Wednesday, December 11, 2013

Officially Graduated





Assalamualaikum. Have a nice "11.12.13" guysss. Fuuuu..

Okaylah nak story sedikit. Pada 2 Disember lalu, Officially i was tamat belajar di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Bachelor of Bussines Administration (Logistics & Transportation) with Honours.

#TeamSecondClassUpper 

Tonnes of glad clouded in my mind, so blessed dah lega semua selesai. Hehehe.
 
Amboii tak boleh tinggi lagi ke mak jemahhh?? Takleh behave dah time nie. LOL

Sweetness overload. I love them. It touched me ;'(

By da way, thank you so much to my dearest family, lecturers, friends yang sudi beri AA hadiah, wish dan bermaca-macam lagi. AA akan ingat sampai bila-bila. Kini, semua hanya tinggal kenangan. Gambarlah menjadi saksi memori indah bersama kalian. After this, entah bila laa kan nak commit together.

So now masa untuk mencari kerja. Oh kerjaaaaaaaaa!! Sesiapa yang nak bagi kerja tu, calling2 lah dengan AA. Hehhee. Penatlah asyik interview, tapi?? Orang kata belum ada rezeki what. I was thinking, we should work harder and then barulah tawakal. Again. Doakan agar semuanya menjadi indah selepas mendapat segulung ijazah ini. *matured tak ayat hakuuu*

Sampai masa kita berjumpa lagi. Adiossss!!







NOTA KAKI: Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

Saturday, August 31, 2013

China, Aku Datang!



Assalamualaikum and  have a good day peeps.
Oh lupa, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!

Saya anak Malaysia!

Saya anak Malaysia!

Saya anak Malaysia !

Krik krik..

Oh sebenarnya AA sedang dilemma something nie.
Bukan nak jual ubat. Bukan ya. 
Sebelum itu nak tanya, ada sesiapa tak pernah melancong atau belajar di negara China ?
Amboi tak boleh jauh lagi ke soalan tuuuuuuuuuu

Best tak?
Scary?
Senang atau susah tak nak mencari makanan halal?

KENAPA?

AA dapat offered dari pihak Universiti untuk bekerja dalam industri yang berkaitan dengan course AA
di sana dalam beberapa bulan.
Yup, sepanjang berada di sana, Yayasan Al Bukhari akan jadikan kita anak hekan support kita. 
Namun begitu, AA dan rakan lain perlu melalui second interview. Hanya 5 @ 6 orang sahaja
Yang terpilih. Apaaaa kau ingat senang jah, kiah sekalian. AA menulis nie pon sedang tahan kencing taw sebab cuak mendengarnya. Bhahaha overrr.

BILA?
Segala borang butiran diri dah di hantar ke pihak universiti.  Now, hanya tunggu panggilan dan khabar dari pihak mereka pula. Meowww!

JADI KENAPA PERLU DILEMMA?
Barangkali kami tidak dapat menghadirkan diri ke GRADUATION DAY!! WHAT?? . Masalahnya takkan  tak boleh balik sekejap kan? AA nak juga bergambar dengan gaya terlentang, peace dan melompat dengan family dan rakan- rakan kot. Itulah kenangan terindah kita sepanjang 4 tahun belajar degree. Ecece..  Selain itu, kita dituntut belajar bahasa mereka selama beberapa bulan. Den basic pon takdo. Tengok cerita Kung Fu tahu laaa. Haha

Risau.
Jauhnya perjalanan AA nanti ya kalau dapat.
Risau lagi.
Pelajar lelaki 2 orang sahaja yang dalam shortlist.
Risau lagi dan lagi. 
Bla. Bla. Bla. Out of control betul perasan AA skrg ni. Sobss
Ada pandang atau nasihat tertentu tak? Terima kasih. Nanti jangan lupa letak no phone ya, AA nak bagi kuih raya as hadiah. Hehehe.

Dah lama tak interframe kat blog sendiri. Selfie sangatttt. Haha


NOTA KAKI: Lepas nie nak menulis pendek pendek je. Haha. Malas nak menaip sebenarnya.

Tuesday, May 28, 2013

Steps To The Top (Blessing)

Im back and move from the past. Ecehhh
*lelambai

Figure 1

Figure 2

Some people today emphasize the negative and forget the positive. Its not cool.
Let say..
 1) We always nak dengar rumors/gossip bila berjumpa dengan closest. Why? 
2) We always said "wadefak" or "shit" bila masalah datang. Why not we just say any Islamic terms. 


"standard lah. macamlah kau tak suka mencarut"
OH I SEE.


Being a good talker is not a probs if you develop a positive way of dealing with it. 
We should reply any good responds too.

As a matter of fact, im absolutely convinced that one day kita akan look back and say that the 90s (zaman kita kecik dulu) mak abah kita akan tepuk mulut kita sebab mencarut "not suka suka"


Yes, we are living in a great era. Trending is becoming so important. BUT.
 I offered you, Allah keeps account of all things. Be careful for what we wish.
OH I SEE.

At last, Steps to the top as a Muslim is mercy or blessing of Allah be upon you.




NOTA KAKI: A blog is house of my opinions and feelings. Im so wrong if i not miss y'all.
 So after this, AA nak mix entri jadi malaylish boleh? hihi :)

Tuesday, February 12, 2013

Siapa Kata Duduk KL Senang?

Assalamualaikum. Apa khabar.
Meowwww.. Lama betul tak update ya? Rasa nak lempang diri sendiri je.
Bukan mudah k nak menulis sambil buat muka sibuk .Tak mudah.
Sibuk dengan praktikal katanye.. Amboi macam orang lain tak sibuk kowt

alolo janganla nangis.. 

Shhh .. Berbalik pada topik ya..


K,Siapa kata duduk KL senang?
Sebenarnya banyak benda yang kita perlu sabar dan sedar.
Patutla ramai orang berlari berganti-ganti nak duduk jauh dari bandar ye.. kos hidup kos hidup.. tahu tak apa itu kos hidup?????? *Amboi perlu ke ulang ayat sama 

Pendek cerita.. Ada halangan tertentu juga yang terpaksa AA tempuh sebelum dan selepas sampai di rumah sewa. Meh nak cerita *tutup suis lampu

1) Masa
- Niat abang untuk hantar AA ke rumah sewa terpaksa di tunda. Dia kena kerja pada waktu yang sepatutnya dia nak hantar AA. Ok tak marah cuma sedikit terkejut. Kenapa mesti bagitahu lambat.. Maybe ada hikmah disitu
-Pergi kerja 830 dan balik pulak 545. Penat tahu! Nak bagi anak itik tokwi makan pon tak sempat.. Amboi perumpamaan mana aku sebat ni

2) Kena paham jalan
-Kelemahan AA ialah mudahnya lupa simpang jalan/signboard/segala jenis tulisan kat jalan raya laa. Lebih-lebih lagi tempat baru. Dalam keadaan kritikal, terpaksa jugaklah tulis arrow dari kawasan A to B dalam notes. Nampak tak kegigihan hamba disituuuuu

-Baiklah, nak dijadikan cerita. Dari Cheras Perdana, den kena jelajah sendiri untuk sampai ke rumah sewa kat Gombak. By the way, tempat praktikal di Batu Caves. So, dekatla jugak... Abang suruh cari signboard Kuantan/Ipoh, ikut laluan MRR2. Okay alhamdulillah berjaya juga sampai ke rumah sewa. Barang-barang tak bawa banyak. Hanya yang perlu sahaja.. Next, baru abang hantar.

-Semua sendiri-sendiri. Itulah sebenarnya menjadikan kita seorang yang berdikari. Kan?

3) Keselamatan
-Boleh imagine, AA hanya guna gerak hati kalau berdepan dengan simpang 4 and roundabout.. Memanglah dia bagi direction tapi dekat highway awak,awak tak boleh bawa slow... Kena 'hon' dengan lori belakang ya awak.. Redah jugalah kan. Seram jugak lalu sebelah lori besar gedabak ni.. huhuhu

4) Berhati-hati dengan siapa kita bertanya
-Pada hari AA kena melapor ke tempat praktikal, AA salah tanya orang. Bantai dia bagi direction salah.. Terus sesat barat. Lawak pon ada... Sepatutnye kena ikut laluan "lurus" ,dia kata"belok kanan" .Its okay. Tak marah akak tu pon. Cuma kalau jumpa lagi sekali akak tu, rasa nak baling kuah kari je kat dia... *sambil patahkan lidi

5) Makanan
-Kenapa kalau kita sebut KL, mesti dikaitkan dengan "makanan mahal"?. For me,standard lah kan. Nak murah, masak sendiri lah munahhh.. Tapiiiiii wah ada tapi jugak. Kalau makan nasi ayam di gerai tepi jalan pon dah cecah RM10? What the duckkkk...So korang kena kaji tempat tersebut. Mana lagi kedai makan yg murah. Orang kata" murah dulu, sedap datang kemudian". Ececece
-Lagi satu, Kena berjimat cermat oii. Tak boleh makan mewah-mewah.

6) Cuaca
- Kadang-kadang kita akan rasa pelik. Ada tempat yang kena hujan,ada yang tidak. Pernah berlaku minggu sudah.. Mohon NASA buat kajian. Tapi serius tak beranilah merempit time hujan hujan,jalan licin kowt.. Den dah lah silau dengan lampu ni. Berteduhlah kat Shell or mana-mana dulu k

7) Roomate
-Actually, nak lebih selamat carilah roomate yang benar-benar memahami kita. Cara komunikasi yang baik dan bertolak ansur. Buat masa ini, roomate pon okaylh sebab dah lama kenal time study di UUM dulu..Setakat nak pinjam barang tu, no hal lahh...

8) Sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
-Macam kita baru pindah ke rumah baru. Mestilah kita kena paham lifestyle di kawasan itu,jiran,kemudahan,kebersihan... Paling tidak, jangan susahkan orang lain dengan tabiat lama kita. Contohnya, suka buka sound kuat-kuat, tak suka tutup pintu. Kena pahamlah situasi yang lebih selesa. Kita nak selesa, orang lain pon nak jugak


CHOPPP!! Ingat nak buat mini-gathering kat Ikea.. awal bulan 3.Okay dok? Siapa nak joingggg. Komen pliss. Hoho..
K la. Setelah beberapa bulan tak update, tak tahu nak tulis apa. Mood ada,nak menulis je berat kemain tangan.. Bhahaha


NOTA KAKI : Rindu giler dengan zaman blogging macam dulu. Adakah awak merasai apa yang saya rasa?? :(