Monday, 15 February 2010


CHICKEN CHOP

BAHAN-BAHAN
3 Keping daging dada ayam (buangkan tulang)
3 biji kentang (goreng dan potongkan)
3 helai daun salad
1 tongkol jagung rebus (dipotong 3)
1 biji tomata (dihirs)



BAHAN PERAP
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cili (diblend)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak

CARA-CARA
Gaulkan ayam dengan bahan perap dan perap selama 3 jam.
panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga masak
susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos.
bolehlah memilih menggunakan sama ada sos rempah, sos cendawan atau sos lada hitam.

Saturday, 6 February 2010


Bahan-bahan

  • 1 bungkus (350g) Biskut Marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1/2 cawan milo*
  • 1 cawan air
  • 3/4 cawan gula
** Jika ingin rasa cokelat yg kuat, guna 1 cawan koko+1/2 cwn milo. **Jika ingin rasa yang agak ringan, guna 1 cawan milo+1/2 cawan koko

Cara-cara

  1. Patah-patahkan biskut
  2. Masukkan campurkan koko,milo,air dan gula ke dalam periuk. Masakkan/panaskan dengan api sederhana, kacaukan sehingga semua sebatian tersebut larut.
  3. Masukkan butter, kacau sehingga butter cair.
  4. Kecilkan api, masukkan telur, kacau sampai agak pekat (lebih kurang 30 saat). Padamkan api.
  5. Masukkan pula biskut yang telah dipatahkan tadi. Kacau sampai semua biskut diselaputi dengan bahan yang dimasak.
  6. Masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan dalam peti sejuk.
  7. Potong dan hidangkan
Selamat Mencuba