Sudah sangat lama rasanya jari jemari ni tidak menulis, tak tahu lah masih ada yg membaca ataupun tidak. Masih belum bertemu idea mungkin. Mungkin juga masih belum dapat mengatur masa sebaiknya dengan jumlah tanggungjawab yang bertambah.
Friday, July 29, 2011
Hijrah + Quick Updates
Tuesday, August 10, 2010
Home
Finally, the exams are over and I'm going home after nearly 2 years, would be great to spend Ramadhan and Eid with my family this year. Ouh how i miss them so much especially the little ones, Iffah and Abbas. Sadly i won't be meeting my brother Ahmad for a while since summer in New Zealand is in Nov/Dec, gotta wait until one of us finish our studies. Gonna be a long journey, I'm getting 10 hours transit in Doha and 10 hours transit in KLIA since I'm taking a flight to Penang from LCCT at Thursday's morning.
Shared by Neo Rantissi at 11:41 AM 4 Extra Sharings (Comments)
Labels: Lagu dan Lirik, Santai, Travel, Unknown
Wednesday, April 28, 2010
Keinsafan
Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi
-Nazrey Johani, The Zikr.
Kadangkala, hati mudah rasa bersalah, mudah terasa insaf.
Kadangkala, lidah mudah menutur kata2 insaf, mudah menutur kalimah-kalimah taubat.
Namun...tubuh badan itu, tidak pernah mudah dalam memanifestasikan keinsafan itu.
Nafsu dan syaitan seringkali saja datang, menghasut dan memperkotak-katikkan jiwa yang kononya telah insaf itu.
Tatkala jiwa dan hati itu rosak, tiada lagi rasa bersalah, tiada lagi sinar keinsafan, tiada lagi keinginan taubat, tiada lagi rasa takut pada Sang Pencipta, Tuhan Pemilik sekalian alam dan jiwa, maka jadilah ia, insan dengan jiwa dan hati yang hitam dan kosong.
Saat itu, jeritan iman dan rohani dalam sanubari yang meronta-ronta minta diselamatkan, tidak lagi dipedulikan, maka hanyutlah insan itu, ke lembah durjana.
Peliharalah hatimu, peliharalah jiwamu, peliharalah imanmu, peliharalah rohanimu.
Rahmat dan keampunan Allah itu luas tidak berpenghujung, oleh itu, pintalah sebanyak-banyaknya dan jangan pernah timbul perasaan putus asa dalam dirimu.
Dan jangan kau lupa, nafsu dan syaitan durjana itulah musuh terbesarmu.
Ayuh jadi insan bertaqwa!
Shared by Neo Rantissi at 11:41 AM 1 Extra Sharings (Comments)
Labels: Lagu dan Lirik, Tazkirah, Unknown
Monday, March 15, 2010
Keharu-haruan Kebiru-biruan
Sekiranya anda mengharapkan post ini adalah tentang ikan haruan, maka musnahlah harapan anda. Sebab post ini bukanlah untuk menceritakan kisah ikan haruan mahupun resepi masakan ikan haruan. Post ini juga bukan tentang ikan haruan biru dari Sungai Nil mahupun tentang warna kebiru-biruan itu. Ouh, tiba2 teringat sudah lama tak makan ikan haruan, bertahun-tahun sudah.
Ah, post ini hanyalah sekadar karutan ringkas akibat tertekan usai peperiksaan subjek pembedahan + anestetik (baca: exam paper surgery + anaesthesia). Berdasarkan pemerhatian kasar tadi, nampak macam ramai yang mengeluh tentang kertas PJP (pilihan jawapan pelbagai a.k.a. MCQ), soalan2 yang kukirakan tahap kesukarannya umpama misi terakhir Campaign Warcraft III yang tak pernah aku menang, sekiranya anda player warcraft dan penah menang mission tu, sila diam, hahaha.
Rata-rata mengharapkan markah yang mungkin diperolehi melalui kertas esei mampu menampung kecacatan kertas PJP, semoga impian kita ini tercapai insyaAllah. Bagi yang mampu menjawab kedua2 kertas soalan tadi dengan gilang gemilang, tahniah aku ucapkan, bagi yang rasa macam gelong terguling seperti aku plak, insyaAllah moga-moga kita semua sama-sama lulus.
Haih...sebelum peghiksa pon otak haghu, lepaih peghiksa pun otak jadi haghu, ni dok tunggu exam internal med plak dok mai, tambah haghu lagi cek oiii! (andai tak faham, sila cari orang kedah atau penang untuk terjemahkan untuk anda)
Di kala otak haru biru ini, siapa2 yang rasa dirinya nak melepaskan tension dgn melayan lagu Korea, boleh la layan lagu Haru Haru by Big Bang dan lebih best, selepas itu melayan plak video klip parody Haru Haru by Big Bag, rekaan team Infinity Challenge. Saper tgk Family Outing mmg akan kenal sgt dgn pakcik Yoo Jae Suk, kepala team IC. Kalau taknak tgk boleh skip terus ke bawah sekali, yeah!
Haru Haru by Big Bang:
Haru Haru Parody (Big Bag) by Infinity Challenge (xder sub sbb video atas dh ada):
Untuk akhirnya, buat rakan2 tahun 4, Selamat Maju Jaya utk kertas Perubatan Dalaman dan Patologi Klinikal pada Khamis ini! Dan buat adik2 tahun 1, selamat maju jaya juga untuk peperiksaan akhir sem anda. Rabbiuna yusahhil wa yunajjih lana insyaAllah!
p/s: otak haru biru, entry blog pun jadi haru biru~
Shared by Neo Rantissi at 1:52 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Lagu dan Lirik, Life in Egypt, Santai, Unknown, Video
Thursday, February 11, 2010
Change for The Better
Kekurangan idea sebenarnya untuk menulis, tapi rasa nak update jugak blog nih. So...what should I write eh?
Sekarang sedang dlm tempoh bercuti, agak panjang sebenarnya, 2 minggu, tapi sedar tak sedar, 6 hari sudah berlalu. Iskandariah masih agak lengang dari pelajar2 tahun 4 dan 1, ada yang pulang ke Malaysia, ada yang ke Kaherah, ada yg melancong di dalam Mesir dan ada yang melancong di luar Mesir. Aku jugak yang menghabiskan cuti di Iskandariah, habis jauh pun pegi Kaherah jer utk Ma'rod Kutub, Ahad atau Isnin nnt, nk kena turun Kaherah balik, walimah Isa Hassan, member tahun 4 medic Univ. Cairo. Agak cemburu melihat rakan2 yang melancong, takperlah, kita lepak Alex saving duit dan study lecture notes yang berlambak (iyer2 jer) pun jadi lah, haha.
Eh, mender aku merepek nih, yaa, beberapa minggu lepas, GPA tahun lepas dikeluarkan oleh Unit Akademik PCI, hasilnya aku memperolehi 3 flat! Alhamdulillah syukur masih lg mencecah 3.0, ngam2 jer tuh. Di sebalik kesyukuran itu, ada perasaan kecewa dan tak puas hati, bukan tak redha dgn takdir, tetapi mempersoalkan potensi sebenar diri ini. Aku yakin, kawan2 yang lain pun macam tu. Melainkan kalau ada yang rasa tak perlu nak perbaiki keputusan, haa, ada la yang tak kena dalam diri tu, kena periksa balik.
Lying on my bed, I was thinking, how would I finish my study here in Egypt? Will I finish great? Will I finish strong? Will I even finish this degree in the allocated time?
What type of doctor would I become? An excellent one? A mediocre one? A 'cukup makan' one?
Teringat pesan Prof. Dr. Ibrahim Gawish, "As a medical student, to be a good Muslim, you must be a good doctor!" Nak cakap dan menulis mmg senang, siapa tak nak jadi doktor muslim yang cemerlang, tapi nak gerakkan jasad dan minda ke arah impian tu sememangnya sesuatu yang amat sukar. Orang cakap kalau nak berubah, kena buat anjakan paradigma, ni paradigma pun tak jumpa lagi, lagu mana nak anjak?
To my beloved ibu, I know you said it's okay when i told you about my result, but i know deep down, you and bapak definitely want me to improve, to achieve a better GPA and to become an excellent muslim doctor in the end. Please pray that I'll do better this year both as a medical student and as a muslim.
Ada orang pernah ingatkan aku, kunci kejayaan adalah hubungan dgn Allah, kalau baik hubungan kita dgn Allah, insyaAllah mudah untuk kita capai kejayaan, kalau hubungan denganNya pun macam sampah, macam mana nk harapkan kejayaan dariNya, kalau dapat pun, takut2 ianya adalah istidraj, lagi baik gagal dari dapat istidraj! Perlu banyakkan muhasabah nampaknya, perlu tingkatkan amal! Semoga diri ini mampu berubah ke arah yang lebih baik, moga2 termasuk dalam golongan yang soleh dan musleh.
Wallahu'alam wallahu musta'an.
p/s: GPA 3rd Year 08/09 (batch aku) yang aku upload through Megaupload mencatatkan 339 downloads, aku rasa jumlah 4th year sekarang tak sampai 200 pun, I wonder where did the rest come from? Ramai rupanya yang berminat dengan result batch aku ni, haha, lets become exemplary seniors to our juniors guys!
Shared by Neo Rantissi at 11:57 PM 3 Extra Sharings (Comments)
Labels: Life in Egypt, Unknown
Friday, January 29, 2010
URL Changed and Good Luck!
Salam w.b.t.
1) Pertukaran URL :: Menelusuri Perjalanan Seorang Hamba ::
Oleh kerana URL http://neo-rantissi.via.my/ tidak lagi boleh digunakan kerana masalah teknikal server, maka aku telah menukar URL blog ini kembali kepada http://neo-rantissi.blogspot.com/
Buat rakan2 yang telah bermurah hati untuk memasukkan alamat blog aku dlm bloglist di blog mereka, harap dapat tukar link berkenaan ke URL yang baru ni dan aku dahulukan dgn ucapan syukran jazilan.
2) Good Luck and All The Best!
Also, i would like to take this opportunity to wish all my 3rd Year and 2nd Year juniors good luck and all the best in your final semester exam next week! Rabbuna yusahhil wa yunajjih lakum insyaAllah. For my colleagues in 4th Year and my 1st Year juniors, although our final sem is still one month away, lets give it our best from now.
Together we strive for infinite excellence and become outstanding Muslim Doctors!
"Man jadda, wajada."
Wallahu'alam.
Shared by Neo Rantissi at 2:14 PM 0 Extra Sharings (Comments)
Labels: Dedication, Unknown
Monday, January 11, 2010
The Hero
A must watch video - may take some times to load if your internet connection a lil bit slow.
Click here to watch in external window with better quality!
Credit to Ammar Kaza for the idea, haha.
Make your own movie here: Radiojanst The Hero
Shared by Neo Rantissi at 4:46 PM 6 Extra Sharings (Comments)
Monday, June 1, 2009
Post Exam Syndrome and 1st Tag
Mid-term exam dah abes...wahaha, tengah tertekan sebenarnya ni, exam tadi sangat susah, leh tahan aku main tembak-tembak tadi, padan muka diri senirik, lesson learnt! Time to execute final recovery plan, struggle untuk final sem utk cover balik markah yg lost dlm mid-term, target = semua paper 95% and above, hahaha! Really hope i can utilise this one and only month before the final exam WISELY! Except for today, xnak study, hehehe, nk release tension kot, mender la aku nak buat hari ni???
Apa-apa pun alhamdulillah 'ala kulli hal. Susah mcm mana pun exam tu, walau apa jua tekanan yang dirasai, yang paling penting ialah belajar dari kesilapan lalu, kalau tak amik pengajaran, sampai ke sudah takleh improve diri sendiri. Kesusahan ini juga kukira sebagai satu bentuk peringatan daripada Allah S.W.T. untuk diri ini. To ibu and bapak, I'm very sorry, insyaAllah I'll do better in the final. Adeii, berapa kali dh cakap nk berubah ni, tapi x jalan gak, huhu. Really hope the result for this sem gonna be better than the last one.
Bak kata sorang member, "Relaks laa, baru mid-term, final ada lagi..." I guess the time for relax is totally over, although i actually love the quote 'Study biar lepak, result biar gempak!' Study memang dah lepak dah, result jer yang tak gempak, hahaha. Teringat kata-kata Warouq, "Nak belajar medic, tapi xnak jadi 'budak medic'." Mungkin aku masih belum cukup menghayati istilah 'budak medic' tu kot, wohoo! Memetik kata-kata ibuku yg terchenta, "Dah tau kursus awk tu susah and banyak nk kna cover, awat (maksudnya = kenapa) x insaf2???" Insaf la zainal ooi...dah dah la tu.
Moving to my 2nd agenda, I've been tagged by burung antu, well it's my first tag, and since I had enough medical related questions today, I think I'll just answer these questions for fun ^_^:
01] Do you ever wonder what your ex is up to?
Ermm...I wonder how, I wonder why, yesterday you show me the blue-blue sky...hahaha
What ex??? (buat-buat tak paham)
[02] Have you bored with this blogging stuff?
Tak penah plak, i guess i kinda like it since for me sharing is caring and blogging is one way for sharing your thought with others. tapi kalau orang lain bored dgn blog aku tu, nasib laa, haha.
Time management and prioritizing! "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!" Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan masa dan buanglah kemalasan dan kelalaian dari hati-hati kami.
[06] Have you ever had your heart broken?
You don't call it 'life' if there is no 'heartbreak'. Setiap manusia pasti pernah melaluinya dalam tafsiran yang berbeza.
Of course laa, my family in Malaysia, my friends all around the globe, kan Hubungan Jarak Jauh tu???
Green, Red, Black, and Purple. My psychology personality colour test when I was in high school said my personality is green!
Fathalla Gomla Market and Carrefour I guess.
Can it really happen just after a first sight??? Don't think so, gonna need multiple sights and point of views, haha.
[19]who are going to be tagged by you?
Sapa-sapa yang baca benda alah ni, dan rasa nak buat, silakan.
[20]why they're tagged??
Sebab diorang baca benda alah ni dan diorang rajen mcm aku nak jawab soalan2 yang tah apa2 semua ni, wohoo!
Semoga burung antu berpuas ati dgn jawapan-jawapan saya di atas.
Thank you for reading, have a nice day.
Shared by Neo Rantissi at 3:31 PM 5 Extra Sharings (Comments)
Labels: Life in Egypt, Unknown
Saturday, May 30, 2009
iPhone utk elak ponteng kuliah???
Hehe, aku jumpa artikel ni dalam Berita Harian;
Guna iPhone elak pelajar ponteng
Universiti di Jepun guna GPS untuk jejak pergerakan penuntut
TOKYO: Sebuah universiti berprestij Jepun mengedarkan beratus-ratus
Mereka yang ponteng di Jepun sering kali memalsukan kehadiran dengan meminta rakan menjawab kehadiran atau menandatangani kad kedatangan. Penipuan berkenaan biasa dilakukan kerana kehadiran adalah satu syarat utama bagi menamatkan pengajian.
Aoyama Gakuin University di Tokyo memberikan
Alat berkenaan akan menjadi salah satu alat pengajian mereka tetapi ia dilengkapi dengan GPS, iaitu sistem pengesanan satelit yang secara automatik boleh menjejak di mana mereka berada. Universiti itu juga merancang menggunakannya sebagai cara untuk memeriksa kehadiran.
Pelajar yang ponteng kelas terbabit mungkin masih boleh memalsukan kehadiran dengan meminjamkan
Bagaimanapun kebanyakan golongan remaja tidak suka meminjamkan telefon bimbit mereka yang dipenuhi dengan maklumat peribadi dan e-mel kepada rakan mereka, kata universiti itu.
Di universiti Amerika Syarikat,
Aoyama Gakuin menandatangani satu perjanjian awal bulan ini dengan Softbank Corp, vendor eksklusif bagi
Bilangan pelajar yang menggunakan
Kan bagus kalau Univ. Alex kasi
Ok, tu jer, aku xleh tulis panjang2, lusa midterm, banyak nk mampus nk kna cover nih, tolong doakan aku dgn member2 yang lain, roger and out.
Thank you for reading, have a nice day.
p/s: Original link for the news, click here.
Shared by Neo Rantissi at 7:06 PM 3 Extra Sharings (Comments)
Labels: Unknown