Tuesday, August 31, 2010

BERSOHOR



DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Tu anak2 balik dari Kota Bharu...nak berpuasa sehari dua dengan kami tahun ni......penat dalam perjalanan dan sampai pukul 5 pagi............terus bersohor apa yang sempat.

bihun goreng ada

nasi sejuk ada

kuih pau ada

Aku memadai dengan korma dan air sejok saja.

salam melebar senyum................srengenge kuat makan tahun ni.

TEPAT JAM 12.OO....MERDEKA

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Aku tunggu jam 12.00 malam untuk membuat entri ini , khas untuk kemerdekaan tanahair.
MERDEKA
Dari srengenge dapat dengar mercun dan bom kabat bertalu2.Lantunan bunyi tembakan bergema pi-mai kerana kawasan ku di kelilingi bukit.
Seronok kita dapat kemerdekaan.
Kena pandai jaga kemerdekaan negara.
Jangan porak-perandakan negara.
Jangan menipu,jangan berasuah.
Jangan sibok nak penohkan kocek sendiri.
Jadi pekuasa yang beriman.
Jangan tamak dan haloba.
Ingat dunia ni sementara saja.
Dan lain-lainnya.......etc.....etc......etc

Aku turut berbangga kerana ayah ku berjasa pada negara..............lima tahun bertugas sebagai HOME-GUARD, MENGAWASI KESELAMATAN KAMPONG.............BUKAN ADA GAJI,CUMA SEBAGAI SUKARELAWAN................surat akuan diatas sebagai buktinya.........selepas berhenti dia mendapat lesen untuk memilik selaras senapang......itu saja ganjarannya...............dan banyak lagi THESE UNSUNG HEROES ...........banyak dah meninggal.........moga Allah tempatkan mereka bersama2 roh2 al-syahid.

Anak2 Rumah Gemilang di ajar menyayangi negara................boleh cerita pahit-maung orang2 dulu berjuang..............belum tentu mereka boleh menghayatinya.


Ni Abang Samad ......gambar tahun sudah menyambut kemerdekaan negara......masa bulan puasa juga.........di Hotel al-Safwah,Makkah bersama Ciklie............aku pun sambut merdeka juga dalam Masjidil Haram...........MERDEKA
Salam melebar senyum.................srengenge suka dibumi merdeka,tapi takut di bumi Neraka.



Monday, August 30, 2010

REBATE

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Anda simpan tak borang di atas untuk anak-cucu ?
Itu borang rebate untuk kenderaan Zaman Pak Lah dulu.
Dia naikkan harga minyak , kemudian beri pula rebate.
Harga barang2 lain pun naik,sampai la pun ada tak turun2.
Tapi rebate dah henti.
Kerajaan kita membuat sesuatu tergesa2 dan cepat melatah.
Memang PM ikut dia punya think-tank.
Dan PM kena lebih bijak dari think-tank.
Jangan ikut saja depa tu.
Kadang2 orang biasa tu lebih bijaksananya.
Akal budak lebih pintarnya di zaman Singapura dilanggar todak.
Akal membunuh Hang Tuah juga tak bijak.
Akal melindungkan nyawa Hang tuah pun sama.
Akal Hang Jebat memperjuangkan kebenaran.
Panjang ceritanya,baik aku berhenti dulu.
Salam melebar senyum............srengenge pikiaq sendiri2

SELAGI JANTUNG BERDENYUT SRENGENGE AKAN MENEMPIK

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Pagi ni memantau kerja2 nak buat padang permainan anak2 puteri di RG.
Ini ialah nama syarikat yang akan membuatnya.

Inilah tapaknya,lapang dan menawan hati



Pemuda2 inilah yang akan membanting tulang...........mereka muda,mereka kuat...........buat kerja sampai zohor cukup...........ni bulan puasa,kerja berat boleh menjejaskan iman.


Di bawah tapak ini ialah wetlands..........ada saliran air dari bukit srengenge...........banyak makhlok Allah di kawasan ini..........pacat sudah semestinya...........ULAR SAWA pun ada.



Selepas selian pegi naik bukit , cari petai liar di kawasan Hutan simpanan...........dulu banyak dalam kawasan ini..........ada kerdas,ada tampoi,buah rotan, buah jentik dsbnya.......tapi kini habis,juga kerana kerja tangan2 manusia..........pokok2 di tebang untuk mendapat buahnya...........akhirnya balak pula di eksploit oleh pihak2 kroni............hilang habis kekayaan alam,flora dan fauna......yang tinggal kentut,kencing dan taik............inilah cuma petai yang ku dapat.
Salam melebar senyum.............srengenge akan menempik,menyorak dan membebel dalam blog.




PI PENANG ZAMAN DULU

Dengan nama Allah , 99 semuanya


The orient of the East.........Sudah pasti ni Penang punya cerita

Lepas makan , lepak dan borak2 tepi pantai kat Gurney Drive............sambil memerhati indahnya Banjaran Gunung Jerai,Kedah Darul Aman.........time ni tak takut kat tsunami.....belum mengerti sepenohnya tentang peristiwa ngeri itu.

Time tu guru2 muda tak punyai kereta...........banyak miliki motor vespa.........aku masa tu ada hanya 2 kaki.......pi Penang naik bas UTC,transit kat Butterworth,naik feri,naik bas lagi lebih2nya ke Penang Road..............kadang2 jalan kaki saja cross ke Jalan Camphell terus ke Penang Road.................Tempat membeli-belah ku hanya kat Pitchay Ghani....nak beli apa sangat,cuma sehelai baju dan kain pelekat........kalau penat berjalan aku cari Pak Beca........beca di sini taklah sehebat beca orang Melaka...........upah pun murah,balik ke feri cuma 3 kupang.
Salam melebar senyum............srengenge terkonang di maso dulu.Hatiku merasa rindu.

SELERA AKHIR RAMADHAN

Dengan nama Allah ,99 semuanya


Selamat berpuasa kat semua..........akhir2 Ramadhan ni macam2 teringin nak makan........especially makanan dulu2.....Nasi dah kurang jalan.

Teringat nak pi makan kat Gurney Drive,Penang.........tahun 60an dulu selepas dapat gaji mesti mai kat sini........makan2..........aku dulu paling gemar ialah pashemor mamak dan kerang rebus dan ais kacang.........bbluurrr kenyang makan tepi laut.

Ataupun pi kat Gurun,Kedah..............tu rojak sotong campor kangkong...........cukup popular....lepas makan,beli bawa balik pula.............sekarang dah tak ada,penjualnya dah mati.....peminat2nya pun banyak dah mati.
Salam melebar senyum..............srengenge,Pak Lah dan Ya leman yang masih ingat semua tu.

AIS KACANG

Dengan nama Allah , 99 semuanya



Kalau panas macam di Makkah sekarang , berbuka dengan ais kacang ni dah tentu berbaloi.
Salam melebar senyum................srengenge pun belum lagi berais kacang.

Sunday, August 29, 2010

HOSTELITES 1960

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Di bawah ialah gambar pelajar2 ISSP,Sungai Petani 1960 yang tinggal di hostel.Kebanyakkan dah meninggal dunia yang tinggal paling mudanya dah 60 tahun.
Bergambar bersama pengetua Mr.Kok Swee Hong.
Aku duduk di sebelah kiri sekali.Handsome juga masa tu.Di sebelah ku ialah Ku Othman,Ahmad Idrus,Alwi Ismail,Abdullah Hasbi,Mr.Md.Noor,Mrs Kok,Mr.Kok,Mr.Chin Siew Foong,Nik Ibrahim Ismail,Nadzim Abdul,Muhammad Salleh,Shardin Arshad dan Yusoff Ismail.
Salam melebar senyum.............srengenge dah lupa nama2 depa yang lain.

KELENDAR KUDA

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Ada orang panggil kelender kuda dan kaki ekor panggilnya kelender ekor.
Aku mula menyimpan kelender kuda ni sejak 1963.Istimewanya kelender ini bukan kerana jadual lumba-kuda tapi semua bangsa boleh menggunanya : ada tarikh hijrah,masehi ,cina dan india.Kalau nak tau inilah kelender satu Malaysia.
Pagi tadi aku telah memusnahkan sebahagian besarnya kerana rosak dimakan zaman.Di makan oleh makhluk perosak dan menjadi habok dan koyak berlubang2.Untuk kelender abad kedua puluh aku cuma menyimpan kelender2 tahun 1996,1997,1998,1999.













Inilah saja yang ku simpan mewakili abad ke dua puluh.............kan kini kita dah berada 10 tahun di abad ke 21...........sekarang ada banyak kemudahannya untuk menyimpan,tapi orijinalitinya dah hilang.
salam melebar senyum..............srengenge semakin hari semakin dekat dengan lubang kubur.




Saturday, August 28, 2010

JUMPA PAK NGAH DAN MAK NGAH

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Depa lebih muda tapi berpangkat Pak Ngah dan Nak ngah...............tahun 80an dulu juara baca khutbah..........pernah jadi johan membaca khutbah peringkat negeri 1982......lepas tu tak ada pertandingan lagi........sensitif katanya.........maklumlah khutbah,nak menyedari pendengar.
Ramadhan 1430 kami pi umrah,tapi pakej lain-lain...........cuma boleh jumpa sekali di Jabal Rahmah..........kami bersembang dalam bas saja,kerana cuaca mencecah hampir 46 C dan tak tahan bau najis unta.........pihak berkuasa patut bertindak terhadap najis2 ini....buatkan tempat khas sapa2 yang berasa nak naik unta.....untuk membela imej Islam.
Umat Islam patut di ajar ilmu kebersihan....lebih2 lagi masa berbuka posa tu.......bersepah2 sampah.Kalau ada displin diri tak payah kawasan mesjid di cuci......ini selepas berbuka posa seluruh kawasan mesjid dan luar mesjid di cuci segera untuk solat..........sampai bila nak tertib dalam hidup.
Aku sekejap saja bertemu Pak Ngah dan Mak Ngah,depa sibok.
Salam melebar senyum..............srengenge penat tengok pekerja Bangla tak renti2 dok bersihkan kawasan Masjidil Haram...........nasib baik depa sanggup bekerja.....jangan lokek bersedekah kat depa di bulan Ramadhan ni.

Friday, August 27, 2010

SLOT BERBUKA DAH PENUH

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Malam ini slot berbuka posa terpaksa di kongsi bersama,kerana bilangan sponsor melebihi hari2 Ramadhan.UiTM Kedah dan Syarikat Toyota Sungai Petani Selatan menjadi sponsor pada petang ini.UiTM mengadakan majlisnya di Rumah Gemilang dan Toyota SP Selatan mengadakan di Sungai Petani...........alhamdulillah dan jazzakallah khairan.
Sebahagian dari anak2 yatim di bawa ke Sungai Petani untuk memenuhi permintaan Toyota,dan yang lain menunggu di Rumah Gemilang menyambut rombongan dari UiTM.
Rombongan UiTM datang dengan sebuah bas....iskura tu saja2 tayang diri saja.

Ini kegiatan depa sebelum berbuka.


Aku pun tak tau apa depa buat................seeloknya bermunajat pada Allah sebelum berbuka.



Biarkan mereka,kan mereka dah cerdik-pandai...........




4 jejaka ni ialah orang kuat persatuan agaknya............aku tak berbual panjang dengan depa......aku kurangkan cakap,dan aku lebih gemar menulis.......macam bermain dengan tali......wallahuaklam.





Ini salah seorang pensyarah UiTM.............aku pun tak bertanyakan nama beliau.........tak perlu aku bertanya,panggil saja ustaz............kalau aku tanya pun aku akan lupa....Tun M kata Melayu mudah lupa........bukan melayu saja,bangsa apa pun mudah lupa bila dah tua.........orang2 politik kata Tun M pun dah nyanyok.......jangan hidup lama2,mampuih tak jadi muda.
Salam melebar senyum................srengenge suka makan ulam awet muda.






PASAR MINI ANAK2 YATIM

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Berkat sumbangan sponsor2 wang ringgit ,bahan2 binaan,sumbangan tenaga dan idea bangunan tambahan Pasar Mini dah 99 % siap.....cuma menunggu menyiapkan wiring eletrik untuk di gunakan.Pohon selepas ini masyarakat Sik datang membeli barangan2 keperluan dari kedai ini.Dengan pembelian anda semua secara otomatik anda adalah pembiaya2 membantu anak yatim,yang sangat dituntut dalam Islam.Nabi saw bersabda mafhumnya :Sesapa membantu anak2 yatim di akhirat nanti,mereka dengan aku seperti ini ( Nabi menunjukkan 2 jejarinya rapat2 ).Aku juga adalah anak yatim..............sapa tak mau duduk rapat dengan Nabi ?




Inilah bahagian bangunan tambahan yang sudah hampir siap,dan menunggu masa memasukkan bahan tambahan............terimakasih juga kepada sponsor barang2 untuk pasar ini.

Para petugas sedang menjalani kerja rutin................sumbangan anda semua sangat bermakna dalam hidup ini......di akhirat insyaallah mendapat lipatan ganda pahala : itu janji Allah,dan Allah tak mungkir janjiNya.

Baju raya dan songkok pun dah ada......membeli sambil memberi sumbangan kepada anak2 yatim kita.....mengikut bancian kami,masih ada lagi 3 ribu anak2 yatim di daerah Sik ini...........kami hanya mampu memelihara 101 orang yang sedia ada..........itu pun setakat mampu keuangannya........untuk makan-minum,pakaian,duit sekolah,yuran2 tuition,bil elektrik,bil air,peralatan2 mesin membasuh,freezer,perbelanjaan bas dan kereta ke sekolah dan segala2nya mencecah RM 25,000 sebulan.Oleh kerana penggunanya ramai , peralatan eletrik cepat rosak dan perlu di tukar ganti dari semasa ke semasa.....maklumlah hidup dalam satu keluarga yang besar.


Di sini ruang kopiah putih dan kain pelekat.......murah....harga promosi...........terima kasih kepada sponsor barangan.



Wah kuih raya pun dah siap..............hari ni 17 Ramadham,ada lagi 12 hari.....harap dapat buat pesanan segera........
Salam melebar senyum...............srengenge tanpa anak2 yatim , siapalah aku sebenarnya.....




Thursday, August 26, 2010

BERBUKA d RESTORAN ALAUDDEEN,SG.PETANI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Malam ni dapat jemputan dari Restoran Alauddeen,Sungai Petani.........sepanjang Ramadhan ginilah....kalau tak dijemput,makanan dihantar ke RG....jazzakallah khair....semalam sepasang bekas gurubesar Haji Hussain dan Hajjah Rokiah sponsor di RG.......terimakasih.
Hebat hangpa ni , kami tumpang rezeki hangpa...............tanpa hangpa kuranglah manfaat nya kami hidup di dunia........lahir hangpa membawa berkat untuk manusia lain.Walaupun depa yatim dan datang dari keluarga miskin,jelas kelihatan mereka dah dapat merasai kegembiraan seperti anak2 yang lain........banyaklah bersyukur pada Allah.

Dua pemuda ni aku belum 'promote' dalam blog aku............walau muda tapi cukup berwibawa menjalankan tugas sebagai warden RG bahagian putera..........cerah masa depan Juraij dan Hafiz,insyaallah.........dikiri Juraij dan dikanan hafiz.......selamat berkhidmat.


Malam ni Kak Long jaga Putera2 RG pula.........cari pengalaman....tak sama kerenah lelaki dan kerenah pompuan...........bergambar bersama kakitangan Mara Liner


Yang pompuannya mana pergi ............jangan bersolek lebih2 ni bulan posa.


Dua buah Mara Liner dah bertolak.....nak cepat sampai.......nak masok pusat bandar Sungai Petani......jam sana sini.........nak parking dalam pekan bukan sonang.........


Ni kena bawa bekal ni.........sepat kering goreng.........untuk membuka selara..........penyedap rasa.......selera orang tua........orang abad ke 20........dah dapat merasai 2 abad,walaupun hidup belum cukup satu abad........abad 20 dah berlalu............sekarang dah abad ke 21.
Salam melebar senyum...................srengenge bersyukur kalau boleh hidup lama sebegini.






YB HJ CHE UDA CHE NIK

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Pagi tadi sempat singgah di Pejabat YB Haji Che Uda Che Nik,Ahli Parlimen Sik....kebetulan juga dapat jumpa sahabat lama Haji Isa Taib,aktivis Pas.Dia member kamceng UstazHaji Ismail Kamus...bergiat dalam Pas sejak di Kolej Islam,Kelang lagi............juga ada bersama Pak Ku Bahador (bekas UMNO)...dah tak percaya lagi kat UMNO........aku dulu lagi tak percaya.
YB sebok hari ni......nak agihkan bantuan kepada mangsa banjir di Sik baru ni....dan juga habuan untuk rakyat miskin di Sik..........heran aku dengan gejala ni.......dah lebih 50 tahun UMNO memerintah masih ada lagi rakyat miskin.......sepatutnya mereka dah lama dulu terbantu....sembang saja duit juta-juta.....tapi habis ke kocek sapa..........di akhirat akan terbongkar semua itu..............tunggulah.

Ini pun guni-guni beras yang akan diageh oleh YB Che Uda .............kalau masih muda ingin juga membantu tenaga.........baru tau letih ke tidak dok tanggong guni2 beras tu.........rumah2 yang masih termiskin ni pula bukan di tepi jalan........jauh di pendalaman.....


Aku juga dapat kenyataan akhbar YB,Ahli Parlimen Sik berhubung dengan banjir baru2 ni.Untuk membaca,sila klik gambar,kemudian zoom positive,supaya jelas bila membaca. Diatas tu mukasurat 1




Ini muka surat 2




dan mukasurat 3.
semasa banjir baru2 ni srengenge di luar kawasan.........jadi aku tak dapat buat entri khas banjir tersebut..........semua kesan dari pembalakan..........taulah sapa yang membalak tu.....pasai tu tak rioh ayam2 berkokok.
Salam melebar senyum.............srengenge juga YB.......Yang Bersara