Sunday, January 31, 2010

٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶ happy esok nk g melaka..


esok aku nk g Melaka with geng2 aku...
nk kaji psl masyarakat
Baba Nyonya..
sebenarnya ni asgmnt Silang Budaya yang perlu diselesaikan dan dihantar pada Minggu ke 7..
sambil wat asgmnt leh la jejalan with my frendz..
hope segala urusan kitorang kt sana berjalan lancar..
and dpt jumpa masyarakat Baba Nyonya yg boleh bg kerjasama untuk selesaikan tugasan ini.
Amin...

Thursday, January 28, 2010

aku BUKAN manusia biasa!!!

bukan pilihanku menjadi MANUSIA BIASA,
aku berhak menjadi MANUSIA LUAR BIASA,
yang merebut peluang,
bukan memburu impian.

aku tidak ingin
menjadi rakyat kerdil
yang takut dan jahil dijaga rapi oleh negara
aku ingin
menceburkan nasib menjulang impian,
menegak cita untuk jatuh dan bangun aku

sejenak
aku tidak berhenti untuk berusaha
kerana disogokkan sekepal nasi

aku pilih cabaran hidup
bukan keselesaan hidup
kenikmatan pencapaian
bukan lesu damai sebuah Utopia

aku tidak rela dibingkai
kerana mencari rezeki,
atau menggadaikan maruah
demi segenggam padi,

aku tidak akan tunduk pada kuasa,
atau bertelut pada bujukan

aku tetap mewarisi
hak tegak berdiri
dengan megah dan berani berfikir,
bertindak bagi diriku sendiri

mengecap madu perjuanganku
dan menghadapi hidup ini
dengan tekad dan rendah hati
sambil mengatakan

INILAH YANG TELAH AKU LAKUKAN.

Wednesday, January 27, 2010

Practice make perfect...

Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha. Walaupun hasil yang diperolehi tidak menepati kehendak kita, namun sekurang-kurangnya kita sudah berusaha ke arah itu. Itu sudah memadai daripada kita mengharapkan kejayaan tetapi tidak berusaha langsung.
"Tanpa keberanian, mimpi tak bermakna". Bagi saya, keberanian dalam diri sangat penting dan menjadi pendorong kepada kita untuk mencapai kejayaan. Tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa kita mampu mencapai hasrat tersebut.

Nasihat ini bukan sahaja untuk kawan-kawan tetapi untuk diri saya juga. Saya perlu kuatkan semangat dan yakin dengan kebolehan saya. Jika orang lain boleh mencapai kejayaan, mengapa saya tidak?? Semua orang dilahirkan untuk menjadi juara. Hanya usaha yang membezakan kejayaan seseorang.

Aku ingin berkongsi pengalaman yang ku lalui baru2 ini untuk kawan-kawan semua. Ini hanyalah luahan hatiku sahaja dan kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meningal dunia... hehe..

Aktiviti : Larian dari KAB ke Proton City
Tarikh : 24 Jan 2010 (Ahad)
Masa : 6.00 p.m-7.25 p.m
Peserta:5 orang sahaja

Tujuan kami ber'jogging' ni ialah untuk kesihatan tubuh badan. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memantapkan stamina dan membuat persediaan sebelum mendaki Gunung Tahan. Walaupun jarak antara KAB dengan Proton Ct agak jauh (xtau berapa kilometer), tetapi kami cuba membuat slow jog pada awal larian. Rakan-rakan yang pergi cuma 5 orang sahaja. Mereka adalah pelajar semester 2 dan hanya aku semester 6. Ah...tak kisahlah, sebab aku ni boleh join je dengan sape2 pun..Mereka semua kuat lari, hanya aku je yang semput-semput di belakang tapi aku cuba menguatkan diri untuk meneruskan larian sehingga ke destinasi yang dirancang. Aku perlu kuat semangat dan cuba memujuk diri untuk tidak berpatah balik.
Sambil berlari, aku memberi kata-kata semangat untuk diriku sendiri. Aini boleh....terukan larian..jangan mengalah...jangan cepat putus asa...dan banyak lagi kata-kata semangat yang ditiupkan buat diri sendiri. Sudah menjadi kebiasaan bagi diriku apabila menyertai aktiviti-aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental., aku akan meniupkan kata-kata sebegini. Walaupun fizikal sudah tidak mampu tetapi jika mental kuat, kita takkan kalah. InsyaAllah...Sehingga kini, apa jua aktiviti yang aku sertai, aku mampu laluinya kerana aku sudah menanam dalam diri supaya tidak sekali-kali memandang ke belakang apabila sudah membuat keputusan. Maksudku ialah jika aku ingin menyertai sesuatu program, aku akan teruskan hingga berjaya dan tidak akan menarik diri daripada menyertai program tersebut melainkan jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kembali semual kepada larianku ke proton Ct. Aku merupakan orang terakhir sampai ke situ. Berkat kesabaran, aku berjaya menghadapinya walaupun tertinggal jauh di belakang. Semangat dan sokongan kawan-kawan membantuku untuk meneruskan matlamat tersebut.

Wajah kepenatan setelah berlari tanpa henti..

Monday, January 25, 2010

Siapakah Diri Anda? Kenali Melalui Warna Diri

Terdapat 4 aras diri hakiki pada manusia, Spiritual, Mental, Emosional dan Fizikal. Setiap orang hanya memiliki satu aras diri yang hakiki. Aras diri hakiki secara umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Dengan mengetahui rahsia aras diri kita boleh mengenalpasti kekuatan, kelebihan diri serta kelemahan yang dialami atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Selain itu ia dapat membantu untuk mengeksploitasi kelebihan pada diri kita dan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami.

Perlu dijelaskan di sini bahawa penyakit yang dialami adalah berpunca daripada kelemahan atau kegagalan fungsi sesuatu organ dalam tubuh. Mengawal kesihatan kesemua organ dalam tubuh secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.

Ringkasan maksud/makna istilah;
  • Kelebihan - adalah kelebihan atau kekuatan yang wujud secara semulajadi dalam diri
  • Kelemahan - adalah kelemahan /penyakit yang sedang dialami atau akan dialami pada masa hadapan sekiranya sifat-sifat negatif dan kelemahan pada organ tidak dikawal
  • Sifat (personaliti) positif - sifat semulajadi yang diwarisi pada diri dan perlu dibentuk. Elok dieksploitasi.
  • Sifat (personaliti) negatif - sifat semulajadi yang diwarisi dan perlu diusahakan supaya hilang dari diri. Ini perlu kerana sifat negatif ini adalah menjadi punca bermulanya penyakit pada diri. Penyakit akan bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi penyakit minor. Sekiranya tidak dirawat pada tahap minor, maka penyakit akan menjadi major (kronik) dan akan memakan masa yang agak lama untuk sembuh.

--> WARNA PUTIH

Warna Diri : Putih - Spiritual

Personaliti Diri

POSITIF

Deria otak yang peka

Bijak / cerdik

Perancang

Boleh membaca situasi

Yakin diri

Jujur

Martabat

Kepimpinan

Kerohanian

Semangat Tinggi

NEGATIF

Ego / keras hati

Putus Asa

Murung

Kebimbangan

Hiperaktif

Mudah terpengaruh

Ketakutan

Suka memerintah

Kebendaan

Lemah semangat


Penyakit

MINOR

Migrain

Sakit Gigi

Sakit Mata

Sakit Telinga

Sakit Mulut

Demam

Sakit Tengkuk

Imune

Sakit Kepala

Ketagihan

MAJOR

Epilepsi

Imsonia

Down Syndrom

Hysteria

Halusinisasi

Alahan

TB

Radang Sendi

Tidak Siuman

Nyanyuk


Kebolehan / Kelemahan

KEBOLEHAN

Imajinasi

Khayalan

Muzik

Holistik

Kreatif

Ingatan Jangka Pendek

KELEMAHAN

Terlalu aktif atau lesu

Mabuk / pitam

Pening-pening

Keletihan dan lesu berpanjangan

Tekanan darah



-->WARNA HIJAU

Warna Diri : Hijau - Mental

Personaliti Diri

POSITIF

Kuat berfikir

Pemikiran kritis

Objektif

Pengingat

Peramah

Boleh dipercayai

Pintar

Percakapan manis

NEGATIF

Malas berfikir

Lembab

Keliru

Pelupa

Gelojoh

Berkira-kira

Suka komen

Celupar


Penyakit

MINOR

Migraine

Gastrik

Alahan

Senak perut

Masalah kulit

Keracunan

Athiritis

Loya

Ulser

Pankreatis

MAJOR

Kencing manis

Kerosakan buah pinggang

PMT/ Pusing haid

Mandul

Hepatitis

Batu karang

Jaundice

Toksin hati

Kuasa seksual / hormon


Kebolehan / Kelemahan

KEBOLEHAN

Displin Mental

Analitikal

Tumpuan

Bahasa

Perkataan

Terperinci

Logikal

Ingatan Jangka Panjang

KELEMAHAN

Angin / gastrik

Sakit Belakang

Lenguh-lenguh

Alahan / kulit

Kejang di bahagian belakang


-->WARNA BIRU

Warna Diri : Biru - Fizikal

Personaliti Diri

POSITIF

Matang Intelek

Berpandangan jauh

Cekal dan Tabah

Tegas

Kebolehan fizikal

Cita-cita tinggi

Agresif

Bergaya

Bertanggungjawab

Keterampilan kemas

NEGATIF

Super ego / keras hati

Pelupa keterlaluan

Pemikiran sempit

Putus asa

Tidak sensitif

Kelemahan fizikal

Konflik dalaman

Malas

Mementingkan diri

Menindas

Mengambil kesempatan


Penyakit

MINOR

Migrain

Gout

Sembelit

Cirit-birit

Hemoroide

Kolitis

Sakit sendi

Sistisis

Sakit lutut

Masalah pundi

MAJOR

Dingin / lemah tenaga batin

Sakit buang air

Pereputan tulang

Anemia / gangguan darah

Jangkitan toksin

Penyakit saraf

Tekanan darah

Aliran darah

Prostat


Kebolehan / Kelemahan

KEBOLEHAN

Displin Mental

Analitikal

Tumpuan

Bahasa

Perkataan

Terperinci

Logikal

Ingatan Jangka Panjang

KELEMAHAN

Bisa-bisa tulang

Sakit saraf

Kebas/kejang di bahagian kaki

Perjalanan darah

Kejang di perut

Usus sensitif / jangkitan

Tekanan darah


-->WARNA PINK

Warna Diri : Pink - Emosional

Personaliti Diri

POSITIF

Terbuka

Tenang

Menghayati

Rasional

Kreatif

Kasih-sayang

Keriangan

Pemurah

Kematangan

Tersendiri

NEGATIF

Sensitif melulu

Serius

Penarikan diri

Pemarah

Termenung

Kebencian

Kesedihan

Kedengkian

Cemburu

Pemalu


Penyakit

MINOR

Demam Kelenjar

Masalah mulut

Sakit Tekak

Hilang kesedaran

Batuk

Berdengkur

Selsema

Bronkitis

Influenza

MAJOR

Angin Ahmar

Lumpuh

Shock/stroke

Pembuluh tersekat

Tahap kolestrol tinggi

Katarak

Sinur

Resdung

HIV


Kebolehan / Kelemahan

KEBOLEHAN

Imajinasi

Khayalan

Muzik

Holistik

Kreatif

Gambar

Warna

Ingatan Jangka Pendek

KELEMAHAN

Khayal

Mengantuk

Terlalu mengikut perasaan

Sinus

Tekanan darah


Personaliti mengikut turutan dalam keluarga

Tahukan kamu personaliti atau karakter sesorang individu itu boleh dibentuk berdasarkan kedudukannya dalam keluarga. Situasi ini secara tidak langsung mencorakkan sikap dan perwatakan si anak. Namun begitu, kebenarannya hanya kamu sahaja yang tahu. Jom nilaikan sendiri apakah personaliti diri anda...

ANAK SULUNG

1. anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur serta ego
2. sering berjaya dalam hidup
3. lebih pandai mengambai hati orang tua
4. nilai tanggungjawab yang tinggi

ANAK TENGAH

1. Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
2. lebih percaya dengan keyakinan diri
3. suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
4. sering merasakan diri mereka terpinggir
5. terlalu mengalah

ANAK BONGSU

1. Ceria dan berkeyakinan tinggi
2. Amat manja
3. Berkeinginan dan bercita-cita tinggi
4. Sukar membuat keputusan

ANAK TUNGGAL

1. Sering merasakan diri mereka kesunyian
2. Lebih berkeyakinan kerana sudah biasa segala yang dihajati tercapai
3. Lebih bijak bergaul
4. lebih cepat matang
5. terlalu rapat dengan ibubapa walau usia makin meningkat
6. sukar bertolak ansur dengan individu lain

Sunday, January 24, 2010

Adakah anda STRESS..??


STRESS merupakan satu masalah yang biasa dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Sebelum itu, mari kita lihat apa itu stress? Stress berasal dari istilah ilmu fizik yang bermakna regangan atau tekanan ke atas sesuatu sistem. Reaksi fizikal dan emntal terhadap tekanan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang individu. Stress boleh memberikan kesan positif atau negatif kepada individu.

Apa punca STRESS??
  • terlalu mendesak dan inginkan kesempurnaan.
  • selalu berfikiran negatif
  • menghadapi masalah/ konflik yang mengganggu jiwa
  • mempunyai cita-cita yang tidak realistik dan sukar untuk mencapainya.
  • dan banyak lagi....
Apa yang perlu dilakukan jika anda STRESS. Cuba lakukan langkah ini. Moga STRESS anda dapat diatasi. InsyaAllah..
  • kaji semula punca-punca yang mengakibatkan stress dan perbetulkan apa yang tidak betul
  • mengawal dan mengurus emosi dengan baik
  • sentiasa berfikiran positif
  • mengurus masa dengan baik
  • menggunakan pendekatan agama sebagai panduan hidup
  • menggunakan teknik pernafasan dan relaksasi
  • beriadah dan melakukan aktiviti yang disukai



kerja yang bertimbun...tak tahu nak mula dari mana...


agrhhh!!! tensionnya...(beristighfar banyak2)


AWAS:
jangan tiru aksi ini,
kalau dah mengantuk sila tidur di atas katil,
tidur pada posisi yang betul...:)



perjuangan belum selesai...hindari diri dari STRESS



Kalau tak nak STRESS, senyum la macam ni..Senyum lebar selalu untuk elakkan stress...tapi jgn senyum sorang-sorang sudah la..nanti lain pula jadinya..hehe

Kata semangat buat diriku...

"Life is easier than you'd think; all that is necessary is to accept the impossible, do without the indispensable, & bear the intolerable" Kathleen Norris

hidup x semudah yang disangkakan..aku perlu kuat dan tabah menghadapi hidup ini. Percayalah anda mampu mengubahnya.

Aini Boleh!!!

Trust ur self...

u can do it...

yeah...

u can do it..

belief ur self..

Beginilah caranya kalau aku tension terhadap asgmnt yang bertimbun2...Aku akan memberi semangat untuk diriku sendiri. Biarlah orang nak kata aku tak betul ke, senget ke, yang pasti ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan self esteem diriku. Peduli apa dengan kata-kata orang. Pekakkan telinga je la..huhu...

Dengan memberi semangat untuk diri sendiri, aku akan lebih bersemangat dan dapat tenang sikit..Cara kita berbeza, macam2 cara yang kita boleh buat untuk membantu diri sendiri.


Ini caraku, cara korang macam mana pula??

Thursday, January 21, 2010

I Have A Dream_Westlife

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream

I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream


Semua orang mempunyai impian masing-masing...semuanya inginkan kejayaan. Begitu juga aku. Hope apa yang diimpikan akan tercapai. InsyaAllah..Amin...

Apa dream aku? nak jd cikgu? pensyarah? tukang jahit? suri rumah tangga part time?huhu...

Yang pasti ape2 je kerja yang aku pilih nanti dapat membantu keluargaku terutamanya ibubapaku yang bersusah payah membesarkanku...InsyaAllah aku akan membalas jasa mereka walaupun gajiku tak sebesar mana..

Siapakah orang yang ...........??


Siapakah orang yang SIBUK?

  • Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang MANIS SENYUMANNYA?
  • Orang yang ditimpa masalah lalu dia berkata," Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun."Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang KAYA?
  • Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang bersifat sementara.

Siapakah orang yang MISKIN?

  • Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengejar harta kemewahan.

Siapakah orang yang RUGI?

  • Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal kebaikan.

Siapakah orang yang PALING CANTIK?

  • Orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai RUMAH PALING LUAS?
  • Orang yang mati membawa amalan kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
  • Orang yang mati tidak membawa amalan kebaikan lalu kubur menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai AKAL?
  • Orang yang akan menghuni syurga kerana telah menggunakan akalnya sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Dendam yang tiada kesudahan..

Aini, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Aini. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Aini sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Aini. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Aini.
Cikgu Aini mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


Wednesday, January 20, 2010

Tetapkan matlamat untuk berjaya

Tetapkan matlamat anda..Ke mana hala tuju anda selepas ini...

Apa itu matlamat?? Adakah ia penting untuk menentukan KEJAYAAN seseorang itu?? Ya..matlamat adalah penting dan perlu ditetapkan sebelum kita mencapai apa yang dihajati. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda inginkan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat yang tetap hidup kita akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari. Kita perlu ingat bahawa matlamat akan memandu kita ke arah mencapai impian kita. Oleh itu, sebelum memulakan sesuatu kita perlu menetapkan matlamat terlebih dahulu.
'Imagination is power than knowledge
'
'Einstein'

Ya, tepat sekali...imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Ini kerana impian akan mendorong kita ke arah tindakan yang akan dibuat. Bagaimana ingin mencapai impian tersebut? Semestinya ia memerlukan kegigihan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan yang diimpikan..

Apa matlamat anda?? Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan kita. Kita hanya mampu berusaha untuk mencapainya dan jika kita mempunyai matlamat sudah tentu ia menjadi pemandu arah untuk kita mencapai impian tersebu
t. Sekiranya hidup seseorang itu kosong tanpa matlamat hidup, nescaya suatu hari nanti dia akan menyesal dan akan mengungkit tentang masa lalu. Mungkin dia akan mengatakan 'kalaulah dulu aku rajin...mungkin sekarang aku tak jadi seperti ini'...Inilah tabiat dan perangai kita yang suka menggunakan 'kalaulah...'. Oleh itu, saya berpesan kepada kawan-kawan semua dan juga diri saya sendiri untuk tidak mengamalkan sikap ini. Tetapkan matlamat dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Jika kita rajin berusaha, sudah pasti kejayaan itu milik kita. InsyaAllah..
Pecutan akhir...ke garisan..sedia...mula...

Gigihnya makhluk Allah...

Terpanggil saya untuk menceritakan tentang kegigihan dan kerajinan makhluk Allah yang bernama semut. Sikap ini sepatutnya diteladani oleh umat manusia.


Setiap orang dilahirkan untuk menjadi juara. Tidak ada alasan untuk seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak boleh berjaya. Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana seseorang itu berusaha untuk mencapainya. Ini dapat diibaratkan seperti 'mengasah belakang parang, akhirnya akan tajam jua'. Satu lagi perumpamaan Inggeris iaitu 'a steady drop hollow a stone' iaitu sesuatu usaha yang berterusan akan membuahkan hasil. Jika kita berterusan melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh maka kita akan mendapat hasil yang memuaskan dan tentunya kita akan memperoleh kejayaan yang diimpikan setiap manusia.
Istilah JEMU tidak seharusnya ada dalam diri kita walaupun apa jua status kita sama ada pelajar, pekerja dan juga sesiapa sahaja. Jika kita merasa jemu dalam sesuatu tugasan kita maka kita akan menjadi kurang bersemangat untuk meneruskan apa yang sepatutnya kita lakukan dan mungkin juga kita lakukan sesuatu itu kerana terpaksa.



I’m so tired today *_*

Hari ni aku rasa sangat kelam kabut dan sangat penat. Dari pagi hingga ke petang kelas dan malam pula ada discussion. Sangat penat…tapi inilah tanggungjawabku bergelar pelajar. Bukan tak biasa dengan rutin harian seperti ini tapi banyak benda sebenarnya yang menekan perasaanku.

Aku sedar, aku harus kuat dan meneruskan usaha murniku untuk menjadi orang yang berjaya suatu masa nanti. InsyaAllah jika aku mempunyai keyakinan dan keazaman yang kuat aku pasti akan berjaya. Aku tidak akan menghampakan kedua ibu bapa dan juga keluargaku. Ya..tidak sekali-kali aku ingin melihat mereka berduka. Apatah lagi mereka banyak berkorban untukku..wang, tenaga dan masa banyak dihabiskan semata-mata untuk menjaga kebajikanku.

Aku sedar, sebagai seorang anak aku perlu kuat dan membalas jasa mereka. Tapi apa lagi cara yang ada untukku membalas segala jasa mereka melainkan aKEJAYAAN yang ku berikan kepada mereka. Moga impian murniku untuk menjadi kaunselor tercapai jua. Amin…dan kesedaran inilah yang membuatkan aku kuat berada di sini untuk meneruskan perjuanganku yang belum selesai.

Walaupun sesibuk mana sekalipun, aku takkan melupakan tanggungjawab sebenarku sebagai pelajar. Aku akan cuba meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran sebagai kaunselor. Aku perlu bersedia lebih awal lagi untuk menghadapi saat-saat bergelar seorang kaunselor. Apa yang penting, kita perlu tahu untuk menguruskan masa secara efektif. Itulah kunci kejayaan kita. Yakin boleh dan pasti kita akan berjaya. Kita dilahirkan untuk menjadi juara. Sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan dia yakin dengan kemampuan dirinya. InsyaAllah kejayaan itu milik kita.