumah kol 8.00pagi.. sampai Tanjung Piai ...jam 4.30ptg..mula2 amik cikgu2 Tampin.. pastu ke Gemas.. amik cikgu2 Gemas.. masuk ke Highway Plus.. Tangkak melalui Pekan Jementah dan Pekan Tangkak..singgah Hentian Macap untuk makan tengahari.. masuk tol Simpang Rengam.. untuk ke Pontian.. beberapa kali salah jalan.. entah lah mengikut kata kekawan.. ketulahan.. sbab lari dari Negeri Sembilan semasa keputeraan Yam Dipetuan Besar.. betul ke??tak pe aku bukan rakyat NS aku cuma menumpang je.. aku tak kena ketulahan tu..best lah tmpat tu..yang seronoknya ialah masa balik .. singgah Air Hitam ... Kampungku..tapi tak dpat balik umah.... jadi aku suruh Moksu datang .. bukan taknak singgah kejap.. tapi sebab ari tu.. hujan, pastu berhenti cuma 1 jam sahaja.. taulah aku.. bila beborak karang tak ingat masa.. aku takut bas kena tunggu aku plak.. tak pelah.. ajak moksu untuk kirim sesuatu kat Tok Ya(mak aku)..dan yang bestnya lagi dapat jumpa kawan sekolah Juraidah si kembor.... borak lagi... betolah dari Air hitam jam 5.45 ptg.. sampai umah jam 10.30mlam..Letih mak!

Sunday, January 9, 2011

Ke Klang..

Semalam ke Klang tak de dalam perancangan pun.. sepatutnya anak Mak Aji Leha yang bungsu tu datang ambil.. tapi di sebabkan beliau ni ada kelas , maka cik akim memutuskan untuk antar makji leha ni ke klang...sampai.. terus ke kilang tmpat anak makji leha yang bungsu nisedang sibuk dengan pelajar2nya..ialah chef tu tengah mengajar membuat nasi baryani gam.. lupa lak nak bagi tahu,anak makji leha yang bungsu ni adalah seorang Chef terkenal di Malaysia.. Sifu Choklat..CHEF AMEER.. kenal ??kalau tngok kat saji blan januari 2011 ni adalah dia antara 9 chef terkenal di malaysia gitu.. dapat lah tengok macammana beliau mengandalikan kelasnya.. memang best.. rasanya mcam nak ikut serta je di lain kelas.. tapi sapa nak sponsor aku.. lagi pun sapa nak anto??Alasan kan tapi aku tau lah sikit memasak ni .. sikit2 aje.. untuk keluarga bleh lah.. ialah aku dan cik akim pernah masak untuk kenduri.. setakat 150 orang lah.. itu lah pencapaian tertinggi aku dalam memasak ni.. blum lulus .. kalau ikut starndat mak ji leha..Kalau kat umah makji leha ni aku setakat kupas bawang lada dan penyediaan bahan termasuk kisar mengisar.. ialah ramai anak2 makji leha ni yang pakar.. jadi siapa lah aku.. tak dapat sijil lagi nak pegang senduk..tapi aku suka je.. ialah senang sikit kejo nya.. kat umah makji leha ni.. masa aku mula2 masuk dulu banyak sungguh peraturan2 yang telah di tetapkan.. tak boleh itu, kena macam ni dan bebagai lagi yang di ingatkan oleh cik akim .. antarnya...selagi makji leha kat dapur , jangan duduk depan...jadi dulu masa anak kecik2 kalau aku kat dapur akim akan uruskan anak2,dan kalau aku urus kan anak.. cthnya anak nak mandi ke, nak susu ke, anak berak ke, maka akim akan mengantikan aku di dapur..dan untuk pengtahuan semua.. aku kena pakai baju kurung sepasang..macam nak pegi kerja tu..sambil buat kerja kat dapur..perinsipnya.. biar kat dapur sekalipun.. mesti kelihatan cantik dan kemas.. tapi.. setelah 20 tahun ni .. alah tegal dek biasa...

Friday, December 17, 2010

Persiapan sekolah..

Malam semalam cik akim ajak cari baju sekolah anak2 dara tu.. lepas maghrib gi seremban.. adik  je..3 pasang baju, 2 kasut,4setokin,2 tudung .. ialah baru nak naik tahun satu.. tapi yang risau ni belum terima apa2 surat.. masalahnya adik akan ke sekolah baru .. kalau bukak sekolah baru nak daftar dan orentasi.. macam mana?/ aku hari pertama tu tak boleh cuti.. kesian adik.. kan bagus kalau ada kelas orentasi sebelum naik sekolah betul2..along pulak dah naik kolej  sebelum bln januari lagi.. nampaknya kenalah suruh cik akim  uruskan adik .. tapi mahu ke dia??kita tunggu nanti ya,angah dan ide pun beli baju sorang 2 pasang dan kasut.. ide masuk tingkatan satu.. tak gi memana pun, sekolah sini je.. upsr ari tu dapat 4A1B ..ramai lagi budak 5A.. tak pelah buat je yang terbaik.. semoga semua anak2ku mendapat kesejahteraan hidup dan berjaya di masa akan datang.. bab baju dan kasut dah settel.. bab buku dan yuran pulak menanti..baju dan kasut dah habis Rm 400...

Sambungan JUMUD...

Jumud.. dah tau??  aku kalau junub.. tau lah juga.. ni Jumud.. cari kamus dewan, tak jumpa lak.. entah mana2 terselit.. tapi mengikut kata En. Shamsul Kahar, PPD kanan kami.. jumud ialah.. melenyapkan sementara...Lenyap!.. abis kami ni nak buat apa?? abislah periuk nasi kami!!!itulah yang merisaukan kami,warga Guru Tabika Perpaduan ni.. macam mana nasib kami??? sapa nak bantu?/.. banyaknya persoalan yang tak terjawab!.. mengikut kata ppd kami tu .. jawatan guru tabika ni akan dibekukan.. dan diserap ke jawatan mengikut gred yang sesuai.. lagilah pening... faham!! aku tak faham, ke.. aku ni memang lambat nak faham...sementara mereka2 mencari jawatan yang sesuai sebelum diserap.. kami akan dibayar gaji mengikut hari... atau PKS..(pekerja khidmat singkat)..woi !!.. kalau tak kerja tak de gaji...2 X pening!macam mana bagi mereka2 yang telah berkerja dengan kerajaan.. atau jabatan perpaduan selama 20 tahun lebih.. gaji mereka ni melebihi Rm 1800 sebulan.. kalau gaji hari ??sehari Rm 60.. dalam sebulan paling tinggi pun 20 hari berkerja.. dapatlah Rm1200 sebulan.. macam mana tu? pulak tu semua elaun tak dapat...adoi!!!!...parah!!.. tapi aku budak baru tak terasa sangat.. tapi rasa lah juga.. kalau biasanya, tiap2 bulan boleh belanja anak2 nampaknya mulai tahun depan .. dok ontok2..dan kalau dikenakan syarat untuk diserap ke..tetap.. layakke aku??...Ok ..tak pelah kita tunggu hari Isnin ni ...Apa cerita sebenarnya!!