Saturday, October 29, 2011

Lambaian Haji

Dah lama tak update blog, log-in untuk update boleh 'tersesat' kejap dalam 'rumah' sendiri sebab dah lama tak masuk jenguk...hihi.

Alhamdulillah dengan izinNYA, tahun ini saya dan suami telah mendapat jemputan untuk menunaikan fardhu haji. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun n maaf di atas segala salah dan silap sepanjang berblogging. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami dan semoga kami memperolehi haji yang mabrur.
 
My little angels.

Anak2 akan dihantar ke Doha, rumah keluarga abang ipar dan akan dijaga bersama oleh bonda mertua dan adik ipar yang akan tiba di sana minggu hadapan. No words can describe my feeling for their willingness to look after my little angels. Hanya Allah swt yang mampu membalas jasa baik mereka. Semoga anak2 well-behave sepanjang berada di bawah jagaan keluarga, Ameen.

Sunday, May 29, 2011

Mail Online: Banyak benda sebenarnya boleh di buat dari khinzir...yikes!! (Translate ikut sedap tanganku!)

Hari tu ada terbaca pasal kopi ada DNA Babi, tak ingat produk apa. Kalau tak silap pernah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Terbaca pun sebab hubby download to this computer untuk baca surat dari JAIJ.

I'm curious, so tanya hubby,

"Whatever stuff babi letak dalam kopi untuk menjadikan kopi tu macamana yer? I mean untuk melikatkan kah? bla, bla, bla.."
(bla, bla, bla..tu sebab tak ingat apa lagi yang saya questionkan)

Dulu2 masa kecik2, ingat lagi pernah dikatakan perencah Maggie dikikis dari tulang babi. Tup, tup.. Maggie halal. Tak tahulah samada nak menjatuhkan sesuatu produk yang sedang meletup ataupun sememangnya betul?

 
Tiba2 tadi rasa nak google carik apalagi produk yang diperbuat dari babi nih.


Banyak sungguh rupanya kegunaan babi ni!!


Lepas baca artikel ni terus rasa nak termuntah..

Saya amat2 berharap JAKIM lebih prihatin dan mengambilberat terhadap produk2 termasuklah ubat2an, produk2 kecantikan samada buatan tempatan mahupun luar negara.

Semoga lebih ramai Muslim menghasilkan produk2 yang halal. Amin.

Tuesday, May 17, 2011

Me and my blog

'Tak nak invite Abang Tuah ker?' tanya Abang Tuah bila Dang Anum privatekan sekejap blog.

'Hahaha..' (eh..ganas pulak bunyi gelak Dang Anum)

'Kikikik..' terkekek-kekek Dang Anum.

'Dang Anum tak invite sapa2 pun Bang Tuah, lagipun bukannya Dang Anum update apa2 pun...'

Itulah citer Hikayat khas untuk Jie, sib baik kita tak cut and paste citer Hikayat Merong Mahawangsa.kenyit

Bila Jie, my dearest ex-neighbour anto e-mel baru2 ni dah lama tak baca citer 'Hikayat' dalam blog nih, baru teringat.. eh, eh, aku ada blog... ihikhik. Seriously, nafsu untuk meng'update' blog tidak membuak2 tambah2 lagi bila privatekan blog nih sekejap, tuan empunya blog pun rasa macam malasnyerrrrrrrr nak log in masuk blog sendiri..jelir

Memang rasa macam main tarik tali dengan blog sendiri.xpasti Banyak yang nak dikongsi bersama tentang kehidupan di negara Padang Pasir, tapi banyak jugak dugaan bila berblog. Baru start nak menaip Iman nak susu, baru taip satu paragraph Iman nak ter'poo' pulak. Haih..

Entahlah macam2 yang bermain di fikiran bila terkenangkan blog sendiri. Sekali fikir nak privatekan sahaja. Sekali fikir nak stop terus. Sekali fikir pulak, kalau tiba2 rasa nak berkongsi citer, kang kena war2kan balik...Jemputlah datang ke blog sayerrr... tak ke malu jadinya?!

Ditambah pulak, sekarang ni bangun jer dari tidur, kepala terus diasak dengan kuat nak balik Malaysia, nak balik...nak balik...nak balik... Itulah suara yang tak henti2 bermain dalam fikiran ni dari bangun tido sampai ke bangun tido balik. Pastu tiap2 hari dok menghitung pulak berapa hari lagi untuk pulang. Nak jugak kira, padahal boleh tolak satu hari jer setiap hari. Memang kalah zaman budak2 dulu menghitung hari bila akan habisnya Ramadhan.sengihnampakgigi

Blog diet, jadi author bersama tapi sekarang lebih kepada pelawat kehormat pulak. Truthfully, tak exercise dan tak jugak jaga pemakanan walaupun masa berkobar2 dulu memang bercita2 nak kurus kering supaya balik Malaysia nanti boleh NGAP sepuas hati tanpa rasa bersalah. Tapi, apakan daya bila tengok Bang Tuah enjoyyyyy jer makan2, Dang Anum pun join sekaki!siul

Kepada yang mengenali Abang Tuah, jangan terkejut melihat kemontelan Abang Tuah pabila pulang nanti. Abang Tuah telah berjaya menapau sebanyak 10kg lemak sepanjang 2 tahun berada di negara kaya minyak. Dang Anum tetap maintain ....ermmmm... maintain gemok.sengihnampakgigi

**Dan dalam ceria2 nak balik, dapat berita ayah didiagnose with prostate cancer tahap awal. Lagilah rasa nak balik... nak balik...nak balik... nak balik...nangih

Sunday, March 20, 2011

Private sekejap.

Blog ni akan di'private'kan sekejap sebab family in-laws will be in town this Wednesday. Malulah nak share with my in-laws family about my thought, lebih2 lagi saya lebih banyak merapu...hihi.

Blog start private this coming Tuesday. Nobody will be invited sebab memang tak akan update pun blog sepanjang in-laws berada di sini.

Oklah, wasalam.

Friday, March 11, 2011

Happy B'day My Dearest Abang!

Hari ni genaplah 9 tahun usia anak sulung mama yang handsome, my darling Abang!
peluk2 tahun.
Ni gambar paling awal diambil dengan digital kamera. Papa yang beria-ia nak beli digital kamera to capture wajah2 comel anak2 terutama sekali masa kecik.

3 tahun.

Ingat lagi masa Abang dilahirkan. Kelasakan Abang terserlah semenjak hari Abang keluar melihat dunia. Abang 'melompat' keluar pada 'push' mama yang terakhir. Nasib baik nurse sempat sambut.
Papa azankan Abang sebelum Abang dimandikan oleh nurse yang baik2 di HRPZ(II) (dulu dikenali dengan nama Hospital Kota Bharu (HKB). Setelah selesai dimandikan dan wangi dibedak2kan oleh nurse, Abang dikembalikan kepada mama. Surprisingly, Abang tidak menangis malahan mata Abang memandang2 melihat sekeliling cuba mengenali dunia baru.
Ayoh Ngoh cakap muka Abang macam orang Jepun. Masa lahir, mata Abang sepet dan runcing ke atas di bahagian hujung. Rambut Abang hitam berkilat dan lebat.
4 tahun.

Seawal usia 1 tahun, Abang suka belajar ABC yang mama lekatkan pada dinding. Abang juga pandai mengecam bentuk A, B, C, .., Z dan dapat meletakkan di tempat yang betul hanya setelah beberapa kali ditunjuk. Abang mengenal ABC pada usia 2 1/2 tahunbukan dari mama tapi atas usaha Abang sendiri. Papa beli komputer untuk kanak2. Abang suka main2 dengan komputer tu dan mengenal kesemua huruf dengan pantas.

Abang suka menonton Bob The Builder sampai mama menghafal lagu temanya. Abang suka menari terutama sekali lagu Hi-5 dan Wiggle. Abang suka menonton kartun sehingga mama dan papa tak boleh tukar ke channel lain. Abang juga suka menyanyi lagu nasyid Raihan.

Walaupun Abang dapat adik, Jat pada usia 1 tahun 3 bulan, tapi Abang sentiasa berkawan baik dengan Jat. Abang jarang berebut mainan dengan Jat.

Sekarang, Abang dah besar. Abang dah punya 3 adik lelaki. Tapi, Abang tetap abang yang baik dengan adik2.

Abang with Jat and Apik.

Abang jarang bergaduh dengan adik2. Abang pandai main elok2 dengan adik.

Guci, guci, guci..

Abang sentiasa pandai pujuk adik kalau adik menangis. Adik2 semua menyenangi Abang. Adik2 suka tanya Abang macam2 persoalan dan Abang jawab dengan baik dan jawapan Abang memuaskan hati adik2.

Alala.. sayang.

Abang juga ringan tulang. Kalau mama minta tolong Abang, pasti Abang akan tolong. Abang tolong mama set the table sebelum makan. Abang tolong mama buang sampah. Abang tolong mama hantarkan makanan pada jiran mama. Abang tolong mama beli roti dan susu di kedai bila selesai mengaji Quran tanpa meminta sebarang upah. Masa mama kecik2 dulu, pantang Nek Mi dan Tok Ayah suruh pergi kedai pasti mama minta upah!


Mama ingat lagi, sebelum datang ke sini, Abang sempat bersekolah dalam darjah 1 selama 5 bulan sahaja di Malaysia. Membaca BM pun Abang merangkak2 lagi. Seingat mama Abang lebih menyenangi BI dari BM sebab suka sangat menonton rancangan kartun Disney Channel.

Bila datang ke sini, sekolah cuti musim panas bermula Jun hingga Ogos. Mama pula tidak punya ruang untuk mengajar Abang dan Jat. Hujung Ogos, Abang dan Jat perlu menduduki assessment test untuk menentukan grade mana. Mama memang terkejut kerana Abang dimasukkan ke grade 2 dan Jat ke grade 1. Bila bertemu guru kelas dan Abang diminta membaca karangan BI, Abang dapat membacanya dengan fasih. Guru tersebut bagitahu mama dan papa, 'Imran is a very smart boy!'. Rupa2nya Abang belajar membaca BI melalui lagu2 di youtube yang ada subtitle di bawah.

Hari ni usia Abang dah genap 9 tahun. Abang dah setinggi dagu mama. Abanglah anak mama yang paling bertanggungjawab. Mama dan papa didik Abang supaya solat 5 waktu dan mengaji Quran setiap masa. Jagalah solat yer Abang. Mama akan sentiasa doakan Abang menjadi anak yang soleh sepertimana nama yang diberikan kepada Abang, Wan Imran Solihin.

Mama saaaaaaaayang Abang.

Friday, March 4, 2011

Solat Jumaat di Saudi

Sempena hari Jumaat, nak berkongsi tentang solat Jumaat di sini.

Sepertimana yang kita pelajari semasa di sekolah maksud solat Jumaat adalah seperti (ni cut dan paste dari Wikipedia Bahasa Melayu.)

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Kita semua tahu bahawa khutbah Jumaat dibaca sebelum solat Jumaat. Kebiasaan yang dilakukan di Malaysia ialah setelah selesai azan berkumandang, menandakan masuknya waktu solat, khatib akan mula membaca khutbah. Selesai khutbah Jumaat barulah solat Jumaat dikerjakan.

Sedikit perbezaan di sini dilakukan di kebanyakkan masjid (tidak semua masjid).

Katalah masuknya waktu solat pada pukul 12.00pm. Azan pertama akan berkumandang pada pukul 10.30am mengingatkan para2 mukmin bahawa hari ini adalah hari Jumaat. Azan kedua berkumandang pada pukul 11.20am menandakan khutbah Jumaat akan dimulakan dalam masa terdekat. Khutbah Jumaat dibaca sebelum masuknya waktu solat. Setelah masuknya waktu solat dan khutbah berakhir, solat Jumaat dimulakan.

Namun, di Masjidil Haram, khutbah dibaca selesai azan berkumandang sepertimana di Malaysia.

Tuesday, February 15, 2011

Update! Update!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Fuhhh..Fuh..Fuh..(tiup debu dalam blog senyum).

Lama sungguh tak update blog ni.

okeeeeeyyyyyy....3 ayat di atas ditaip dalam masa 45 minit sebabnya baru jer nak menaip, kejap yang ni nak air, pastu yang tu nak susu, pastu anak teruna nombor 3 pulak dari bangun till now kakinya asyik rasa sakit ajer, kejap2 urut kaki Abang Apik sambil2 melayan pelbagai soalan2 anak2 yang kadang2 tu hilanglak fokus nak citer apa. Lagipun, Apik dan Iman kerap tak sihat sejak bermulanya musim sejuk ni. Banyak sebenarnya yang nak dicerita.. ttg musim disini, ttg kehidupan di sini, macam2lah..last2 tak update langsung.. sengihnampakgigi

Pastukan joinlak The Biggest Loser Mini Malaysia errrk... mama belum update apa2 lagi di sini.adus

Tujuan utama nak bagi tahu ialah BIL n family from Qatar will be here next week (21 - 26 Feb) and insyaallah MIL bersama2 SIL and another BIL akan datang bercuti di sini from 22 March onwards. Jadinya nak 'private'kanlah blog ni untuk sementara waktu, itulah gempak sangat tajuknyer.kenyit

Tapi, sebelum mem'private'kan blog ni, dah janji with one of my aunties nak 'menunjuk' jubah2 Arab @ Abaya koleksi mama. Jadi silalah menjamu mata yer..minum

Mama mempunyai 6 pasang abaya:

Abaya pertama pemberian bonda mertua ketika menunaikan umrah 2006. Abaya ni mungkin dibeli di Mekah/Madinah.



Abaya kedua juga pemberian bonda mertua ketika beliau menunaikan fardhu haji 2007.

Since x der anak dara nak tolong jadik model, kena jadik model sendiri, potong je lah kepala.ihikhik

Kedua-dua jubah di atas sebenarnya mempunyai tali dipinggang yang cantik. Tapikan, tau2 jelah anak2 teruna mama suka main tarik2 tali tu. Tengah syok2 jalankan, tiba2 rasa tercekik pinggang mama yang bertahun x ramping tu, last2 mama buang je lah. Mengganggu fokus nak menikmati kedamaian alam ajer.

Jubah ke-3 pula adalah pemberian biras yang menetap di Qatar pada tahun 2006/7.



Abaya ke-4 adalah pilihan hati. Dibeli di Mekah ketika pertama kali menunaikan umrah pada bulan Jun 2009. Jahitan motif adalah jahitan tangan.






Abaya ini didatangkan bersama-sama dengan shawl/tudung. Dek kerana abaya ini sedikit labuh, jadi mama suka memakainya dengan ...

tadaaaaa...my peberet boots.

Abaya ke-5 adalah pilihan hubby ketika beraya di Madinah pada bulan October 2009. Abaya ini kainnya berkualiti tinggi. Selesa dan motif jahitannya amat kemas. Berbutang 'kacing tah' dibahagian hadapan.



Bahagian hadapan.


Bahagian belakang.


Jahitan motif di tangan.

Abaya ini juga didatangkan bersama shawl



Abaya ke-6 adalah abaya yang kebiasaannya dipakai oleh wanita-wanita Arab tempatan. Tanpa sebarang corak, berbutang dihadapan (kacing tah), berlengan besar dan juga labuh meleret. Jarang mama melihat wanita Arab memakai abaya bercorak kerana wanita2 ini memakai baju yang begitu 'jangok' disebalik abaya dan purdah mereka.



Mama gemar memakai abaya ini setiap kali tibanya bulan Ramadhan menunaikan solat tarawikh. Agak kurang gemar memakai abaya ini untuk berjalan-jalan dek kerana bila dikenakan dengan handbag, senteng jadinya.

Ok, itu koleksi abaya mama. Kali terakhir beli abaya 2009. Kali terakhir men'jenguk2' abaya bulan Mac tahun 2010 menemami bonda mertua membeli-belah abaya sebelum pulang ke Malaysia. Tema/Trend pada tahun lepas ialah abaya berlabuci, memang bergemerlapan betul tahun lepas.

Dah tak tahu apa trend terkini, tapi last week pergi meronda-ronda bandar Dammam menjenguk2 abaya, trend terkini adalah bermotif seperti jubah pertama/kedua (cuma motifnya semakin sedikit iaitu di dada dan tangan) dan dihiaskan dengan labuci.

Punyalah lama (4 jam mak oih!) dok mengadap komputer ni sampai tiba2 rasa macam sakit kepala. hah

Alamak! Lauk lom masak lagi, sat lagi Abang dan Jat balik dari sekolah. Telur gorengla nampaknya anak2 mama kena makan tengahari ni. sedih

Part of the reasons nape menjauhkan diri from blogging dan keluar terus from FB!nerd