Wednesday, December 22

jejak jugak ke sini

mcm la jauh sgt tempatnya....di hulu kelang shj tapi nak ke sana tu mcm nak kena naik kapal tebang 14 jam,transit bagai. ekcelinya kami dah beli tiket sejak tahun lepas, masa tu zoo negara buat promo kat PKNS S.Alam.beli tiket dapat percuma t-shirt zoo negara.haaaa time tu tiket masih bernilai rm15.sekarang sudah naik dowh...rm20 rasanya.lepas subuh harus lah aku meniup trompet supaya kedua2 encik N bangun n bersiap.kalo tak maunya smpai ke tengahari mereka membuat taik mata.kebetulan plak my parents n sis ada di sini,jadinya meriah laa skit sedara mara kat zoo terima kehadiran kami ni.

haaa hebatkan kami dapat naik chu2 tren berplet ZOO 1....nak tau naper? sbb kami adalah org paling awal smpai kat zoo....hahahahha.

minum MILO anda jadi sihat dan kuat!


papa:orang lain pegi Disneyland...kita pegi Zoo Negara jadik ler.
naufal: hokehhh....no problem.naufal mmg suke dtg sini,mcm tgk Jungle Junction kat playhouse disney aper....

puan rini yang teringin

pepagi ni aku dpt message daripada datin-to-be iaitu puan rini, mintak resepi nasi kerabu....aku pun x pasti resepi aku ni hok rasmi ke dok sbb aku ikut hok mok aku jer....memey simple tahap cipan lapar lah....ari aku kongsikan bersama...hehe.

*pic from google

Sambal Tumis

Bahan2:
1. setengah kilo santan
2. 5-10 biji cili kering (ikut tahap kepedasan yang diingini)
3. 8-10 biji bawang merah kecil
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 batang serai
6. 1 cm halia
7. 3 biji asam keping
8. garam & gula

Cara2:
1. kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,serai,halia.
2. masak santan,bahan kisar, asam keping, garam, gula di atas api sederhana.tunggu sampai menggelegak & pecah minyak.

Sambal Kelapa

Bahan2:
1. 1 ekor ikan kembung saiz besar direbus
2. 1 cawan kelapa parut yang telah digoreng tanpa minyak sehingga warna kekuningan
3. 5 biji bawang merah
4. seulas bawang putih
5. 1 batang serai dipotong halus2
6. 1 cm halia
7. garam, gula secukup rasa

Cara2:
1. isi ikan kembung+bawang merah+bawang putih+halia ditumbuk.
2. gaulkan kelapa parut goreng bersama bahan tumbuk & serai tadi.
3. masukkan garam, gula dan gaul hingga sebati.


pesanan penaja:
ini untuk 2@3 orang makan.kalau lebih orang, sila lebihkan bahan2nya yer.adios.

kuah laksa penang

ini adalah 'hutang'pertama dgn Puan Jie, hehe....iaitu resepi kuah laksa.orang lain nak buat pown bleh gak, no problem. ikut sebijik2 resepi ini komfem menjadi dan mantoppp....

*pic from google
Bahan A:
1. ikan sardin (8 ekor)
2. 5 biji asam keping
3. sedikit garam

Bahan B:
1. 12 biji cili kering
2. 5 biji cili padi
3. 2 biji bawang besar
4. 10 biji bawang merah kecil
5. 1 labu bawang putih (tapi aku buat setgh labu jer)
6. belacan (sebesar ibu jari)

Bahan C:
1. 2 batang bunga kantan
2. 1/2 ikat daun kesom (ikut kesesuaian)
3. 1 kiub pati ayam

Cara2:
1. Rebus Bahan A. Air rebusan jangan dibuang.
2. Blend Bahan B. Dah siap, masukkan dalam periuk dengan api sederhana.
3. Setelah ikan masak, blend isi ikan. Kemudian masukkan ke dalam periuk setelah bahan B naik aroma baunya.
4. Pastu masukkan air rebusan ikan bersama asam keping tadi. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air. Kalau kurang rasa tambah garam, letak gula sikit pun ok gak.
5. Masukkan bunga kantan, daun kesom & kiub pati ayam.
6. Siap. Hidangkan bersama laksa & bahan2 sampingannya.

Wednesday, December 15

mari tengok apa ini

hihihui...inilah sambal tomato,resepi my beloved mom...makan ini boleh sampai menitiskan air mata jika dibuat terlalu pedas....tapi rasanya sgt yummehh....jika dipasangkan lagi dengan ikan bakar,ulaman dan budu lagi laaa menyengat.komfem lagi konfiden sepenanak nasik pon abis.nak cuba senang saja yer puan2...

bahan2:
1.tomato dipotong dadu
2.air limau kasturi
3.sambal belacan
4.garam & gula

cara buat:
1.campur sume bahan2 di atas pastu gaulkan.
2.hidang & sedia utk dimakan.

Monday, December 13

saiz badan anak


sila abaikan pic wanita di tgh2 itu dan tumpukan perhatian kepada 2 kanak2 di kiri & kanan.chubby kan mereka?ini adalah sepupu aku,di sebelah kiri danial & di sebelah kanan haikal.mereka adalah 2 beradik yg sgt sporting & sgt best dipeluk.bagaimana dgn saiz badan anak anda?chubby mcm ini atau kurus keding atau sedang2 sajer....aku kdg2 berasa dlm dilema sbb kalau jer blk kg mesti my in laws akan ckp anak aku kurus.kurus ker?pastu suh makan byk2 bagi gemuk....aiyooooo i hate that word!jgn la ckp gemuk, ckp ler berisi ker....ttubuh ker...ahhhh tapi bagi aku saiz tak penting,yg penting dia sihat walafiat xde penyakit serius.kalo terlalu berisi nak main dgn aktif pun susah,nanti cepat penat.baik la yg sedang2 sajer....

kurus ker?


eloplen merah putih

baru perasan encik toni suka kaler merah putih iaitu kaler kebanggaan rakyat negeri kelate....encik toni tanak tambah mural jadi logo 1 Malaysia ker?takper2 itu nanti encik toni akan jawab....kisah naik eloplen dan encik naufal telah menjadi kenyataan kerana beliau berjaya menaiki pesawat buat pertama kali dgn ada seat sendiri....wohooooo tahniah encik naufal.ini menunjukkan anda telah meningkat dewasa.sebelum ini tiket infant berharga flat rate RM30.sekarang kena byr tiket dewasa tauuu!kami berdua anak beranak dipaksa balik KB sbb encik naziz outstation ke bra-zil selama seminggu.sepanjang perjalanan membawa budak umur 3thn setgh takde masalah besar cuma bila masa menunggu shj dia agak bosan dan cuba utk buat mcm2 aksi.pic kepatuhan kanak2 ini dlm eloplen takde ler pulak sbb hp dah off.mebi next time....

Wednesday, December 1

tupai-tupai

dari minggu lps tringin thai foods...biasalah madam ini seleranya besar.yg madam tahu ialah Thai Corner kat USJ (well....jauhhh rasanya) & Restoran Serai kat Shah Alam (well....x memenuhi citarasa+mahal).madam pun sms laa temannya iaitu Puan Sri Hannan utk bertanyakan koordinat mana2 kedai berunsur masakan thai di SA.so dia sajes Thai Village di Sek13.dgn penuh yakin akan terjumpa tempat tersebut,madam ke sana....tgh pusing2 kawasan tu tiba2 ternampak Tupai-Tupai (well...namanya mcm familiar, ada sebijik kat tgh2 KL ke haper ek?) dgn bannernya 'Kini Telah Dibuka'.betul2 depan kondo The Acapella.dgn tiba2 rasa nak singgah situ...pelayannya lebih ramai daripada pelanggan.tapi lama-kelamaan, pelanggannya makin ramai dan ramai dan ramai......

masa amek order pon 3 org waiter berdiri sambil menceritakan menu mereka.ekcelinya core biz mereka ialah steamboat buffet, RM25/person.tapi disebabkan mood nak makan masakan thai,so kami ngoder la ini.....

Tomyam Seafood, Chicken Lemon, Sizzling Beancurd

ditanya encik pembayar, katanya kalo bagi bintang 4/5...kira orait la tuh....