klik-klak-kluk

u folo, i folo too

a reminder for me...

Allahu ma'i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi
Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku.


"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung).

Pages

Instagram

Showing posts with label pwtc. Show all posts
Showing posts with label pwtc. Show all posts

Wednesday, May 20, 2015

Ke pesta buku lagi

26 April

kihkihkih... semalam dah pegi.. hari ni pegi lagi. semalam punya misi masih belum tercapai sepenuhnya. hari ni pegi dengan kak bam beserta 2 heronya. kita main redah jer. seperti biasa, sebelum kul 9 pagi dah sampai. dapat parking sekangkang kera dengan pintu masuk. wallaaa... tumpang rezeki anak istimewa.  
nih.. abam ensem nih. kami banyak tumpang rezeki dia. sampai pwtc jer... kita sarapan dulu. isi perut kenyangkenyang. tengok harga sebungkus nasi lemak dan secawan teh tarik boleh kenyang terus. tapi kami xkenyang pong... hahahaha... kena makan gak. hahahaha... dah kenyang moh kita ke lokasi yang dirancang. 
hari nih punya perancangan... tiptop.. siap amik map lagi. survey sesiap booth mana yang nak terjah. hanya ada 3 booth yang nak diterjah. salah satunya adalah karya seni. masa nih belum kul 10 pun lagi. so kami beratur sesiap depan pintu. kata kul 10 bukaknya... tapi kul 10.10 pagi pun xbukak lagi. kami kami kat depan pintu dah riuh rendah. semangat nak membeli dah membuakbuak. hahahah... siap tanya staff karya seni lagi.. novel ni kat mana lokasi? novel tu kat mana? senang bila dah tahu kedudukan lokasi tu boleh terus terjah jer. plan asal, bahagi 2 tugasan mencari novel2 tu.. tapi lastlast.. serah pada kak bam jerlah yang p cari, sementara ninironna tolak stroller abam ensem. hahahahaha....  malas nak berebut punya pasal. 
kak bam dah dapat apa yang disenaraikan.. lets bayar n p tempat lain pulak. orang makin ramai kat tempat karya seni nih. baiklah kami mengundur diri dulu sebelum RM berkurangan. hahahaha...
next booth kena naik atas... cari novel apatah kak bam tu.. dah xingat dah. setel kat atas...turun balik ke bawah... cari booth kaki novel. huwaaa.. dah ramai orang. harap2 xpanjanglah q di kaunter bayaran. dah siap bayar apa yang dihajati. jom... balik 
baru nak melangkah, ada orang whatsup suh beli cari buku jootawan. apatah tajuk bukunya. lupa sudah. mujurlah boothnya sama level dengan booth kaki novel. dan mujurlah mata ninironna nampak booth nih. erkk... kalau xnampak booth nih memang rabunlah... hahahaha.... 
setel. duk balik kat tempat breakfast pagi tadi. basah tekak dengan rootbeer float. sambil tuh.. sesi mengira dilakukan oleh kak bam... hahahahaha... terlebih terkurang singgit dua.. samasama halalkan. hahahaha.... siap kirakira... maka baliklah kami... yeaaa... senang hati. novel-novel yang dikehendakki dah ada dalam tangan.  ehh...kak bam.. nak pinjam novelllll.......

Pesta Buku Antarabangsa PWTC

25 April

kisah bulan lepas. sebelum kenangan pasal pesta buku nih hilang dibawa masa, baik up dulu di sini. 

rasa macam setiap tahun pulak pergi sini. pusingan pertama wajib pergi satu family. layan anak-anak dulu. hihihi...  seperti biasa, haruslah keluar awal dari rumah walaupun kali ni pergi naik tren jer. fuhhh.... dah berapa nak mencabar bawak 4 aiman naik tren sebab memasing dah besar. cuma kena alert jerlah. seperti biasalah..walaupun pergi awal pun.... orang tetap ramai.


kiriman dari orang kampung. memula kasi ayah setelkan apa yang ayah nak dulu. ibu kena jaga 4 aiman dulu. cari satu lokasi yang lapang... leh dudukduduk (atas lantai jer pun) dulu.


dah setel urusan ayah... jom layan 4 aiman pulak. booth yang dituju haruslah booth ana muslim tuk 3 aiman. beli buku beli kaler... setel. kakak arissa xberapa in lagi dengan buku cerita/novel kanak-kanak. tunggulah beberapa tahun lagi... abang afiff pulak seperti biasa... menuju ke booth gempak starz jer. memang itu jer tujuan dia kalau gi pesta buku. 
next turn ibu pulak.. ibu nak g booth karya seni... tapi alahai...jem pulak kat kawasan tuh. so cancel... so ibu jenjalan jerlah.. punyala nak jugak beli novel. so singgalah di booth anaasa publication nih. xtau nak beli novel apa pun sebenarnya. sekali pekerja dia cakap beli pakej nih dapat less dan dapat autograph penulisnya.. so lets la beli. best atau x jalan citenya.. belakang kira. hahahaha... tapi sekarang ibu dah habis baca 2 novel tuh. jalan ceritanya best.. ibu suka... 
aduh... gambar dah tungganglanggang. naseblah... yang nih.. pas setel beli untuk 4 aiman, cari satu port tuk lepak sementara ibu g round cari novel untuk diri sendiri dan kiriman kawan.
yang nih khas untuk abang afiff dan kakak arissa. alhamdulillah.... buku2 nihla depa duk hadap hari-hari... buat ulangkaji untuk mid year exam. latihan dalam buku-buku nih ikut tajuk. so senang dan mudah untuk depa dan ibu. habis jer buat latihan sampai tajuk yang terkini belajar di sekolah, ibu beli buku latihan lain pulak. penekanan lebih kepada matematik. tapi subjek lain dilupa jangan. 
owh... drama di stesen lrt. adoi.. kakak nih... dia nak beli buku monster high di pwtc. memula dia cakap kat tingat bawah. so pergilah ke bawah dan leh terus balik. sekali dia cakap kat atas pulak. huwaaa... ibu malas nak naik balik kakak... orang ramai.. huwaaa... terus sentap. ayah cakap nanti pergi tengok kat mph alamanda jer... sambung lagi sentapnya. adoi... lantaklah kamu kakak oi... 
kakak ameena.. puas hati dapat apa yang dihajati. 
owh... sambungan drama di dalam tren pulak. abang afiff... dua buah buku habis dibaca sebelum sampai rumah.. perhhh.... sabar jerlah...
ayra jugak yang chill jer... belilah apa yang ibu dan ayah nak belikan untuk dia. janji dapat naik tren. 

Saturday, October 11, 2014

MATTA FAIR, PWTC

ini cite awal bulan 9 yang lalu. memula nak skip jer cite nih tapi nanti xde pulak kenangan pasal MATTA fair nih. jadinya teruskan jerlah tepek kat sini.

First time menjejakkan kaki di MATTA Fair nih. sesaja pegi cuci mata sambil cuci wallet abe ing. hahahaha... 4 aiman kena tinggal. xboleh bawak...kang hilang pulak kisah nak cuci wallet abe ing.
kitaorang cari tempat percutian untuk cuti sekolah bulan 12 nanti. bajet percutian hanyalah dalam negara sahaja. paling jauh nun ke langkawi kita. paling dekat nun ke johorla kita. just wait n see jerlah pakej mana yang berjaya menambat wallet abe ing. hahahahaha

bayar bape ringgir sorang ntah..dapatlat beg nih...
menonong jer masuk... 
orang makin ramai. kami dah habis round sebelah hall. masa nih xde yang berkenan kat mata n hati lagi. 
nak sambung sebelah hall lagi. jalan punya jalan punya jalan sampaila nak keluar dari hall nih, sekali nampak satu pakej percutian yang under bajet. dekat pun dekat. lagipun dah lama xpegi negeri tu. so..tunggu jerlah cerita percutian kami nanti.

Wednesday, May 7, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Setelah berhari-hari berfikir, akhirnya kami pergi jugalah ke pesta buku nih. bawa sekali 4 aiman nih. seawal 8 pagi kami dah on the road. hahahaha... giler awal. gara-gara nak cari parking kereta yang paling dekat dengan pwtc. so, ke hentian putralah kami.

oleh sebab sampai awal, kami p breakfastlah dulu kat depan PWTC tu. setel makan, jalanjalan kat lobi dan terus naik ke tingkat 4. bila tanya abang afiff nak beli buku apa? terus dia jawab komik gempak starz. ok.. lulus. si kakak arissa dan ameena xyah tanya. kang xde jawapan. jadinya teruslah bawa ke pavilion Ana Muslim. memang xpegi pavilion lain dah. lagipun orang dah makin ramai. xlaratlah nak bersesaksesak. jadinya, cukup ke pavilion ana muslim dan gempak starz (itupun just ayah dan abang jer ke situ)

yippiiiii.... suka 4 aiman . paling teruja ayra lah...
lagi 15 minit pukul 10 pagi, kami terus naik ke Hall 4 semata-mata nak ke pavilion Ana Muslim. orang dah ramai menunggu depan hall tu. bila pintu hall dibuka jer, ibu dukung ayra jalan depan, abang pegang baju ibu belah kiri, kakak pegang baju ibu belah kanan dan ayah pegang ameena dibelakang kami. hikhikhikhik...
first customer hari tu. pilihlah anakanak.. pilihlah... tapi abang afiff xbeli kat sini. dia beli komik gempak starz jer. 
ala... aye (saya) pun nak pilih buku jugak. jenuh weh dukung dia tuk pilih buku. utan..utan nih (bukan ni). nak tu pilih sendiri. xmau ibu pilihkan.. grrrr...
habis membelibelah untuk 4 aiman, kami lepak kat aras 4 tu cos ayah nak cari buku dia pulak. 4 aiman nih boleh siap baring lagi. hihihi... mujurlah dapat tempat strategik untuk lepak. 
dah setel urusan anakanak, barulah ayah uruskan hal dia pulak. tujuan utama adalah nak jumpa Prof Kamil. hihihi....alhamdulillah... murah rezeki ayah dapat bergambar bersama prof.
dan nak beli bukubuku ini jugak. mami (ibu ayah) yang mintak ayah belikan.
Alhamdulillah.. rezeki ayah lagi cos dapat tandatangan Prof Kamil dan isteri beliau Puan Roza. seronok mami bila dapat tau bukubuku tersebut telah berjaya ditandatangani oleh penulis. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails