Kerjaya guru adalah paling mulia dan ia adalah saham akhirat...bukan la kata kerja lain tak dapat pahala.tapi jadi cikgu memang tak semudah disangka...patutlah guru jadi orang ke 2 dipercayai selepas doktor (mengikut kajian)....selingan:sape leh teka orang terakhir boleh dipercayai?
Masuk tahun ke4 jadi pendidik belum mematangkan cikgi lagi...rupanya susah juga nak menjiwai watak guru ni...lebih2 lagi jadi cikgu kaunseling.kenapa la cikgi tak pilih matematik ke bm ke sains ke bi ke...tapi sebab memang dah termaktub di suratan cikgi akan jadi cikgu kaunseling, jadi tu kena terima dengan yakin boleh.arini feeling2 nyanyi Guru Malaysia dan Warisan.tu yang jadi over sikit..pada hari guru ni lah ada cikgu yang tak pernah pakai bedak tiba2 pakai mekap, selalu bersandal tiba2 pakai heels..betapa cikgu2 suka akan hari guru...begitu juga cikgi..dah lama betul tak pakai heels tiba2 arini pakai...selalu cikgi prefer kasut wedges.pahtu berlari2 sukaneka balik ni dah sakit tumit...huhu esok nak gi Manjakaki!
Selamat hari guru dan terima kasih cikgu!