klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Friday, July 24, 2015

No ponteng-ponteng

21 Julai

alkisah si anak teruna yang sorang nih. budak bertuah nih memang bagus. Alhamdulillah... sangat berpegang kepada azam dia.  awal tahun lagi dia dah bagitau yang tahun ini dia xnak ponteng sekolah. 

kami bertolak balik dari KB pada hari selasa jam 10 pagi. memula nak lalu kut Gua Musang. tapi di flyover machang dah stuck dek penangan jem yang tahapapatah. kat sejam duk nunggu, driver amik keputusan ikut pasir puteh menuju ke LPT2. dalam hati duk berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kami. seronok dah driver bawak kete nih. sekali sampai setiu jer... jem yang tahapapalagi... huwaaaaaaaaaa...... waktu asar, kami masih lagi di negeri terengganu yea. panas bontotpinggang semualah. mujurla2 4 aiman xbuat hal. janjji ada makananminuman dalam kete. 

bila dah masuk kawasan jajahan negeri pahang barulah boleh tarik nafas lega. terus call mama kat kampung bagitau yang malam ni nak tidur kat kampung. dalam 8.45 malam barulah sampai kampung. mujurlah ada tempat transit. 

sekali afiff tanya kenapa balik kampung? kenapa xbalik rumah terus? xplain punya xplain... dia xleh terima teruslah menangis. dia takut xsempat pergi sekolah pagi esoknya. takut xsempat sampai sekolah sebelum 7.30 pagi. takut kena marah dengan GB. huhu.... dalam geram ibu cakap "xpe.. kalau lambat esok, ibu hantar abang sampai ke kelas. kalau GB tanya biar ibu yang cakap.." (dalam hati.. macam berani sangat ibu nih..) . hahahahaha.... adalah dalam 30 minit dia diam xnak bercakap. hahahaha... xlama pastu terus ok. barulah nak bercakap dengan semua orang. 

esoknya, kami bertolak kul 4.30 pagi dan sampai di rumah jam 6 pagi. dan 3 aiman dapat pergi sekolah seperti biasa. hahahah... cuma ameena jer ada renyai2. mungkin dia penat kot. tapi ibu kena kuat.. xnak bagi ponteng. sebabnya setakat nih 3 aiman masih lagi penuh kehadiran ke sekolah. so.. rugilah kalau xhadir ke sekolah hari rabu tu. Alhamdulillah... ibu doakan semoga anak-anak ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan harian. ameen... 

Tuesday, March 3, 2015

Pendaftaran Tahun 1 sesi 2016


Pendaftaran kemasukan Tahun 1  (anak yang lahir dari 2 Januari 2009 - 1 Januari 2010) bagi sesi persekolahan 2016 di Wilayah Persekutuan Putrajaya  telah dibuka yea. so ibubapa sekalian... bolehlah daftar segera supaya anak dapat belajar di sekolah pilihan ibubapa. boleh klik DI SINI untuk ke website yang berkenaan. semoga ibu atau bapa yang mengadap di website nih dikurniakan kesabaran yang paling tinggi. sila buat dalam keadaan aman damai dan tenang serta di kala perut kekenyangan. hahahahaha.... semoga berjaya. 

posted from Bloggeroid

Monday, December 1, 2014

Kasut Sekolah- done

Hari jumaat malam ke AE0N Big Alamanda untuk membeli kasut sekolah 3 beradik.


2 pasang untuk ameena dan sepasang sorang untuk afiff dan arissa. Arissa ada tanya kenapa dia dapat satu jer. nape afiff dan arissa dapat sepasang jer sebab diaorang baru jer beli kasut sekolah bulan 10 aritu. Elok lagi kasut tu cuma xbasuh lagi.


Suka bakal budak pra sekolah ni sebab dapat kasut sekolah. Xsabar nak pergi sekolah.


Suka betul ibu tengok kasut pallaz jazz tu.
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 7, 2014

Hari pertama sesi persekolahan 2014

Bismillah.... Doa dipanjatkan agar urusan harian kami sekeluarga dipermudahkan dan dirahmati olehNYA
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar di pagi hari. oleh kerana ibuayah cuti pada 2 dan 3 hb, maka kita keluar rumah jam 7 yea. walaupun jarak antara rumah dan sekolah hanyalah sekangkang kera, abang dan kakak harus sampai awal di sekolah. ibu pun xsuka pergi kerja lambat atau sampai 5 minit awal ataupun on time. xbesh... 

hari pertama berjalan dengan lancar. arissa berjaya menyesuaikan diri. pergi sekolah bertudung. time rehat tudung dah hilang. katanya panaslah..walaupun ada kipas kat dalam kelas, saya tetap rasa panas. baeklah.. tetiba time balik.. ehh.. bertudung pulak kamu. good..good.. abang ok.. suksess jugak. pergi sekolah naik kete, balik sekolah jalan kaki jer.

hari kedua pun sukses jugak. pergibalik jalan kaki. kali ni ibu xikut. bior ayah jer yang hantar dan amik.

hari ketiga, abang kena hantar kakak ke kelas dulu, pastu baru abang naik ke kelas dia. good job abang. pergi sekolah naik kereta, balik rumah silalah jalan kaki. suksess jugak... well done.

hari keempat, ehh.. hari nilah kan... pergi sekolah naik kereta, balik rumah jalan kakilah korang. begitulah rutin harian korang waktu sekolah yea. hihihihihi.. merasa jugakla jalan kaki ulangalik ke sekolah.

kerja rumah.. abang dah mula belajar dan dah ada kerja rumah. kakak... masih lagi dalam minggu orientasi. so..xperlulah bawak buku ke sekolah minggu ni.

KAFA akan bermula pada 13hb. next weeklah tu...so minggu ni bolehla berpoyapoya belah petang. 

4 aiman. seronok yea korang nak g sekolah.. bagus
ameena memberi katakata semangat kat kakak. hihihi
hantar kakak ke kelas. elok jer duk dendiam. maklumlah suasana baru.
hantar abang ke kelas juga. maklumlah abang pun pelajar baru juga. baru tukar sekolah. good luck abang..
perhimpunan pertama di hari pertama sesi persekolahan 2014

Saturday, December 28, 2013

Hari Orientasi Tahun 1/2014

Alhamdulillah..selesai sudah hari orientasi kakak arissa. Kakak happy je. Mujur xnangis. Hihihi.. Steadyla kakak. Kakak dah kena belajar pakai tudung yea. Ibu harap tudung tu akan kekal di kepala hingga balik rumahla. Good luck and enjoy  @  your primary school. Sayannggggg kakak arissa.

Friday, December 27, 2013

Menjahit memang menguji kesabaran

Hmmm...payah betulla nak jahit lencana kat tudung ni. First attempt sengetla pulak. Derrrrr... Memang kena bukak balik. Mujurla kali kedua jahit dah kurang sengetnya. Itu baru sehelai tudung yea. Huhuhuhu

Menjahit

Ibu paling lemah bab menjahit walaupun jahit jelujur jer. Huhuhuhu... Aktiviti wajib setiap hujun tahun.. Menjahit lencana. Ni baru lencana, belum name tag lagi. Huhuhuhu...

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Tema Hari Guru 2013 :
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

Selamat Hari Guru ... warga pendidik yang dihormati. budi, jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. terima kasih... terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang pernah dan masih lagi mengajar di

- Tabika Kemas Kg. Chempaka, Lanchang
- Sek. Ren.Keb. Marian Convent, KL
- Sek. Ren. Keb. Convent Kota, Taiping
- Sek. Ren. Lubuk Terua, Lanchang
- Sek. Ren. Keb. Sultan Abdullah, Kuantan
- Sek. Men. Datuk Bahaman, Lanchang
- Sek. Men. Tengku Afzan, Kuantan
- Sek. Men. Vokasional Klang, Klang

pergh... memang hobi tukartukar sekolah. hahahaha...


ini anak dara saya. ahaks.. malam tadi gigih dia D.I.Y kad untuk teacher dia. ibu tolong sikitsikit jer. sebelum pergi sekolah pagi tadi dia still duk touch up kadnya. ria muka bangga dengan kad yang dibuat sendiri. syabas kakak... ibu tahu kakak boleh buat.

posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

daftar online

Alhamdulillah.. dah setel daftar online tahun 1 2014 untuk kakak arissa. next step kena pegi sekolah pulak untuk proses perakuan permohonan. in shaa Allah .. tahun depan kakak arissa akan ke sekolah yang paling hampir dengan rumah. 5 minit jalan kaki... dan in shaa Allah. abang afiff pun akan ke sekolah yang sama juga. tapi proses tukar sekolah abang afiff xbuat lagilah. maybe hujung tahunlah kot.

Wednesday, January 2, 2013

alhamdulillah

syukur kerana dipermudahkan urusan sekolah afiffarissa hari ni. pagi tadi dimulakan dengan menghantar afiff ke sekolah dulu. tunggulah dalam 5 minit gitu. sempatlah ibu nyanyi lagu wilayah persekutuan dan Negaraku. bila tengok afiff ok jer, ibu pun boleh baliklah.

next, hantar arissa pulak. still belajar di tadika yang sama iaitu Alif Ceria, Presint 18. arissa nih lagi hebat. salampelukcium ibu, terus dia masuk cari kawan. xyah nak cakap/pesan apa pun kat dia. mek sorang nih memang berdikari orangnya. pandai menyesuaikan diri. lagipun dia memang dah xsabar-sabar nak pegi sekolah. hihihihi...

tengahari pulak, amik arissa dulu, baru amik afiff. pegi lunch kat kantin sekolah afiff jer. dah siap lunch, jom g sekolah petang pulak iaitu KAFA. tahun nih baru ibu hantar afiff ke KAFA. hantar di surau 18R8. kat situ pun ada geng dia jugak. suka dia. nih pun, salam ibu, terus masuk surau bersiap sedia untuk menuntut ilmu.kelas KAFA sampai kul 5 p.m. pastu ada IQRA pulak. mulai dari hari ni, ibu dah xboleh balik on timelah. kena balik lambat 15 minit.. huhuhu....

semoga Allah mempermudahkan urusan harian anak-anak ibu.. ameen..

Wednesday, January 4, 2012

040112 - hari pertama afiff ke sekolah

m ready to rock the school.... PEACE
tarik beg kosong jer tuh...
saya cop tempat nihlah dulu...
dengan classmate... belum berkenalan lagi tu..
1 Berlian... harap2 kekallah kelas nih...
assembly time..
pengalaman pertama..
sudah menunjukkan tanda2 bosan tahap kura2. xreti berdiri tegak dah... tepuk2 gaklah betis tuh..
legaaaa...bila dapat duduk...
pagi yang indah. bangun kul 6. terus bukak lampu bilik afiff, ibu mandi dulu. habih je ibu mandi, afiff pun bangun. xperlu dikejutkan. bersemangat nak g sekolah. terus mandi, pakai uniform, solat subuh dan breakfast jam 6.45 am. just minum susu dan makan sekeping roti. tepat jam 7, kuar rumah dah. sampai sek dlm 7.25, terus g kelas cop tempat dan yang penting posing dulu. setel...terus g tapak assembly. ada assembly hari ni.first time kena berdiri lama, mula buat tanda sakit kaki.ibu xtunggu sampai abeh assembly pun cos nak anta kakak pulak. senyap2 jer ibuayah tinggalkan abang. semoga abang pandai membawa diri dan menjadi seorang pelajar yang bijak, pandai, ringan tulang, hormat pada guru dan mesra rakyat. fuhhh... dlm kete macam2 pesanan ibu. semoga abang ingat pesanan ibu....


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, April 21, 2011

daftar sekolah

Assalamualaikum w.b.t

alahai...anak bujang ibu dah nak masuk darjah 1 tahun 2012. cepatnya masa berlalu. bila dah sekolah nih, payahlah dah nak g cuti2 malaysia. kena tunggu cuti sekolah baru leh g jalan. hmmm... itu yang ibu duk pk kan yea.. hehehe..


sebut pasal darjah 1 tahun 2012 nih, ibu baru pas isi buku rekod murid nih. amek dari sekolah ujung tahun lepas lagi. tapi ayah duk peram dulu. huhuhu... sekali tarikh tutup daftar sekolah tuk tahun 2012 adalah pada 30 April 2011, tinggal bape hari jer lagi nih. tapi masih sempat lagi. cuma nak kena bawak abang gi photoshoot dulu.hahahaha...setel photoshoot dan tepek gambo abang kat buku tuh baru leh submit kat sekolah. daftar abang kat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1). dekat ngan opis ibu. senang nak anto dan amek cos sehala jer jalan ke opis ibu.

Tuesday, January 4, 2011

hari nih baru sekolah

orang lain dah setat masuk sekolah semalam. xkiralah tadika ke, sekolah rendah ke ato sekolah menengah. janji sekolah. huuhu.. abang pulak baru masuk sekolah hari nih. patutnya semalam dah leh g sekolah tapi teacher kata xdatang pun xpe. kalo nak datang xperlu pakai uniform dan xde sesi pembelajaran pun semalam. oleh itu, ibu amek keputusan xyah g sekolah lah. besok (arini) baru g sekolah. jadinya Tadika Little Caliph Alif Ceria secara rasminya bermula hari nih 4 Januari 2011.



so hari nih bangun pagilah dia. huih..xdelah pagi mana pun, 6.30 jer. lagipun ibu belum setat keje, bolehlah dia bangun lambat. nanti bila ibu dah setat keje, dia kena bangun lagi awal cos budak nih bersiap lambat. bangun tido kena temenung dulu, sebelum mandi kena temenung dulu, lap badan kena temenung dulu dalam erti kata lain setiap perbuatan dia memang kena termenung dululah. arinih kena pakai baju sukan. setiap ari selasa, rabu dan khamis kena pakai baju sukan. uniform hanya dipakai pada hari isnin dan jumaat. huhuh... jadinya kena beli lagi sepasanglah baju sukan dia tuh.

oleh kerana abang sambung tadika 6 tahun di tempat yang sama, jadinya xjadi masalahlah bagi dia tuk menyesuaikan diri. lagi eksaited adalah cos dia dapat wat colouring...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails