Penyakit kulit yang biasa dialami oleh masyarakat
1. Masalah kulit Ekzema (eczema)
Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh alahan @alergi kepada produk kosmetik (pencuci muka, syampu, sabun mandi, bedak, makeup), makanan, ubat-ubatan serta faktor persekitaran seperti cuaca panas, habuk dan debu.
Di antara tanda-tanda penyakit ekzema adalah:
- Kulit terasa sangat gatal
- Ruam merah mungkin akan timbul dan kadangkala jadi berair disebabkan jangkitan kuman
- Kulit jadi kasar dan kering
Penyakit ekzema ini boleh dielakkan sekiranya anda menghindari punca-punca alergi anda.
Anda boleh berjumpa dengan Dr. Nor Azlina (Dr.Lyna)- Doktor pakar kulit estetik kota bharu kelantan sekiranya masalah ekzema tidak hilang.
2. Jerawat
Jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang biasa berlaku di kalangan masyarakat.
Penyakit kulit ini boleh menjadi teruk sekiranya tidak
dirawat.
Sememangnya masalah jerawat boleh mengganggu penampilan wajah untuk kelihatan jelita. la boleh menyebabkan seseorang kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Masalah jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak.
Minyak yang tersumbat boleh menghasilkan jerawat yang pelbagai.
Produk penjagaan muka juga haruslah
menggunakan produk yang selamat serta bebas bahan kimia berbahaya.
Produk yang mengandungi bahan "comedogenic" dan berminyak (occlusive) boleh mengaktifkan jerawat dan menjadikan keadaan jerawat bertambah teruk.
Pastikan anda mendapat nasihat doktor atau pakar kulit mengenai keadaan kulit anda serta jenis-jenis produk yang sesuai.
Dr. Lyna menggunakan kaedah laser atau chemical peeling untuk mematikan kuman jerawat selain penggunaan ubat dan juga produk skincare Dr.Lyna. Skincare Dr.Lyna sangat membantu untuk mengurangkan masalah jerawat.
3. Jangkitan scabies-kudis buta
Penyakit kudis buta atau "scabies" disebabkan oleh kutu Sarcoptes scabiei var. hominis.
Kutu ini akan masuk ke dalam lapisan kulit dan bertelur pada kawasan kulit tersebut.
Pesakit akan mengalami masalah kulit gatal dan ada ruam merah.
Penyakit kudis buta ini boleh berjangkit melalui sentuhan dan juga perkongsian barang seperti baju dan tilam.
4. Jangkitan kulat / kurap / kaki makan air / panau
Kaki makan air, panau dan kurap adalah salah satu jangkitan kulat pada kulit.
Tanda-tanda penyakit jangkitan kulat adalah kulit berasa sangat gatal dan ada lingkaran merah
Selalunya, kulit akan rasa gatal-gatal, ruam berwarna merah yang boleh merebak membentuk tompokan pada kulit.
Rawatan laser sangat sesuai untuk masalah kulat kuku selain ubat-ubatan dan penjagaan kebersihan kaki.
5.Molluscum contangiosum
Molluscum contagiosum adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan poxvirus iaitu virus Molluscum contagiosum (MCV). Kebiasaannya bayi dan kanak-kanak yang berusia di bawah umur 10 tahun mudah dijangkiti penyakit ini.
CARA JANGKITAN
Penyakit ini juga mudah merebak melalui:
a) Sentuhan kulit secara langsung dengan orang yang dijangkiti
b) Perkongsian barang-barang seperti tuala mandi oleh individu yang telah dijangkiti
c) Memicit atau menggaru boleh menyebabkan penyakit ini merebak ke kawasan badan yang lain
d) Jangkitan dari hubungan seksual di kalangan orang dewasa
RAWATAN PENYAKIT MOLLUSCUM CONTAGIOSUM
Ubat sapuan
Pembedahan
Laser
6. Sebaceous cyst
Sebaceous Cyst
adalah ketulan di bawah kulit yang mungkin mengandungi bahan cecair
atau separa cair.
Kebiasaannya, sebaceous cyst dijumpai pada bahagian
muka, leher,kulit kepala atau badan.
Ia tumbuh dengan kadar perlahan dan
mungkin boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa terutamanya apabila
sebaceous cyst membesar.
7. Kayap, bertih (chicken pox)
Kayap merupakan penyakit kulit atau jangkitan virus yang disebabkan oleh varicella-zoster, virus yang sama menyebabkan chicken pox.
Pesakit akan mengalami rasa sakit, panas dan pedih di kawasan kayap.
Ada segelintir masyarakat yang masih percayakan bomoh untuk merawat masalah kayap.
Sebenarnya kayap atau bertih (chicken pox) ini boleh dirawat menggunakan ubat antiviral.
Sekiranya anda mengalami masalah kayap atau bertih, anda wajib berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan awal.
Penyakit ini boleh berjangkit dan pesakit wajib dikuarantin untuk mengelakkan berjumpa dengan orang ramai.
Ibu mengandung yang mendapat jangkitan virus ini berisiko tinggi untuk menyebabkan bayi yang dikandung menjadi cacat.
Pengambilan vaksin boleh mengurangkan risiko kayap.
8. Impetigo
Penyakit impetigo adalah sejenis penyakit jangkitan kulit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak.
Tanda-tanda penyakit ini adalah ruam merah yang timbul pada kawasan muka, tangan, kaki dan badan.
Pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
9. Fordyce spots
Fordyce spots adalah bintik-bintik putih yang tumbuh di sekitar bibir mulut dan juga sekitar kemaluan.
Ia disebabkan oleh masalah pada kelenjar minyak pada kulit.
Penyakit ini tidak bahaya cuma menyebabkan penghidap penyakit ini rasa tidak selesa.
Rawatan laser sangat sesuai untuk merawat masalah fordyce spots ini. Anda boleh berjumpa dengan pakar aesthetic yang ada lesen LCP untuk melakukan rawatan laser.
Dr.Nor Azlina Binti Hassan (Dr.Lyna) adalah doktor pertama di Kelantan yang ada lesen aesthetic LCP dari kementerian kesihatan malaysia (KKM).
Feedback
patient mengenai masalah timbul biji-biji kecil di bibir (FORDYCE
SPOTS). Alhamdulillah hanya dengan 1 sesi rawatan laser sahaja dah boleh
nampak perubahan yang ketara. Bibir makin sihat dan cantik
Sekiranya
anda berminat ingin membuat rawatan atau nak dapatkan nasihat daripada
Dr.Lyna (pakar estetik yang ada lesen LCP) di Klinik Primer Nilam Puri,
boleh hubungi 097124098/ whatsApp 0177780900 ATAU klik sahaja link di
bawah:
http://linktr.ee/dr.lyna
http://linktr.ee/dr.lyna
http://linktr.ee/dr.lyna
Lokasi Klinik:
Berdekatan
dengan Kedai Mulong & Nilam Puri. Dari Tunjung menghala ke arah
Ketereh, klinik sebelah kiri selepas Hotel OYO. Klinik berada sebaris
dengan kedai makan The W Kopitiam dan 7E Mulong.
Ingat cantik, ingat Dr Lyna- Doktor Aesthetic.
#klinikkulitkotabharu #klinikkulitkelantan #jerawatkelantan #jeragatkelantan #acnescartreatment #benangmukakelantan #facialtreatmentkotabharu #profhilotreatment #chemicalpeelingkelantan #threadliftkelantan #fillerkelantan #keloidremoval #botoxkelantan #profhilotreatmentkelantan #cystremoval #kutilkelantan #skintagkelantan #laserkotabharu #lasertattookelantan #laserpicokb #laserpicokelantan #klinikkecantikan #minorsurgery #lipfiller #pigmentationlaser #nosethreadliftkelantan #buangtahilalatkelantan #eczemakelantandrlyna #ekzemakelantandrlyna
Pico laser near me Klinik Primer Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Laser jeragat near me Klinik Primer Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Klinik hilang jeragat kota bharu kelantan klinik primer nilam puri.
Jeragat, Tompok Hitam Hilang - Pigmentasi Jeragat Selesai.
Facial near me Klinik Primer Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Fotona laser near me Klinik Primer Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Laser melasma near m
Dr. Nor Azlina Hassan (Dr. Lyna) Doktor Pakar kulit estetik anda - Klinik Primer Nilam Puri ialah Klinik pakar kulit kota bharu kelantan.
Klinik Primer Nilam Puri klinik pakar ekzema sakit kulit alergik kota bharu kelantan
klinik madani near me klinik primer nilam puri
klinik pakar kulit near me Dr. Azlina (Dr. Lyna) klinik primer nilam puri
klinik pakar kulit kota bharu near me Dr. Azlina (Dr.Lyna) klinik primer nilam puri
#diabetes #kelantan #kotabharu #tanahmerah #cherang #tanjongchat #lembahsireh #tunjong #selising #kedailalat #kedaibuloh #tumpat #rantaupanjang #pengkalankubur #kadok #kemdesapahlawan #melor #wakafcheyeh #pantaicahayabulan #pengkalankubur #pantaisritujuh #terengganu #pahang #perak #perlis #klinikpakarkulit #klinikkulitkotabharu #klinikprimernilampuri #drlynapakarkulit