Monday, January 25, 2010

DARI HATI KE HATI .......HEART TO HEART


Pandainya depa jamu kita....macam2 ada.
Pandainya depa ambil hati kita.....sedap2 belaka.
DARI HATI KE HATI

(bisikan hati ku selepas membaca response dari mamaju,sonata anak kancil,ayah zain , YB dan Kak As dalam N3 ku yang lalu)


Sering ku dengari kata2 di atas.Sering juga ku tak mengerti.Biasa saja orang tak memahami.Walaupun ada berjela2 degree.Kekadang yang maklum tak termaklum.Nak memahami satu hal.Nak mengerti pun satu hal juga.Tak lah mudah hidup ini.Kalau aku tau,aku cukup takut memasuki hidup ini.Manusia yang memahami hidup tidak akan berjalan dengan dua kakinya.Tidak juga berjalan dengan inderanya,atau pikirannya atau perasaannya.Ingat2kan diri : pernahkah kita lihat langit tanpa warna ?


Setiap ‘kata’ ada pusakanya.Aku cukup takut dengan ‘kata2’.Boleh membuat aku melupai diri ku.Lebih baik aku membisu.Lebih baik aku bisa saja tersenyum.Macam sekuntum bunga.Ada jutaan senyuman pada kelopak2 bunga.Mudah terpikat,justeru tak sedari terpijak di jalanan sepi.


Ya Allah jangan kau sesatkan ku dalam permainan ‘kata’.Kerana ada barisan ‘kata2’ yang tertipu.Aku pahami bahawa penjara yang paling ngeri ialah’kata’.Aku paham : dalam ‘kata’ ,kebenaran dan keindahan turut terbunuh.Manusia saling membunuh juga dengan ‘kata’.Kalau nak ber’kata’ biarlah dari hati ke hati.Hanya lontaran dari hati akan jatuh ke hati.Di sini ‘kata’ menjadi kota.Terselamatlah kita berada dalam kota.

2 comments:

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

az memang mengambil masa nak mendalami apa yang ayahanda maksudkan. Yang tersurat tu tidak menjadi hal, tapi yang tersirat. Ungkapan kata-kata ayahanda itu amat bermakna, membuatkan aku berfikir.

Memang az mudah tergoda dengan kata-kata. Mudah sangat,

kadang-kadang teringat kata-kata arwah ayah dulu " ingatkan orang macam kita tetapi orang macam dia orang."

mama ju said...

Salam Ayahanda,
Penuh berbahasa dan indah-indah belaka susunan kata-kata.

Ayahanda ni dulu ada tulis novel ke?
Moga kita diberikan upaya berkata-kata dengan kata=kata yang baik-baik belaka dan benar-benar belaka.

Salam Takzim.