CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Monday, July 26, 2010

DO YOU STILL REMEMBER US?!


Do you still remember us?!

We are still under siege!

Darkness.... .
And hunger.....
Do you still remember us?!
To get water we have to walk so far.....
To fill a bottle or a jar......
Do you still remember us?!
We still have lack of food.....
We still fear daily hunger...

And when we have no choice...
And when the situation becomes unbearable.. .
We try to smuggle...



Some thru the tunnel...
Do you still remember us?!
Our kids...
Are dying every day in their beds.....

Due to the lack of Medication.. .
And others...
Have just tears to shed.....
Do you still...
Remember us?!


Death was falling everywhere.. .


It was like rain...

At hospitals...

At schools...

There was no difference between a young...
Elderly or a child...
An animal...
Everyone...
Was at death site!
There was No place...
Israel war on Gaza by ismail.haneyh.
To hide!
Do you still remember us?!
It was a genocide...
It was a massacre...
It was Murder...


It was a vicious crime...


It was a CRUEL action...
An act of a MONSTER...

The manners of a COWARD...

It was the silence of a friend...
It is the dirty true FACE of Politics!


It is a FACT!

It's incomprehensible!

IT'S A PERMANENT SHAME!

It was BETRAYAL!
It is some how believable!

We are still under siege!
But this is Incredible!!!
It is a bunch of hypocrites!
Double standards!!

It is the continuous AID...
Made by...
The true forces...
Of Evil! .. SAMEDo you still remember us?!
The dead...
Were everywhere...

That sometimes we had no place...


Gaza by Cecilia....

To make even Our prayer.....
Do you still...

Remember us!



At that time...
Some watched...
From afar...


Some danced at the beach shore...


Some were happy...
And joyful...
Some said: "NO...To the massacre!

And the torture...
Do you still remember us!
Many watched us...
Many carried...


The SHAME!

Many did not DARE!!

Others said i truly care...


But now we hear from them very..very.. very..rare!

Are you sure you still remember us?!


Now we have nothing...

But pain.....
illness.....
And daily...
Sadness..... .
Do you really...
Still remember us?!
At least in your prayer???!

Gaza children and people implore you!
They are dying...
Due to the continues blockade!
There is growing humanitarian crisis...

Happening...

In Gaza.....
There is an EXTREME...
Restricted access to food...

Water...

And Medicine!

Tuesday, July 20, 2010

IFTAR AJK NISA’ TAMBUN: MENYATU HATI MENYIMPUL SILATURAHIM

Alhamdulillah wa syukurlillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. dengan izinNYA AJK NISA’ Tambun dapat membaja ukhuwah dan merasai nikmat mahabbah melalui program Iftar AJK Nisa’ Tambun yang telah diadakan pada 19 Julai 2010 di Taman Chemor Idaman. Sungguh terasa manisnya ukhuwah yang didasari atas nawaitu lillahitaala.
Emm..sungguh menyelerakan juadah yang dibawa oleh masing-masing. Tidak kira juadah itu hasil daripada air tangan sendiri atau ready made! Majlis dimulakan dengan zikir sambil menanti waktu berbuka. Terasa tenangnya hati. Allahuakbar Allahuakbar!!!Allahummalakasumna….buah tamar segera dicapai. “Ana suap tamar ke enti ye..”masing-masing sibuk bertukar suapan tamar ke mulut sahabat-sahabat..Subhanallah..indahnya ukhuwah…! Juadah kuih dan bubur dijamah serba sedikit sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah. Usai solat haa..masa makan nasi pula! “Ingat suapan pertama daripada sahabat..” ada yang mengingatkan…Hemmm…sambil makan sempat juga meeting ringkas program bowling 1 Ogos nanti.. Bertukar petua dan tips kesihatan pun yaa…kurangkan kolesterol, kurangkan ais…bla..bla..bla.. macam-macam ada..!
Mesyuarat bowling diteruskan dengan semakan tugas dan memperkemaskan gerak kerja..Semoga program ini berjalan dengan lancar nanti.Amin. Salam mahabbah mengakhiri pertemuan kami sebelum pulang ke destinasi masing-masing.
Indahnya ukhuwah bila berkasih sayang keranaNYA.

Menunggu waktu berbuka..


"Alhamdulillah..rezeki Allah kurniakan hari ini.

Emm..sedapnya tomyam..!


"Time to eat nasi + tomyam + kari daging + lemak labu..pehh! kecur liur yunggg...


Allahuakbar Allahuakbar...Allahummalakasumna...."Meh sini nak suap!."


"Suapan pertama daripada sahabat ye." "Ok, meh sini nak suap.."

Indahnya ukhuwah jika berkasih sayang keranaNYA

‘GEROMBOLAN UNGU’ MERIAHKAN TEMASYA SUKAN

Jemputan untuk membuka booth di Temasya Sukan PASTI Zon Chemor 18 Julai 2010 tidak dipersiakan oleh NISA’ Tambun. Malah dengan kehadiran ’ gerombolan ungu ‘ ini telah menarik perhatian ramai. Booth NISA’ Tambun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir. Emm..boleh tahan dan berbakat juga AJK-AJK NISA’ dalam bisnes! Alhamdulillah wa syukurlillah DIA Maha Pengatur segalanya. Antara produk-produk yang ditawarkan di booth ini seperti T-shirt NISA’,pen, button, sticker, beg dan T-shirt muslimah di samping pameran foto aktiviti-aktiviti NISA’, paparan blog NISA’ Tambun dan pembukaan keahlian NISA’. Peluang ini juga dimanfaatkan oleh NISA’ Tambun untuk mempromosikan Bowling NISA” Tournament pada 1 Ogos 2010 nanti. Alhamdulillah ada yang telah menempah tempat ke pertandingan tersebut..SYABAS dan JAZAKALLAH pada AJK-AJK NISA’ yang turun padang menyumbangkan tenaga. Ayuh KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA….mencari mardhotillah ILAHI menggugus silaturrahim.




Barisan peserta yang berbakat.


Semoga berjaya.


Ketua Nisa' tambun Sibuk melayan pelanggan...

Maila singgah gerai Nisa'

Cepat adik cepat!

Barisan Team Nisa' tambun Yang memang semangat!

Wednesday, July 07, 2010

MISI DAKWAH KETEMUKAN NISA' TAMBUN DAN NISA' SANDAKAN


Bersama Nisa' Sandakan ke Sepilok


breakfast bersama Nisa'Sandakan


Cenderahati kenang-kenangan kepada Ketua Nisa' Sandakan


saat berpisah tiba jua...Insyaallah kita jumpa lagi bah.....

Peluang menyertai Misi Dakwah ke Sabah telah memberi peluang kepada wakil Nisa' Tambun untuk bertemu mata dengan saf pimpinan Nisa' Sandakan.Syukur kehadrat Allah yang Maha Pengatur terbaik untuk hamba-hambaNYA.Salam ukhuwahfillah abadan abada akhawat Nisa' Sandakan. Saat kali pertama disapa sebaik langkah pertama menapak di bumi Sandakan telah menitipkan kemesraan yang sangat erat walaupun baru kali pertama bersua mata menyapa kata..Inilah agungnya ukhuwah yang disandarkan kepada Rabbul Jalil diikat dengan silaturahim menghadirkan mahabbah sesama kita.
Tiada ucapan yang muluk mampu dituturkan hanya sekadar ucapan syukran ilallah di atas layanan istimewa yang diberikan sepanjang berada di bumi Sandakan.Mudah-mudahan sahabat semua diganjarkan pahala dan diberkati hidup oleh Allah s.w.t
Bertemu kita keranaNYA dan berpisah kita juga dengan takdirNYA.Ada amanah yang perlu dilunaskan di bumi semenanjung sama seperti sahabat untuk membangunkan sumber remaja/beliawanis kepada pemahaman dan penghayatan hidup Islami.

Mutiara bersadur emas suasa,
Pasar Filipina syurga permata;
Jika izin Allah yang Esa,
Bertemu kembali pada lain ketika.

P/S: Jemput datang ke Tambun!

Tuesday, July 06, 2010

MEMANG BERBEZA!!

Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta
tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool'
la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang
akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk
sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan
diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat
TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul
6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

Remaja Kini...

Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!
Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.

Related Posts with Thumbnails