gaya dan rasa


::salam::
::bismillah::

gaya dan rasa adalah sebuah refleksi yang dapat diberikan oleh anggota badan dan minda serta hati..

maka terhasil lah ini..

andai aku menerima lagi
suatu hari nanti
aku akan biar ia pergi
kerana aku tahu
itu yang terbaik buat diriku
bukan sengaja
untuk ku biarkan ia pergi
tetapi memang
sengaja yang dirancang pergi
aku sedar
setiap kali ia datang
ia hanya sementara
lebih indah jika aku
tidak bersua
hanya sekadar mendapat
khabar ia telah pergi
sengaja
biar aku rasa tenang
tenaga fikiran
peluang untuk ku berbaik semula
sudah 7 kali aku cuba
berjayakah?
gagal?
atau mungkin peluang ke 10 barulah
aku akan berjaya
aku sering diberi keyakinan
tetapi
aku sendiri yang mematikannya
memahami fenomena kemelut ini
bermakna memahami
kondisi itu
biarkan ia pergi
aku tetap setiasa menanti yang baru
fenomena alam 2008 2012
:)

Diri Sendiri


::salam::
::bismillah::

Diri sendiri..ye! jadilah diri sendiri..andai itu kita iyakan..memang itu diri kita..
cuma kadang kala memang kita perlukan perubahan..
setiap apa perkara baik yang kita dapat dan boleh mengubah diri kita kearah kebaikan..
maka berubahlah..

anda tahu kek?

K E K ~ sedappp..

andai anda adalah tepung pada kek itu..jadilah ia
andai anda telur pada kek itu..jadilah ia
andai anda serbuk penaik pada kek itu..jadilah ia
andai anda air pada kek itu..jadilah ia
andai anda mentega pada kek itu..jadilah ia

kesimpulan mudah.
~ andai anda adalah tepung pada kek itu..jangan sibuk2 nak jadi telur pada kek itu..
kelak kek itu takkan menjadi..

andai begitu dan andai begini


::bismillah::
::salam::
andai begitu dan andai begini
aku tetap terima
jika itu yang terbaik buat diriku
hakikatnya
tak terungkap kata-kata
dek dilanda kesedihan dan kepiluan
yang nyata
kepiluan dalam hati dan jiwa
diri ini
sedia menanti disana
pabila pasrah menerima takdir
dari yang Maha Esa
aku
apa yang dapat dibuat?
hanya menurut permintaan
hanya menurut kata hati
mereka inginkan aku berjaya
aku harus berkorban
mereka mahu aku belajar
menguasai dunia
walau dengan apa jua cara
pergilah kemana jua
yang dimahukan
hanyalah redha
ayahbonda
walau dengan apa jua cara
mengejar bayangan syurga disana
akan ku nantikan
kehadiranmu disana
walau dengan apa jua cara
kita bisa bersua kembali
sekalipun di alam maya yang fana
deklamasi luahan dari
perosok diri
yang bernama hati
diambang fenomena
kesepian dan kesunyian yang nyata
hanya berkata-kata sendirian
mengharap perkara yang
tak pasti
menanti jawapan yang
tak pasti
mendendang lagu yang
tak pasti
segalanya bermula dari satu
mimpi ngeri
sudahlah cukuplah pasrah
jika itu yang terbaik
memang itu diriku
jika itu yang terbaik
tapi...
segalanya...
akan bermula...
sekalipun ianya belum pasti
::karya spontan seni diri dalam hati sendiri::
~senyum gaya yakin~

Kehidupan Suri


::salam::
::bismillah::

selawat dan salam saya panjatkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T dan para
sahabat..bersyukur kita kehadrat Ilahi atas nikmat islam iman ihsan..

harini..genap lah saya 10 hari saya menjawat jawatan sebagai suri rumah di baitun sendiri..wee..arini pulak kuar result short sem..huu..dan tinggal lagi 2 hari jer lagi saya akan
pulang ke kl..tanak3!!

erm..memang senang jer nak buang masa sepanjang cuti..bangun subuh..tido balik..bangon time dhuha..duduk2..tengok tv..on9 berejam2..dan da malam tido..

tapi andai kita amalkan tabiat relax nih..memang tak kemana lah kita..idea xdpt..senaman pun takde..sumbangan dan bakti pada diri dan org lain pun takde..

cube lihat..andai kita bangun subuh..solat jemaah..patu kol 8 mulakan kerja kita..kalo yang jadi cikgu part time silelah melaksanakan..yang jadi juru jual..pegi cepat..yang jadi suri..cepat masak..bukan ke indah dan menarik tu?


kita tekan kat suri la heh..sebab taun nih saya jadi suri..jika sebelomnya setiap kali cuti saya akan jadi juru jual di koop sekolah saya..sekolah menengah islam hidayah,johor..tapi tak penah tingin jadi cikgu stp kali cuti walopun da dpt offer..tatau nape..

kita aturkan sendiri jadual suri itu..jam 8am kita bergegas..office hour..saya cipta sendiri jadual tu..bermula bekerja dengan bismillah..mcm biasa..menyapu..mengemop..masak..basuh baju..sidai baju..lipat baju..on9 yang berstatuskan 'mengemaskini rumah.:D..palang merah'

seperti saya kata tadi..office hour..jam 12pm saya siap sume dah..kdg2 ada x siap jugak..sbb ter tengok tv atau ter duduk atas kusi layan chat..cume 2 kali saje yer..yg len sume on time! saya sentiasa pastikan saya siap seblom jam 12pm! :)

okeh..bile da stle siap sume..senyum lega..fuh! siap! makan pulak ngn adik yg baru balik tadika..mak n adik2 lain abes sekolah kol 5pm..so ada 2 org jer kat umah..

nak tambah masa lagi..tengok tv pada cerita2 best n khusus jer..contoh Bio-Nik dan Nur Kasih.. (tapi saya bukan peminat fanatik yer)

bila dah malam..pastikan adik2 sume belajar..kalo malas saya marah..tapi mmg tak jalan
ar..huu..saya baca buku jugak..ada buku2 yg saya mmg wajibkan utk habis baca time cuti nih..da abes! yeah! kalo ngantok..buka komp..layan lagu sami yusuf..yasin..meng on9 kan diri..dan berstatuskan palang merah..

kebaikan menjadi suri ini ialah..kita akan bersenam hari2 dengan cara mengemas sana sini dan secara tidak lansung menyehatkan badan....mengakrabkan hubungan keluarga..dengan mak..adik2 sume..sbb jarang balik an..belom belaja oversea lagi..suatu hari nanti!..menyenangkan dan menggembirakan hati family sbb bile derang balik..rumah bersih..:)

mengeratkan hubungan sesama rakan..samada da lama kenal..baru kenal..atau org kenalkan..layan jer..cara chatting yer..ziarah bole jugak..tapi saya jujur x buat..huu..slen tu..menambah ilmu dengan pembacaan dari buku atau blog..kita juga ada peluang belajar itu dan ini..belajar godak2 komputer..tambah ilmu..

masa terlapang inilah kita bole fikir tentang timeline kita..sepanjang tempoh belajar ini..kemudian..lepas belajar..kerja ape..kat mana..target..dan seterus2 nyelah..kita dapat fikirkan dengan tenang..bukan idea semata2 yer..buat draft..lakarkan kat photoshop ke picasa ker..buat comei2.:)

::semoga kita dapat melantakkan waktu2 terluang ini..yang kita namakan ia CUTI hepi:: :)

~gembira bersama keluarga terchinta~
..abah..umi..along..uqbah..aqilah..atirah..abir..rabiah..faqihah..:)

Sentosa


::salam::
::bismillah::

masa depan menanti
masa lampau meratapi
masa yang kini terus berlari

mencari sebuah identiti
mencari sebuah destinasi
mencari sebuah syurgawi

setiap yang dinanti
tidak semestinya itu pasti

biarkan aku mengorak langkah ini
mencari sebuah kehidupan yang pasti
dengan gaya yang berani

~~

::jangan jadi seperti perigi..dia hanya menunggu timba datang padanya kerana rasa diri hebat::

-tugasan yang hampir siap-

Penghayatan Itu


::salam::
::bismillah::

sementelah saya mensiapkan tugasan yang bonda saya berikan..bersama dengan alunan lagu dari sami yusuf yang diberikan oleh fatimah..amat seronok..terima kasih banyak..:)

Jalan Hidup


::salam::
::bismillah::

Jalan Hidup

kenapa ada satu jiwa
kenapa ada satu hati
kenapa ada satu rasa
kenapa ada satu warna

kenapa perlu dianggap satu?

ianya banyak
barangkali kita tidak menyedarinya
barangkali kita yang sengaja

melepaskan jiwa itu
melukakan hati itu
mempahitkan rasa itu
mengkelabukan warna itu

untuk apakah lagikah
kita
menanti sebuah harapan
mengharap sebuah impian
menunggu sebuah jawapan

adakah kita pasti
ada sinar mentari di balik hujan ribut
ada purnama bulan di balik gelita malam
ada buahan ranum di balik rimbunan pepohon

menarilah
menantilah
memohonlah

barulah kita tahu kehidupan ini
penuh dengan corak dan warna

yang kadang kala menggembirakan
yang kadang kala menyakitkan
yang kadang kala memeritkan

itulah warna kita
hargai dan indahkan warna hidup

::nukilan tenang::
~hidup dengan gembira disamping keluarga terchinta~