Assalamualaikum.. Amacam raya ok? ^^
Fuh! Lama giler tak bukak topik pasal lelaki dan perempuan, Kan? Kan?
Oleh itu, hari ini nak beri gambaran sedikit /tips pasal lelaki gentleman yang orang pompuan perlu tahu.
Orang kata, lelaki gentleman ini menjadi impian kepada peremm.. perempuan diluar sana. Tapi apakah ciri-ciri yang patut mereka ada ? haa,meh sini den nak koba..
walaupun ada kekurangan,tapi dia mampu selamatkan nyawa
orang yang dia sayang dengan cara tersendiri (best citer ni)
1>Tidak pandai menunjukkan emosinya
-Kalau dihadapan wanita,dia pandai mengawal kemarahan..Adakah begini?
“awak.. ambil saya dekat office sekarang!” “ya..”
“awak.. malam ini kita dinner sama-sama.. no excuse!” “err… ada bola camne?”
Orang pompuan selalu salah tafsir jika lelaki itu naikkan nada suara. Orang lelaki bukan nak marah tak semena-mena. Tapi dia rasa.. ego dalam diri dia telah terkongkong jadi wajarlah dia bersuara ,kalau perlu rite? Sesekali mintak tulung xpela.. Kalau galak galak kali? Wahai sang bunga,anda harus memahami juga ya. Melainkan kalau anda dapat jenis kumbang yang berkira tak tentu pasal lainlahh.. haa,sembur je dengan ridsect perisa stroberri .heh?
2>Bijaksana VS hensem
-Lelaki bijak tak semestinya hensem.. Lelaki hensem juga tak semestinya otak bergeliga. Kalau ada dua-dua, AA boleh kata.. Untunglah! ^^
3>Keyakinan diri itu penting ya abang-abang
-Orang pompuan ni ,kalau hati dia dah berbunga-bunga dekat lelaki itu.. Sikit masa lagi,dia senyumlah sorang-sorang.. touch up mana patut.. err yeke? Hahaha…Jadi lelaki itu semestinya cukup sipat sebagai pembela wanita dan keyakinan diri yang tinggi bak menara KLCC di malam hari.
“Sayang jangan risau.. Abang ada, bersandarlah dibahu ini kalau ada masalah lagi ya selepas ini” *wekkk Geli !
Orang lelaki penuh keyakinan didada ini,seorang yang open minded dan mampu membuatkan orang pompuan ‘cair’.. Waduh! Mulalah pompuan itu cakap terketar-ketar.. Mata tak memandang.. Jantung terhenti duopoloh saat.. Lalala
4>Dilihat Manis,Dipandang lagi sekali pon manis
-Bukan manis dek rupa kau yang macam gula lahh. Tapi tapi.. Lelaki ini cukup sipat pribadinya sebagai seorang yang shopan shantunn (sopan santun) dan bertimbang rasa .Kalau sopan santun itu, bukan saje pada orang tua tetapi segenap umur lah.Bertimbang rasa pula,dia akan dahulukan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.
“senyuman dia bukan sebarang senyuman tetapi terpancar luv-luv lah kalau tengok.. aww!”
sape dia ni? dah lah suka interframe dalam blog ini. hoihoi.. si kurus!
(lokasi: Presint 1,Putrajaya, 1.11.11--> nombor cantik)
TAPI, Menjadi tak Gentel-Man kalau lelaki itu...
1) Kalau orang pompuan bawa banyak barang.. Dia buat bodos tanpa tanya sama ada perlukan pertolongan @ tak .
“kau kau emak aku ker? Lantaklahh” --> tak patut
2) Kalau berjalan –jalan di Mid Valley, boleh pulak dia ekor orang pompuan. Bukan duk depan atau seiring sejalan… kalau AA tak mainlah ekor,dukung je ! *wekk
3) Ada kerusi kosong didalam bas tapi dia pulak kemain duduk dulu. Eh tak patut! Tak patut.. Err sometime patut gak ,lagi-lagi berebut nak ke kelas. Hahaha..
4) Orang pompuan order,dia boleh pulak kira semut atas meja. Eh AA kata tak patut! Sebab tak ajak den kira sekali. Err..
5) Kalau orang pompuan ngadu apa-apa masalah dia boleh pulak kata,
“tak tahu”
“awak selesailah dulu,saya ada keje sikit”
“ikut awaklah..”
NOTA KAKI: Dulu-dulu .. Masa jadi pengawas ,cikgu selalu enteng budak macam kami supaya jawab soklan dan mari ke depan. Sekarang baru tahu .. Itu salah satu proses untuk melatih diri kita menjadi gentleman kut..