Selingan:Semalam kita telah digemparkan dengan berita pergaduhan antara kaum di Sungai Petani antara Gang 35 India dan Melayu di Taman ria sehinggakan ada yang mengatakan gang india 35 tu nak bakar masjid? Omaigosh..tapi polis dah keluarkan latest news mengatakan semua tu tiada apa-apa..Maybe untuk slow down issue nie tak nak jadikan issue nie sebagai batu loncatan kepada mana-mana parti politik untuk jadikan issue untuk "membela" nasib rakyat Sungai Petani yang selama nie tak nampak batang hidung tapi lepas ada issue nie tiba-tiba nak "membela" nasib pulak kan?
SHAH ALAM: Perselisihan faham yang berlarutan sekian lama antara
seorang ketua penduduk dengan tukang kebun sebuah pangsapuri di sini,
mencapai kemuncaknya semalam apabila pemimpin masyarakat terbabit mati
akibat dihentak di kepala dengan penyodok tanah.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, K S Natchymuthu, 53,
parah di kepala dan badan, namun sempat menunggang motosikal sejauh 30
meter sebelum jatuh dan meninggal dunia.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Shah Alam, Deputi Superintendan Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa
ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Sinar, Sunway
Kayangan, Seksyen U9, di sini, yang juga pembantu peribadi kepada Ahli
Parlimen Kapar, S Manikavasagam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurutnya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara
Natchymuthu dengan tukang kebun yang berusia 43 tahun itu sebelum suspek
hilang pertimbangan lalu memukul mangsa di kepala dan badan menggunakan
penyodok tanah.
Beliau berkata, biarpun parah mangsa masih sempat melarikan
diri menaiki motosikal, namun rebah berhampiran pondok pengawal
keselamatan 30 meter dari tempat dia dipukul.
UNLIMITEDKAN BROADBAND ANDA [KLIK SINI]
Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]
Jangan Lupa Click iklan dibawah ni sebagai tanda sokongan