Sunday, February 27

ramainya nak add aku


tajuk yang tak bleh blah hokehh! bukan...itu bukan lah yang dimaksudkan. skang ni pending 54 friend requests. aku tau dah sape sume friend2 itu, sumenya anak2 murid hokeh...dan makk mmg takmao approve diorg sume tu...kalau sebelum ni makk mmg akan approve aje sesapa. tapi skang takmao guna prinsip matematik itu lagik. yang diapprove hanyalah kawan2 & yang dikenali sahajer! konon2 mcm berlagak kan...tapi aku seriesly tak suke tgk wall murid2 sekolah yang cakap bukan2 & ada yang mencarut2.

"kami guru malaysia, berikrar dan berjanji....." trus makk nyanyi lagu guru mesia untuk menunjukkan betapa terlalu seriesnya dalam kerjaya ini ok. jadinya biar jer la pending rikuest itu semakin bertambah dan bertambah....dan trusss cikgi jadi koya dia glemer!huahuahua....

makan di tempat baru

haaa tora datang lagi! menarik tak nasik goreng yang tertempek nih? ekceli ada sebuah kedai baru bukak dalam kawasan pedalaman/kampung berdekatan rumah kami. kedai tu dkt dengan tempat keje encik N. nama kedai tu ialah AWOK'S. jadinya nasik goreng ini adalah bernama Nasi Goreng Awok's. sepinggan ini berharga RM7.kira ok la kan...sbbnya ada nasik bersama telur dadar, pastu kerabu ikan bilis & sotong goreng masak kicap pedas. sotong gomuk2 dan banyak. kira dgn rega itu puas ati lar.....cuma tak puas ati waktu menunggu terlalu lama sebabnya tukang masak ada sorang jerrrrr....

yang saya rindui

hehe tajuk seperti dalam kesedihan & kemerintihan pulak...ini adalah mengenai perkara yang dirindui semasa bekerja di pejabat 9 to 5. sekarang ni dah masuk 2 tahun saya resign dari kerja opis.setelah resign masuk maktab blaja pastu posting di sekolah.dan ini adalah tahun ke-2 di sekolah.ada banyak perbezaan antara dulu dan sekarang.nak tau tak apa yang saya sangat rindukan sewaktu bekerja opis?

1. saya rindu waktu di opis di mana saya dpt facebook, tulis blog, terjah blog kawan2, bloghopping (bleh baca mcm2 ragam org & yg paling syok blogger show off kemewahan), shopping online di waktu takde keje kat opis atau pada waktu malas atau waktu mengantuk.mmg xde gangguan sbb work station saya mmg sgt strategik n xde org nmpk.hahaha....
*ini adalah kekawan sedepartment memakai baju keparat

2. saya sgt2 rindukan officemate saya, lebih2 lagi yang sekepala & selalu kuar sama2.pegi lunch together (yang penting dari pagi dah set kedai mana nak pergi & kul 12.50 mesti dah kuar. purse mesti bagi sembunyi2 sket takmao bagi org nampak...hahaha...waktu ke toilet telah disetkan pada jam 12.30 tghari atau seblm kuar lunch).sblm kuar makan mesti g toilet dlu baru la syok nak makan2.pastu kalo hari jumaat break panjang mesti tempat merendek pon jauh skit...sampai ke subang parade atau sunway piramid.tapi sejak2 ada mydin mall kat blkg opis tu situ jadi pilihan utama kaum2 hawa.

3. suasana kerja dalam keadaan sgt tenang, bleh sambil2 minum neskape (neskape tea lady yg bernama kak senah mmg sgt kaww hokeh...kalo tak minum boleh teringat2).

haaa itulah 3 benda yang konon2 saya sgt rindukan.tapi bila bekerja di sekolah yang paling menyeronokkan ialah dapat balik pukul 1.30 (tu pon kalo hari takde meeting atau aktiviti lain)...balik umah petang dpt la lelap mata sekejap.tapi tetap x ilang penat!

tapi pada hakikatnya mmg guru sangat layak dapat balik awal/kerja separuh hari sbb kerja di sekolah mmg sangat penat.penat otak,penat badan,penat tekak....semua lah penat....all out seluruh tenaga dari badan digunakan.kalu yang mengandung itu, mmg komfem kegarangannya akan menjadi lebih! (tingat masa sekolah2 dlu kalo cikgu pregnan mesti garang, now i know why.boleh bayangkan tak dengan preggy 7bln n u have to climb up tingkat 4?sampai atas termengah2 & x ckup O2....huhu.

*jejaka itu adalah bos terakhir saya sebelum memblahkan diri dari kompeni itu

eh eh rasa macam merapu meraban je entry ini...tapi sukatilah ini kan blog saya...nak baca, baca...tanak baca sila klik 'X' di sudut paling atas kanan window.sekian.

p/s: Puan SAHM, ko mesti komen entry aku ini.tapi pic hang xde dlm lappy ni.piccas kat atas ni sume amik kat fb.

Wednesday, February 23

tak lama lagi dah

weeehaaa....lama nya tak membelog.bz+xde mood nak taip2.nak buat entry masak2 pon dah lama tak masak best2...hormon luar biasa yg menyebabkan kebatukan kembali lagi spt awal2 pregy dulu.adehhhh mmg teruk laaa....

pejam celik pejam celik pejam celik, my belly is goin to week 28 next week....campur kira tolak bahagi darab + rumus algebra secara logiknya bersamaan 7 bulan.wahhhhh x sabarnya nak cuti 90 hari!seronok berganda2...dah la dpt baby pastu dpt plak cuti lama.cuti dgn gaji berjalan...haaa sape takmo weii cuti 90 hari.

sekarang ni dlm proses nak jot down balik brg2 keperluan...ni kira dah mcm pestaim preggy plak.nak pegi shopping2...dan yang paling penting electric breastpump hokehhh....masa dolu2 pakai manual avent shj dan aku mampu bertahan menjadi ala2 mak lembu giteww walaupun mengambil masa sedikit lebih lama utk mengepam kat bilik fail di opis.skg ni kat skolah kena sume laju2...sbb kehidupan kat skolah lebih hectic dan memenatkan.

Thursday, February 10

kerana jem

tido lagi baik

tandas yang pintunya leh dibukak2...sambil berjakuzi leh tgk view luar


naufal yang seronok berjakuzi

kerana jem membawa kami ke sini tanpa dirancang...Ulek Resort Dungun.nak check in Hotel UiTM full house...merayau2 jumpa la resort ni betul2 depan laut.alkisahnya kami dari KB ptg sabtu (5/2/2011) menuju ke kl melalui kt...konon nak ikut LPT la kan....nak elak jem konon.jem teruk bermula dari kt ke marang...adehhhh trus patah harapan nak terus ke kl.overnight la di sini.sume tido x hingat pegi breakfast kul10....kul1130 am gerak ke kl....rupanya jem bukan hanya terhenti di situ...di kemaman pun teruk...arghhh pressure!dan seterusnya sepanjang2 highway jem...sampai umah 1030 pm....pengalaman teruk ini diharapkan tidak berulang lagi.sekian kisah jem di jalanan.

Wednesday, February 2

5th anniversary

yeahhh comeynya pic papa flinstonse bagi roses kat mama flinstones...kalau dolu2 masa keje opis, setiap kali anniversary mesti mamat bloominghouse datang bagi bunga kat makkk....ada la 3x.tapi pastu dah kat maktab pastu dah keje kat skolah.kat sekolah katanya x sesuai anta bunga sbb panas, xde ekon....hurmmm baikknyer alasan.tapi ok je, cam membazir je bunga tu pastu mati dah....dah la takleh makan.tapi kalau sekali sekala apa salahnya kan kan.....tahun ni kami sambut anniversary ke-5 iaitu pada tarikh 30 Januari, walaupun entry ni dah kira basi tapi kira dimaafkan sbb skg ni sgt2 sibuk.anniversary ke-5 dan bakal dapat anak ke-2.ok ke tak ok ek?