Friday, September 30, 2011

47093 Email ??

Salam Aidilfitri. eh dah abis raya kan?  : (
Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog AA ini..
eh thanks Maya sebab sudi letak Blog AA sebagai blog pilihan :)
Blog nie interesting ke? hehe.. kembang idung sudahh :P


Ok,berblik pada topik asal..
Cuba korang tengok picture kat bawah ini.. Banyak kut email yang nak kene delete..
Den tak mampu munah!! wan maimunah,help me


Padan muka!
Siapa suruh letak notification dan send to email kann...Tak setting dari awal!!
Kebanyakan dari Facebook.. Kalau nak kata blog eh bukan,sebab AA guna
Gmail.. Memangggg sadis,kalau line laju macam kereta api bullet bru boleh bukak..Kalau tak,lama giler loading..Memang tak boleh bukak email lama-lama wehh
Adoi!!! (pengsan duopoloh minit)


Sejak ada Gmail,akaun Yahoo yang lama semua(2 je..bunyi cam manyak je!) 
Tersadai di bawah tempurung ..Sayang pulak nak delete akaun ni.. 
This is my first email .. YM ada 96 orang,tapi boleh add
contact balik guna email bru kan?? hm.. Rajinla sangat..
Korang ada idea tak?? Sama ade kak delete terus akaun ini dan fokus pada Gmail? (runsing)


Gmail- esaimen ,blog dan nuff
Yahoo- notification fb ,all application since year 2007





Pengajaran: Kena selalu update email anda dan asingkan email untuk benda yang tak penting/penting .sekian








NOTA KAKI: Gmail lebih laju daripada Yahoo mail???

Edisi Rekaan #1: Kasut Tumit


Rekaan kasut tumit pada tahun 2020 nanti?



1)

KELEBIHAN: Kasut yang bakal ada page sendiri nie,bakal mendapat sambutan luar biasa dari kaum wanita yang mementingkan keselamatan.. " Really???!! " (tetibe suara dr tepi tingkap)..Yup! Kalau korang diganggu lelaki durjana, dengan mudah.. Korang hanya buat satu tendangan di bahagian tutttttttt jew…Diorang takkan sexual harassment korang lagik..Gembira?


KELEMAHAN:  Tapiii...Jangan terkejut kalau orang sebelah shift+off kalkulator &terus baling botol kicap kat korang sebabnye??,ha sape suruh hang pijak kaki dia.. azab tak terkata taw!!



 2)


KELEBIHAN: Memandangkan cuaca sekarang sangat panas umpama arang sudah menjadi abu,AA sarankan korang pakai laa kasut jenis macam ini… Perrr, kaki korang akan rasa berangin macam ala-ala dekat Cameron Highland je.. try la!!


KELEMAHAN: Kalau jenis yang tak reti nak potong kuku, memang kantui panjang ah… Jadi ada option,nak pakai stoking @ tidak..  Kalau rasa kaki gatal semacam tu,ada benda something gigi kaki korang la.. Berminat? Wawawawa.. :P



 3)


KELEBIHAN:  Contoh dialog: “eh siti nurbaizura kamilia maimunah binti jalaluddin che' mokhtar ,apsal kasut tumit awak ini takde tumit eh? Mesti sakit kalau jalan kan? Hahaha.. Sori kalau saya tertawakan awak” -“kasut saya ini transparent laa.. Hahaha.. Awak ade?? Takde kann”- “ ………………. (terdiam)

Selain itu, kasut ini lain daripada lain..Dan sesuai untuk orang yang sukakan perhatian,k bai.


KELEMAHAN: Mudah ditertawakan oleh orang lain dan kalau lalu dikawasan becak, dah tak nampak transparent lagi. Jadi hati-hati.



 4)

 
4) KELEBIHAN:  Hamik kaw,sejambak bunga den bagi .Hehehe..  Sesuai untuk wanita yang cintakan konsep bunga-bunga ,hias tari dan segala macam laa..Nampak lebih ayu dan mudah didampingi.errr... ada kene mengene ke?..  *pengsan


KELEMAHAN:  *some text missing




5)

KELEBIHAN: Dengan ada nye roda impian di kasut tumit nie, korang akan rasa yakin dan happy .. Dengan hati girang berkata,


“eh bila masa aku dah sampai ofis ni? Ouhh lupa.. kasut tumitku ada roda.. Hehehehe..” (10 min kemudian, up status kat FB)


KELEMAHAN: Kalau korang kerja sebagai waiter .. Tak digalakkan untuk guna kasut tumit jenis ini. Hal ini bakal mencederakan diri sendiri.. gilerr kan,jatuh periuk belanga dekat customer nanti tak pasal-pasal kena pecat.... so,pilihan di tangan anda.. ewahh.. :P

So, kalau kat kedai ada jual mcam ini,agak-agak nak pakai tak? *giler ke ape

















NOTA KAKi: Takut kut tengok pompuan yang pakai kasut tumit tinggi-tinggi ni.. Adehh.. Korang jangan pakai tinggi sgt la.. Nanti terkehel k :)

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #7: Sebelum & Selepas Kahwin





SEBELUM KAHWIN:






SELEPAS KAHWIN:  Cuba korang baca dari bawah ke atas.. Hehe..



Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all


siapa tahu lagu apa ni? sedih kan?...sesuai untuk orang yang .. huu


eh AA prihatin laa,
siapa yang pernah dikasari,di-skandali (rujuk kamus dewan jilid ke 22,m/s 311) , dihingusi, di -pornoi.. bagitahu kat den .. biar den sumbat botol kicap manis dalam lobang idung dia.. haa,tak pon lelaki dayus beb pukul-pukul pompuan ni.. err.. apsal terlampau prihatin ni..  Hohoi..


eh wait... Jangan skandal-kan AA dengan Wan Maimunah k.. err.. (malu la kiteww..ok,jgan gedik!)






















NOTA KAKI: eh suka ayat ni -> Iloveyou' is better than 'i love you' because there's no spaces for lies "

Monday, September 26, 2011

Considered or Accepted








Kita boleh jadi manusia dalam situasi yang pertama(pic 1)..

Kita juga boleh jadi manusia dalam situasi yang kedua(pic 2)..

Andaian rapuh dari AA,

SITUASI PERTAMA:

-Mungkin dia pernah buat baik, tapi orang tak pernah hargai :(
-Mungkin niat dia nak tolong orang lain, tetapi kemampuan diri terbatas.. 
Jadi,baik dia pilih situasi nombor dua
-Tak berapa jelas, "nak suruh buat ape" ..Bila dah jelas, baru boleh bagi answer
-Masa orang nak mintak tolong, masa itu la busy.. Err..


SITUASI KEDUA:

-Dia memang mata duitan
-Barangkali dia tak mampu buat jikalau tiada imbuhan/ganjaran
-Dia memang perlu buat macam itu atas sebab-sebab tertentu.  Cth..betul2 kesempitan 
-Otak bisnez = Win-win situation?
- Mungkin sebahagian income dia.. Jadi, kalau takde duit.. Dia nak makan ape..


Korang pernah tak alami salah satu daripada situasi dia atas? atau, maybe kedua-duanye..
 Tapi selalunya,

BOLEH JADI SERBA SALAH.. JIKA ADA SIMTOM-SIMTOM....?


Family= " ala.. dengan famili pon nak berkira.. " 
#Kita bukan tak nak berkira.. Contoh,suruh jemput dia dari N9 ke Perak. Ya,Jauh.. Korang nak mintak duit minyak or senyap?

Kawan= "ala Munah.. dengan rumet pon nak berkira.."
#Kita bukan tak nak berkira.. Contoh, dia suka suruh kita tapau makanan. Hati mahu menolong..Tapi kita sendiri pon cukup-cukup je.. Nak dahulukan duit sendiri or asyik mintak?


Kadang-kadang.. Orang ta paham..

Kita akan rasa tersepit, mahu jaga hati sendiri or mereka...Pernah jadi?









NOTA KAKI 1: Duit VS Kebajikan = ???

NOTA KAKI 2: Semalam kawan AA tanya kat Fb, nape selalu tulih entri panjang-panjang.. ~Ok, kali ini pendek kut..Kan? :P (dulu sek mmg gila karangan so nak wat cmne .hehe)

Saturday, September 24, 2011

Sekolah VS Universiti : Di dalam Kelas

Assalamualaikum,
Ini bukan entri artikel. Sekian.



"Salsabila .. Mana mahu lari? .. Kita kawan kan!?? "

1)Kedudukan Di dalam Kelas


Sekolah: “Chop!! Kerusi ini aku punya.. wekkk!! “ (harus tunjuk lidah)
              ~ ”Hari ini cikgu tak nak kamu tukar-tukar tempat duduk lagi.. Pahamm!!!!“
(jam dinding bergegar)
Universiti: “Weh, apa barang duduk depan..  Banyak lagi kosong dekat belakang!!  Kasi budak pompuan ah duduk depan”



2) Kecepatan Menulis


Sekolah: Hari ini, cikgu cakap kamu tulis ya… “Pada suatu hari… tenuk itu pun melambai-lambai ke arah Peah…  “ ~ Dapat?!!  Okey cikgu ulang balik.. “Pada suatu hari…. tenuk..bla3”
Universiti:  Morning class..Ok we proceed … U know what tenuk is cuter than crocodile.. However,I want to tell you about marketing first… bla3 (1jam) ~ “ weh, cepatnya dia cakap.. kau tulis apa?”



3)Tahap Gelabah

Sekolah: "Kau dah buat nota sejarah ?Aku terlupa la weh.. Dia nak cek hari nie kan?? Mati ahh camni.."
Universiti: "Kau dah siap buat esaimen ?Aku tak jumpa jurnal yang dia nak la. Dah la guna system APA.. Mati ahh camni.."



4) Di Sana Membebel, Disini Mem’fokus’

#ewahh macam tajuk lagu kau!


Sekolah: “Pap ! Pap!”(bunyi rotan ) ~ Iz Eusof.. Ada masalah ke kat belakang tu? Paham tak? Cuba kamu baca perenggan pertama..”  “Baik cikgu"
Universiti : “U know what..Wan maimunah is one of de great actress..bla3” (lecturer monolog sendirian)

****Lelaki-“alamak..Camne Jepun boleh menang ni!"~“weh,slow sikit..”(pelajar baca paper dibelakang)


****Pompuan“weh Maya Mustwany(bukan nama sebenar) ,kau beli shawl ni dekat mana? Dekat Watson ada tak.. Berapa harga dia ehh” ~ “weh sengal,slow sikit..” (pelajar bergosip dibelakang)


5) Handphone!
"Tetibe kaki i parkinson dengar lagu Aselehe nii..  Jom menari sayang !"


Sekolah: “ Aselehe ha lehe… le patah lehe!!” ~Kejap ya kelas! (cikgu jawab panggilan)
Universiti: “ Begitulah awan nano nano nano nanooooooooooo!! ~ Aduhh, Lupa silent!!  Kejap ya Dr! (anak murid jawab panggilan)

# lecturer korek idung sambil ternganga


6) Soal Kedatangan Di dalam Kelas


Sekolah: “ Karim, Bangun!  Apsal kamu tak datang semalam? “Saya pergi Melancong cikgu. Tetapi mak saya cakap,kalau guru kelas tanya .. Cakap je demam! Boleh kan cikgu?

Ngaaaaaaaaaaaaaa # cikgu pengsan duapolohminit


Universiti: “Weh Karim macam biasa.. Sign-kan untuk aku.. Hehe. Aku ada program dekat kolej hari ini.. Boleh ya..  Esok aku belanja kau Cicak Tandori nak?
Ngaaaaaaaaaaaaaa # karim serta merta senyum











NOTA KAKI 1: Kita kene ada adab menuntut ilmu di dalam kelas dan fokus itu penting.TQ

NOTA KAKI 2: Demam dah semakin sembuh.. Just selsema je lagi nie.. Thanks uols :)

NOTA KAKI 3: Sape suka kalau di tag? Nanti AA tag lagi.. Hehe.. (bagi traffik free)

Thursday, September 22, 2011

Wordless Sangat : Demam

sakai giler


aghrhhhkahdhsjjssknbcjsujd !! 
selsema
sakit tekak
demam
ok, siapa yang nak kisah kan? : (

Kepada yang suka jalan-jalan,


Sila jaga kesihatan korang .. Maaf kalau tak sempat nak BW/balas komen .. Huu

*Maaf tak larat nak tag semua orang. 
next time,AA tag the others lagi .. k 












NOTA KAKI :  akibat kene hujan kut.. dem!

Wednesday, September 21, 2011

Ada Sesuatu Yang Kita Terlepas Pandang?


eh wan maimunah lagi.. sejuk mataku memandangnya.. :)

Assalamualaikum,hari ini cadang nak bagi entri motivasi sikit . Hope korang suka.. Rasa suka kut kan?? :P
Tahu tak, di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah Taala

1)Secara langsung
2)Secara tidak langsung

Secara langsung, bolehlah diterangkan seperti langit,hutan,sungai dan lain-lain. Ayat mudahnya,apa jua yang ada di bumi secara semua jadi. Paham?

Manakala secara tidak langsung pulak,bangunan,perabut ,pakaian dan sewaktu dengannya.
AA nak tanya,antara kedua-dua jenis ini manakah yang lebih menenangkan jiwa dan hati kita apabila kita lihat lama-lama? Sudah pasti jawapan korang- Penciptaan dari Yang Maha Esa.

Ouhhhh.. Baru Aku Sedar!

-Kepada pembaca yang disayangi, siapa yang suka sangat tengok langit? Sila angkat kening.. Hehe..Apabila kita lihat langit,sure kita akan rasa nyaman,lapang dan tenang jew.. Betul tak?Kenapa langit? Baiklah.. Kita akan paham erti ketenangan yang sebenar-benarnya jika dikaitkan dengan Allah. Benar… Pandang langit dah tenang,tapi bukan langit itu yang menenangkan kita.. Tetapi ketenangan itu dari Allah dan tandanya,Dia 'dekat' dengan kita. Subhanallah..

“Pandang dan hayatilah alam ini dengan pandangan hati”

“Dialah yang menghidupkan dan mematikan,dan Dialah yang mengatur pertukaran malam dan siang.Apakah kamu tidak berfikir mengenainya?” (surah al-Mukminun 23:80)

AA suka pijak mereka tetapi mereka hebat!

Hampir setiap hari, AA akan pijak dia. Dimana-mana  sahaja,dia tetap meng’karpet’kan laluan kita. Agak-agak hebat tak dia? SUDAH SEMESTINYA HEBAT! Dia itu,AA tujukan pada rumput. Rumput ini kalau kita lihat dari matakasar memang biaserrrrr jew..  Jikalau dari sudut motivasi, rumput ini sangat tabah dan cekal sebenarnya. Buat macam mana pun, dia tetap tumbuh menghijau.. Tak merajuk pada tanah. Tanah pon ada kawan kan.

 Ok, kita dah dapat point disini betui tak?Pertama, Jangan hina benda yang remeh pada pandangan mata kita tapi hakikatnya benda itu ada unsur  positif yang perlu kita learn more… Kedua, belajar menghargai ciptaan Allah Taala. Cuba korang duduk kawasan berbukit,baru korang tahu penting atau tidak rumput ini (misal,elak hakisan tanah)

Selain rumput, kita selalu jugak pijak semut kan? Kasihan semut itu. Mereka penat buat rumah,esok hari kita dah runtuhkan. Mereka berhijrah…  Tia-tiba,banjir pulak . Mereka mati. Adakah itu takdir haiwan bernama semut? Oh tidak… Kita kena berlajar dari segi survival . Sambil menasihatkan diri jugak, benda ini remeh je. Tapi kita kena belajar dari remeh dah jadikan panduan pada hal yang lebih besar. Semut ini sangat rajin dan suka tolong menolong.Alangkah indahnya jika semua manusia ada sifat begini..

Manusia: “ah.. kau buatlah sorang-sorang.. aku malas lah.. nak main facebook sat”
Semut: “Kita kena berusaha keras. Kita ramai musuh. Jadi,Jangan tunggu lagi mari kita berkerja sama”

Di dalam badan Orang Jepun ada sifat semut?

Orang boleh kata apa sahaja tentang semut sebab dia binatang,tetapi orang akan terdiam apabila berkata tentang manusia yang di-bar code  budaya Jepun. AA nak sangat pergi Jepun,Serius! Sejak tengok citer GTO,semakin membuak-buak untuk ke sana.. Mahu belajar BUDAYA,GAYA HIDUP,PROFESIONALISME mereka!

**symbol “ = “ialah ada persamaan

Semut=Jepun =Kecik=Laju=Lincah=Teamwork=Rajin=Pulun=> Berjaya

Semut ada markas,Jepun ada negara sendiri yang GAH!

Lecturer AA ada citer tadi, dia kata budaya kerja kat sana@Jepun.... Sebelum balik dari kerja, mereka akan turunkan komputer letak bawah meja ... Licinkan meja dari sebarang alatan/tugasan..... Naikkan kerusi atas meja dik! Ok,korang gelak,macam budak sekolah ye dak.. Tapi, budaya mereka, kalau kerja tak abis.. akan terus buat ikut arahan! Bila dah abis... Mereka akan habiskan terus, feel free jew balik rumah.. Fun!Rest!... Lepas tuh,esok awal-awal pagi, turunkan kerusi.... Lap meja dari sebarang habuk.. Lap dekstop ...Even dah 10 tahun pon, still nampak baru dekstop tu woi!!  

Agak-agak,bila lah budaya camtuh nak ada kat orang kita ya?? Hmm....

Wake Up!

Sia-sia sahaja kawan, kita pikul buku teks seberat 4 kilogram, 500muka sura,dibalut cantik-cantik – tetapi gagal untuk memahami dari sudut mata hati. Sekadar menghafal,its nothing!
Sia-sia sahaja cikgu,kita suruh anak murid datang kelas pandang tulisan marker pen.. Conteng sana-sini BUKU LATIHAN, tetapi tak nak suruh belajar diluar kelas.. Suruh tengok segala penciptaan yang teragung dari Allah Taala, Subhanallah..(wahai cikgu.. tak luak pun silibus kalau duk 1 jam/minggu di luar kelas, suruh pelajar bukak mata hati ..AA berani bersuara sbb ramai cikgu nak kejar A+++ jew. Sori,i got xperience)


NOTA KAKI: Semasa taip post ini, tetiba air mata berlinang..Maybe ..erm, I dunno.. 

Monday, September 19, 2011

Bergaduh Pasal Tutup Aurat Pulak Dah!

Salam Aidilfitri...
eh raya lagi kan? so kalau betullah,sila menari.. :P

Hari ini nak citer pasal... err.. 

"Hana.. U cantik la.. May i blushing kejap?Hehe"

AA rasa zaman sekarang ni, ramai wanita bertudung kerana fashion..yeke? Am i rite!??Sebabnya,sabtu lalu.. AA keluar dengan member lelaki n pompuan (rombongan cik kiah) p Jitra Mall..Naik tingkat atas sekali,makan-makan..Sekali, terpandang pulak gurl ni pakai tudung litup ..Nice!!.. 2x tengok,dah tak Nice!! Sebab,takde lengan baju..

Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (wat muka ikan masin) - bak kata sis Liyana Zahim Hehe. Kak,pinjam ayat sat eh :P

kejap pakai tudung dengan fashion itu dan ini kejap lagi dah tak bertudung balik!
bila tanya! kenapa? 


"ala...dalam percubaan je lagi! "


adehh.. tak reti cakap camner!!
AA memandang tinggi martabat wanita bertudung! tapi  tetibe hilang respect lak bila wanita itu tidak menghormati tudungnya!! (sila terasa)
Kadang2 ade lak yang pakai tudung saje nk tutup LOVE BITE!!! (ter-CAPS LOCK plak) Ape cite ni .....fuhhh... #bukak kipas selaju mungkin
Secara random ? Oh tidak.. Kawan AA yang gurl pon ade yang kata sedemikian.. Bukan serkap jarang beb..  Bak kata pepatah AA (rosak pepatah asal) Hahaha

"kerana lalat seekor,rosak sebaldi air blackcurrant"

Tengok bawah ni.. AA nak tanya pandangan korang tak kisah la gurl yang pakai tudung bawal.. pashmina.. shawl..saji or apa jenis pon, What do u think??
Siyes, macam perbualan budak-budak plak.. yang hadoo??
Eh admin ke2 den ni,nape dia tak blur-kan plak pic .. Maaf!
**gila manyak org like,adakah AA ditipu?

IDEA POST: ANISA

Next time, den letak pulak picture admin ke-2 blog AA ni ya.. Umur lebih kurang jew tapi pangkat untie..Apakah?? Hehe..



NOTA KAKI: Berubahlah sebelum terlambat :)

Sunday, September 18, 2011

Maaf, Tak Selesa Dengan Lelaki Yang...

err...

1)Aku Ada Anting-anting.. Kau ade?

-Kebanyakan lelaki yang suka pakai anting-anting ini kurang kasih sayang sebenarnya…  Mahukan perhatian dari orang lain. Kepala lutut kau! Mana boleh pakai dow..  Kalau akak or adik perempuan kahwin, camne nak jadi wali? Siram air panas kat dalam telinga tu baru taw.. Hahaha.. Tak yah nak style sangat. AA tak pakai,orang still kata style ape..ecehh..So,jangan cuba ikut kawan k.. Tak bagus!!

2)Jambang berselerakan

-Kali ini jambang pulak tak reti nak cukur bagi kemas dan rapi. Hey bro,kau ingat kau hensem macam Heritik Rosann?  Eh Kalau student tu, takyah nak berdondang sayang bela jambang panjang- panjang la.. Kasi kumis sikit @ciput dan misai itu nipis dah hensem pun beb.. AA tak selesa kalau tengok diorang nie makan, lepas tu jambang dia melambai-lambai mintak suap.. grrr…

"AA i nak kahwin dengan u... May i?

"Oh noo!! i runnnnn "


3)Duduk sambil pegang ……

-Pegang apa ni? Err.. pegang tangan awek tersayang dia lahh tanpa memikirkan sensitiviti, cctv dan mata orang sekeliling…. Wah-wah-wah… Kemain tangan kau ronda-ronda kuala lumpur belai sana… belai sini… Orang lain nak makan pon ,rasa geli beb.. Agak-agak kalau dah gatai sangat, Cari kerja tetap.. Kumpul duit.. Kahwin.. OK tak 3 step nie? Hehe.. AA belum gatai lagi weh.. Studi dulu.. ececehhh..

4)Peluh Vs Rokok

Antara bau peluh badan lelaki dan bau rokok mana lebih harum? Kau gilerr… Takde kerja. Ha.Ha.Ha....Actually,bau badan lelaki nie kuat sikit. Jadi, kalau yang jenis malas nak bersugi eh silap pakai deodorant tu, sila-silalah jauhkan diri dari manusia yang wangi ya.. Kemain mewah bau selepas berjogging ,kau nak lepak ber-surat kabar kat sekeret recepis eh.. Kalau boleh, terus mandi beb.. Tak tau nak cakap camner kalau yang bangsa lain(somalia,bangla lagi pening) kan.. Hadap jelerr..hahaha..

 Lagi satu, bab rokok pulak..  AA paling tak suka bau asap rokok. Sebab utama, AA bukanlah seorang perokok (ikut abah tak isap k)..Baik tak? Hehe.. Jadi, kawan-kawan AA pon kebanyakannya akan duduk luar bilik untuk merokok..  Kalau tak nak duduk luar pun, AA suruh jugak duk luar.. Hamikkk… Hisaplah kau puas-puas..hehehe..

5) Cakap Nak Gempak jew

- Korang pernah tak berborak sambil bersugi dengan lelaki yang topik dia nak best je.. Kalau cakap pasal henpon, dia lah paling power… Kalau cakap pasal awek, dialah paling laju mencelah.. Kalau sentuh pasal studi, konon dialah pandai serba serbi- Hasilnya? Ampehhhhh… Hahaha..


 Kalau nak versi perempuan plak(entri lepas), klik -> Maaf, Tak Selesa Dengan Perempuan Yang..


NOTA KAKI: Nak Siku?

Saturday, September 17, 2011

Maaf, Tak Selesa Dengan Perempuan Yang...



wiwit... nak pinjam bulu mata leh? :P

1) Mekap Setebal 8 Inci

“Milah (bukan nama sebenar),awat tebal semacam je mekap kau?

Agak-agak,AA berani tak nak tanya macam itu? Haha.. Serius, mata AA kurang vitamin apabila tengok gurls yang suka mekap tebal-tebal nie.. Kau nak tunjuk dekat siapa? AA rasa, gurls yang duduk sebelah kau tu pon tak selesa kut..Kalau natural tu oklaa.... Tak terlalu tebal,tak terlalu pucat.. Orang kata, nanti kahwin dah takde seri.. eh betul ke?

2)      Rambut Berselerakan

-Macam tak best je ayat berselerakan tuh.. Tak kemas ok kut..Hehehe.. Pergi kelas, tak sikat rambut.. naik bas, sampai  menutupi mata drebar, kau ingat orang suka? Haha…  Apa salahnye,sikat elok-elok dan ikat seperti petai yang dijual tepi jalan nun.. Tak pun,pakai tudung.. Abis citer... hehe

3) Pakai Legging

- Apsal gurls suka pakai legging eh? Kalau dekat UUM ni, mostly dream gurls indon gemar sangat pakai legging.. Haiyoo, ketat-ketat camtu korang selesa ke jalan wehh… Kalau kena dengan saiz badan takpelah gak..haha.. Pasal bab aurat ni, AA malas nak tazkirah.. Korang boleh search sendiri dekat Google ya..

4)Gelak Mengilai –ngilai

“eiiiiiiiiiiiiiiiii………….. eihiihihihihihi”

“oi Pontianak,larikkkkk”

Korang ingat waktu-waktu malam je ada pontianak? Siang-siang buta pon ada wehh.. Lagi-lagi kalau dalam bas,dalam kelas.. mak aihh..kalau gelak kemain syahdu eh.. hahaha.. Jangan buat time orang tengah berak k, kalau tak naye je orang lari bertempiaran… hahaha..

" AA u nak kena saman ke? apsal pic i ada sini!"

5)Super gedik

-Kebanyakan lelaki suka kacau gurls yang ada perwatakan gedik.. Lepas kena kacau,kau ingat lelaki tu suka kau? NEVER! Diorang just nak test korang je.. Nak jadikan skandal maybe, untuk girlfren tak kut…   Elemen utama orang akan klasifikasikan korang gedik melalui, body language,suara manja-manja macam Ella, memek muka dan macam-macam lagi.. err… Tak perlu kut :)



NOTA KAKI: Nak kaki?

Friday, September 16, 2011

isteri-isteriku gangster macam best jek!!!!


Manja dan Herry merupakan pasangan suami isteri yang penyayang dan romantis. Tetapi, Manja adalah seorang isteri yang berperangai samseng, dan dia cuba untuk menyembunyikan perangainye daripada  pengetahuan Herry. Dua tahun setelah perkahwinan mereka, mereka masih tidak mempunyai anak yang disebabkan oleh kemalangan yang telah  berlaku pada  Manja pada masa lalu, yang membuat dia berasa tidak berdaya untuk berbuat apa-apa ....Jadi dia mencari seseorang untuk memberi Herry anak, dan juga untuk mengalihkan perhatiannya daripada kumpulan gangster. Manja Askes Reanna, untuk membuatkan Herry mengahwininya. Tetapi apabila berkahwin dengan dia, Manja cemburu dengan hubungan antara suami dan isteri barunya. Konflik berlaku antara kedua-dua isteri sehingga satu hari, Herry diculik oleh Min Siam. Sebagai isteri  pertama, Manja  ke kawasan musuh untuk menyelesaikan perkara-perkara tersebut bagi menyelamatkan suami beliau.


Klasifikasi: PG13
Genre: Action / Comedy
Tarikh Siaran: 22 Sep 2011Running Time: 1 jam 32 Minit
Pengedar: Metrowealth
Cast: Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Zul Handyblack

Pengarah: Ismail Bob Hasim


p/s:Cerita macam menarik.. buat yang nak kawin lebih tu.. ape lagi jom ar tengok... manetau korang akan berpikir dulu sebelum terjadi... ^_^






Thanks.. Sila Datang Lagi :)