
erm,
........jgn biarkan ianya berakhir
Alahai OMBAK RINDU, mula2 cm tk yakin sgt nk tgk filem ni..tknk kecewa cm Lagenda Budak Setan tu..kalau baca novel kna sedia tisu..tp filem?? Udah2 ler..
OMBAK RINDU lak,apalah yang cik niEra boleh katakan lagi?berbaloi la sentap dgn my_syg sbb nk tgk cita nih..hehehe..cik niEra sangat puas hati tengok cite ni,rasa flow dia sebijik cm novel..penonton yang dah baca novel dia dapat feel lebih sikit, selama ni feel sendiri bayang sendiri mcm mana hariz jatuh cinta dengan izzah, skang ni dia dah visual kan sendiri utk kita tengok.
paling menarik pasal filem ni kan, diorg tonjolkan kecantikan alam semulajadi Malaysia nih.. scene sunset, sawah padi, laut memang memukau..rasa cm semuanya ada kt Malaysia ni..
syg, jom bercuti..hehehehe
starting filem ni cm tk sesuai kanak2 tgk..romantik tau..sampaikan rasa nk lepuk couple sebelah sbb diorang sambung scene romantic kt dlm wayang..oh abaikan..
dulu mula2 tau Maya jadik Izzah..rasa cm erk,boleh ke minah ni jadik pompuan kampong.cm tk sesuai jer..tp bila dh tgk filem ni..mmg tabik la kt Maya..menjadi dia bawak watak Izzah, dengan muka polos dia..kita yg tgk ni rasa sedih..sob..sob..
Pasal Aaron lak,tkder komen..hero Malaya kan..romantik tu mmg sampai la ke hati..cewah..kata td tknk komen..Lisa pun berjaya “jahat” la..mmg ilang raut ayu kt muka dia tu..muka ketat jer memanjang..dengan kasar nyer..dengan menengking lg..syabas tuk Lisa..
Filem ni la rasa dapat tarik org agak berumur masuk wayang..mlm td,ader la makcik2 datang tgk..tk kurang mamat2 macho yg kna temankan awek or bini..
Rasanya ni filem melayu paling panjang kot..2 jam rasanya..tp bg cik niEra mmg berbaloi..rasa nk jer tgk lg..ader sesapa nk cik niEra temankan tk? Hehehehe
semalam dh start 1 cite baru kt tv3 nun..Bunga April,episod pertama dh best jer rasa..google sinopsisnya..kredit to cthoney..meh baca
Saksikan kisah suka duka dua beradik lelaki yang sentiasa berdepan pelbagai ujian dan taktik kotor daripada musuh lama keluarga yang tekad melihat mereka kecundang menerusi drama terbaru dalam slot Samarinda, Bunga April.
Bunga April ialah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan HNJ Picture Sdn Bhd. Hasil nukilan dan arahan Along Kamaludin ini dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Tasha Shila, Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya.
Sinopsis Drama Bunga April
Bunga April menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi diwarisi Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.
Johar, anak tiri Tan Sri Azmi, hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan dibuat Puan Sri Hamidah.
Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.
April anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas dimiliki April.
Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.
Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Jangan lupa menyaksikan Bunga April yang bersiaran 25 episod, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda di TV3 bermula 22 Nov 2011.