Wednesday, January 27, 2010

DI HARI INI dan mungkin esok tiada lagi

GAMBAR INI IALAH HIASAN SEMATA.......UNTUK MEMBERI INGATAN SAJA


DI HARI INI dan mungkin esok tiada lagi

Hari ini I want to feel free.Aku nak releks minda ku.Aku nak renung jauh2 ke alam atas sana.Nak tengok beburung melayang2 di angkasa sana.Nak ku renungkan awan2 yang berarak ke sana ke mari.Ke hulu ke hilir.Pandangan ku tak dapat menembusi jauh kesana.Tapi di sana ada berbagai lagi.Macam2 makhluk ada .Cuma yang dapat dilihat ialah yang nyata saja.Mata hati boleh melayang lebih jauh.Tapi hakikat sebenar masih terlindong.Ku renung,ku renung.Selagi ku renung selagi kerdil ku rasai diriku.


Malam ini aku releks lagi diluar rumah.Dalam diri , aku memikirkan kebesaran Allah.Keindahan malam lebih teruja dalam diri.Bulan cerah menheningkan suasana.Ribuan bintang berkelip2 menakjubkan.Malam cerah beribu bintangnya dan bulan yang satu .Sebiji tahi bintang menjunam jatuh,kemudian hilang .Deruan angin malam mendesirkan bunyian dedaun bergeseran.Memberikan satu irama pada sebuah lagu yang tak bernama.Tiada ada gangguan malam.Apa nak ada di kampong dalaman.Tiada ada deruman kereta.Jauh sekali budak nakal merempit.Cuma ada bunyi cengkerik.Cuma ada seloka dari katak di dalam semak.Sekali sekala suara kuang bersambutan di rimba ..Sekali angin berembus,relaian daun2 kering berdesir bunyi gugur ke bumi.Itu kerja mak wan besok hari,menyapu dengan cakar besi.Mak wan cukup cemburu dengan daun2 kering di sekitar laman rumah.Kepada ku dia tak cemburu.Kerana dia tau,she is the only ‘wan’.The ‘wan’ and only one.


Embun jantan mulai menitik , sudah jauh malamnya.Tapi belum cukup larutnya.Ayam jantan Pak Long Wan Ngah belum mulai kokoknya.Aku ingin secawan teh O.Sudah tersedia di sisi ku.Mak wan melayani ku.Hanya kami berdua di umah usang ini.Anak2 semua di tempat kerja masing2.Tiba2 telepon berdering.Satu berita sedih.Seorang kawan ku pula meninggal lagi.Inna ilah…….rojiun. Aku menghitong mereka2 yang dah kembali dengan jejari.Tinggal tak berapa orang lagi.


Malam dingin.Aku tidur berselimutkan kain kemili.Aku bangun awal pagi,Alhamdulillah,aku masih hidup lagi.Mungkin ada telepon berdering lagi.Seorang demi seorang akan pergi.


QULUL NAFSIN ZA IKATUL MAUT




DARI SELASANYA KE RABUNYA

GAMBARNYA UNTUK HIASAN SEMATA,TIADA ADA KAITAN DENGAN MANA2 BUNGA YANG MASIH HIDUP DAN SUDAH MATI ATAUPUN BUNGA PLASTIK
DARI SELASANYA KE RABUNYA


Di petang selasa sambil menunggu ketibaan rabunya aku menyapu2 sampah di halaman pondok usangku.Dari hari ke hari umurku menambah bilangannya dan mengurangkan jumlahnya.Angin timur waktu ini meniup kencang meluruhkan dedaun kering juga ranting2 yang dah mati.Terhibur ria merasai dedaun kering itu menimpa keatas diri,sebelum mereka semua menyembah bumi.Seolah2 aku seorang wira ditaburi bunga2an dan wangi2an ,diraikan sedemikian.Aku turut meratapi melihat mereka sujud ke bumi dengan kusyuknya.


Ku rasai detik2 merangkak lambat,dan kekadangnya berlari begitu pantas ,hingga tak berkuasa aku menghambatnya.Pejam celek, pejam celek dah cukup sehari.Pejam celek dah seminggu berlalu.Sebulan terasa macam seminggu.Bila kita menunggu sesuatu,masa rasanya cukup lama.Ketika mengabaikan masa,begitu cepat sekali perginya.Ku kurang mengerti hakikat masa.Payah melihatnya,walaupun ada di sisi kita.Pergi datangnya nampak seperti biasa , tapi sekejap ada,sekejap tiada.Cukup susah menjinakkan masa.Kalau dibiarkan ia cabut lari dari kita.Kalau dimanjakan ia tak mau lama , ia meronta nak pergi.Hakikat masa cuma ada di alam ini.Sekarang ini .La ni.Di akhirat dia abadi.Di sana Abadan-abada.Semua ini kita kurang mengerti,kecuali bila dah mati.Ia ada di sana , di suatu alam ghaib yang harus dipercayai.Di hari akhir,matahari tiada lagi.Tiada juga hari lagi.Masanya bukan sebegini.Masa yang kelainan makna dan rasanya.Masa yang hakiki mempunyai penuh reality.Semuanya anugerah Illahi…..masyaallah.


Wallahuaklam.

Tuesday, January 26, 2010

APA PULA HALNYA


APA PULA HALNYA


Akhir2 ini pikiranku menjadi buntu.Senyumnya tak semanis dulu.Rindu2an datang dan pergi.Malamnya ku rindui .Siangnya ku kenangi .Efek fizikal dan mental dah tak selari.Ku insafi kurang degreenya .Masing2 membawa diri.Sesekala ke kanan , seketika ke kiri.Mata terus berjerubu.Jauh tak jelas nampaknya.Dekat tak terang pandangannya.Soundnya pun tak clear.Bunyi di kanan katanya di kiri.Cakap perlahan kurang dengari.


Itu semua membuat hati bercelaru.Kekadangnya menjadi terburu-buru,bila membuat sesuatu ..Bukan haru-biru.Ya lah,jadi sebegitu.Dalam lena ku, tiada tidornya.Dalam mimpi ku, tiada igauannya..Makanan jenoh,perutnya lapar.Airnya melimpah-ruah,tapi tetap juga haus dan dahaga.


Dalam malam adanya gelap.Dalam siang ada cerahnya.Dunia in tiada kosongnya.Dalam apa saja adalah bendanya.Senja ini membangunkan aku.Sambil menguap dengan besar.Terbuka mulut terjatuhnya dagu.Dulu aku tak terlalu peduli..Kerana hidup ini sebagai sesuatu yang tak jelas.Kini buahnya jatuh tak jauh dari perdunya.Dulu miskin ke arifan.Jadi tak paham2.Kini baru erti Allah meng’design’kan alam ini.Manusia banyaknya tak pahami.Mereka belum lagi memanusiakan diri.Mereka bukan manusia,tapi serigala.Mereka lapar segalanya.Teringat aku pada permainan masa kecil dulu.Bunyinya begini : What is the time Mr.Wolf ? The answer is : I am Hhuuuunggrrry.Lepas tu semua kami lari,lari,lari.Gembiranya kami,melihat serigala yang cukup hungry.

Monday, January 25, 2010

SELAMAT BERTUGAS


Selamat bertugas sebagai kaunselor,
Semoga berjaya dunia akhirat;
Baju tu ayah tengok cukup lawa,
Bonda kata you ada bakat.

DARI HATI KE HATI .......HEART TO HEART


Pandainya depa jamu kita....macam2 ada.
Pandainya depa ambil hati kita.....sedap2 belaka.
DARI HATI KE HATI

(bisikan hati ku selepas membaca response dari mamaju,sonata anak kancil,ayah zain , YB dan Kak As dalam N3 ku yang lalu)


Sering ku dengari kata2 di atas.Sering juga ku tak mengerti.Biasa saja orang tak memahami.Walaupun ada berjela2 degree.Kekadang yang maklum tak termaklum.Nak memahami satu hal.Nak mengerti pun satu hal juga.Tak lah mudah hidup ini.Kalau aku tau,aku cukup takut memasuki hidup ini.Manusia yang memahami hidup tidak akan berjalan dengan dua kakinya.Tidak juga berjalan dengan inderanya,atau pikirannya atau perasaannya.Ingat2kan diri : pernahkah kita lihat langit tanpa warna ?


Setiap ‘kata’ ada pusakanya.Aku cukup takut dengan ‘kata2’.Boleh membuat aku melupai diri ku.Lebih baik aku membisu.Lebih baik aku bisa saja tersenyum.Macam sekuntum bunga.Ada jutaan senyuman pada kelopak2 bunga.Mudah terpikat,justeru tak sedari terpijak di jalanan sepi.


Ya Allah jangan kau sesatkan ku dalam permainan ‘kata’.Kerana ada barisan ‘kata2’ yang tertipu.Aku pahami bahawa penjara yang paling ngeri ialah’kata’.Aku paham : dalam ‘kata’ ,kebenaran dan keindahan turut terbunuh.Manusia saling membunuh juga dengan ‘kata’.Kalau nak ber’kata’ biarlah dari hati ke hati.Hanya lontaran dari hati akan jatuh ke hati.Di sini ‘kata’ menjadi kota.Terselamatlah kita berada dalam kota.

Sunday, January 24, 2010

MEMORIES ARE MADE OF THESE



MEMORIES ARE MADE OF THESE
(coretan ini aku bikin dari ilham Mak Wan)

10 Januari di negeri ini,
Aku terasa hari dah berganti.
Laugh and cry;
Live and die,
Within our eyes,
Scenic rays glitters,
Sunny sunshines and bright moonlight nights.


Di situ adanya lagu,
Di situ adanya sedu.


Sunshine day,
Moonlight night.


Laughs and not cry,
Live and not die.

Saturday, January 23, 2010

MY AMBITION OR MY LAIBILITY



Gambar Di atas : Di kiri ialah Abang samad.

................................Penolong CL di Safwah.

MY AMBITION OR MY LAIBILITY


Umur seperti juga air yang mengalir.Umur seperti juga masa yang berdetik.Seperti juga darah yang mengalir.Cuma yang berbezanya ialah air ada pusingan kembalinya Begitu juga cecair darah akan kembali semula kejantung untuk membersih dirinya..Tapi masa cuma bertukar ganti.Umur terus meluru hingga roh dicabut keluar.Roh menepati masanya.Tiada terdahulu dan tidak terkemudian.Walaupun sesaat.


Manusia mempunyai banyak ambisi (ambition).Nak buat itu dan ini.Hingga lupa umur dah tua.Gigi pun dah tak dak lagi.Terlupa akan mati.Terlupa akan akhirat.Yang dahsyatnya terlupa pada Rabbul-Jalil.Jarang sekali manusia lupa pada makan.Jarang lupa pada harta.Tak lupa lansung pada takhta.Membuang air besar dan kecil payah nak lupa,sebab ada isyarat yang Allah beri.Lupa ialah satu penyakit.Sukar nak diubati.Lebih2 lagi jarang2 sekali mengingatinya.Yang dah jadi rutin,payah dilupai.Ia dah sebati.Lupa membuat kebajikan sangatlah malu.Membuat dosa menjadi seterunya.Ingat2lah selalu.


Tak enak telinga mendengar.Tak sedap mata memandang.Tak terlior bila dirasa.Bila dihidu tak juga berbau.Cubit2an tak juga dirasai.Bila tersepak tak rasa sakit.Mulut tak rindu nak berkata.Telinga tak berhajat nak dengar.Setiap hari menghitong waktu.Siang mengganti malam.Pagi meluncur ke petang.Jam menghitong minit.Minit dilengkapi dengan saat..Apa nak jadi semua dah jadi.Apa nak berlaku semua dah sempurna.Biar akhir qalam bisa melafaz asyhadu.Biar syaitan menggeletar pilu.

Friday, January 22, 2010

LALUAN BERDURI JALANAN MEMBENGKOK


Gambar Atas : WAJAH2 CERIA YANG MENGHULURKAN KEIKHLASAN


LALUAN BERDURI & JALANAN YANG MEMBENGKOK


Kita melalui misi2 hidup yang lintang-pukang.Waimma menyusuri laluan berduri,justeru juga menghambat di lebuhraya yang membengkok.We all want to look young.Semua ingin mengekal usia muda.Mau rasa sentiasa bertenaga.To feel vibrant.Kalau boleh di kesampingkan segala penyakit.Dihindarkan segala kerisauan dan gundah-gulana.Di dunia pinjaman ini tak sesapa boleh mencapai sukses secara total.Ada2 saja.Bila2 masa jua.Ada serba kemungkinan.Kemungkinan berada di mana2 saja.Di pondok buruk,maupun di istana2 besar.Dunia tak boleh menyelesaikan masaalah dunia.Seperti lembu tak boleh memimpin lembu.Sesama manusia sekarang pun sama juga.Sebab tu di stadium permainan anjing2 di bawa untuk mengawal manusia…..masyaallah.


Ketuaan tak boleh di ‘stop’.Digital clocknya akan berhenti jua.Bila habis hadnya.Jadi apa saja laluan yang mengiringi,mestilah dihayati dengan penoh makna.Yang tersirat dan tersurat.Kecacatan yang hinggap di dalaman dan di luaran memerlukan satu ‘cleansing’.Biarlah akal yang sihat yang ada originality membuang segala ‘toxic waste’.
Insyaallah,jenama “Alquran “ dan ‘Al Hadis” memastikan kemujarabannya.

Thursday, January 21, 2010

IA MENGUSEK KU 'IN PERSON'


GAMBAR BLOGGERS PDKM ( SEBAHAGIANNYA SAJA)
THE HAPPENINGS : WHEN THE NIGHT IS OUT


Akhir2 ini ,biasalah dikatakan begitu.Tapi ia belum lagi berakhir.Ketikanya belom berakhir.Yang akhirnya ialah akhirat.Akhir yang tidak berakhir.Abadan-abada.

Kininya di sini.Kekininya aku meng-umpamakan diriku sebagai senja yang sedang merangkak ke malam.Dan malamnya menantikan senja.Senja berlabuh di pinggiran malam.Dan bila malam bertambah malam kuang berbunyi sayup2 di kaki rimba.Desiran angin mengusek kalbu yang gundah-gulana.Titikan embun malam menyejukkan bagaikan menghiriskan sampai ke jantung.Aku sedari dari lena yang tak menentu.Aku bingong memikirkan hidup yang cukup sekejap.Dalam persiapan yang cukup lama.Dan aku belum mengerti makna-makna yang tak jelas ertinya.Malam mengesot lebih berhati2.Banyak kewaspadaan.Meneliti dan merenungi.Menghisab dan membilang keping2an yang berselerak serata jalanan.Berterbangan di angin yang lalu.Menggayut pada setiap awan.Bukan di sini,di situ.


Tak lama lagi malam akan tinggalkan bibit2 syahdunya.Tak lama lagi malam akan menjauhkan diri.Malam bersepi bersama kegelapan yang akan dirinduinya buat sedetik cuma.Buat memori diri sendiri.Fajar menyinsing menyambut pagi.Malam pergi tanpa kesedaran diri.Tanpa hati ,tanpa budi.


PS: catatan buat diriku yang dah masak ketuaannya.
Ilham datang mengusek ku ‘in person.’

Bonda vs Kak As


Tuesday, January 19, 2010

KUTIP KOMEN SENDIRI BUAT N3




APA NAK DI KATA ?






KUTIP KOMEN SENDIRI BUAT N3

salam semua anakanda sekeliannya,Maaf ayahanda terlewat membuat 'le tour the blogs',dan lambat meng-update n3 dari blog sendiri.
8 hari berada di KL umah nanda ayah.Banyak kerja kat sana.Selepas gathering meninjau kedudukan anak ayah kerana baru diposting bertugas di Pandan Jaya.Then membuat rawatan kesihatan ayah dan mak kat anaknda angkat ayah kat Subang Jaya.Cuma sempat membuat 3 sessi rawatan dengannya.
Balik pagi ahad.Bas pula rosak kat Bidor.Melepak kat tepi lebuhraya 3jam.Nasib baik mak membawa bekal nasi dan mee goreng.Bas2 lain tak boleh beri laluan untuk para penumpang kerana penuh.Tapi nasib baik ayah dan mak dapat tumpang bas dari Melaka.Lain2 penumpang dok tunggu rezeki masing2.Nak tunggu bas dari KL lambat.Katanya bas2 hari tu semua beroperasi ke destinasi masing2.
Sembahyang jamak akhir kat Simpang Pulai.Anak ayah kat Sungai petani mai pungut ayah dan mak untuk balik ke Sik.Sampai umah 10 malam.
Terhibor ayah dan mak mendapat pengalaman baru....alhamdullillah.Rancangan Allah sejak azzali yang kita tak tau.....syukur selamat walaupun penat.Penat kerana umur dah tua.
Kalau nak bercerita,banyak ceritanya.Hingga bertemu lagi.
Dok tunggu bila rakan2 nak mai bersama CL ke Sik.Tolong beritau awal,takut ayah ke tempat lain.
Wassalam.

Wednesday, January 13, 2010

JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRO

GATHERING BLOGGERS IKATAN DARI PDKM

4 hari dah berlalu.Nostalgia indah tercatit di setiap blog rakan PDKM.Baru pagi ini ayah membuat Le Tour menjelajah blog2 rakan / anaknda2 semua.Semua rasa gembira,alhamdulillah.Tidak terkira bagaimana nak perikan rasa indahnya.Terselit saja di sanubari,hanya boleh mimpikan sendiri2.Menceritakan peristiwa2 tak sama dengan perasaan yang tercetus dalam diri.

Meneliti gambar2 dari blog anaknda semua,mencerminkan ke tulus ikhlasan diri masing2.Perhatilah dan telitilah.Enak bukan saja memandang,tapi terasa cukup manis mencuitkan hati.Menanam kan satu memori yang tak habis2.Nampaknya kenalan kita di alam maya,sama saja di alam realitinya.Bukankah ayah dah kata 'kita semua dah lama berkenalan,sejak dari alam zuriat lagi.'Kita cuma TERlupa.Dan hakikat kita pun begitu.Bukan Melayu mudah lupa,tapi semua insan dah begitu.Allah sebutkan kita ni insan.Insan ertinya pelupa.

Binatang lebih pelupa dari kita.Tak kenal ibu dan bapa.Ibunya sendiri dibinikan.Anaknya sendiri dirogolkan.Hidup di kampong boleh memerhatikan semua ini.Kerana di kampong binatang2 ternakan di bela dengan bebas.Ayam,itik,lembu dan apa saja.Kita juga bebas memerhati gelagat hidup mereka.Pagi2 lagi boleh lihat anak kambing kerabat ibunya sendiri.Kita bimbang manusia bila menuju ke arah kebinatangan....nauzubillah,pohon Allah lingdungi kita semua.

Akhir kata Ayah dan mak berterima kasih banyak pada semua kerana sudi bersahabat dengan orang tua.Layanan mesra,senyuman manis,ucapan ikhlas dan menyediakan juadah2 yang istemiwa.Ayah dan mak dan anak2 dan menantu2 ayah makan cukup banyak.Di beri lagi bawa balik ke rumah.Guru ayah berpesan," makanlah banyak2,kalau ianya halal".

Tahniah pada presiden cikgu mas,hanis,kak noor,che pit dan semua AJK.Juga tak ketinggalan kepada photographer peribadi CL.Kamu semua berjaya.

JAZAKALLAH KHAIRON KATHIRO

WASSALAM

Friday, January 8, 2010

THE LOST WORLD

























TIADA UNTUNG DI DUNIA
TIADA PAHALA DI AKHIRAT



Takkan aku tau nak perbuat.Dan tak mengerti apa yang harus aku cari.Jejari ku cuma menari ikut irama hati.Gundah jiwa ialah satu misteri.Akan ku selimuti kerana tak mau memerhati.Dunia menuju ke destinasi terakhir,keadaan membuat semua yang hidup menjadi mayat.Beginilah kerana tak tau akan hukum.Tak tau akan hukum cukup mencelakakan.


Lihatlah bangsa kita menjadi terkeping2.Masing2 kepingnya menari tersendiri.Ada ikut kiri dan ada ikut kanannya.Bila berkeping senang sekali dilarikan anjing.Mudah sekali dibaham oleh serigala lapar.Kepala ke sana.Kaki ke sini.Cukup masa habis di bawa pergi.Yang tinggal busuk dan hancing.Taik habis ditelan babi.Dibuat perencah sebelum makan.Perencah rasuah,perencah tipuan,perencah hiburan,perencah mengkhianati sesama sendiri dan berbagai lagi. Ya.-Rabbi.




Wednesday, January 6, 2010

MENANTINYA HARI GATHERING


TODAY IS 6th JANUARY
WAITING FOR THE 10th
MENANTI HARI GATHERING


Ini cuma mimpi serakah seorang tua.
Ini juga igauan di bilik mandi.
Ini juga apa2 saja yang belum terjadi.
Merenung siang,merenung malam.
Menghafal dengan jari,membilang sejurus tadi.

Datang juga silih berganti .Hari2 begitulah.Hari berlalu penuh kesedihan.Kampong ku yang tenteram di datangi musang.Juga babi hutan bermaharajalela.Angin segar meniup sepi.

Tiba senja merangkak ke malam.Saat begini dan sepertinya akan terus berlalu.Kekadang bantaian angin meranapkan pokok2 tebu.Dedaunnya tersangkut di runtuhan senja.Inilah kisah dari halaman rumah ku.

Lama sekali buat ku berpikiaq.Mungkin sekali lagi akan ku lupai kan malam.Bila malam bertambah malam.Si galak mula berkokok.Punggok pula merindui bulan.Pengemis tua lena merengkok di jalanan.

Sampai kefajar aku tersedar dalam jaga.Aku tertidor dalam jaga.Rupanya siang bertambah pagi hingga ke tangahari.Sinar mentari membakar lagi.Cuma tinggal 3 hari lagi.

Hidup itu kefahaman tentang masa lalu,mengerti masa depan.Semua mimpi boleh dibawa kemana2.Itulah mimpi tanpa ketidoran.Jangan ulangi kesalahan yang lalu,terlalu banyak kesalahan di masa depan.

Berilusi di pagi , tengahari dan setiap hari.Andainya habis siang , malamnya datang sendiri.

KURSUS PENULISAN YANG PALING PENDEK DALAM DUNIA




FOR NON-BLOGGERS : KALAU INGIN MENULIS



Dunia tulis-menulis ni unik.Prosesnya sama dengan berlatih memasak.Di awalnya dah tentunya hambar dan tak memikat.Kalau memasak pun,rasanya tak enak.Tak sedap.Kadangnya lebihan cili.Kadang kurangnya garam.Jangan putus asa,teruskan.Tanpa pantang menyerah,akhirnya akan terasa kemudahan menulis ataupun memasak.Dijumpai lazatnya .Ditemui enaknya. Terjerumuslah syoknya .Bagai kekasih melengkar dalam dakapan.


Sokmo2 menulis,sering2lah menulis.Semakin hari mahirlah jejari menari2 di keyboard.Pandailah kita meramun perencah2nya.Perkataan2nya,kata demi kata membuatkan untaian yang indah dan sedap dibaca.Seumpamanya bila memasak.Dapatlah rasa lega,puas dan segar segalanya.Memuaskan selera.Riang ria bagai Sidiq Sakraga.


Mood , memain peranan penting.Kalau tak ada mood,jangan menulis.Justeru , jangan masak,beli saja makanan di kedai.Berjuanglah menimbulkan mood .Berjuang melawan dalaman diri.Mood juga terheret kerana kurangnya dan rendahnya budaya membaca masyarakat kita..Membuat kerja tulis menulis hilang ghairahnya.Kalau rajin baca,baca saja dimana2.Walaupun dalam almari. Hex3….ke situ pula ,macam dalam filem Sergeant Hassan.Si apek tua membikin cerita..


Aku pernah jadi cikgu.Cikgu sastera pula tu.Hidup ku penoh dengan kerja tulis-menulis.Setiap hari ada kerja menulis-nulis.Aku cukup akrab dengan kerja tulis2 ni.Ia bukanlah kerja mudah dan tak kurang payahnya.Modal aku ialah ke mauan dan ketekunan.Mudah sekali ialah memblog.Menulis blog.Tulis saja.Apa saja.Di mana saja.Ataupun tulislah saja2.Di situ adanya idea,disitulah mood akan datang.Tulislah biarpun tiada orang membacanya.Tulisan kita bukan untuk berniaga.Kita bermesra saja.Bermesra jua.Dalam tidornya,dalam mimpinya juga dalam jaganya.Di mana juga.Di serata-rata.


Kami bloggers bukan dari keturunan penulis.Tapi bila selalu menulis,pintarnya datang sendiri.Paling mudah ialah tulis apa yang diminati.Tulis apa yang disukai.Kerana itulah yang kita tau.Bila aku menulis,aku ada di situ.Aku bersama di hujung jari. Jangan takut bila menulis.Jangan takut orang caci.Jangan megah dan kembang pungkur bila di sanjungi.Kepala orang bukan sama hitam.Tulislah .Berbagai modal tulisan ada di sekeliling.Depan,belakang,atas dan bawah.Kiri,kanan,dalam diri dan luaran diri.Di mana saja.Ada2 saja.Se kejap pi.Sekejap mai.Tangkap saja mana2 satu.Itulah bahan tulisan kita.Mudah saja dapat degree.Senang juga dapat PHD.Boleh memulakan di sini.


Tuesday, January 5, 2010

BERTENGGEK DI RANTING TUA



























Bila dah tua,produk sudah hilang masanya.Lupus tarikhnya.Lebih tertindas kepada yang dah bertaraf duda.Dan juga mereka yang jadi janda.KeBERTENGGEK DI RANTING TUA
YANG DAH RAPUH
DAN AKAN PATAH
LALU RUNTUH


Orang tua cukup kenyang dengan pengalaman.Pengalaman dari rasa pahit getir hidup.Semakin bertambah usia,semakin sunyi hidup ini,seperti anak2 kehilangan orang kesayangan mereka.Rasa seperti rakyat kecil yang tertindas.Dan jarang dihibur.


Berlarut2nya masalah yang tak kunjung penyelesaiannya.Di kerlingan mata tua,menampak segalanya.Yang berkuasa abai terhadap nasib kebaikan rakyat.Rata2 kubangan busuk menyusur di segenap laluan.Membikin mudah terperangkap dengan lingkaran setan.Huyung-hayang utara dan selatan laksana tubuh yang telah hilang kepalanya.


Hidup yang kabur di samarkan hingga menimbulkan banyak ngadu-domba.Banyak citranya dan tak mudah dicelah dalam melakukan pembelaan.Tidak bermanfaat untuk memburu kepentingan kekuasaan.Lemah longlai segala urat dan nadi.Dunia tak jadi seperti yang di cita.Ngobrolan kosong terbitan dari lurah2 dan denai laluan setan (syaitan).Hidangan basi , mana bisanya menjamah.Buah cempedak di luar pagar.Mana boleh dijolokkan.Itu bukan hak kita.Itulah yang nak di ajar.Budak baru belajar belum tahu ertinya.Belum paham maknanya.Belum tahu agamanya.Belum kenal khaliqnya.

nyang dengan pengalaman.Lapar dan dahaga lah Sang Hanoman.Mengidu Sita Dewi.Di telajanginya.Di dedahkannya.Menurut saja nafsu serakah.Dinodainya sepuas hati.Persetankan.Persetankan.

KENTUT


KENTUT

Seorang sahabat ku (W.Soeharso) dari tanah seberang menulis sebuah sajak panjang tentang korupsi.Aku Cuma nak selitkan sedikit pandangannya tentang korupsi.Kita sebutkan sebagai rasuah.Mengikut kawan ku itu ,rasuah itu sebagai kentut.Setiap ruangan perhimpunan semestinya berbau kentut.Bau kentut menempel disetiap
perhimpunan.Lantainya,dindingnya,atapnya,pintunya,jendelanya,mejanya,kerusinya.Bau kentut juga sudah menyatu dengan keringat diri masing2.Setiap hari orang berkentut bersama. Dan bersama pula menikmatinya.Kentut bukan lagi aib.

Bau kentut cukup meyengat.Membolos masok setiap lubang hidong.Baunya sudah mencemari udara negeri.Kentut menjelajah setiap lubang.Lubang mulut dimasuki.Apa bezanya lubang mulut dengan lubang kentut.Masing2 hak sendiri.

Dalam N3 aku yang dulu,aku telah syorkan supaya rasuah itu dinamakan babi.Mungkin dengan namakan babi ,mereka tak makan rasuah (babi).Semua ini membawa mimpi ngeri dan membaham juzuk2 rohani.Membelasah setiap urat dan daging.Memusnah sanubari.

Monday, January 4, 2010

SETIAP AWAL TAHUN....






THAT BANGKAI : THE BIGGEST SHARE GOES TO THE RAJAS OF THE JUNGLE.

THEN COME THE VULTURES.

THE REMAINS ARE ONLY FOR THE LITTLE PEOPLES.




SETIAP AWAL TAHUN…..


Setiap awal tahun orang akan merungut.Nak buat adjustments sana dan sini.Mereka merungut tentang budget.Budget persekolahan anak2 umpamanya.Budget makanan,kerana barang naik harga.Yang tua2 pula,yang dah bersara berbudget pula tentang perubatan.Badan semakin lemah,mudah saja diserang penyakit.Menunggu ambulans yang lajunya berkali2 terasak kiri-kanan jalan.Membimbang jadinya,kerana takut pemandunya ngantuk.Lebih2 lagi jika mabok.


Bukan semua rakyat senang linang.Banyak yang papa kedana.Hidup merempat.Ini yang para pemimpin tak paham.Atau mungkin buat tak tau.Depa cuma syok dok canang,Negara kita maju.Mereka jarang sekali melencong ke hulu.Tengok dulu sebelum cakap.Jangan dok syok membuat kebajikan dengan wang rakyat.Nanti Negara jatoh bankrupt.Buatlah kebajikan dengan duit sendiri.Ni lebih lokek dari tangkai jering.Pemimpin lebih terok melayani nafsu mereka.Kereta baru,rumah baru dan bini pun baru.Itu tak salah,tapi belajarlah berkhenaah.Belajarlah bertawadhok.Susah nak dapat orang sebegitu di dunia yang dah sarat dengan ‘bangkai’.Sarat dengan risiko.


Manusia memakan’bangkai’ bagaikan anjing2 serigala.Bagaikan sang singa.Bagaikan pak rimau.Membaham dengan terpelahap.Dengan penuh biadap.Tanpa segan silu di persada dunia.Dunia nilainya ter kurang dari sehelai sayap nyamok.Kita cuma boleh melihat.Kita cuma boleh tengok.Tapi kita boleh berpikiaq menentukan yang mana orinya dan palsunya.Untuk dapat jabatan dan harta,mereka korbankan kebenaran.Dalam qalbu , mereka nampak kelabu2.Kebenaran berjerubu dan kelabu.Dajjal akan datang di ambang sore.Mengabui pandangan makhluk.Memikul surga neraka di kiri kanan.Dengan rakus memandangnya,mudah mempelahap tanpa ragu…..nauzubillah.


Di awal tahun.Di bulan Januari.Tahun depan datang lagi.Mungkin lebih hebat lagi.Tak sunyi , tak bermimpi , dah tau realitinya.Semestinya begini.

Sunday, January 3, 2010

WHAT IS THE TIME MR.WOLF?


















WHAT ARE YOU UP TO


Masa terus berlari.Tanpa henti.Non-stop.Dulu dirasai masa tak sepantas larinya.Kini cukup pantas ia berlari.Itu rasa kita.Tetapi sehari kuantitinya masih 24 jam.Kalau lajunya bertambah,dah pasti masa itu berkurangan.Kalau lambat tentunya masa bertambah.Kan gitu lojiknya.Tapi tetap juga 24 jamnya.Apa peliknya? Peliknya kita rasa masa bergerak pantas.Seminggu rasa sehari.Sebulan rasanya seminggu.Kan gitu kita rasa.Time will keep on rolling.So,another new year is already here.Rasanya dia punya acceleration yang berganda.Momentomnya meningkat.Laju dan laju lagi.Sehingga tak sempat membuat sesuatu.Puas aku dok pikiaq.Apa makna semua ini.Allah bersumpah : Demi masa manusia adalah dalam kerugian.Sebab ruginya ,manusia cuba mengejar waktu.Lintang-pukang kita hambat-hambatan.Tak cukup waktu.Masa hilang begitu saja.Banyak kerja buat terbengkalai.Banyak tak memberi manfaat.Habis langsai.Tak sapa berkeupayaan menyimpan masa.Kelmarin tak datang lagi.Hari ni akan pergi hingga kesudahannya.Besok mari dan pergi.Cukup waktu pergilah ia.Kita pun akan pergi,kerana kita terikat dengan masa.Ada masa lahir dan ada masa mati.Kita akan pergi dan tak kembali lagi.Bila kita tak tau.Dalam sekejap masa 2010 dah pergi.Dalam sekejap masa 2011 dah muncul pula.Time waits for no men.Masa itu hidup,cuma manusia yang akan mati.So,jangan jolly masa.Time and time again,manusia juga yang lupa.Manusia diberi masa yang samarata.24 jam sehari.Semua memilikinya.Semua mendapatnya.Tak kurang dan tak lebih.

Saturday, January 2, 2010

BEGINIKAH CARANYA...BEGINILAH ACUANNYA

GITULAH CARANYA
GINILAH HASILNYA













BEGINIKAH CARANYA,BEGINILAH ACUANNYA


Melihat perangai haprak anak2 muda menyambut tahun baru membingongkan minda.Meluatnya citarasa.Gelisahnya hari muka.Runtuhlah akhlak mulia.Gundah gulana lah semua ibu bapa.Sebutkan apa saja,bagaikan ketol2 taik tenggelam timbul di bawa arus menuju ke muara.Relai berderai2 berkecamok merempoh tebing dan liku2 sejauh perjalanan.Ditelan dan disambar atas apa saja jenama yang hidup dalam airnya.Keroh dan pekat busuk berlendir2 jadinya.Hapak berdengung menyucok segala lubang hidung.Disepaki angin,diterajanginya kemana saja yang ia suka.Merenung ke masa depan,menolehkan masa dulu2.Jauh bezanya , lain caranya.


Perangai buruk mudah diikut,perangai syaitan tak dak sapa nak tentang.Pemimpin pun sama ,cakap berderai2 ekor bergelumang taik.Yang betina pun sama,bertelor rioh kampong,yang terjelus keluar telor kemurok.Masing2 membolot.Masing2 membuat jasa kebajikan atas wang rakyat.Membina pembangunan dari hasil titik peloh warganya.Untuk mendapat komisyen yang lebih hebat dari kerjanya.Halatuju dah tak menentu,jatidiri dah mundur bukan tak disedari,tapi buat saja tak mengerti.Perhatilah dan sedarlah diri.Hanya sekelumit taik gigi melekat di celah gusi.

Friday, January 1, 2010

WELCOME


TARIKH : 10 JANUARI,2010
TEMPAT: MESJID MUADZ,SETIAWANGSA ,KL.
MASA : 2.00 PETANG-5.00 PETANG.