Showing posts with label donat. Show all posts
Showing posts with label donat. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Bavarian Donut jadi Donat Inti Coklat

assalamualaikum...



baru berkesempatan nak update blog..kongsi menu yang dah lama LUPUS hihi
yelah..bila dah start keje balik , masa agak terbatas..
penat badan tak hilang lagi.. lenguh2 kaki duk buat crepe malam tadi masih terasa lagi
tadi kemain semangat balik awal.. konon nak kemas2 sebab esok nak balik kampung
kena pulak ada Hari Anugerah..jadi boleh balik awal dari kebiasaan...
bila nak buka pintu , baru perasan yang kunci pintu takde bersama2 kunci yang lain tu..
pagi tadi kalut , cari kunci yang biasa saya bawak tak jumpa..jadi suami bagi yang lain..
anset pulak takde bateri.. last skali masuk dalam kereta balik, bukak laptop dan connect internet guna broadband. antarla sms kat suami pakai internet.. rupanya dia baru sampai alor setar ada urusan..
ya Allah..hmmm tunggu suami balik, dalam sejam jugak tertidur dalam kereta.. aduuuh...

ok, cerita pasal donat pulak..
sebenarnya dah lama teringin nak buat bavarian donut.. dan intai2 resepi bagai.. tapi asyik tangguh je..
tapi lepas tengok kak sheila buat , saya dah tak tahan lagi hihi
haha tapi tetap tak jadi jugak buat bavarian donut tu , sebab tak guna custard filling
cuma gunakan resepi untuk dohnya aje.. inti, saya gantikan dengan inti coklat yang dah sedia ada, baki inti coklat buat crepe kat SINI

 

Best tau doh untuk donat ni... lembuuuut sangat. saya copy resepi kat blog kak sheila ye...
resepinya dari kak sheila spices journey :)
macam biasa, saya uli pakai mixer je..
campak je kesemua bahan dalam bekas , pastu uli je guna mata cangkuk lanun tu hihi

Bahan doh :
2 cawan high protein / tepung gandum (ayak 3x)
2 sdb tepung jagung
2 sdb butter
1 sdb shortening
1 sdb susu tepung
1 sdb gula
1/2 sk garam
1 biji telur
6g yis mauripan (agak2 1/2 packet lebih sikit)
100ml air suam (anggaran jer)
Gula icing secukupnya utk tabur/gaul

Caranya :
Pukul telur & garam - kocok jer
Satukan semua bahan..masukkan telur tadi...Gaul sampai bersatu...Masukkan air sedikit demi sedikit..Uli sampai doh tk melekat ditangan
Rehatkan doh..tutup sebentar n biarkan doh naik 2x ganda
Bila doh dah naik...tumbukkan doh untuk keluarkan angin
Bahagikan kpd bahagian kecil...Canai sedikit n masukkan filling..tutup doh balik n bulatkan semula..tekan sedikit, biar leper
Tunggu sebentar biar doh naik sedikit...goreng dgn api sederhana
Dah sejuk, tabur gula icing..Siap


sangat lembut dan gebu donatnya...
lain kali nak try buat banyak2 dan frozenkan..
masa buat aritu , budak dua orang tu berebut2 konon nak makan...
alih-alih diorang jilat gula je.. pastu siap mintak tambah gula masuk pinggan masing2..adooooi.



Sunday, March 24, 2013

Donat Lembut HaSue

Assalamualaikum...




Petang-petang gini kawan-kawan tengah buat apa ye?
mungkin ada yang duk rileks santai dengan keluarga.. duk masak pun ada tuu..
yang ada kebun ke.. mesti duk belek-belek sayur-sayur , pokok bunga bagai..
nih tuan tanah teringin juga nak keluar.. tapi budak kecik tu cam tak lena je tidur..
jap-jap mengerang je.. tinggal dia sorang-sorang kat atas kerusi jap hihi

alkisahnya donat nih dibuat tengah malam buta malam tadi.. jam 12 baru duk ketung ketang kat dapur..
gara-gara budak kecik tu jugak lah.. tak mau duduk.. asyik nak diribakan je..
elok je dia lena , terus mula projek.. lebih kurang sejam , siap goreng semua..
suami yang tak tidur lagi pun sempat lah jamah 3,4 ketul donat tu.. lapar katanya sebab tak makan nasi

ok , ni donat yang paling senang dan cepat nak sediakan..
selalu saya guna mixer untuk menguli tepung atau adunan donat..
yang ni uli sekejap pakai tangan je.. pastu tak perlu gigih-gigih menguli
uli lembut-lembut gitu je.. pastu  yang bestnya tak payah nak rehatkan adunan bagai
bila dah jadi doh , terus boleh canai..
yang penting , hasilnya anda akan dapat donat yang lembut , gebus-gebas gitu
tak percaya?? cuba laaah :)

ok.. donat ni siap dimake-up lepas makan tengahari tadi..
jap lagi budak-budak tu sampai , mesti seronok tengok ada donat
pastu siap ditopping pulak ngn cekelat dan penuh gula-gula hiasan kat atas tu :)
asalnya nak buh filling cekelat dalam tu.. tapi sebab rasa cam lambat.. buat ala kadar gini je
bila budak kecik tu tidur , masa jadi sangat2 berharga..
tadi masa masak kurma ayam , tumis bawang.. dia nangis , tutup api dulu
dia ok , sambung balik.. dia tak ok , tutup api lagi.. berhenti dulu..
haaah camtu lah nak masak sekarang ni kalau berdua je dengan dia..
kalau abang dan kakaknya ada... lagi haru...


DONUT LEMBUT
Resipi : Hasue
Sumber : Atie

Bahan-bahan :
500 gm tepung berprotein tinggi / tepung gandum
( saya gunakan 300 gm tepung gandum dan 200 gm tepung berprotein tinggi )
1 peket yis segera - 11 gm ( jenama MAURIPAN atau apa-apa jenama )
50 gm marjerin / mentega
1 sudu makan ( penuh ) shortening
2 sudu makan ( penuh ) gula pasir
2 sudu makan susu pekat / 2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
gula halus atau topping kegemaran anda
190 ml - 200 ml air suam-suam kuku ( bergantung pada kualiti tepung )






Cara-cara :

  1. Didalam bekas yang agak besar , tuangkan air suam. Masukkan yis segera , gula pasir , susu , marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8 - 10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih , ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati daan melekat pada sudu ( bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu.
  4. Ayak lagi tepung selebihnya , gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. ( sisa-sisa tepung kat dalam bekas tu semua bersih )
  6. Doh tidak perlu direhatkan , ( kalau nak rehatkan pun boleh agak-agak 5 - 10 minit ) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh menggunakan acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
  7. Setelah minyak agak panas ( jangan terlalu panas ,  nanti donut gorengan pertama agak hangus ) perlahankan sedikit api  , masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng ( sebab adunan mengandungi telur )
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA ^_^



Thursday, February 14, 2013

donat permintaan si kakak..

assalamualaikum...

dah genap 2 minggu berpantang di kampung..
insyaAllah Sabtu ni akan ke rumah en.suami di Terengganu dan selepas seminggu di sana
saya akan menghabiskan cuti di rumah sendiri.. bersama suami dan anak-anak..
sekarang en.suami hidup mcm orang bujang lah ye, sendiri sorang2 kat rumah




ok.. donat nih buatnya dah lama.. dalam masa tengah2 tak larat aritu..
tp mengenangkan si kakak yang duk sebut nak donat dan nak buat donat cekelat sama2, saya gagahkan jugak diri ni.. ingat lagi, beberapa hari sebelum tu try jugak buat donat ni.. tp malangnya saya tertumpahkan garam halus dengan banyaaak.. jadi doh tinggal nak rehatkan, jadi habuan cik tong je..


DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
sumber: izah
dicuba oleh : atie

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin



Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.

 yang bersalut kekacang , untuk saya dan suami..
donat saya nih takde lah gebu sangat.. tak tahu kat mana silapnya..
tp setahu saya, saya memang selalu gagal buat donat yang gebu,
kalau guna yis yng disatukan dengan air terlebih dahulu.. mungkin saya tak tunggu betul2 sehingga yis tu berbuih ke ape...





Monday, May 14, 2012

donat kentang inti kastard lemon

assalamualaikum

akhir2 ni rajin je mendonat.. maklumlah baru pandai buat donat hihi pastu suka pulak makan donat. kalau boleh makan donat hari2 pun tak pe agaknya.. ni pun buat donat untuk makan malam jamu suami dan anak2 hihi suami pun tak nak makan nasi. yang isteri dia jenuh perah otak nak masak pe.. kita makan donat je malam nih boleh?? dah dapat lampu hijau, kita buat je lah.. donat pun donat lah... asal kenyang kan.

 resipi donat, kita pakai adunan untuk donat kentang macam kita buat kat SINI.. ni pun gara2 nak abiskan mashed potato yang yang tak abis.. nasib lah tak bubuh black pepper dalam kentang tu..




Inti kastard :

1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
2 sudu  butter
2 sudu besar lemon paste

Cara membuat inti kastard :

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali lemon paste dan butter. Kacau rata dengan whisk dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan masukkanlemon paste dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.




atas permintaan en.suami, minta balutkan sosej dengan doh donat tadi
tak tahu camana dia punya tekstur doh bila dibakar camni hihi
sbb saya tak makan sosej:)


Wednesday, April 25, 2012

Donat Labu

assalamualaikum..

mendonat lagi setelah berjaya dgn jayanya mendonat tempohari..
kali ni buat donat labu plk..pening jugak duk fikir nak buat apa ngn isi labu yg dah dikukus
apam lah, danat la.. bingka pun boleh, roti labu bercheese pun sedap
pastu ada yg cadangkan buat serawa, pengat , kastard dan macam2 lagi lah

sebab nak senang, saya buat donat labu je
pakai resipi yang sama dengan donat kentang..cuma kena lebihkan sedikit tepung
mungkin isi labu tu agak berair berbanding dengan ubi kentang kan...

DONAT LABU
diadaptasi dr resipi donat kentang : kak wan@citarasawan

Bahan-bahan
400gm tepung gandum
11gm ragi instant 
200gm  isi labu
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
75gm mentega ( saya gantikan dengan 3 sudu besar minyak jagung )
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120ml air ( saya gunakan air suam panas )

gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikait demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Cara saya : satukan semua bahan di dalam mangkuk pengadun. masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul dengan mixer dengan menggunakan mata cangkuk utk doh.. jadi tak perlu lah saya melenguhkan tangan utk menguli doh donat ni hihihi 
seperti biasa, separuh dari donat yang digoreng akan disalut dengan coklat
untuk menarik minat anak2 makan.. takdelah dihias indah, biasa2 je sbb ibunya tak kreatif hihi

 lain kali kalau teringin nak makan donat sedap, buat je sendiri.. boleh jimat kos kan hihi

Tuesday, April 10, 2012

donat kentang.. terbaeek!

assalamualaikum...
alhamdulillah...setelah beberapa hari menjamu selera dengan donat kentang,
arini baru berkesempatan utk update blog..
sebenarnya saya kurang berminat nak buat donat.. bakan tak suka makan donat...
tp selalunya donat yg saya buat kurang menjadi...
tp kan..bila baca kisah si abang n adik yg berebutkan donat paaaling sedap oleh kak izah kita kat SINI
tetiba semangat nak mendonat tu datang....

tengok donat saya yg gumuks comel tu hihi..
malas nak canai n terap, saya uli gentel2 dan wat lubang ngn jari je
alhamdulillah.. pencapaian terbaik saya dlm dalam mendonat ni hihihi
tengok dan rasa hasilnya.. rasa nak lompat bintang tinggi2... betapa bahagianya kihkihkih

semua donat tuh dicelupkan dengan cekelat...
tq auni..tolong ibu kat SINI..
dan saya ikut resipi kak wan...

DONAT KENTANG
sumber : kak wan@citarasawan

Bahan-bahan
400gm tepung gandum
11gm ragi instant ( saya guna 3 sudu kecil )
200gm  ubi kentang
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
75gm mentega ( saya gantikan dengan 3 sudu besar minyak jagung )
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120ml air

gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikait demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Cara saya : satukan semua bahan di dalam mangkuk pengadun. masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul dengan mixer dengan menggunakan mata cangkuk utk doh.. jadi tak perlu lah saya melenguhkan tangan utk menguli doh donat ni hihihi
nampak lembut kan...
makan esok hari pun donat nih tetap gebus dan lembut je...


Saturday, April 7, 2012

auni , ali dan donat kentang

assalamualaikaum...

jom layan piccas anak-anak malam td...
terima kasih kakak auni tolong ibu hiaskan donat
walaupun bertaburan gula2 hiasan atas meja tu...

sebelum mula, dengar arahan ibu dulu... kasi clear ok..
baca bismillah....

 ibu celupkan donat dalam cekelat...
kakak hiaskan.. mula2 takut... pastu menimbun gula2 tu atas donat

gembira bila tengok donat dah color2 bagai...

            
tekun sangat sampai muncung mulut2 yg dah sedia muncung tu hihi


haaaah ali pon sibuk nak tolong... 
bising je mulut terjenguk2 tengok kakaknya 

ok...dah siap...
jom makan donat semua...
layan aksi budak2 comel makan donat

kakak jilat cekelat je..
sebiji donat tak abis makan pun:)

Thursday, April 21, 2011

donut yani @myresipi...yeay!

assalamualaikum...

akhirnya.. inilah pencapaian terbaik saya dlm pembikinan donut nih hehe. selalunya, mmg sgt tak puas hati hasilnya.. tp kali nih mmg best punyalah.. lembut gebus je donutnya walaupun dah semalaman goreng. buat donut nih mmg tak sah klu tak make up ngn cekelat. maklumlah kami bertiga nih hantu cekelat terutamanya cik auni tuh hehe sape nak sila angkat hidung! sorila..semuanya dah lupus ntah ke mana. mana taknya, selasa malam aritu buat...


bahan2 : yani tulis dia dapat 8biji, saya dapt 10 hehe

sumber : http://myresipi.com/top/detail/208

  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder

Cara-cara ( nak tengok step by step, sila klik SINI ye

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
  3. Masukkan pula butter
  4. Kacau sehingga sekata
  5. Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  6. Uli sehingga tak melekat ditangan
  7. Buatkan bentuk bulat
  8. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  9. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  10. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  11. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  12. Uli biar jadi bentuk panjang
  13. Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
  14. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.



Thursday, April 14, 2011

donat mayo ku bertukar wajah hehe

assalamualakum..

semua entri tertunda..peram dlm draft.. ari ape ntah tetiba saya rajin nak men"donat" nih hehe punya lah semangat nak buat, pastu dah terbayang2 camana nak make-up donat nih bila siap.. sekali donat tak jadiik.. huwaaa..  singgah kat belog  jintan manis yg membuatkan saya terliur nak cuba donat mayo...  nak tengok resipi ngn , lebih lanjut klik SINI 
 nak tengok rupa donat saya???
ha.. tengok  bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hehe ada rupa donat tak??? hehe masa kita campur semua bahan dlm bekas, tetiba baru kalut nak carik yis.. nasib baik ada.. pastu sukat punya sukat punya sukat yis, hehe dapatlah tak sampai satu sudu teh. tp uli jgkla adunan 2 semua. dah siap, kita peram la kan.. lepas 1/2jam, pi jenguk.. doh tak naik2.. tunggu lg sampai sejam.. pon masih duk saiz sama je.. hehe tension jgk. bila goreng, haruslah tak jadi... eeii buat penat je. toink!toink! tetiba dtg idea nak buat camni... pastu masuk oven, bakar sampai masak..  jd habuan utk en.suami.. sbb saya tak lalu makan sosej. tp bila cuba2 makan, abis seketul.. eh sedap la plk.. pastu lalu la plk makan sosej tuh hehe

Donut Mayo
Sumber resepi: http://www.jintanmanis.com/

Bahan-bahanya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.