Wednesday, July 17

naufal

Bosan dengan tajuk happy birthday...jadi cikgi letak je la nama sebagai tajuk...6-7-2007 adalah tarikh naufal dilahirkan...kalau ingat balik seram juga kali pertama bersalin sebab terlalu ekspress sampaikan dah setel semua baru dapat bagitau mak ayah di kampung...

Nak share birthday pics kat sini...bagi ucapan pun buat apa bukannya naufal baca blog...cikgi heran gak orang suka post kat fb ke kat blog wish happy birthday...x paham kekdah gituu! Unless orang yang di wish ada fb ok la gak...

puasa

Alhamdulillah ketemu lagi kita dengan Ramadhan pada tahun ni...rasa baru je tulis blog tapi rupanya last entry 8jun...cepat sungguh masa berlalu tanpa sedar dah nak menghampiri akhir tahun....

Bulan puasa ni seperti biasa aktiviti main masak2 memang kegemaran cikgi...bukan la sebab rajin sangat pun tapi kalau nak beli pun taktau apa nak beli...setuju tak?dan kalau beli mesti rasa tak berbaloi...tapi ada waktunya mesti akan berbelanja juga...

Setakat 7 Ramadhan semalam alhamdulillah semuanya masih hasil air tangan sendiri.tepek gambar je la...

Nasi kerabu
Ikan percik
Biji nangka *jangan gelak tengok rupanya yang comel itu