Ragu


Salam . Bismillah .


Pijak. Hancur. Rosak.
Ada yang cantik. Baru. Sedap.
Jika mahu. Kait dan makan.




Krisis di sini. Negara saya dilahirkan.
Saya sedih. Bimbang. Risau.
Tiba-tiba terlintas. Kalau berlaku macam gaya perang.
Habislah tinggalan sejarah.
Bila saya ada rezeki mahu datang.

Izinkan


Salam . Bismillah .


Gambaran aliran air di sungai pisang mungkin tidak sama dengan sungai lui.
Tapi aturannya mungkin sama. Terus mengalir diatas batu dan pasir-pasir.

Ouh. Saya nakal. Ye. Tak dengar kata. Ye. Ikut kepala sendiri. Ye.

Bagi lah.

- - -

Tapi saya tak suka bila, saya dengar kawan sekeliling cakap:

"Kalau awak lambat lagi, kte tarik telinga awak sampai putus!"
"Kirim salam maut dengan dia! Dah lah tak angkat telefon."
"Siap lah awak, kalau awak tak datang, kte bunuh awak!"

Mereka rasa itu ugutan supaya sedar. Tapi bagi saya, jika kata-kata itu diberikan kepada saya,
Saya akan katakan.

"Hey, saya bukan lagi kanak-kanak lah. Saya tak suka dengar ugutan macam ni. Ini bukan lawak dan saya tak termakan dengan ugutan tuh."

Kalau baik sikit. (Sama ja sebenarnya)

"Erm, ok, cuba ubah sikit cara cakap tu. Tak habis-habis bunuh, maut, cabut telinga."

Nak kata sedih, bukan sedih. Tapi kecewa. Okeh.

- - -

Ini pula saya dengan skill special tahfiz saya.

Saya tak boleh lah hafal. Setiap minggu kena tasmik. Walaupun hanya surah pilihan.

Berangan-rangan dari sekolah lagi jadi Hafizah. Sangat.

Bila dah dapat, buat separuh jalan. Malaz.

Bila dah tua sikit, cuba memohon tapi tak dapat. Takpa.

Sekarang dah ada, walaupun bukan lah hafal 30 juz, tapi. Mak ai.

Luar putih dalam zulumat.

Nokotta dah tak rasa lagi. Kena ada lain. Sikit-sikit.

- - -

Saya dah dewasa dah sekarang. Mentaliti masih muda mentah.

Pakar mencipta alasan. Untuk beberapa situasi dan keadaan.

Okeh. Mahu terus hidup untuk masa ini.

Cipta pengurusan hidup saya yang lebih tersusun.

Tak dapat penuhi semua, sikit-sikit. Sampai puas.

Cipta!

- - -

Isnin nanti baru balik rumah. :)

Gambar


Salam . Bismillah .

Dan, semalam, gambar berukuran passport diambil. Katanya, bagi memudahkan urusan.
Jika mahu konon-konon keluar negara.

Servis di UIA murah. RM 12 sahaja. Gambar 6 keping, 1 CD.
Gambar yang di edit bersih.
Guna Microsoft Office Picture Manger.
Berubah wajah jadi belasan tahun.
Tetapi ada ja yang wajah kelihatan kekal 20an. Macam saya. :)

Cuma tone warna kurang, tidak sekata. Takpa lah.

Dan, macam agak membazir sikit. Bila rupenya, baru tahu.
Gambar passport tak boleh senyum. Apatah lagi nampak gigi!
Kena buat muka KETAT.
Saya tak tahu dan kakak tu tak da pula bagi tahu.
Hmm.

- - -

Okeh, dan baru harini saya dapat tonton cerita Magika. Sedap! Baru tengok sikit.
Komen awal sebelum habis, cerita ini kemas + cantik + terbaik. :)

Sikit lagi. Sikit lagi. :)

Ambil Tinggal


Salam . Bismillah .

Kita ada banyak peluang. Kita ada banyak ruang.
Tinggal singkap dan tangkap.

Perubahan demi perubahan berlaku.
Bukan kerana ikut rela paksaan tingkah laku.

Tapi pengaruh sekeliling.
Boleh jadi kita beri pengaruh sampai 1000 orang.
Boleh jadi kita ambil pengaruh sampai 1000 orang.

Ikutlah.

Bila rasa mahu, ambil.
Bila rasa tak sedap, tinggal.

Yeah, manusia ada juga begitu.
Tapi kita perlu jauh-jauh dari itu.
Kerana dalam hati manusia ada batu halus kecil lembut.

Kalau rasa boleh perah tapis tinggal.
Buatlah.
Tapi kalau rasa tidak mampu menggatal perah tapis tinggal.
Tak yah cuba-cuba lah.

- - -

Sehmangat Afra'!!

- - -

Sumber:

1. Nurazah Fathirah : 1000 orang mempengaruhi.
2. Kehidupan manusiawi.

Kasut


Salam . Bismillah .

Sedang-sedang menggeledah barang di dalam laptop, tiba-tiba teringat. KASUT.
Kasut. Antara saya dan Prof. Rosnani. (Pensyarah UPM)

Pendek sahaja cerita. Ketika di Sabah.
Rumah yang kami diami bersama itu black-out. (Standard disana memang akan termati elektrik).
Jadinya, makan suluh torch light / lilin dan apa2 jenis yang menghasilkan cahaya.

Setelah siap-siap makan, terus bergegas ke rumah keluarga angkat.
Agak kelam kabut. Kerana tiada elekterik. Semua benda tak nampak.

Saya terlebih-lebih pula tak nampak.

Sedang sibuk pakai kasut sukan (yang lain pakai hill/selipar). Lari-lari masuk van.

"Eh, awak! Kte tak muat lah kasut ni"
"Aik. Kenapa pulak?! .OK tak ni?"

Pakcik van dah nak jalan.

"Pakcik kejap2. Kte punya kasut tak boleh masuk sebelah ni. Sebelah lagi OK."
"Tengok lah betul-betul. Kasut awk ke tak."
"Betul dah. Kaler putih pink."

Dalam beberapa saat selepas tu.

"Eh, kte rasa, mcm ter salah kasut je. Ini kasut Prof lah!"

Pergilah tukar. Dah siap tukar.

"Mana awak tahu itu kasut Prof?"
"Erm, kte tengok Prof pakai dan kte siap tengok saiz kasut. Kecik je kaki Prof. 4 ke 5 tah. Kte 8"
"Haiyaa. Macam mana boleh tertukar?"
"Takpa, kte pun memang nak jadi Prof nanti. Kira macam ambil berkat sikit lah pakai kasut dia."

Hmm. Sekali dua kali ke Sabah. Terasa mahu ke sana lagi. Nyaman!

- - -

Sekali aku lelap. Mata terpejam.
Minda mengatur kata-kata. Hati terus berbicara.
Dua kali aku bangun menatap. Jemari ku terus menari-nari di pentas.
Ubun-ubun di kepala semakin keras. Akar-akar rambut mula menjalar.
Mahu mencari arah. Mahu mengenal diri. Senyap dan Terbaik.

Bukit


Salam . Bismillah .

Ada bukit tinggi. Dibelakangnya matahari sedang cuba menyelinap masuk.
Tapi pelangi ambil peluang tunjuk keindahan diri nya. Beri warna ceria.
Hujan beri nafas panjang. Lelah menurunkan air mata. Awan beralih-alih.

Bukit sifatnya keras dan berbatu-batu. Boleh pijak-pijak sampai atas.
Mahu berlumba-lumba naik. Kalau kita naik bersama?
Kemudian, bergelongsor turun di atas pelangi indah.

Bina kehidupan lagi sekali. Tunggu matahari bawa arah tunjuk ke gua.
Kita bertapa bersama. Mari!
Disana redup dari panas. Disitu senyap.

Kita bismillah. Dan mulakan lagi.
Jika mahu. Ini jiwa aku. Jiwa kau juga aku.
Jadi manusia. Dan lagi. Entah!

Lagi


Salam . Bismillah .

Setelah sembuh sedikit penyakit itu. Kini datang semula.

Fikirannya sudah tiada masalah. Dan, bermula semula.

Rupanya.

Dapat kenal pasti punca. Kalau dapat lah.

Kalau tidak, terus meneka.

Lari. Ya. Sudah lama tidak lari.

Oren , Putih , Coklat , Hitam , Pink .

Panjat. Memekak.

Jangan marah jika aku memekak!

Eyah Eyah. Panjat.


Salam . Bismillah .

Syukur lagi saya bilang. Sudah 14 hari menjejaki hari - hari awal dalam bulan Januari ini.
Antara mahu terus hidup atau tidak. Terpulang.


Terima Kasih!

Terima kasih selalu kan kita dengar. Selalu juga kita ucap. Paling pendek bilang TQ!
Niatnya sama. Mahu menghargai mereka yang telah berjasa kepada kita.

- - -

Terima Kasih Ya Allah!
Ya. Memang sangat bersyukur padaMu.
Beri aku rasa hidup di dunia ini.

Beri aku rasa susah. sayang. cinta. sakit. sedih. gembira.

Yeah yeah. Pokoknya. Terima Kasih.

Aku ada ayahanda bonda - bonda, adinda - adinda yang ramai.
Mereka unik. Bergelak ketawa. Bergurau senda.
Sama merindu. Sama mengaduh. Sama bergaduh.
Aku dapat rasa kuat bila mereka beri aku sokongan.
Mereka kuat. Ukur tinggi lah..

Aku ada Nenda - nenda.
Aku ada saudara - mara, dimana - mana.
Sekalipun mata jarang bertemu. Malah tidak bertemu pun ada.
Tau - tau saja satu kelas ketika belajar dulu.
Rasa semakin meriah kerana kuantiti yang ramai.
Akan terus damai sampai bila - bila.

Aku panjat syukur lagi kepada Allah. Beri aku semua ini.

Aku punya kawan - kawan.
Mereka ada pelbagai ragam dan jenis.
Aku cuba dapati dan syukur lagi kerana mereka membantu aku.
Mereka juga beri aku keyakinan dan semangat.
Mereka juga beri aku rasa marah dan tertekan sendiri.

Tapi seronok. Sebab semua itu Allah beri saya rasa.

- - -

Aku dah mula dapat jinak - jinak rasa untuk belajar.
Aku harap iya tidak mati begitu sahaja.
Puas pupuk semai siram.

Terima Kasih!

- - -

Kalau aku pergi dulu. Aku harap aku pergi dalam keadaan baik.
Sebelum apa - apa. Aku mohon di maaf kan salah silap.

- - -

Aku juga harap aku bisa berubah untuk kehidupan yang lebih baik.
Berubah. Bertukar.
Aku malu pada Allah.
Terlalu banyak salah.

Terima Kasih!

Mengada


Salam . Bismillah .

Sehingga kini. Masih belum menjumpai titik penyelesaian.

Masalah utama. Tidak dapat jiwa belajar.

Cuba cucuk sikit. Masih belum tembus sampai hati.

Perasaan sekejap semangat. Sekejap lama nya pudar.

Mengada! Yeah. Memang.

Kalender belajar sering dilihat.

Cepat-cepat lah. Dah sangat malas nih.

Ikut kata hati. Memang mahu cuti.

Ikut kata akal. Tahan lah sikit.

Sikit ja lagi Afra' oi!

Uh, Mengada! Memang.

Luar putih. Dalam gelap zulumat.

Menadah simpati kekuatan dalaman.

Tolong. Mohon. Doakan bersama.