Tuesday, December 8, 2009

PEOPLE GROW HAPPIER AS THEY AGE




SI CUCU INI BERGEMBIRA DENGAN MAHA PENCIPTA.

KITA PUN GEMBIRA MENITI KE WAJAHNYA.















PEOPLE GROW HAPPIER AS THEY AGE


Bukan senang nak bergembira kerana happiness is a complex thing.Biarlah aku menulis begini.Bi-lingual : Melayu dan Inggeris.Kata orang manglish.Bila belajar melalui disiplin sastera,kita belajar menulis berbagai cara.Kata setengah2 orang,gaya separuh gila. Semasa dok mengajar di Sekolah Menengah Sik dulu,in the staff-room was a thick book,dekat 3 inci tebalnya.Tajuk buku itu ialah ‘Bahasa Tukang Kayu’.Aku cukup tertarik with the book.Tak tau dah berada di tangan sapa.I hope Pak Lah ( my silent reader) can trace its whereabout.Banyak isu2 yang tercatit di dalamnya dan dalam bahasa yang payah nak di kunyah.Wah dah menyeleweng aku ,dah lari dari tajuk.


They say happiness is partly inherited.Correct,some inherit the happiness their parents handed over the wealth.But happiness is not just that.Money can’t make you happy.Begitu juga kata2 money can’t buy me love.Jadi benarlah it is a complex thing.Semuanya terletak di hati.Semuanya terlekat di minda.Tiada ada penyamaran.Cannot just talk.Cannot just feel.Ia datang direct dari a place of nowhere.Ia satu anugerah.Anugerah Allah saja memberi kegembiraan.Tak boleh saja2 kita bersengeh ,bersenyum kalau tidak tersemat di dalam jiwa.Senyum dan bersengeh berakar di dalam.Tak boleh tampal2kan di luar.Happiness is not the work of pasteing.Bukan kerja macam computer,can copy and then paste. Some say older man is more happier than older woman.


We must learn how to walk forward.No happiness exist to a man with 2 perfect legs,but who however never learned how to walk.Perlu ada perubahan.Cara berpikiaq.Cara bertindakJangan jadi manusia degil.,ego,berpikiran sempit.Don’t be conservative and individualitic.Biar ada system delivery at top gear.Aku gembira cuma sebagai seorang blogger yang cetek ilmu.Yang tak berharta.Yang masih bertegur sapa dengan hutan belantara,dengan pokok dan sungai,dengan bukit dan gunung.Aku gembira bersama alam yang akan aku tinggalnya bila Allah menjemput aku.Untuk bergembira bersama nikmat Allah di sana.Di sana , tempat Abadan-abada…..alhamdulillah.
Nasihatku pada yang tua2 bersama ku : Let us downsized our lifestyles

Sunday, December 6, 2009

YANG GLAMOURNYA IALAH CIKGU



Honda tua ni cukup glamour.
Ia menjadi milik blogger kickderfilla.
Masih boleh masok trek.
Masih boleh memikat si janda dan anak dara.




POLITIK KITA DAH BERCELARU.POLITIK KITA DAH LINTANG-PUKANG.



Isu politik ialah isu camca-murba.Aku hanya tulis pasal politik,aku tak bermain politik.Politik semasa cukup bercelaru . Politik tak berteraskan agama ialah palsu.Ia tak membawa kemana2.Tak bermanfaat sikit pun.Belum ada politik yang mengsejahterakan rakyat dan negara.Orang main politik pun macam kera kena belacan.Macam juga berikan bunga pada si kera.Kerana haloba,ekonomi negara jadi tenat.Masyarakat punah.Masing2 membolot tanpa segan dan silu.Tak kenal dosa dan pahala.Di baham dan di ratah macam ereng ( vaulthiers….tak pasti ejaannya betoi ke tidak) .Itulah jadinya bila tak kenai tauhid.Tak berteraskan tauhid habeh semua terbengkalai.Rosak akidahnya.Rosaklah segalanya……nauzubillah.


Aku lebih gembira berdialog dengan hutan belantara dari berceramah politik.Aku cukup gembira dengan sungai dan pokok.Gunung-ganang juga membuat aku gembira dari melihat bercelaru dan berserabutnya politik yang cukup busuk.Langsung tak berasosiasikan kepada makna kehidupan.Aku akan gagal kalau bermain dengan politik yang haprak ini .Menjadi cikgu bawa kejayaan.Main politik belum tentu.Bila pencen cikgu masih di panggil cikgu.Pencen politik orang panggil phooraahhh.Bukan semuanya,tapi majority gitulah.Bila cukup tua bekas pelajar masih gemar menyapakan cikgunya.Orang jueh mulut kat orang politik yang tua.Walaupun dah pernah jadi menteri.Pikiaqlah beribu kali bila nak berpolitik.Boleh lah jadi glamour sat.Lepas tu berserabut otak.Banyak jadi queen-control.Di suruh duduk,duduk.Di suruh bangkit,bangkit.Jadi cikgu pencen,bini cukup kasih.Dia jamu lepat pisang,bengkang ubi kayu,dia jamu cucur keria,dia masak apa saja nak makan.Tose pun sanggup buat.Aku tau Pak Lah kawan ku suka makan tose.Best la dia kerana Mak Timah pakar memasak.

Saturday, December 5, 2009

JOM KELIK SEKOLAH










JOM KELIK SEKOLAH





Tadi aku dan kekawan guru sejak dari 1960an dan bekas2 murid sejak tahun yang sama berjaya berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dalam upacara ‘Jom Kelik Sekolah’ , ( Jom Balik Ke sekolah ).Bekas staf dan pelajar Sekolah Menengah Sik yang terpisah lebih dari 40 tahun dapat bertemu muka. Hari ini kami dapat bertemu kembali dan masing2 tak kenal hang dan aku.Ada bekas pelajar yang lebih tua wajahnya dari wajah guru.Ada guru yang masih awet mudanya.Ada pelajar dah mendapat title Dato’,dan gurunya memadai dengan membawa cucu ( supaya title dato’ juga dimilikinya ).Aku juga membawa 2 orang cucuku.Banyak pelajar yang berjaya dalam karier mereka. Yang hadzir semuanya berjaya,yang dah jadi arwah pun dah ada.Begitu juga guru mereka.Kepada mereka kita hadiah Al Fatihah.

Bekas staf ada yang datang dari jauh.Dato’ Latif Mirassa dari KL,begitu juga Prof Asma.Lah A dan Kak Timah dari negeri mami Pulau Pinang.Semasa ke sini mereka tinggalkan Pulau Mutiara kat Lim Guan Eng.Ramalingam dari Perak terpaksa membatalkan hari anniversary perkahwinannya ke 35.Alias salleh juga dari Kuala Kangsar.Kepada mereka kita ucapkan syabas kerana cinta SMS membuahkan hasil.Bekas pelajar Chef Liza (anak Pak Yamin) juga dari KL,terpaksa membatalkan flightnya ke Morocca,cuma untuk bertemu dengan cikgu2nya.Pada mereka yang yang tak tercatit di sini,aku pohon maaf.


Satu saja hajat kami tak tercapai.Kami gagal membawa Bapa Pendidikan Inggeris dan Menengah Daerah Sik.Beliau ialah Tuan Syed Abu Bakar.Sedihnya dia telah meninggalkan kami semua buat selama2nya. Kami adakan satu upacara khas untuk arwahnya.Riwayat hidup Allahyarham bolehlah anda baca dalam sebuah tulisan ku di website www.kirkbyites.net...... klik tahun 53/55….cari namanya dan klik sekali lagi. It is a true life history.


Kepada semua warga SMS yang hadzir diucapkan selamat pulang ke distanasi masing2 dan bernostalgia lah setakat yang rhot / larhat.

Thursday, December 3, 2009

PROF SHAHNON 10 TAHUN MENDAHULUI DR MAHATHIR



























PROF SHAHNON 10 TAHUN MENDAHULUI DR.MAHATHIR


Kacamata seorang sasterawan mendahului segalanya dalam dunia ni.Macam gerabak memotong kepala keretapi.Macam banjir mendahului sebelum hujan.Jadi tunggang-terbalik.Dulu bila Jules Verne menulis tentang angkasa lepas,banyak mengatakan dia berangan semata.Begitu juga bila Shahnon tulis buku SHIT,banyak yang membelasah beliau.Termasok kawan baiknya yang menjadi Menteri Penerangan waktu itu.Kawan yang menjaga kepentingan diri.Termasok sasterawan2 yang dok jaga perut.Sayang sangat depa tentang ketulan taik dalam perut.Tak mau teran keluar habis2an.


Kini bila tulisan Dr.Mahathir dalam blognya mengenai UMNO baru orang tau begitu busuknya diri UMNO.Walhal Shahnon dah menceritakannya dalam tahun 1999 lagi.Mendahului pandangan Dr.Mahathir.Ketulan demi ketulan dianalisakannya dengan daya ta’wilnya.Ketulan yang begitu montel dan kerdil yang sering bermain dengan lendir membisik tentang kebusukan yang bukan kepalang lagi.Satirenya terselindong berlapis2.Bezanya chedet cuma berterus terang menulis ‘umno busuk hingga keususnya’.Kini ketulan taik dalam angkatan baru menganga mulut sambil menghidu kebusukan yang terjelma.Dulu ada juga sasterawan tua menjengok menghidu angin busuk.Pelek tapi benar.

LOVE YOUR NATION


CINTAILAH NEGARA
SAYANGILAH NEGARA
Meneliti dari blog chedet pasal UMNO aku melihat kemerdekaan tanahair tidak memberi makna kepada generasi akan datang.Kemelut melandai keseluruhan juzuz2 kerajaan sehingga chedet mengatakan busuknya dah sampai ke usus2nya ( yang memang pun kandungannya itu busuk).Dan ini menambahkan lagi busuknya.Chedet memang mengetahui semuanya.Sebagai bekas orang nombor wahid,aku cukup percaya dengan ulasan2 yang diberikan.Perkara2 sumbang yang berlaku,perkara2 aib yang berlaku,perkara2 rasuah yang meniti di atas ,diatas di bawah telah menyimpang dasar nak mendaulatkan agama.Habis seluruh badan pertubuhan berlumur dengan dosa besar tersebut.Bukan saja busuk di dalam,bahkan di luarnya.Ada busuk yang nyata.Ada busuk yang jelas.Dan ada busuk yang ghaib.


Yang aku bengang dan membuat aku semak-serabut ialah cerdik pandai agama turut menumpang di dalam,membisu seribu kata.Tak sikit pun memberi tunjuk-ajar untuk membersihkan diri.Tunggeng-langgang bersembahyang dan berhaji.Beribu hadis di kepala,mut-mit mulut bertasbih,bertahmid. Menghafal beribu ayat2 Al-quran.Tapi kaku dalam menegur dan menasihat.Setengah orang kata menjadi syaitan bisu.Aku harap depa semua mengkaji dan menelaah blog chedet yang bertajuk UMNO itu.Moga kemurkaan Allah dapat digantikan dengan kasih-sayang Allah.Moga kecintaan Allah dapat dirasai oleh kita semua.Kalau tidak doa Tok Guru akan menepati sasarannya.Pemimpin yang baik mensejahterakan Negara,pemimpin yang busuk membuat Negara menjadi bangkai.

Wednesday, December 2, 2009

FIRAUN MANIA


Kita dan kekitaan,kita dan kemuliaan.Bukan hak kekitaan,kerana kekitaan adalah untuk semua.Kita tak jadi mulia dengan apa yang kita miliki.Memiliki menjadi haloba.Memiliki menjadi individualistic.Memiliki menambah kan ego.Allah saja yang boleh ego.Allah saja yang boleh sombong.Kita tak berhak memiliki keegoan dan kesombongan.Cuma Allah saja yang boleh.Dia memiliki semuanya.Kita tidak.Jadi jangan ego dan jangan sombong. Ni tidak , dapat kuasa sikit pun dah mula kembang pungkur.Tunjuk belang sendiri.Eksyen lebih.Lupa daratan.Buat orang naik semak serabut.


Kita jadi mulia dengan apa yang kita beri.Berilah.Sedekahlah.Hadiahkan lah.Hulurkan lah.Jamukan lah.Semua itu kerja mulia.Dan mulia itu kembali kepada kita.Berilah dan mulialah kita.Ni tidak , duit royalty minyak pun tak mau bagi.Buat macam hak kita sendiri.Hilanglah mulia pada diri.Diri tanpa kemuliaan.Bila tak mulia hapraklah kita.Semacam dengan haramjadah.Semacam dengan Firaun.Semacam dengan Qorun.Tak dak sapa pun nak berikan nama anak mereka Firaun @ Qorun.Orang haramjadah pun tak mau berikan nama Firaun @ Qorun.


Tuesday, December 1, 2009

UMNO BUSUK HINGGA KE USUSNYA..........dari blog CHEDET



Bermacam2 yang busuk tapi sedap di makan.
Waima seperti belacan,seperti budu juga seperti durian.
Ini satu lagi cerita busuk yang aku petik dari blog chedet,mantan PM kita.
SILA BACAKAN DI BAWAH NIH.....
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
PS. Aku pun paste kan untuk pengetahuan umum juga.

'MY LIFE' KUNJUNGAN BERMAKNA





Hari Raya Korban tahun ni aku dan Mak Wan dapat bersama dengan semua anak ku dan semua menantu ku.Tidak ketinggalan juga semua cucu2 ku........alhamdulillah,semua itu adalah diatas restu Allah jua.Tiga hari kami raya bersama di Wakaf Zin,di rumah anak sulung ku.
Dengan pertolongan kekawan anak sulung kami,dan seluruh anggota keluarga,kami bertungkus-lumus mengadakan ibadat korban dan aqiqah sejak di hari wukuf lagi.Majlis aqiqah diadakan pada hari wukuf dengan sembilehan seekor lembu.Hari raya pertama 2 ekor untuk korban.Seterusnya 3 ekor untuk korban pada raya kedua dan seekor pada raya ketiga untuk korban juga.Di Kelantan majlis korban cukup meriah,majoritinya ada korban.Jadi ahli keluarga kena berganding bahu melaksanakannya.Daging di sedekah ke jiran2 dan ke Maahad Tahfiz dan sebahagiannya dibuat kenduri kecil2an.Alhamdulillah kerja menjadi mudah kerana tiada hujan yang turun walaupun sebelum itu hujan tak henti2 yang membawa banjir.Kasih sayang Allah ternyata jelas di mata kasar.
Anakanda Nur Azimah penulis blog hamnur.blogspot.com turut mengunjungi kami di Wakaf Zin.Kedatangan beliau cukup bermakna kerana dapat menjamah kenduri korban yang diadakan.Di samping itu dapat berkenalan dengan anak2 ku.Aku dan Mak Wan dapat hadiah istemiwa dari anaknda Nur Azimah.Terima kasih,jazakallah khairon kathiro .Gambar diatas ialah Nur Azimah ,aku dan Mak wan.Rupa Nur seiras dengan anak ku Kak Wa.
Wassalam. dari Wakaf Zin.

SWEET 17




SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KE 17 UNTUK ANN


SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH


Gambar : Ann bersama bapanya Azlie.Azlie ialah anaknda angkat ku dan sekaligus rakan seblogger.Mula bertemu di alam cyber dan akhirnya di alam nyata di Tanah Suci.Titik pertemuan ku bersama isteri dengan Azlie membawa makna yang cukup nostalgik dan mengiringi sweetness dan keceriaan diri kami bertiga.Keberkatan Makkah menusuk ke dalam sanubari....alhamdulillah.
Syukran pada Illahi kerana Azlie juga telah selesai menunaikan ibadah hajinya.....moga mendapat haji yang mabrur.

Monday, November 23, 2009

YAB Dato' Seri Nizar,MB Pilihan Rakyat



Ini gambar hiasan semata.
Hadiah hantar belanja.















TAZKIRAH 'LABAIKALAK HUM MALABAIK'

Malam selasa d Bandar Baru Bangi aku mendapat peluang bersembahyang jemaah di Masjid An-Nurr.Alhamdullillah .......juga aku mendapat peluang mendengar tazkirah dari YAB,Menteri Besar pilihan rakyat Perak.Aku dah tau kelebihan YAB , memahami banyak perkara bukan saja professionnya sebagai bekas jurutera.Agama juga sudah semestinya.Mahir pula berbahasa Cina.
Sesuai dengan musim haji dan pada detik ini berjuta jemaah sedang memulakan perjalanan mereka menuju ke Arafah , YAB memberi tazkirah yang cukup menarik mengenai tajuk haji.Huraian beliau tentang talbiah mempesonakan aku bukan saja dari segi maknanya,bahkan hakikat yang termenteri dalam ungkapan2 yang dilaungkan para jemaah.Yang termaktub dalam talbiah ialah menyerah diri kepada kerajaan Allah.Kita yakin sepenuhnya dengan kerajaan Allah.Di Makkah jemaah berlumba2 ulang-alik ke Masjidil haram saban waktu.Begitu juga semasa di Madinah.Sampai saja di Jeddah semangat dah berkobar2 .Tarikan haji cukup ketara.
Tapi sayang sekali bila pulang ke tanahair,semangat luntur,lemah longlai dan tak bermaya lagi.Jubah mungkin boleh dipakai beberapa minggu saja.Perangai juga turut merosot dalam tak lama masa.Dan bila berpolitik dah tak ingin lagi memilih yang berjuang untuk Islam.Politik lain,agama lain.........astagfirullah.Di akhirat Allah akan bertanya kita semua ' siapakah kerajaannya hari ini ?' Jadi sayogialah sangat kita menegakkan kerajaan akhirat di bumi yang sementara ini.Supaya kelangsungan hidup tidak mensyirikan Allah.....labaikallah hum malabaik,labaikallah syarikalakalabaik......................

Sunday, November 22, 2009

SELAMAT EIDIL ADHA





DI UCAPKAN SELAMAT EIDIL ADHA 1430


MAAF ZAHIR DAN BATIN


DIDOAKAN SEMUA SAUDARA MARA YANG MENUNAIKAN HAJI DI MAKKAH MENDAPAT HAJI MABRUR


Saturday, November 21, 2009

LISTEN TO THE SOUND OF FALLING RAIN




Kambing takut kat hujan.Sesapa yang beranak di tahun kambing dikatakan malas mandi.Itu semua andaian saja.Contoh aku sendiri tak takut hujan,walapun lahir di tahun kambing 'Aries'.


















LISTEN TO THE SOUND OF FALLING RAIN


Listen to the falling rain.Sebuah lagu tahun 50an.Memang hujan membawa banyak kisahnya.Setiap orang pasti ada detik2 tertentu apabila turunnya hujan.Muda-mudi tak lupa bila berpayung bersama dihari hujan.!001 kisahnya dan peristiwanya.Aku juga terkumpul banyak kisah2 di waktu hujan.Waktu susah dulu,bila hujan atap pun bocorkan airnya .Habeh kuyup basah.Ambil upeh untuk rocoh masok di celah atap yang bocor.Bila hujan rezeki aku bertambah.Ini juga cerita dulu.Dapat tangkap banyak ikan.Dapat tangkap banyak belalang.Kalau tahan ciding,pelandok pun dapat.Makan pun cukup sedap di musim hujan.Nasi panas dengan ikan kering pun dah cukup.Tak payah gulai2 lagi.Cabai pun dipatah2kan saja,tak perlu ditumbuk.Tiga pinggan boleh licin.Bila sejuk perut cukup lapar.Ubi kayu rebus dengan kopi O juga mengancam.Gitu juga buah berangan goreng,pegu dengan kopi O sekali lagi.


Hari ni hujan masih berceleret.Mak Wan jamu aku dengan pulut kukus.Aku Cuma pantang bila tak jumpa.Macam2 lauk Mak Wan buat untuk pilihan ku.Ada ikan talang kering di gorengnya.Juga digorengnya ikan pekasam.Ada gulai ikan tenggiri masak cara mamak pulau pinang.Ada sekaya belian.Yang ajaibnya ada juga isi durian.Aku jadi susah nak buat pilihan lauknya.Mau tak mau makan dulu dengan ikan pekasam.Cukup enak lebih2 lagi mendengar titik2 hujan yang terjun dari langit.Pinggan kedua di gomoi dengan gulai tenggiri.Campor sikit dengan talang kering,wah kombinasi yang cukup baik.Enak.Air hujan tetap menitik.Lepas tu curi2 sikit dengan isi durian.Peleknya isi durian juga membuat kombinasi yang menakjubkan sesama gulai tenggiri.Sesapa yang menitik ayiak lioq , mai lah bila hujan masih menitik ni.Titikan air hujan yang memberi banyak manfaat kepada sesapa saja yang boleh berpikiaq.

MINUM AYIAK NAJIS ?



Lihatlah ayiak melimpah di serata tempat.Gambaran banjir di Rantau Panjang.










MINUM AIR NAJIS ?


Dah 2 hari tak tengok matahari.Dah 2 hari hujan renyai2.Dan ada kalinya lebat.Semuanya jadi lembab.Pergerakan kita jadi lembab.Kalau boleh nak berkerekok dalam selimut.tapi berkerekot dalam selimut cukup membosankan.Pusing kiri,pusing kanan.Mata lama mana sangat boleh pejam.Kalau suasana begini cukup nyaman kalau boleh beriktikaf dalam Masjidil Haram .Hingar bingar jutaan manusia ,menambah pick-up untuk beribadat kepada Allah.Kita jarang menjadi malas .Masing2 berlumba2 membuat kebajikan dalam sebarang bentuk .Boleh mengaji,boleh berzikir,boleh sembahyang,boleh tawaf ,dan biasanya lebih seronok bertawaf di masa hujan.Kerana di sana hujan dirasa cukup bernikmat.


Aku cukup suka bermain hujan.Sejak kecil lagi aku belajar bermain hujan.Macam budak2 sekarang juga.Budak2 kampong maksud ku.Anak orang2 bandar dilarang bermain hujan.Takut selsema.Ada juga benarnya,kerana air hujan sekarang dah tercemar. Udaranya kotor.Dulu udaranya bersih.Air hujan boleh buat penawar.Dulu aku cukup suka minum air hujan.Macam mana juga aku suka minum air zamzam semasa di Makkah.Semasa di sana bergelen2 aku minum.Sekarang aku tak sanggup minum air hujan.Bila hujan ,ini cerita dulu2,aku akan keluar ke padang @ tempat lapang.Aku tadah air hujan guna daun keladi yang lebar.Bila terkumpul aku terus meminumnya.Cukap ra’un dan enak di kerongkongku.Arwah ibu bagi tau itu air dari buah2an surga.Tapi surga dunia dah tercemar,wa’inma air hujan pun tercemar juga.Wa’inma air paip yang disupply kat rumah2 pun tercemar.Di klorinkan.Di besikan.Diplastikkan.Dan berbagai jenama salurannya.Jarang boleh dapat air bersih.Banyak orang minum air najis.Arak ialah najis yang cukup ketara.

Thursday, November 19, 2009

BISMILLAH , ALLAHUAKBAR




















BISMILLAH , ALLAHUAKBAR


Cukup terpikat dengan Kaabah , lepas tengok nak tengok lagi.Tak jemu2.Tak puas mata memandang.Penuh syahdunya.Cukup terasa , mendebarkan hati , mendetik di jantung.Meniti kasih cinta di kalbu .Memercikkan gelora rasa kasih-sayang dalam setiap titik darah yang mengalir.Lambaian cukup menakjubkan,tak terasa nak hentikan gamitan.Lepas gamit nak gamitkan lagi.Terasa nak bersama2nya biar pun ketikanya panjang.Biar dalam penuh dakapan kasihcinta..Tarikan magnetnya bukan lah cinta palsu.Bukanlah cinta monyet.Begitulah sekali perasaan sesapa saja yang sudah menjejakkan kaki ke Makkah.Ya Rabbi,jemputlah kami lagi dan lagi.Kamulah Maha Pengasih dan Penyayang.


Kaabah dibasuh 2 kali setahun : pada Syaaban dan Zul-Hijjah , menggunakan Oud ointment dan air zamzam.Setahun sekali ditukarkan kelambunya @ kiswah ( ada juga memanggilnya kain ihram kaabah).Kilang membuat kelambu@kiswah dibina di Makkah 74 tahun dulu oleh Raja Abbul aziz.Ia dibuat dari 670 kg pure sutera , 150kg emas dan perak untuk penulisan ayat Al-quran.Bersaiz 658 meter persegi.Dan kos membuat kiswah ialah SR 16.8 juta.

BISMILLAH , ALLAHUAKBAR.

MENGENALI MINA


Inilah sebahagian dari Mina.
Inilah MUASSIM bahagian penempatan para haji dan hajjah.


Kami dari Arafah ke Mina.Kami atas bumbung kenderaan.Ada kawan-kawan kami berjalan kaki.Dua tahun lagi boleh naik keretapi.
Mina luasnya lebih kurang 650 hektar mempunyai tanah datar yang luas dan ada lembah selain dari gunung-ganang di bahagian utara dan selatan.Di sebelah timurnya ialah Wadi Muhasar.Landmark yang tak asing ialah ketiga2 jamrah,tempat melontar , dan Masjid Al-Khaif.
Jambatan yang dibina di Jamrah panjangnya 950 meter dan 80 meter lebarnya.Tingginya 5 tingkat,dan dibuat asas yang kukuh untuk 12 tingkat untuk keperluan masa depan.Kos binaannya SR 4.5 billion.Ada 3 terowong dan 11 pintu masok dan 12 pintu jalan keluar. Satu kawasan diatas dibina untuk helikopter mendarat.Ada satu sistem penyejokan (cooling system) di buat memercikan air yang boleh menurunkan suhu hingga 29 darjah celcius.
Terdapat 3 buah hospital berdekatan : 1.Mina Wadi Hospital 2.Mina Al-Jisr Hospital dan 3. Mina New road Hospital.
LABAIKALLAH HUMMALABAIK..............

COUNTDOWN THE DAY OF ARAFAH...........7 days to go

These are tips for hajjis and hajjah.
This is second floor for sa'ei between Saffa and Marwah.


This is Mina.Apart of it.It is also known as a 3 day city.




Here comes Arafah.It is here we do wukuf.The beginning of the pilgrimage.Without Arafah the hajj is not valid.

The Haj is a six-day event that begins on Dul Hijjah 8 and ends on Dul Hijjah 13. Once a Muslim man or woman meets the conditions for Haj, he or she should not delay performing it. An outline of the Haj is as follows:

• On Dul Hijjah 8 (Yaum-at-Tarwiya), pilgrims will make niyah (the intention of performing Haj). And, while dressed in ihram, and proceed to Mina, which is about 5 km away from Makkah. They will stay the night there and pray Dhuhr, Asr, Maghreb, Isha and Fajr. All of the four rakaas of prayer will be shortened into two but not combined.

• At sunrise on Dul Hijjah 9 (Yaum Arafat), pilgrims will go to Arafat (about 9 km away from Makkah) where they will stay until sunset. Pilgrims will pray Dhuhr and Asr together, and will spend the day reciting Qur’an and in supplication.

• At sunset, pilgrims will go to Muzdalifah where they will pray Maghreb and Isha together. They will remain there until Fajr prayer and collect small stones to throw at the Jamrat.

• After Fajr the next day on Dul Hijjah 10 (Yaum-ul-Haj-il-Akbar), pilgrims will return to Mina (where they spend the night of the eighth of Dul Hijjah).

• Once in Mina, the pilgrims will throw seven pebbles at the main Jamrat.

• On the same day those who are performing the Haj of Tamattu or Qiran will slaughter their sacrificial animals, shave off or trim their hair and change into plain clothes (those performing the Haj of Ifrad will not do so). On completing these rituals, pilgrims are allowed to do everything they were not allowed to while in ihram except marital relations.

• After that, pilgrims will go to Makkah to do Tawaf Al-Ifadha. After that all prohibitions will be lifted from them, including marital relations.

• After doing this, the pilgrims will return again to Mina to spend the nights of the 11th and 12th of Dul Hijjah, with the option of spending the night of the 13th (Ayaam-at-Tashreeq) if they are not in a hurry. If they stay the 13th night, they will have to throw stones at the Jamrat. Pilgrims have to leave Mina for Makkah before sunset on the 12th, otherwise they will have to spend the night in Mina.

• When they come back again to Makkah from Mina, after staying for two or three days there, the pilgrims will do Tawaf Al-Wadaa (farewell circumambulation) before departing. The Haj is now complete. May Allah accept it.

• Pilgrims can visit Madinah (450 km from Makkah) either before or after Haj and pay homage to Prophet Muhammad (pbuh). This is not part of the Haj, but pilgrims are keen to do this out of respect for the Prophet (pbuh). While in Madinah, pilgrims pray two rakaas of Tahiyyat Al-Masjid or perform any obligatory prayer that is due when in the Holy Mosque. They can then go to the Prophet’s grave to offer their salams to him and to his two companions, the Caliph Abu Bakr and the Caliph Omar.
May all get the hajji mabrur.

Wednesday, November 18, 2009

MIND YOUR LANGUAGE

Mr.Brown with his girlfriend









Ini Ranjit with his thousand apologies




Ini Ali Nadim : When asked," What is your name ?
His answer was : What is not my name.

MIND YOUR LANGUAGE

Ku tuleh ni nak gembirakan kawan2 yang dah tua.Depa dok baca blog ni secara senyap2.Yang ku tau depa ni dulu minat dengan Ali Nadim,Ranjit Singh,Mr.Brown dan that French girl.Pak Lah tentu gelak sampai ke telinga.Only those who knew the whole story can enjoy the joke.Ali Nadim dan Ranjit macam kapor dengan kunyit.Bila2 masa saja boleh tunjukkan penumbok mereka.Mr.Brown sekali sekala macam Cikgu Salim .Aku tak mau tuleh panjang2,nanti depa lupa yang kami ni dah tua2 belaka.Nanti kembali muda payah ceritanya.Aku cuba pamirkan 3 keping gambar untuk mereka bernostalgia.

he he he

NEGERI YANG CUKUP KOMPLEKS



Inilah asalnya kita.Janin 8 minggu.Embrio berkembang pesat dilindungi oleh uncang amnion.....subhanallah.

Bila besar dan berkuasa kita lupa diri.Di transit buat sementara.Bermegah2,bersombong2 tak mengingati hujung jatuhnya.Titi sirat dengan 7 likunya di buat checking tauhid,sembahyang,puasa,zakat,haji,dllnya.

NEGERI YANG CUKUP KOMPLEKS


Setiap hari kita menempoh berbagai kemelut dunia.Selagi jantong berdenyut , roh tetap menemani diri.Selagi itu kita hidup.Hidup mempunyai banyak kerenahnya.Banyak masalahnya.Banyak rintangan yang melintang di setiap liku2 hidup.Lepas satu, satu.Lagi lama hidup lagilah pula banyaknya pengalamannya.Banyak peritnya.Banyak suka-dukanya.Sekali pandang dunia ni sebuah negeri yang cukup kompleksnya. Manusia cepat kecewa.Manusia lupa akan ciptaannya.Manusia tak kenai dirinya.dan itulah puncanya kompleksiti dunia.Sebenarnya dunia menjadi transit yang sebentar.Yang boleh kita manfaatkan . Yang boleh memberikan kita perasaan kesinambungan proses dalam laluan travel and tours kita.


Tak lama lagi,kalaulah jadi pilihanraya,kita rakyat di Siputih , kedah akan mengundi lagi..Bertambah serabut dan menyerabutkan lagi kompleksitinya negara ini .Bukan saja di Siputuh tapi di seluruh negara.Akan rioh-rendahlah orang yang suka main politik.Siputih akan mendapat berbagai2.Gula,beras,tepong dan minyak adalah bahan2 yang biasa disogok.Jalan2 kampong akan mula diturap.Rakyat miskin pun akan ditonjolkan.Air paip pun mulalah mengalir.Leterik pun mula dipasang kepada mereka yang telah dipinggirkan 50 tahun dulu.Salahnya dituding ke kerajaan yang memerintah sekarang.Yang umurnya baru 2 tahun.Kerajaan yang memerintah 50 tahun dulu tak bersalah.Mereka cekap.Mereka beramanah.Mereka tak berasuah.Maka Siputih dicap sebagai Sihitam.Tak dak pembangunan.Kena tukar kerajaan la ni .Pilihlah yang 1Malaysia.Kerana mendahulukan rakyat.Rakyat yang bodoh bertambahlah bodohnya.Mereka kehilangan sejarah.Mereka buta sejarah.SUM MUM BUK MUM UNYUM FAHUM LA YAR JI UNN. Deaf,dumb and blind.They will not return to the path…….a-Baqarah ayat 18…….Itulah punca kompleksiti hidup ini , dulu ,kini dan selamanya.

Tuesday, November 17, 2009

ANTARA 'KERIA' & 'MEK MOLEK'




Ini gambar cucur 'cik mek molek'.Rupanya macam jantan.

( gambar ehsan dari blog zura/mamasya)









ANTARA ‘ KERIA’ & ‘MEK MOLEK’


Yang aku tau di Kedah ni cukup banyak orang kena gelaq.Macam macam ada. Jusoh berok , kerana dia bela berok.Ali laksa kerana jual laksa. Mat lembu kerana membela lembu.Mail taik,kerana berak dalam seluar masa sekolah dulu.Asang cat gila,kerana mereng2 sikit.Timah gedik………Saleh sengau…….dan beribu lagi.Kekadang gelaran tu mengaibkan.Tapi yang kena gelaq tu buat tak ape-ape saja.Dia dah redho kot.Aku tak mau tuleh gelaran yang pelik2 dan yang sikit kotoqnya.Malu kat anak cucu ku.Kerana depa pun dok baca blog aku.Yang sedihnya nama2 orang dulu diambil dari nama nabi2 dan para sahabat, diberi gelaran2 yang tak molek.Banyak tercemar.What say you ?


Aku pun ada gelaran.Masa bersekolah dulu semua panggil aku Pak Itam.Guru2 ku panggil begitu.Hingga headmaster pun panggil begitu.KK Koshy guru mathmatics ku sampai tak tau nama sebenar ku.Aku juga tak kisah.Memang sesuai dengan ku kerana aku sedikit kopi O nya.Yang peliknya anak2 hindu di sekolah yang lebih O nya dari aku,juga panggil aku pak itam. Depa pun tak sedar O (ore) depa tu lebih likat dari aku.


Cucur dan masakan melayu pula ada jantina masing2.Ada yang jantan dan ada yang betina.Lemang tu jantan.Apom tu betina.Ada cucur keria (asal dari zakaria),ini seks jantan.Ada chik mek molek , ini pula betinanya.Tapi yang anehnya cucur keria berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.Ini sesuai diberi nama betina.Begitu juga chik mek molek ,bentuknya macam jantan.Jadi sesuai diberi nama jantan.Tapi mungkin kerana gula tu dibubuh didalam badannya,dia jadi betina.Dan cucur keria pula gula tu di lumor diluar,pasai tu namanya jantan.What say you ?

Sunday, November 15, 2009

HISTORY REPEATS ITSELF





INI GAMBAR LEMBU DIKORBAN

(GAMBAR HIASAN )










Sejarah kerap menduakalikan.Guru sejarahku kerap mengingati pelajarnya supaya belajar dari peristiwa sejarah.History repeats itself.Kalau di teliti memang benar kata2 itu.Dengan sejarah Nabi saw,kita rasa cukup sayang dengan Islam.Berbagai2 kita dapat rasai dengan peristiwa2 yang Baginda saw pernah alami .


Tadi selepas membelek2 almari tua ku,aku jumpa buku pasai sejarah Negeri Pattani.Sebenarnya Pattani ialah negeri kerajaan Melayu.Bahasa Melayu juga ialah lingua-franca di timur.Kita hilang satu lepas satu.Betawi masyhur,Melaka masyhur,Langkasuka masyhur,Temasik turut masyhur.Eropah gerun dengan kerajaan Melayu. Itulah sejarah lama.Dan sejarah kini pun ikut plan dulu.History repeats itself.


Sejarah Pattani tidak pernah berada dalam keadaan aman.Kestabilannya diganggu-gugat oleh kerjaan Siam dan juga kerajaan asing.Depa masing2 mempunyai kepentingan tersendiri.Kemerdekaan Pattani tidak pernah mendapat pembelaan antarabangsa.Dari dulu hingga kini nasibnya tetap sama : bersedirian.Kalau dibiarkan , selama2nya mereka akan terpinggir.


Kita heran melihat manusia kini.Dengan tercanggihnya teknologi,manusia celik-huruf dan celik IT.Mereka pintar dalam pelbagai bidang.Beribu pakar2nya.Tapi masyaallah tiada ada kemanusiaan dalam diri.Sudah hilang tamaddun,hilang jati-insan,roh agama diabaikan.Kasih-sayang sesama insan terhakis.Masing2 mementingkan diri.


Diantara orang2 yang paling malang di dunia ialah orang Pattani.Pada realitinya mereka telah hilang negeri.Dan perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan telah tidak mendapat simpati masyarakat antarabangsa dan tidak dibela oleh undang2 antarabangsa.Dari aspek kemanusiaan di manakah keadilannya.Kejujuran sudah tidak bersayap lagi.Yang terserlah cuma kepalsuan hidup.Penipuan dan kezaliman menimpa diri anak2 cucu mereka sejak berzaman.Agaknya, SAMPAI BILA ?

UBI KAYU








UBI KAYU


Ubi kayu senang tumbuh,senang hidup,senang berisi,senang makan.Mudah memasak berbagai jenis masakan.Boleh dicampur dengan berbagai bahan masakan.Dia bukan kayu sebarang kayu.Bukan ubi sebarang ubi.Dialah ubi kayu.


Ubi kayu ni cukup sinonim dengan orang keturunan jawa.Pelbagai masakan yang depa boleh hidangkan.Daripada pucuk mudanya boleh buat gado-gado , buat teman dengan nasi.Cukup menggodakan selera bila dimakan dengan nasi panas , di waktu hujan turun.Suasana makan kena ada.Kena ada envoirenmentnya.Kawan2ku pun begitu juga.Bila depa mai ke rumah , waktu makan depa mau makan di luar rumah .Atas pelantar.Pelantar ni saja ku buat untuk sembang2 dengan kawan sekampong waktu petang.Tapi tempat ni lah depa suka nak makan.Walaupun secawan teh O.Jadi aku pun kadang2,bubuh nasi “ taroh atas “ ( ni istilah orang kedah ) pi makan di luar.Bila makan boleh buat berbagai posisi.Tupai dan burung geli hati tengok manusia dok makan di luar.Aksinya menjolok mata .Depa berbisik2 dalam bahasa masing2.Dan kekadang aku pun boleh paham.Sikit2 boleh lah paham.


Sambong balik pasai ubi kayu.Tadi sepupu ku beri 4 ketoi ubi kayu.Baru saja di cabut.Masih fresh dan tak lagi masok angin.Aku terus koyak kulitnya,basuh dan rebus sampai empok.Sekali sekala tolong bini kan bagus ! Mak Wan pula koyak nyiok.Katanya nak kukur (parut) buat mencicah ubi rebus.Bila ubi dah masak,aku syorkan supaya di makan saja dengan serunding ayam berkuah .Serunding ayam berkuah likat.Seperiok kecil diberi oleh kawanku.Belum pernah aku mencuba makan sebegini.Rupa2nya cukup mengancam.Sedapnya………eeemmmpphhh ,sehingga menjilat jari.Nyiok parut aku suruh Mak Wan simpan. Besok buat bengkang ubi kayu,kerana masih ada lagi 2 ketoi.Ataupun buat lepat ubi kayu.Tapi kelmarin baru saja makan lepat pisang.Jadi baik juga buat bengkang . Tentu sedap punya.Lepas balik dari Tanah Suci ni kira makan saja.Yang rebus tu belum lagi habis ,aku bubuhkan ragi .Aku peram untuk dijadikan tapai.Cukup 24 jam masaklah tapai tu.Sila jemputkan makan.

Saturday, November 14, 2009

NASI AYAM MANDHI.....hhheeeemph

Ni dia nasi ayam mandhi.Baunya cukup menyelerakan.2 ekor ayam utk 4 orang makan.Orang malaysia boleh makan 10 orang.Sambil bilis tu masakan anaknda Azli.Dia pedas2 sikit.Menitik ayiak lioq.







Tu dia depa dah nak makan.Yang di depan berjanggut tu Abang samad, supervisor Safwah Hotel.Gambar ehsan dari anaknda Azli,manager HK Safwah Hotel.



Aku dah bosan nak tuleh pasai politik.Depa ni tak habeh2 memporak-perandakan minda rakyat.Rasuah sana sini.Tipu sana sini.Kelentong sini dan sana.Sekali-sekala tengok macam perangai budak2.Depa semua tu orang pandai.Mengaji sampai universiti.Kalau yang tak masok universiti pun ,tuleh dalam biodata pernah menuntut di salah sebuah universiti di mana2 dalam dunia yang sempit ni.Tak pa lah tu.Tapi tak kan depa tak tau yang mana satu dosa dan yang mana satu pahalanya.Kekadang debat ala parlimen di sekolah2 menengah tu lebih hebat dan tertib lagi.Ada kualiti.rasa nak dengar juga.La ni lintas langsung pun orang juih mulut.Tak rasa nak tengok .kalau ada berita pun tak rasa nak baca.Yang dok baca tu Cuma ahli tegar mereka saja.Kalau Tanya depa pasai apa sokong ? depa jawab nak cari makan.Anjing babi pun cari makan.Tapi tak lah makan serba mak nenek.Kita ni tak pilih langsung.Ikut terlintas saja……..nauzubillah.


Post2 aku yang baru berlalu tu sedikit sebanyak meredakan perasaan meluat ku terhadap orang politik.Orang yang tak pandai berpolitik tu yang aku benci.Politik , aku tak benci.Pasai tu aku masok dapor.Perut kenyang ,hati pun rasa puas.Kenyang makan mee rebus,lepat pisang dan ubi keledek.Hari ni dok pikiaq2 nak masak apa pula.Apa kata masak nasi ayam mandhi yang Azli sokmo dok sebut2 dalam blognya.Aku dah rasa masakan di Makkah.Masakan Malaysia depa kata tak lah sehebat masakan arab.Semasa di Masjidil Haram bulan puasa dulu aku dijamu oleh anak2 muda arab.Memang best.Had chef Di hotel Safwah pun cukup hebat.Terpelahap ku dan isteri makan.Azli yang belanja.Syok sungguh berpuasa di sana.Allah hulur berbagai nikmat dan kelazatan.Pohon Allah jemput pi sana setiap tahun.

Friday, November 13, 2009

MEE REBUS.......ssssrrrruuppppp





Gambar aku ambik kat blog mamasya.Aku tak dak studio photo.Main pinjam2 kat kekawan saja.
Aku memang gemar mee rebus.Sekali hadap boleh perabeh 2 pinggan.Kalau kuahnya guna ubi keledek memang manis.Tak payah guna ajinomoto ataupun gula.Dia saja manis yang istemewa.Lebih2 lagi ada kuah tulang lembu dimasukkan ubi keledek yang dah diblender.Nak bagi sedap lagi kuah tu campor dengan udang kering dan sotong kering.Dok tuleh ni pun ayiak lioq dok menitik.Hias bagi elok dengan asam limau,daging,teloq rebus,daun2 sayur,bawang goreng,dan...dan....
Nak bagi sedap lagi jangan guna mee biasa.Banyak ayiak kapor.Aku suka guna spaghetti.Aku beli banyak kat Makkah baru ni.Aku beli cap Buitoni di supermarket Bin Dawood.Guna spaghetti dia punya standad boleh upgrade 3 kali ganda.Bestnya mee ni melawaskan perut.Mudah tunai hajat.Bubuh banyak sikit sayurnya supaya bersirat.Jangan entertain dengan munuman bila makan mee.Memada dengan kuahnya saya.Bubuh banyak kuahnya.Hirup kuahnya sssssrrrrrruppppp.Lazatnya tak terkira.Selamat menjamu selera.

LEPAT PISANG & CERITA LONG TIME AGO



Ini gambar lepat pisang aku ambik di blog anaknda Zura sekarang berada di Yanbu,Madinah.

Memang petang tadi aku makan lepat pisang.Cukup sedap.Istimewanya Mak Wan guna pisang emas.Makan panas2 kali ni dengan minuman teh O.Teh arab ku beli di Makkah.Kopi O dah kehabisan , lagi pun aku dinasihat doktor supaya tinggalkan saja kopi.Pasai kesihatan kita tak boleh bantah doktor.Bukan takut kat mati.Tapi biarlah mati tak menyusahkan anak2 dan bini.Susahnya depa nak bela kita bila sakit.Dok mintak biar mati dalam sembahyang,dalam iman.

Sambil dok makan lepat tadi aku sekaligus membaca post aku yang ditulis dalam tahun 2007 dulu.Hati berasa seronok mengingati cerita2 aku zaman dulu.dan aku harap pembaca2ku boleh share cerita lama aku dulu.Jadi aku paste semula untuk sama suka2.

A LONG TIME AGO

LONG , LONG TIME AGO
Tahun ni aku tunaikan puasa cara mudah,sesuai dengan aku sebagai orang ulu .Masakan ulu memang aku minat.Cucur dan kuih-muih tak menggamit selera ku . Makan nasi bersambal belacan ,ulam dan ikan kering lebih mengiorkan.


Mengingati sejarah hidup ku dulu ,aku tak sangka aku boleh jadi begini .Masa kecil ku dulu sebagai anak luar-bandar dari keluarga miskin ,merayau-rayau dalam 'bandaraya' hutan-belantara menjadi mainan harian . Alam hidup ku bagaikan hidup anak Afrika 'kunta-kinte' . Memerangkap burung dan pelandok aku cukup pakar. Lintah dan pacat aku tak hirau . Sekenit dan tungau hinggap di badan setiap hari , dan aku tak risau walaupun kadang-kadang dia ketik di telor dan kote ku . Bila rasa gatal aku garu dan tak pernah aku manja pada emak atau ayah ku. Masok hutan berkaki ayam , dan kalau pakai kasut pun pada musim raya , itupun sekejap saja.Bila tumit ku rasa sakit , aku galas kasut untuk kemana2 , dan aku tak berasa pelik .Orang yang tengok pula yang rasa pelik.


Masa mengaji dulu pun aku tak kisah , cuma aku pi setiap hari ke sekolah . Apa aku nak baca , buku pun tak ada .Maklumlah mengaji zaman tu cuma pakai papan batu dan kalam pun juga batu . Bila pecah beli yang baru . Harganya aku tak ingat .Kadang2 cikgu beri percuma .


Di kampong ku tidak ada kemudahan asas. Jalan pun tak ada , yang ada cuma denai . Letrik dan air paip jauh sekali dan tak pernah aku terlintas di kepala bahawa benda2 itu ada .Aku sedar benda itu ada bila aku di hantar oleh gurubesarku ke sekolah inggeris di Sungai Petani. Aku pun tak tau bagaimana aku terpilih .Aku pun tak tau adakah aku cerdik atau bodoh .Tiga orang kawan ku yang terpilih ialah 2 orang anak guru dan seorang anak pegawai daerah.Sekarang baru aku sedar bahawa aku ni cerdik. Kalau tidak masa kan aku terpilih.


Bila melangkah kaki ke sekolah inggeris, sepatah perkataan inggeris pun aku tak tau. I knew nothing .Nak berak di jamban pun aku tak tau .Ada flush-water system pula. Mula aku takut bila ditarik tali ,air akan mencurah turun. Seminggu aku tak berak.Busuknya kentut habis cerita.Tapi sapa yang tau aku yang kentut.Aku cerdik , aku pandai kawal diri. Kekawan yang lain pula yang kena ejek. Menangis budak tu . Di hostel aku kena makan guna garpu dan camca .Ini kerja yang paling lece bagi ku . Kekadang tersilap pacak camca , habis nasi terpelanting keluar . Semua kekawan ketawa , aku pun ketawa juga . Dengan sebab cerdik ku itu ,aku tak dimarah oleh prefect . Aku jadi idola mereka . Sekejap saja aku jadi terkenal . Mawi kena bertarung hampir 3 bulan baru terkenal , tapi aku belom pun sebulan di hostel dah terkenal . Semua panggil aku Pak Hitam . Cikgu pun panggil aku Pak Hitam. Sampailah aku keluar sekolah selepas mengambil peperiksaan senior cambridge , aku dikenali sebagai Pak Hitam. Hingga hari ni kekawan lama dulu memanggil ku begitu .


Akhir2 ini bila usia meningkat tua depa panggil aku Pak Cha pula . Aku tak kisah , kalau panggil Pak Hitam pun tak mengapa , sebab hitam itu manis . Macam kopi-kaw .


Dekat sekolah ku ada hutan,disitulah tempat aku bermain . Aku berkawan baik dengan Mat Tongkoi. Dia pun jenis budak 'kunta-kinte' macam aku juga . Kami tangkap burung , biawak pasir dan kami bela di belakang asrama . Macam satu zoo pula . Guru asrama pun suka datang melihat binatang2 itu . Mat Tongkoi jadi kawan ku sampai la ni . Dan dia baru meninggal dunia . Ceritanya cukup sedih . Dia jatuh pokok . Pokoknya besar 5 pemelok . Semasa dia sedang mengambil manisan lebah. Dia mati di situ juga ....Al-Fatihah.


Aku minat nak jadi askar , sebab boleh tinggal dalam hutan. Aku pohon bila aku lulus senior cambridge . Aku berjaya di panggil temuduga sebagai pegawai kadet . Aku terima waren tiket keretapi tanah melayu kelas dua. Emak aku tak restu kerana masa tu banyak komunis . Dia takut aku kena tembak komunis . Aku ikut kata ibu . Aku jumpa Syed Abu Bakar,gurubesar Sekolah Inggeris Sik untuk memohon jawatan guru sementara. Permohonan ku di terima . Dan dari sinilah aku mula berminat jadi cikgu . Lebih2 lagi Syed Bakar yang banyak mencurah ilmu perguruan pada ku . Syed Bakar juga adalah kawan cikgu2 aku semasa di Sungai Petani dulu .Depa geng guru2 dari Kirkby. Dan aku sekarang dah masuk geng depa . Kerap menulis di Kirkbyites.net. Dapat banyak kawan baru yang terdiri dari guru2 pencen.

UBI KELEDEK





UBI KELEDEK


Dalam masyarakat Melayu,inilah ubi resminya.Zaman dulu setiap keluarga ada saja di tanam di belakang rumah.Ia makanan resmi.Boleh direbus,digoreng,dimasak sayur,dimasak sebagai gulai,di buat bubur.Sekarang pun peminat2nya banyak.Cukup enak di buat resepi sebagai kuah mee.Lagi sedap di buat kuih che mek molek.Isi karipap pun kekadang dimasokkan ubi keledek.
Dari segi perubatan pula ia cukup mujarab menangkis lemak dalam badan.Ia mempunyai serat yang tinggi.Lemak sukar menyerap dan mudah terperangkap.Tapi pengguna kena pandai memakannya.Jangan kupaskan kulitnya.Rebuskan dulu ubinya,bila masak baru disiangkan kulitnya.Bahagian isi yang rapat dengan kulit mempunyai lebih 90% vitamin.Bila dikupas habislah 90% vitamin.Yang lain tu cuma hampas.
Pucuk mudanya pula boleh mengubati penyakit semelit dan berak berdarah.Rebus saja dibuat ulam.Cukup enak di makan bersama sambal.Rebus biar kehijauannya tak hilang.Lebih baik dicelor saja.
Masa pi Makkah baru ni aku dapati banyak terdapat di pasar2 dekat Misfalah.Di Bin Dawood pun aku dapati ada dijual.Direbus makan sebagai sarapan pagi,dan dicicah dengan isi nyior parut
digauli sedikit gula dan garam adalah kegemaran ku.Lepas tu hirup pula kopi O panas.Serbok kopi pula buatan orang kampong.Tak di mesin,tapi ditumbok dengan lesong kayu.Wah-wah, mai Pak Non , mai Azli ,cikgu mas dan sesapa saja yang membaca blog aku....boleh tambah secawan lagi.

Wednesday, November 11, 2009

NAK BERKUASA KENALAH BIJAK



Kuasa volkswagen ini cukup tinggi dan life-long.
Masih banyak on the road.

( GAMBAR HIASAN )



NAK BERKUASA KENALAH BIJAK


Setiap orang bercita2 nak kebesaran.Kalau cikgu nak jadi cikgu besar.Kalau kerani nak jadi kerani besar.Menteri nak jadi menteri besar.Nak jadi big boss.Orang besar ialah orang berkuasa.Ada kuasa.Nak kuasa tenteranya kena banyak.Sekeliling pinggang.Semua tu kena bela.Kalau tak bela habeh lari.Selain habuan dicurah kepada haprak2nya,yang berkuasa juga kena bijak.Bukan saja bijak pengawasannya,tapi dalam dunia moden ni,mereka juga bijak berbohong/menipu.Lebih2 lagi bila berpolitik.Yang aku cukup kenal,orang politik lah yang cekap berbohong.Nak tau bila tiba pilihanraya.Tengoklah , lepas tu tau lah awak.


Kita tak boleh bijak sendiri2.Diri sendiri tak bijak.Dia kena ada pedoman.Bukan sebarang pedoman.Pedoman dari Illahi.Al-quran.Pedoman dari Nabi saw.Al-hadiths.Al-quran dan Al-hadiths saja yang bijak.Wal-quran nil hakim.Allah sebut Al-quran itu bijak.Sapa nak pertikai lagi.Allah yang berfirman begitu.Tapi manusia yang dok berkuasa ni degil.Haprak sungguh la jadinya.Depa tak mau guna Al-quran.Setengahnya menolak terus…….nauzubillah.

Monday, November 9, 2009

BILA 'A CHILD IS BORN' SIAPAKAH RAJANYA



GAMBAR HIASAN

Pakaian Tradisi Rajastahani :
Golongan Raja


BILA ‘ A CHILD IS BORN ‘ SIAPAKAH RAJANYA


Sapa raja kita ? Di Malaysia ada banyak rajanya.Kekawan kita juga banyak yang bernama raja.Kekadang kita gelarkan seseorang sebagai raja.Raja bola.Raja penipu.Raja mengorat.Dan sebarang mak-nenek rajanya.Di koloni orang2 India juga ada banyak raja.Ada Rajagopal.Ada Rajaratnam.Ada Rajamani.Juga ada Rajaratnam.Dan 1001 rajanya.Jadi yang mana satu kita nak pilih sebagai raja.Satu raja saja.Banyak rajanya membawa padah.Masing2 nak berkuasa.


Hidup mesti beraja.Kalau tak beraja,hidup jadi songsang.Hidup tak berikan matlamat.Apa matlamat hidup ? Hidup di dunia ibarat sebagai sebiji benih. Hidup yang sebenarnya ialah hidup yang Abadan-abada.Hidup selama2nya baru dikatakan hidup. Jadi benih hidup mesti dibela.Di jagai.Supaya sempurna hidupnya buat selama2nya.Jadi kita perlukan raja menjagainya.Jangan beraja pada nafsu.Berajalah pada hati.Hatilah raja kita.Kalau baiknya hati,baiklah raja kita.Kalu tidak, hapraklah raja.Kalau rajanya haprak , hapraklah juga rakyatnya.Ia cuma seketol daging.Baiknya daging itu,baiklah rakyatnya.

Sunday, November 8, 2009

PEREKA PINTU KAABAH MENINGGAL






Kaaba gold door maker passes away...Anwar Al-Syed I ....From the Arab News

MAKKAH: Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, the chief artist who recast the golden door of the Kaaba, has died at the age of 89 in Makkah on Friday. The Grand Mosque held funeral prayers at dawn on Saturday.

Ahmad made the Kaaba’s door using 300 kg of pure gold at the orders of King Khaled in October 1979. The work was carried out at a workshop prepared exclusively for the project. He also refurbished the meezab (the spout at the top of Kaaba) and the Black Stone’s silver frame. He learned his art from his father Sheikh Ibrahim Badr who originally designed and built the door when King Abdul Aziz ordered him to in 1942.

Ibrahim and two relatives, Mahmoud and Ibrahim Badr, cast the door in pure gold, taking a full year to complete the work. The interior pillars and the meezab, made with 25 kg of 24-carat gold, were also completed during that time. The prayer “Ya Hayy Ya Qayyum” (Oh the Living Oh the Lasting), verses of the Holy Qur’an and the words “Allah” and “Muhammad” were inscribed on the door. Their work also included a silver frame for the Black Stone.

Ahmad was born at his ancestral home in the Qashashiya quarter of Makkah in 1920. After studying at the local Falah school he joined his father at his gold and silver workshop at the age of 15. Ahmad had been working at his father’s shop “Sheikh Ibrahim Badr” in the Goldsmiths’ street all his life. He belonged to a family of artists known for exquisite gold works.
DARI ALLAH DIA DATANG , KEPADA ALLAH DIA KEMBALI

WAHABI , WAHABI , WAHABI



Inilah tentera merah yang akan mengerjakan korban di musim haji ini di Mina.Bukan 4 orang ini saja,banyak lagi.

( gambar hiasan )

WAHABI,WAHABI,WAHABI


Orang Melayu ni sangat sensitif dengan perkara2 yang kecik.Orang Melayu suka juga membesar perkara2 yang kecik.Orang Melayu ni cepat melatah.Perkara2 yang remeh di besarkan.Yang besar di remehkan.Kebudayaan sebegini ialah turun temurun.Sejak aku kecil di takutkan dengan hantu.Kini dah tua merempat pun masih ada orang menakutkan anak2 dengan hantu.Padahal hantu tu ,syaitan.Kerana takut kat syaitan,semua jadi syaitan.Padahal ‘lakom aduwun mubin’.Jangan takut,kena berperang dengan syaitan.Ia musuh yang nyata.


Minggu ni setiap hari orang bercakap pasai wahabi.Tuduh menuduh ni ,macam biasalah kerja orang Melayu.Orang yang menuduh pun tah paham apa itu wahabi.Orang yang kena tuduh pun tak perasan pun yang dia tu wahabi.Macam cerita hantu tadi juga.Tak dak sapa pun yang kenai hantu.Akhirnya menjadi lah satu fitnah.Padahal Islam melarang fitnah.Fitnah lebih besar dosa dari membunuh . Begitulah selalunya ,bila habis perkakas hujjah,mereka gunakan perkakas fitnah…..nauzubillah.


Sejarah agama ni selalu membawa movement.Movement ni memantapkan kepahaman keagamaan penganut2nya.Kita tak boleh maju kalau tak bawa movement.Movement mensesuaikan masa dengan agama.Masa berubah,agama tak berubah.ABIM satu movement.Tabligh juga sama.Dulu Arqam juga membawa movement.Dah diharamkan kerana menyeleweng dalam Aurad Muhammadiahnya.Politik secular juga satu movement.Patut juga diharamkan kerana membawa banyak masalah dalam masyarakat.Islam Hadhari juga satu movement , satu movement yang mengarut.Mempolitikkan movement.Bukan meng-agamakan politik.Nasib baik dah lenyap dengan tersungkurnya Pak Lah.


Kini wahabi pula jadi hingar-bingar.Wahabi juga satu movement.Dia tak tolak pendapat imam2.Dia tak tolak mazhab2 yang 4.Dia bermazhab Hambali.Berbagai pertikaian ada terhadap mereka.Tapi tak pernah diselesaikan.Yang ada tuduhan2 dan kekadang menjadi fitnah.Dia Cuma membawa pembaharuan..Membawa movement..Yang lazimnya orang pertikai pasai qunut.Berapa banyak orang kita pi Mekah dan Madinah sembahyang subuh tak berqunut.Apakah mereka semua jadi wahabi ?Apakah qunut itu wajib ? Boleh rosakkah aqidah kalau tak baca qunut ? Berapa banyak pula yang mati di Mekah dan Madinah tak bertalqin.Apakah almarhum semua jadi wahabi ?


Hari2 mendabik dada ,.kita ahli sunnah waljamah.Kekadang satu sunnah pun tak ada pada diri.Sunnah syaitan banyak yang ikut.Apa dia ? Hisab rokok.Para2 mufti dah fatwa haram , tapi yang berserban dan berjubah masih dok syok sendiri2.Itulah orang kita yang dinamai Melayu.Layu minda,layu ilmu,sebab otak dah layu.Apa tak layunya,hari2 main api dan main asap.Isu nak berpikiaq sangat lemah…….selalu misinterprate.

Waspadalah……….Berapa jauhkah kita dengan Allah……………Berapa dekatnya kita bersama Allah……….Lihatlah dunia hari ini , bencana2 yang tak bisa langsai …… Selagi jantung berdegup dan nadi berdenyut manusia terus digoda oleh syaitan.

Supaya sama2 paham :

''''''''''''tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,
''''''''''''menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
''''''''''''membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki,
''''''''''''tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi.

Saturday, November 7, 2009

SMILE (PART 2)



MAI BUKA PUASA DI MASJID NABAWI.....bolehlah senyum,cuma buah2an termasok korma dan air zamzam.

( gambar hiasan )





SMILE ( PART TWO )


Semua kita memiliki senyum.Jadi senyum itu milik kesemua.Ia bukan hak individu.Ia bukan hak sekelompok.Bukan juga hak sebangsa,seketurunan,sekurun,seabad.Tidak sapa boleh berpunya.Tiada orang boleh monopoli berpunya.Bukan untuk khusus orang tertentu.Ia bukan keistemewaan orang berpangkat.Bukan keistemewaan untuk raja2,menteri2,wakil rakyat ,atau sapa saja.Siapa pun boleh tersenyum.Bukan senyum untuk saja2 nak senyum.Peristiwanya kena ada.Hasratnya kena ada.Kalau lucu,kelucuannya kena ada.Kalau gembira,kegembiraan kita kena ujud.Sekurang2nya senyum untuk mentertawakan diri sendiri . Susah nak senyum di atas kebodohan diri sendiri.Kerana orang bodoh tak tau menilai kesenyuman.Orang bodoh hanya memiliki kebodohannya sendiri.Dia sendiri pun tak tau dia tu bodoh.Jadi kalau kita cerdik janganlah senyum sendirian , kerana senyum sendirian dikira kurang waras.Kerana ketika tersenyum sendiri ,anda mungkin disangka bahlul.


Senyum juga tanda sihat.Senyum boleh menolong menurunkan ketegangan sarang otak.Senyum sekaligus memperlihatkan wajah ramah mesra.Ia merupakan respons dari sesuatu kejadian.Ia memberikan jawapan yang konkrit.Orang atasan berlagak dan jarang senyum kepada orang bawahannya.Ia sombong dan angkoh.Sekaligus ada kebodohan dalam dirinya.Sebab itu dia akan senyum sendirian di dalam kantornya.Bila mabok dengan kuasa dan pangkat,begitulah jadinya.

So why not give a smile to anybody,especially those who knows you.Senyum itu satu sedekah.Itu pesanan Nabi saw.Bila berpikiran lemah,senyum tak menjadi.Jadi anyamkan minda dengan kelarai2 ketauhidan.Minda mesti mantap.Lakarkan berbagai hidup positif.Jauhi fenomena2 negatif.Bisa saja bibir menarik nafas lega untuk mengukirkan senyuman.Biar senyum menghiasi muka dan di hari mati senyum tetap menetap di wajah muka.

Friday, November 6, 2009

SMILE ( PART ONE )

SMILE (PART ONE)

Tahun 50an dulu.Ini cerita lama.The Platters satu grup penyanyi kulit hitam pernah mendendangkan lagu SMILE.Liriknya juga aku dah lupa.Tapi membawa makna yang seingat2 ku cukup indah.Tapi apakan daya aku dah lupa.Kalau tidak bolehlah aku tafsirkan untuk tatapan semua.Sebenarnya kita boleh menafaatkan apa2 saja.Justeru manusia ni suka membuat benda2 yang tak bermanfaat.Motor di rempit.Aurat dibuka.Cinta digoda.Cakap dinista.Seks di niaga.Sebutlah apa saja.Habeh diporak-peranda.


TS Nayar guru bahasa inggerisku di tahun awal 50an .Ini pun cerita lama.Di kala itu aku di Primary 6.Guru ku ini symbol heroin Hindustan.Orang nya manis dan mempunyai sifat2 keibuan.We loved her .Much more she loved us too.Through the school alumni her son now staying in US,contacted me.I was his mothers pet.Teachers’ pet.TS Nayar memulakan setiap lessonnya dengan senyuman (SMILE).Semua muridnya mesti senyum dulu sebelum belajar.Itulah keistemewaannya.Tidak sesapa boleh menerima pelajaran dalam keadaan gundah-gulana.Etika ini tak hidup di sekolah2 kita.Sebab tu banyak sangat masaalah di sekolah.Dari murid hingga guru2nya.Dari guru hingga ke pihak yang mentadbir.Dari pentadbir hingga ke menterinya.Dari menteri hingga ke warisnya.Dari waris ke masyarakatnya.Bila bermasaalah kita tak boleh selesaikan masaalah.Hanya senyuman saja boleh menyelesaikan masaalah.Orang terima @ tidak aku tak kisah.Orang tak terima tu mesti ada kisahnya tersendiri.


Banyak yang aku nak tuleh pasai senyuman ni.Tapi biarlah aku sambung di Part Two,insyaalah.

DOWN MEMORY LANE





DOWN MEMORY LANE

Kelmarim,semalam hingga ke pagi ini hujan mencurah2 tanpa hentinya.Merupakan satu medley ala marathon.Aku bangun awal untuk solat subuh.Sejuknya menggetarkan dagu.Bayu pagi yang menghembus nipis menikam hingga ke tulang som-som.Beburung tidak bersiul pagi ini.Ayam jantan sekali sekala berderai2 kokoknya walaupun ekornya bergelumang taik.Kucing jantan menggalak memanggil betina.Musim menambah zuriatnya,musim sejok.Beberapa pelepah nyiok kering gugur ke bumi.Sebelumnya singgah di bumbung rumah.Berdentum bunyi macam gugurnya bom atom di Hiroshima.


Biji2 manik hujan menitis entah berapa billion trillion jumlahnya.Segala lopak dipenuhi air.Di sungai dan lain2 laluan , air melimpahi tebing.Haruan dan keli mudik mencari perlindongan.Dulu aku lah hero menangkap ikan2 ini.Emak dan ayahku cukup gembira,aku pandai menjinakkan alam.Bukan saja aku pandai di air , aku juga pintar di hutan.Binatang liar dapat aku jinakkan.Binatang pelandok sepintar2 nya dapat aku eksploit.Aku tangkap guna ‘ciding’.Orang sekarang dah tak kenal ‘ciding’.Ia satu cara menjerat binating liar.Menangkap burung di udara aku boleh lakukan saja dengan mudah.Lastik ku cukup mengena.Sebutir peluru , seekor mangsanya.Pelurunya mahal.Diproses dari tanah liat.Digelintir dengan dua tapak tangan menjadi bulat .kemudian dijemor hingga kering.Kerasnya boleh tahan.Macam juga dengan kayu ‘taklamu di bukit’.


Hujan masih menitis terjun ke bumi.Gara nak rentinya belum pasti.Dia akan turun lagi dan lagi.Hingga Kelantan dan Terangganu digenangi air.Hingga rumah di masuki air.Hingga mangsanya dikumpulkan di dewan sekolah.Mereka semua dijamu nasi kawah.Nasi dan gulai ikan kering di campor terong.Sedapnya menjilat jejari.Moga tahun depan hujan datang lagi.Boleh makan nasi free.Di masa lain janganlah harap.Duit royalty minyak dua negeri ini pun depa bawa lari.

Thursday, November 5, 2009

KITA PELAKON DAN KITA BERSANDIWARA





KITA PELAKON DAN KITA BERSANDIWARA


Sekaligus kita juga seorang sutradara.Kita juga pengarahnya.Hero atau heroin,kita juga pilih.Kita hiaskan pentas,kita lakarkan envoirenmentnya.Aksi dan dialog justera kita jugalah ator tatacaranya.Karya kita menjadi begitu banyak.Sebab kita terlalu gigih menulis skripnya.Saban hari di saban waktu kita tak leka.Kita manfaatkan sepenuhnya berkarya.Koleksi karya drama2 kita dibukukan dan akan dipertotonkan di pentas akhirat nanti.

Apakah buku cerita kita itu bagus untuk insparasi indah bagi para waris kita dan pembaca2 lainnya ? Segala bebanan yang dihiasi rupa2nya ialah topeng2 dunia yang ditinggalkan.Satu bagasi yang besar dan berat.Ia mesti dipikul di akhirat.Bagasi dunia yang lakonkan dulu.Ia dinilai.Dan anugerahnya tetap ada.Mesti terima anugerahnya : Yang baik atau yang buruk

Kena yakinkan diri berkarya yang memberi nilai positif.Pikiran kita mengundang segala yang ujud dalam karya.Kalau pikir sihat,sihatlah karya kita. Pikir sakit,sakitlah karya kita.Pikir gagal,gagallah karya kita.Jadilah diri kita diri sendiri.Setiap kita ada keistemewaan sendiri.Canailah keistemewaan itu.Lakonkannya .Dah tentu sekali memberi satu output yang cukup hebat dan mengkagumkan.Kitalah penulis ceritanya,kitalah pelakonnya.Kitalah seorang sutradara yang berjaya.

So goes the saying THE WORLD IS JUST A STAGE.

Tuesday, November 3, 2009

THE GALACTIC SUITE SPACE RESORT



Nanti bukan lagi satu impian.Anything can happen.Orang miskin macam kita tok sah dok mimpi.Masih banyak lagi kerja2 yang bermanfaat untuk manusia dan makhlok2 lainnya.
Pada 2012 dijangkakan sebuah hotel di angkasa akan terbina.Hotel ini akan mengelilingi dunia dalam masa 80 minutes.No more round the world in 80 days.Jadi dalam sehari dapat melihat matahari naik 15 kali.
Ia terletak 280 batu dari bumi.dan boleh bergerak 30,000 km sejam.43 orang dah pun membuat reseveation.Dan 200 orang dah pun berminat.Bukan sikit2 belanjanya.Untuk 3 hari/malam sewanya $ 4.4 million dollar.Inilah gara2 hidup of the rich.

PERSEPSI DAN NILAI BERUBAH

PERSEPSI DAN NILAI BERUBAH


Cepatnya masa berlalu.Dalam pengajian agama , kita telah pun dimaklum bahawa sampai satu ketika masa bergerak rasa2nya terlalu pantas.Walaupun sehari tetap 24 jam.Sebulan di rasa seminggu.Seminggu rasanya sehari.Dan sebulan rasanya , walaupun setahun telah berlalu.Dan inilah yang kita rasai.Dan inilah yang kita alami.Sehingga tiada masa yang terluang.Untuk membereskan kerja look impossible.

Yang dibangun,tetap membangun.Yang diruntuh tetap ranap tersungkur ke bumi.Ilmu bertambah ke pelbagaiannya.Yang dulu tak ada,sekarang menjadi ada.Yang lambat menjadi cepat.Yang laju menjadi deras.Yang jauh menjadi dekat.Yang dulu impossible sekarang jadi possible.

Dari itu semua membawa dunia turut dengan kelambabutnya.Di bandar2 besar it’s a rat race.Sibok kiri kanan depan belakang.Berlari kekanan ,tercicir di kiri.Terdongak ke belakang,tersepak di depan.Tergelincir di kiri , tersungkur di kanan.Manusia kekadangnya dilihat sebagai robot.Manusia kekadangnya ternampak sebagai tiada naluri lagi.Buat apa yang suka,ikut apa nak jadi.Tidak ada nilainya lagi.Tiada ada persepsi yang jati.Semua berubah dan berubah entah kemana yang ditujui.Melalui semak-samun yang berduri ,melalui cerok-denai yang tidak diketahui.Tanpa pedoman,tanpa petunjuk dan tanpa juru kemudi.

Seperti pernah saya ibaratkan.Penjelajahan kita cukup absurd.Dan dah tak stabil; menjunam,mendatar,menyanggah ke atas.Impiannya banyak dalam igauan.Hendak everything.Kemarok terbenam di sanubari.

Monday, November 2, 2009

KENAPA BIARKAN PERUT MEMBUNCIT

KENAPA BIARKAN PERUT MEMBUNCIT


Majoritinya membelakangkan akhirat.Kejar dunia lintang-pukang.Siang dan malam.Dalam dairi dan dictionary tak dak haram dan halal.Habis semuanya dikebas.Sehabok taik kuku pun tak rasa takut.Tak rasa gerun . Dunia dibolot dan digomoi tanpa ragu2.Kiri-kanan,depan-belakang ,ke lapan penjuru mataangin semuanya selesa selalu.

Dunia jadi tak selamat.Manusia tak selamat.Air tak selamat.Udara tak selamat.Gunung-ganang tak selamat.Tak selamatlah juga bukit-bukau.Tak selamatlah juga lembu-kerbau.Yang dok gomoi membabi-buta,dalam cerah dan dalam gelap,membikin perut tu boroi macam tong drum.Yang merana dan melarat ,dibiar begitu saja,tanpa di jaga.Rakyat miskin hidup melarat

Yang buncit simpan duit juta2 dalam bank untuk dilihat.Biarkan kosong kazanah diri di akhirat.Bagaikan nak buahnya saja.Perdunya ditebang.Bunganya dicium mesra,pokoknya dipijak derhaka.Air dihirup selazat rasa,sungai di cemar rosaklah segala.Tak usahlah berslogan,kerana slogan tak membudayakan fitrah.Slogan tak mengheningkan udara,menjernihkan air.Slogan Cuma untuk propaganda..Slogan ialah tipu-daya yang nyata.Sia-sia belaka.

Sunday, November 1, 2009

THE NEW GOD OF POLITICAL PARTIES



Pekerja2 Bin Ladin di Masjidil Haram sedang berehat.

THE NEW GOD OF POLITICAL PARTIES


Nak kata aku ni panas baran,tentunya tidak sekali.Payah juga aku nak jadi bengis tak tentu pasal.Masa muda dulu adalah sikit2,tapi kini dah tua kesabaran tu lebih banyak mengkontrol perasaan.Kalau yakin dengan tauhid,tak ada apa benda pun yang boleh menaikkan darah dan pongoih tak menentu.Pongoih ni semata2 ikut perasaan.Tak guna kepala hotak.Senang cakapnya ialah tak kenal Allah.Tak kenai Allah,binasalah orang itu.Binasalah apa saja kerja buatnya.Binasalah saf pimpinannya.Dan binasa diri sendiri………nauzubillah.

Pagi ni aku baca blog Pak Kadir lagi.Memang blognya ada dalam blog list aku.Bukan aku terima pendapat2nya.Ada yang aku tak terima.Payah aku nak turut orang.Orang lain pun payah nak turut aku.Itu tak kisah,kerana memang Allah pendorong kita.Allah selalu membolak-balikkan hati kita.Dalam blognya Pak Kadir menulis tentang pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat.Dalam semua parti2 politik Malaysia la ni ada pergeseran.UMNO ada.MCA ada.MIC ada.PAS pun ada.Bahkan Berahim Ali yang bebas pun bergeser bersama dalaman dirinya.Dok tukcah2 nak lompat lagi ke tidak.Orang politik jiwa mereka tak tenang.Jiwa penulis blog lebih tenangnya….itu kata aku.Orang lain biaq pi kat depa la.Setiap ketika aku nak dampingkan diriku dengan Allah.

Dalam komen aku di blog Pak Kadir , aku kata selagi pemimpin2 tak kenal ilmu tauhid,sampai bila pun tak akan berjaya.Buatlah apa saja,lingkop semuanya.Tok Guru aku yang pakar ilmu tauhid , tepat membuat penilaian dalam kuliah jumaat lepas.Dia kata dimanakah Bersih Cekap dan Amanah ?Dimanakah penerapan nilai2 Islam ? Dimanakah Islam Hadari ? Di manakah….? Dimanakah..? La ni tengok pula SatuMalaysia.Kemana dia nak terhandas ? Selagi bertuhankan selain Allah,tunggulah kebinasaannya……..nauzubillah. Kalau tak bertauhid habeh mampuih tumpas lampus.Berkecai-berai,bersepah-sepah macam sampah.Bila sampah bersepah,busuklah kesudahannya.Benar kata Nabi saw : Dunia ini seperti bangkai.

Di bawah ni komen aku dalam blog Pak kadir :

NGINAP SRENGENGE said...
Dato',

Pemimpin kalau tak dak pengetahuan tauhid akan mampuih terbenam.Parti apa pun sama.Kalau buat bumi ni depa punya,habeh lingkoplah semuanya.Allah tak akan redho mereka.Semua akan di hisab.Celakalah mereka2 yang haprak....nauzubillah.

Pengikut2 pun sama akan terjun dengan labu2nya.Ikut buta-tuli.Mana perginya Bersih Cekap dan Amanah,Penerapan Nilai2 islam,Islam Hadhari,dllnya.Habeh mampuih.Dan 1 Malaysia pun akan turut mampuih bila Najib tersungkur nanti.Itulah pentingnya kepahaman tauhid.Tok sah buat apa,semua akan lingkop kalau berteraskan kepala hotak yang tak berotak.

Maaf cakap,kasar sikit.Tapi itulah hakikatnya.Wassalam.
8:38 AM