Thursday, June 30, 2011

OK ! TAK APA


TIMBALAN SPEAKER : TIDAK SALAH MP PAKAI KUNING





AMALKAN DEMOKRASI


1.AHLI PARLIMEN PAKAI BAJU BERSIH 2.O DI DEWAN RAKYAT ..2.BERSIH MINTA TUKAR MENTERI DALAM NEGERI,LANTIK YANG LEBIH MATANG KATA YB HUSAM,,3.BERSIH : TENTUKAN LALUAN KE ISTANA ,KAMI AKAN PATUHI







<!-- nuffnang--

SAKMOMGKOL BERCERITA




KUALITI KEPIMPINAN UMNO......DARI TINTA SAKMONGKOL AK47




Bila saya cakap, orang UMNO marah. Penyokong mereka dalam internet pun marah. Tapi tidak apa, semua perbalahan ini akan selesai dalam pilihanraya. Pilihanraya ke 13 ini mungkin akan lebih teruk daripada yang sudah untuk UMNO. Jika saya salah, bagus. Tapi jika pengamatan saya betul, kali ini ramai yang akan kecundang. Bila DS Najib kata kali ini dia akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda, itu adalah kenyataan yang baik. Sebab, rata rata rakyat melihat pemimpin lama yang berkuasa, sedang berlumba lumbaan membuat hay while the sun shines. Dan oleh kerana mereka pun tahu the sun is setting extraordinarily fast, perlumbaan makin sengit.
Ramai mat laon ini lupa pula bahawa rakyat sebenarnya yang menentukan turun dan naik UMNO. Dan rakyat akan menentukan bersandarkan kesedaran yang makin meningkat. Jangan pimpinan UMNO ingat rakyat tidak tahu. Mungkin ini kelemahan UMNO yang terbesar- yakni gagal menyedari bahawa persekitaran politik di luar sudah banyak berubah.
Keangkuhan orang UMNO menjadi factor utama yang menyebabkan ia banyak kecundang. orang dan pimpinan UMNO pekak agak nya. Rakyat bercakap mengenai harga hand bag yang berharga USD 120,000 satu. Rakyat juga bercakap apabila anak bekas seorang PM beli handbag berharga RM 750 ribu untuk isteri yang tersayang. Sana sini orang bercakap mengenai aliran air mata berlawanan dengan kilauan permata untuk sebahagian Melayu yang bertuah.
Kalau mereka pergi turba( turun bawah) yang lebih kerap terdengar ialah rungutan terhadap kerajaan dan pemimpin. Tapi media audio visual dan percitakan menutupi rungutan dengan buat cerita yang menyeronokkan.
Sebab kita asyik di dengarkan dengan cerita yang seronok seronok. Tanah kerajaan sungai besi di pindahkan ke syarikat X dan kos kosong. Jika kos nya kosong, sepatutnya kos ini boleh di pindahkan kepada rakyat dalam bentuk rumah yang murah. Tapi rumah yang akan 'mampu' di beli oleh bakal pembeli berharga RM 220,000. Ini bukan harga rumah kos rendah atau sederhana rendah. Jauh lah pula jika mahu disebut rumah PPRT.
Pada harga RM 220k, berapa ramai budak Melayu yang boleh dapat loan beli rumah tersebut? Sebab mereka nanti duduk di rumah diatas tanah Sungai Besi yang masyur yang di bangunkan oleh IMDB itu, mereka terpaksa pula beli kenderaan. Kena bayar loan rumah dan loan kereta.
Berita sensasi seperti ini di ragui oleh rakyat. Tapi pemimpin kita tidak sedar disebabkan desingan retorik sendiri. Tambahan pula akhbar utama dan TV utama mendendangkan lagu yang syok di dengar. Semua OK boss. Akhirnya Boss akan KO.
Pemaju yang membina rumah RM 220k ini bukanlah melakukan suatu yang luar biasa dan membawa rahmat sangat kepada rakyat. Pembinaan rumah rumah ini sebetulnya ada pemulangan kepada pihak kerajaan dalam urusniaga cross-subsidy. Pembinaan rumah 220k itu akan mudah di bayar semula apabila 1MDB membina property lain yang berharga jutaan Ringgit. Ertinya, pembinaan rumah2 RM 220k bukanlah suatu yang boleh kita laungkan dan canang sana sini.
Orang UMNO sudah tidak mahu kerja keras. Buat apa kerja keras, bertandng pun belum confirm. Boleh jadi pimpinan UMNO lupa tabiat buruk orang UMNO. Mereka akan berkerja keras kalau ada chance jadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Hello- orang Melayu tidak berkehendakkan wakil rakyat yang tidak berpelajaran dan malas berkerja. Orang UMNO hanya mahu kerja keras kalau di pilih calun.
Di dalam UMNO bahagian Pekan sendiri pun, keadaan nya tidak lah elok sangat pun. Keadaan nya serupa seperti tahun 1990an. Orang ramai khususnya UMNO operatives bersusun susun sambut PM balik Pekan. mereka berhimpun beramai ramai berpesta di kediaman PM di Pekan. berombongan menyambut dan menghantar PM balik dan pulang. Selebih dari itu, UMNO Pekan akan sunyi. Tidak ada orang mahu tunjuka lebih sebab kerana kalau tunjuk lebih pun, boss tak Nampak. Adalah lebih penting menunjukkan kita kerja keras kalau bos tahu.
Kalau PM menang di Pekan, ianya semata disebabkan oleh factor peribadi nya. Body nya sahaja sudah bernilai separuh dari undi yang akan di perolehi nya. Selebihnya datang dari hasil hulur sana sini.
Mungkin kerana inilah sebab nya, penerangan UMNO Pekan tidak perlu aktif. Ketua nya nak jadi calun dan kalau ada isyarat jadi calun baru nak kerje 26 jam sehari. Sampai ke Kuala Lumpur , orang bercerita mengenai kehampaan mereka terhadap prestasi ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan.
Saya boleh bercakap sedikit mengenai UMNO bahagian Pekan, sebab saya datang dari sana. Dan saya mengikuti perkembangan UMNO bahagian tersebut. Bendahari dok sibuk sana sini cari upti konon untuk menambah sumber tabung. Supaya UMNO bahagian banyak duit untuk bayar perkerja dan soldadu pilihanraya.
Jika ini berlaku dalam UMNO bahagian PM, ianya berlaku di tempat lain. Saya gerenti inilah yang di amalkan.
Apa yang jadi pada UMNO kita?
Berapa kali saya mahu bilang, yang UMNO nak sokong sangat Ibrahim Ali dan Perkasa ini apa hal? Orang UMNO sendiri sudah tidak boleh bercakap bagi pihak orang Melayu? Ibrahim Ali bukan ahli UMNO dan tidak mewakili orang Melayu. Jika Ibrahim Ali di anggap sebagai bercakap bagi pihak orang Melayu, ini lah hari yang paling malang. Jika Raja Ali Haji atau pendita Melayu yang lain cakap bagi pihak Melayu, itu ada standard. Tapi jika Ibrahim Ali- mana standard Melayu?
Ini tidak bermakna, kita memperkecilkan kemahiran Ibrahim Ali. Dia pakar mengembeling ramai orang turun padang. Tapi setakat itu sahajalah apresiasi saya kepada Ibrahim Ali.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa apa yang di lakukan oleh Ibrahim Ali tidak lah unik dan suatu yang luar biasa. Bung Mokhtar, Mohd Abdul Aziz, Tajudin Rahman, Nazri Aziz boleh melakukan perkara yang serupa. Anyone from PEMUDA UMNO pun boleh melakukan apa yang Brahim Ali lakukan. Kerana ia tidak memerlukan kapasiti minda yang luar biasa. Tapi berapa ramai yang boleh melakukan seperti Raja Ali Haji atau Tun Sri Lanang? Itulah maksud saya.
Adakah UMNO sudah tidak percaya kepada kemampuan nya untuk menjadi jurubicara orang Melayu? Mana jatidiri UMNO dan pimpinan UMNO?
Saya mahukan orang UMNO melihat sendiri betapa sedihnya keadaan UMNO hari ini. Apa sudah jadi kepada kualiti UMNO apabila UMNO memerlukan orang seperti Ibrahim Ali bercakap bagi pihak orang Melayu? Bercakap dalam nada bagaimana pula?
Mengajak orang berkelahi, bertumbuk dan tikam menikam. Orang Melayu hendak berkelahi sesama Melayu kah? Mereka masih tidak tahu hidup sesama sendiri walaupun mempunyai pandangan berbeza?
Bagi pihak Melayu macam UMNO yang Ibrahim Ali bercakap? Dan mengapa UMNO sangat takut kepada perarakan Bersih? Adakah mereka tidak percaya bahawa segala budi yang di tanam selama ini tidak di hargai oleh rakyat? Kecuali lah selama ini yang rakyat dapat adalah kulit2 roti manakala roti di baham oleh elit dan bangsawan Melayu. Nampaknya, Ibrahim Ali jadi jurucakap kepada kumpulan seperti ini.
kualiti UMNO berada dalam tahap yang menyedihkan apabila ia hanya mampu mengekali relevance nya pada suatu kelompok orang Melayu dengan bertunjang kepada skendel seks. UMNO melakukan kesilapan yang amat besar jika menyangkakan masaalah nya selesai semua bila molakapkan Anwar Ibrahim. Cara UMNO menangani dan mengendali kes Anwar Ibrahim menunjukkan betapa rendah nya mutu pemikiran UMNO.
Anwar Ibrahim is already doomed. Peluang untuk jadi PM besar kemungkinan sudah tidak ada. Adakah rakyat negara ini boleh bernaung di bawah seorang PM yang menghabiskan 90% masa nya menangkis tuduhan salahlaku seks oleh nya? Tidak ada kerja yang akan dapat diselesaikan jika demikian. Anwar Ibrahim is already a damaged good untuk di jadikan model pimpinan.
Apa yang di lalui oleh Anwar Ibrahim sekarang sudah cukup mengurangkan kredibiliti nya sebagai pemimpin. Namun begitu, tuah Anwar sebenarnya, seperti yang di nyatakan oleh Zaid Ibrahim terletak kepada tongong nya UMNO dalam mengendali kes nya.
Bayangkan ini. Bila Anwar Ibrahim di lokapkan, bagaimana UMNO menjustifikasikan kehadiran nya dalam ingatan orang ramai? Apa jembalang yang hendak di lawani oleh UMNO? UMNO lebih baik basuh tangan daripada melibatkan diri dalam masaalah Anwar dan biarkan Anwar lemas sendiri.
UMNO jangan berfikiran bahawa ia hanya boleh membangun dengan menjatuhkan orang lain. Jika ia berpegang kepada cara ini, maka ia terpaksa mencari dan menyungkil masaalah.
Kenalah UMNO berkerja keras untuk mencungkil skendel seks orang lain pula. Ertinya, UMNO ini menyambung hayat dan kehidupan dengan mencari dan memakan daging saudara nya sendiri . ia bergerak kehadapan bukan dengan mengangkat dan membangkitkan bangsa tapi menyibukkan diri dan tenaga kepada memperjuangkan isiu isiu picisan.
Apa sudah jadi kepada prinsip dan landasan perjuangan UMNO? UMNO ujud pada tahun 1946, membangkitkan orang Melayu menentang suatu bentuk kemungkaran. Kemungakaran tersebut muncul dalam bentuk idea suatu Malayan Union.
Ertinya, sebermula UMNO itu ujud untuk menentang segala kemungkaran. Bagaimanakah perarakan Bersih yang disertai bersama oleh majority orang Melayu boleh di samakan dengan idea Malayan Union? Malayan Union memang betul boleh mengakibatkan peminggiran bangsa Melayu, tapi bolehkah Bersih mendatangkan kesan yang serupa?
Tapi hari ini orang melayu adalah penduduk majority. Jentera kerajaan di kuasai oleh orang Melayu. Kedudukan politik orang Melayu tetap kuat. Sebab jika kita bilang, jumlah MP Melayu tetap ramai. Orang UMNO kena terima bahawa orang Melayu yang tidak berada dalam UMNO, tetap Melayu setulen yang berada dalam UMNO.
Jadi mengapa perarakan Bersih membuat UMNO gusar dan Perkasa melenting? Kepentingan siapa yang jadi terancam?
UMNO and the government are handling the Anwar Ibrahim case foolishly. Semalam kita dengar bahawa mahkamah menyatakan bahawa ia mempunyai hak untuk menayangkan video lucah yang di katakan melibatkan Anwar Ibrahim. Pihak mahkamah membela diri dan menyatakan ia memiliki hak. Dan ia telah menunjukkan akan hak tersebut dengan membenarkan pihak peguambela 3 orang tertuduh, mengistiharkan bahawa mengikut perakuan pakar, video tersebut sahih dan 99.99% actor tersebut ialah Anwar Ibrahim.
Saya tidak tahu, adakah ujudnya kaedah menunjukkan bahan bukti yang baru. Kepada saya, pihak majistret sepatutnya memberhentikan pengistiharan tersebut. Pertama ianya adalah bukti hearsay. Kita dengar nya melalui pihak ketiga dan tidak ada pihak pembela yang di benarkan untuk menghujjahi pembentangan deklarasi tersebut.
Kedua, ianya tidak releven dalam kes ini kerana, terma rujukan mahkamah ialah menghukumi kesalahan menayangkan video lucah dan memiliki video lucah. Terma rujukan mahkamah bukanlah mencari kesahihan video tersebut. You cant justify doing something that is against the law. Jika ianya bertujuan mencari kesahihan video tersebut, pihak mahkamah mesti mengadakan panel pakar untuk mendengarkan kes kesahihan video tersebut. Dan orang yang di tuduh, walau bagaimana kita benci pun, mesti di beri keadilan membela diri.
Jika ini matlamat kes tersebut, mengapa tidak di panggil pakar yang di sebut oleh peguam bela 3 serangkai tesrebut, untuk di cross examine oleh peguam si anwar Ibrahim? Pihak mahkamah sepatutnya memberhentikan cerita pelipur lara hati pimpinan UMNO yang berduka melihat kualiti parti kian menurun.
Dengan melakukan apa yang ia lakukan, apakah sebenarnya mesej yang di hantar oleh sistem keadilan negara kita? Ianya menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia sebetulnya berada at the mercy system keadilan negara ini dan pengamal sistem tersebut dan kita tidak ada peluang langsung untuk mendapat keadilan dan mendapat layanan merciful dari system keadilan kita. Si majistret telah mencemarkan system keadilan negara ini dengan membenarkan penceritaan perlipur lara dalam mahkamah terbuka.
Ini yang menyebabkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sangsi dan takut kepada system keadilan di Malaysia. Mahkamah kita, dengan membenarkan penayangan video lucah tersebut dan membenarkan penghuraian yang mengikuti nya untuk mamfaat 3 serangkai telah compromise dignity dan integrity dirinya menjadi platform untuk suatu pihak yang berkepentingan berkhutbah mengenai agenda politik. Maka itulah sebab nya, ketua 3 serangkai tersebut, seorang manusia yang bernama Rahim Tamby Chik telah dengan bangga nya mengistiharkan bahawa misi mereka, tercapai?















Print

LAWAN SEBAGAI ANAK JANTAN


MAT SABU : KAMI KOMITED TEWAS BN GUNA DEMOKRASI


June 30, 2011
Mat Sabu menegas bahawa PAS ingin menewaskan BN menerusi pilihan raya. — Foto fail
SHAH ALAM, 30 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi komitmen parti Islam untuk menggunakan pendekatan demokratik sambil menegaskan, ada keperluan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, yang antara lain menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

“Kami mahu menewaskan kerajaan (Barisan Nasional) menerusi pilihan raya, bukan cara lain. Ini komitmen kami,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata parti Islam yang mencintai keamanan memenuhi janji itu meskipun terus berhadapan dengan retorik daripada kerajaan pusat pimpinan Umno-BN.

PAS merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat. Dua yang lain ialah PKR dan DAP.

Mohamad juga berkata Umno sudah mengabaikan pendekatan kesederhanaannya, sebaliknya menggunakan cara yang berlawanan kerana pemimpin-pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah hilang “ketenangan” ekoran kebimbangan boleh hilang kuasa kelak.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib pada perhimpunan agung Umno tahun lalu, meminta ahli-ahlinya mempertahankan Putrajaya dalam apa cara sekalipun.

Ketika berucap pada ceramah dan solat hajat anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di sini malam tadi, Mohamad berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya telah memerintah negara ini jika pilihan raya umum dijalankan dengan seadil yang mungkin.

“Ramai yang bertanya bagaimana kami mampu boleh menang lima negeri jika pilihan raya tidak adil... sebenarnya, jika pilihan adalah adil dan saksama, kami sepatutnya sudah memerintah Malaysia,” katanya di Stadium Malawati.

“BN menyelamatkan 25 kerusi Parlimen kerana undi pos dan 40 kerusi Parlimen di kawasan Felda. (Jika) tanpa yang ini... kita sepatutnya sudah mengambil alih Putrajaya,” kata beliau.









Wednesday, June 29, 2011

BERBERAK SETIAP HARI


SENANG SAJA DEPA BERAK




Senang saja depa berak tiap hari
Kata SN Usman Awang:Setiap suap yang ku telan bukan nya nasi,tapi peluh pak tani
Ya benar,kederat pak tani yang membolehkan kita berak
Kalau pak tani mogok....mana bisa kita berberak
Berak anginlah cuma

Jadi mana bisa membelakangkan pak tani
Kita membelasah pak tani habis2an
Dengan harga naik,naik dan naik
Depa pula menjoli pula wang rakyat
Biaya rumah depa juta2
Habis dikikis peluh rakyat
Sampai bila depa nak sedar

Ingatlah yang dapat juta2 tu
Adakah ia rezeki
Ataupun itu istidrat
Cuma mereka tak mengerti




KERANA MU SEMUA MAHAL





MENGAPA BERMEWAH DENGAN WANG RAKYAT.....?






Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa terkejut dan kesal di atas tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mempersoalkan mengapa kerajaan sanggup membelanjakan berjuta ringgit setahun semata-mata untuk kos kediaman pemimpin-pemimpin negara.

Katanya, dalam keadaan bebanan kos sara hidup yang meningkat, dengan kenaikan harga minyak petrol, kenaikan kadar tarif eletrik, kenaikan harga barang-barang keperluan, Perdana Menteri dan timbalannya pula sanggup hidup bermewahan dengan duit rakyat.










Tuesday, June 28, 2011

UNDI POS


JOM KITA BASMIKAN UNDI POS......KALAU TIDAK DEMOKRASI KITA AKAN MAMPUS





ISRAK WAL MIKRAJ



PERISTIWA ISRAK MIKRAJ



(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam








....KALAU NAK MASUK SURGA




Justeru Haron mengutarakan hadis Nabi Muhammad S.A.W sebagai peringatan kepada pihak berkuasa yang pecah amanah dan menipu rakyat.

"Mana-mana pemerintah yang boleh menerima, membuat, memilih dan menolak undang-undang Islam mahupun barat. Muslim khasnya, kalau dia tipu rakyat, tak kisah la apa yang dibuat itu rasuah, tipu pilihan raya atau tipu senarai mengundi pilihan raya. Allah S.W.T akan haramkan mereka dari masuk syurga," kata beliau.











Monday, June 27, 2011

POWER IN MALAYSIA SHOULD BE DUTY,NOT A PRIZE


GO FOR FULL TEXT IN ASIA SENTENIL




Written by Tengku Razaleigh Hamzah
Monday, 20 June 2011



That was the beginning the lost decades and the full impact of the consequences of the economic policies which has continued since then, is yet to have its full impact on our national lives. And when it does the consequences are unpredictable.

The centralization of power in the Office of the Prime Minister and the attorney-general had a major role in this state of affairs. The challenge today is to reverse the centralization of power and restore the checks and balances of a genuine democracy.


We need to reclaim as citizens of Malaysia our rights in a democracy; that power and authority are positions of trust and responsibility, not to serve personal interest or as an opportunity for personal enrichment. We need to reassert as politically active and responsible citizens the concept of social obligation and public service in those who seek political office. Power is duty, not a prize.








SUHAKAM MAHU PUTRAJAYA BENARKAN HIMPUNAN BERSIH 2.0




June 27, 2011.....The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.








DEMOKRASI PERLU MURNI DAN TERUS DIMURNIKAN




Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
















IKAN BILIS DIGILIS , IKAN JERUNG DISANJUNG



Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Kononnya bagi menunjukkan kepada Rakyat bahawa UMNO tidak memerlukan Pemimpin yang tidak bermoral seperti mereka.. Hakikatnya itu adalah hukuman untuk Pemimpin-pemimpin UMNO yang bertaraf ikan Bilis.. bagaimanapun jika tarafnya telah meningkat atau berubah menjadi Jerung hukumannya pula adalah berbeza.. mereka tidak dihukum tetapi dihargai..

.DIHARGAI MEMPENGERUSIKAN FELDA
.DIHARGAI MEMPENGERUSIKAN RISDA
.DIHARGAI JADI DUTA DI AMERIKA





POHON RESTU PADA ALLAH,KEMBALIKAN HAK RAKYAT DAN PULIHKAN DEMOKRASI..........TANPA RAKYAT MERANALAH YANG BERKUASA











Persatuan Guru2 Melayu Kedah Terserlah Sejak 1946-1980





Punggah pi-mai buku2 lama aku dapat jumpa Majallah PGMK ni....PGMK 25 Tahun (1946-1971)..........sesuatu yang cukup bermanfaat..........mendapat maklumat lengkap tentang sejarah penubuhannya dan kejayaan yang dicapai



Bangunan PGMK di tengah pusat bandar Alor Star.......tinggi 3 tingkat merupakan satu mercu-tanda yang cukup hebat ketika itu



Ini pula ialah Bangunan Syarikat Guru Melayu kedah............di sini segala aktiviti didakan kerana dewannya cukup besar...........dan di sini juga ialah Pejabat Besar Syarikat Guru



Gambar sebahagian dari guru2 pelatih TUOS yang diadakan di hujung setiap minggu di Kolej Sultan Abdul Hamid...........bergambar di depan Hostel SAHC



Nak cari untung tapi dapat rugi...........jemputan para2 artis dari Singapura..........No.5 dari kiri ialah penyanyi R.Azmi....No.7 dari kiri ialah Saloma........No.3 dari kanan ialah A.R.Tompel........yang lain aku pun tak kenai.

Kini Persatuan dah lesu,dan syarikat guru2 Melayu pun tiada khabarnya.........Melayu semakin layu





Sunday, June 26, 2011



300 PEGUAM TELAH BERSEDIA BANTU PESERTA BERSIH........IBH


300 Peguam Telah Bersedia Bantu Peserta BERSIH



SHAH ALAM : Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.












WAJIB BERSIHKAN MALAYSIA DARI GEJALA FITNAH,RASUAH,PENIPUAN,SONGLAP WANG RAKYAT,PEMBAZIRAN WANG,DAN...DAN...DAN KONSPIRASI UMNO/BN DALAM VIDEO SEKS .......... RAKYAT WAJIB 'BERSIH'KAN MALAYSIA.........so says angkasanuri 250611

Skrip yang dirancang dan diulang. Menggunakan fitnah seks untuk menjatuhkan musuh politik. Tanpa mengira halal ataupun haram, tanpa mengira dosa dan pahala tyang penting karier politik musuh perlu dihapuskan.

Itulah kesimpulan paling tepat mengulas isu perbicaraan politik video seks Dato T semalam dan beberapa lagi fitnah yang semakin membudaya dalam negara. Bermula dari zaman Dr. Mahathir dan memuncak pada zaman Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya politik kotor ini.

Tidak perlu diulas skrip yang direka serta tidak perlu ditunding siapa yang terlibat. Konspirasi peringkat tertinggi ini bakal menghancur dan membinasakan negara. Tidak ada cara lain rakyat perlu membersihkan budaya politik hina dina ini. Walaupun apa cara dan daya rakyat perlu hadir pada 9 Julai ini untuk membuktikan rakyat Malaysia cinta pada keamanan dan kedamaian. Rakyat Malaysia rindukan keadilan dan keharmonian. Suburkan budaya demokrasi dan tolak ketepi segala konspirasi dan hipokrasi. Selamatkan generasi anak Malaysia daripada terus dilacur dan diperkosa oleh politik sempit sang penguasa!




Saturday, June 25, 2011

SEKARANG MUSIM LANUN MAKAN BESAR...........DISERATA DUNIA

Iraq kesan RM52 bilion hilang dicuri AS ketika pencerobohannya

BAGHDAD: Parlimen Iraq kini cuba mengesan semula kira-kira AS$17 bilion (RM52 bilion) wang hasil penjualan minyak Iraq yang dicuri semasa penjajahan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq pada 2003.

Baghdad turut memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengesan wang itu.


dari warkahdaily 250611







JOHARI ABDUL.......MP SUNGAI PETANI BERKATA







Bekas Ketua Menteri Melaka yang terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan rasuah membabitkan 40 juta ringgit. Meskipun begitu beliau dlantik menjadi Pengerusi Risda.

Kita tahu Risda adalah agensi kepada pekebun kecil yang penting kepada ekonomi orang melayu. Hampir 1 juta peneroka dan keluarga menyertai rancangan rancangan tanah Risda.


Meskipun diberi jawatan sebegitu penting Rahim masih mahu sekali lagi merasakan kuasa politik yang terlepas dari genggamannya apabila terpalit dengan tuduhan rogol dan rasuah. Justeru beliau beisytihar untuk mendapatkan perhatian Perdana Menteri supaya diberi tempat untuk bertanding di Plihan Raya Umum akan datang.

Dan lebih penting diberi kedudukan dalam kerajaan pimpinan Najib. Kita tahu Najib dan Rahim, mempunyai satu persamaan, musuh politik utama mereka ialah Anwar.

Oleh itu jika Rahim boleh meyakinkan Najib bahawa beliau mempunyai sebuah video yang boleh mengenakan Anwar, sudah tentu, pada pandangan rahim, beliau akan mendapat ganjaran setimpal daripada Najib. Bagaimana pula dengan Eskay?

Beliau ahli perniagaan yang menubuhkan sebuah syarikat dan melantik senator shuib lazim menjadi penasihat syarikatnya. Matlamat syarikat ini mendapatkan kontrak membekalkan baja kepada Risda.

Kontrak ini ratusan juta ringgit. Justeru Eskay perlu membawa sesuatu hadiah kepada pengerusi Risda





TAK SAH.........LANGGAR PERLEMBAGAAN






Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.





MELANGKAHI TITIWANGSA KE SRENGENGE


DUA HALA TANPA HENTI....CUKUP LETIH





Anaknda Ayob dan Zamil berehat sekejap selepas melangkahi Titiwangsa menuju srengenge



Inilah alamat lori yang dipandu mereka to and fro Bachok-Srengenge.........menerjah di waktu malam jumpa gajah dan pak belang........biasa kata mereka

Terima kasih di atas segala susah-payah





Friday, June 24, 2011


HANYA SANYA 12 JAM DI SRENGENGE





Ustaz Ashar sempat mengeksess blog srengenge......dia cadangkan making money in the internet..........aku memang buta komputer tentang ini..........how to become rich




Depa hanya sekejap di srengenge..............makan dulu apa yang ada............ada laksa penang



Barang2 dah penoh diangkut dalam lori...............boleh bergerak bila2 masa..........tunggu boss beri isyarat



OK kita jalan sekarang.................cuma berada 12 jam di srengenge..........jangan serik,mai lagi di lain kali........






DAH PINDAH DARI SRENGENGE


KAT MANA PINDAH NI PAK SRENGENGE






KAV 990 pun dah naik lori......mesti jauh hijrahnya


Tilam2 pun ikut sama...........macam bicara liwat 1 dulu dengan hakim cokelat Hacks





Berapa banyaknya tilam............tak tau apa ceritanya





Jusoh dan Zamil sibok dok check barang



Ada tak lagi ?...............masih belom penoh





MENGINAP DI SRENGENGE


DARI BACHOK,KUALA SELANGOR,RANTAU PANJANG,WAKAF ZIN DAN KOMPUCHEA UNTUK NGINAP DI SRENGENGE....jauhnya perjalanan.....selamat datang






Chalet dah penoh............bisa melelapkan mata ,penat tak memilih tempat.........sorong saja bantal




Tak payah didodoi ........rebahkan badan,pejamkan mata terus berdengkor...........moga dapat mimpi indah nginap di srengenge.




LIN DAN



LIN DAN TERSINGKIR TERBUKA INDONESIA


JAKARTA 23 Jun — Bintang China, Lin Dan, secara mengejut tersingkir dari Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Indonesia selepas dijinakkan oleh pemain Jepun pada saingan pusingan kedua di sini hari ini.

Penonton yang hadir di Stadium Istora Senayan di sini kecewa apabila melihat Lin Dan tidak menampilkan aksi sebenar sebagai jaguh dunia apabila tunduk 12-21, 18-21 di tangan Sho Sasaki.

Selepas perlawanan itu, juara Olimpik 2008 berusia 27 tahun itu memberitahu media bahawa beliau berasa amat letih berikutan masalah gastrik masih menghantuinya.

Pada Ahad lalu, Lin Dan menjadi mangsa ejekan dan sorakan penonton selepas menarik diri daripada perlawanan akhir menentang rakan senegara, Chen Jin, pada Siri Super Terbuka Singapura atas masalah kesihatan yang sama.

"Tiada alasan... saya tidak sengaja mahu kalah. Saya perlu berjumpa dengan doktor selepas pulang dan melihat apa masalah sebenar dalam perut saya,” katanya. - Bernama






Thursday, June 23, 2011

GATHERING BERSIH SATU DUNIA



YANG 'KOTOQ' PASTI TAK BERSIH........SEKARANG GATHERING BERSIH DI SELURUH DUNIA





Rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).






Wednesday, June 22, 2011

CIKGU DOK TUNGGU2


TEACHERS' PAY HIKE BELUM SIAP LAGI ........buku Jingga dah siap: RM 500




June 22, 2011
Teachers attend the Guru 1 Malaysia event in Bukit Jalil, October 16, 2010. — file pic
KUALA LUMPUR, June 22 — The revision of the teachers’ remuneration scheme announced during the recent Teachers’ Day is still being formulated, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin explained yesterday.

The Barisan Nasional (BN) administration had announced pay rises for 7,000 senior educators and raised the pay ceiling for all teachers as it prepares to call a general election that is expected within the year.

But the move has sparked discontent in some quarters within the teaching field, particularly diploma holders, as well as Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services’s (Cuepacs).

“We are in the laboratory process to discuss the matter in detail, it concerns not only the principals, but the teachers’ post in general,” Muhyiddin, who holds the education portfolio, was quoted saying by Bernama Online.

He added that the revised pay packages will be submitted for a Cabinet review once completed and await the approval of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Both BN and rivals Pakatan Rakyat (PR) have been openly courting the teaching profession ahead of a general election expected within the year.

In its Buku Jingga election manifesto, PR has promised a RM500 monthly allowance for teachers if it takes power after the next election.

The Malaysian Insider






Tuesday, June 21, 2011

UMMAH BERSELAWAT


JOM KITA RAMAI2 PI KE GULAU D'SIK

BERJUMPA DI HIGH CHAPPERAL


MEREKA IALAH GURU2 MUDA DI AWAL 1960 DI SEKOLAH MELAYU SIK BERTEMU SEMULA PADA 23/5/11........Muhd.Noor Isa,Md.Hadzir Jaafar,Md.Noorhani,Abdul Majid dan Azmi Kassim

X18


IBRAHIM ALI AND A SEX-CHANGED UMNO....sakmongkol ak47


Pagi ni aku ketawa terbahak2 sendirian selepas membaca n3 Sakmongkol AK47
Benar katanya Braheng lebih jantannya dari UMNO
Akhir2 ni memang bagai dia dah tukarkan jantinanya
Isteri Piem yang lebih jantannya

Nak tau selanjutnya bacalah kupasan Sakmongkol AK47