"Tiap kali saya baca semula report saya, ada saja yang salah.."
"Iya kan, tapi itu hari awak terus submit, terus present, terus defense, kan?"
"Ha ah.. Malunya bila baca semula report ni.. Macam tak patut lulus je.. Banyak sangat salah.."
"Biasalah tu, kalau saya pun baca semula tesis saya, ya, ada saja salahnya..."
"Ye ke? Dr. pun sama ke?"
Seorang gadis cantik, iaitu aku, duduk atas kerusi di depan meja Encik Supervisor, dengan muka tak bersalah. Tunggu kata-kata seterusnya daripada beliau, yang berasal dari Indonesia.
"Ya lah.. report master awak tu, tesis saya tu, awak dan saya yang tulis. Tulisan kita ni harus saja ada salah tiap kali orang baca, malah tiap kali kita baca. Yang tulisan kalau dibaca banyak kali tapi tidak ada salah tu..."
"Itu mesti orang yang sangat bagus kan Dr.."
Aku memotong, konon-konon sangat memdalami pemikiran Encik Supervisor. Tetapi..
"Tidak, yang kalau dibaca banyak kali itu tetap tidak ada salah, al-Quran. Itu bukan ayat manusia, ayat Tuhan.. Report awak, tesis saya, tulisan manusia"
Sentap mak nyah..
"Jadi usah khuwatir kalau baca tesis kamu nanti, terus-terus jumpa salahnya... "
Baiklah Encik Supervisor!
aku yakin aku cantik, tidak fikir celaan orang, bukan bibir sebab tertarik, tapi apa kata dikarang. Bismillah, aku pun mengarang.
Wednesday, August 17, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Kedua-dua Gambar (",)
Apakah persamaan kedua-dua gambar di atas? Kedua-duanya menggambarkan filem yang telah ditonton oleh aku sejak dua menjak ini. Weeeheee..!
Pengajaran filem pertama, The Rise of Planet of The Apes, nasib baik manusia je yang Allah kurniakan ada akal dan kepandaian untuk menjadi khalifah, pemimpin di dunia. Kalau makhluk lain pun ada akal tersebut, haaaa.. manusia tak de nye sempat nak mendabik dada dengan kekayaan, meninggikan hidung dengan pangkat dan nama, menjeling orang yang serba kekurangan dengan segala kelebihan yang ada. Cewah.. Tak sempat, sebab manusia akan sangat sibuk mengharungi suasana haru-biru, tergugat dek makhluk lain itu. Gunalah akal tu baik-baik ya Ain.. Sebab akal lah yang menaikkan kau tu sebagai MANUSIA.
Pengajaran filem kedua, The Reef, bukan saja kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi kalau takut dimakan jerung, jangan pergi berlayar la wei...! Bayar tiket wayang untuk men'suspens'kan diri.. Haaa.. cerita inilah jawabnya.
Dan apakah persamaan kedua-dua gambar di bawah...
Kedua-duanya menggambarkan kulit depan buku & majalah yang sepatutnya aku dah habis baca tapi tak habis lagi. Gulp. Ain, Ain.. Cepat habiskan novel Khalid Al Walid Memburu Syahid ni.. Masa kelas Pendidikan Islam dulu kau tak nak baca betul-betul.. Ni dah bentuk novel yang menarik pun tak boleh nak habiskan.. Dan Reader's Digest Julai ini juga, dah setengah bulan Ogos dah Ain oiii..
Tapi ingat Ain,
To read without reflecting is like eating without digesting. ~Edmund Burke
Subscribe to:
Posts (Atom)