About Me



KENALI SAYA

Haii... Saya Ana Solehah. Blogger dari Ipoh. Merupakan anak sulung dalam keluarga. Sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Universiti tempatan. Bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, Gemar memasak, membaca dan juga menulis puisi di waktu lapang.


FALSAFAH HIDUP
Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik-baik... walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain...
Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.

VIEW MY COMPLETE PROFILE


HARAPAN PENULIS
Merupakan blog peribadi penulis. Mengandungi pelbagai resepi masakan, artikel-artikel, himpunan puisi, kata-kata hikmah, tip-tip kesihatan dan tutorial yang akan menjadi kenangan dan rujukan pada masa akan datang. Sedia berkongsi segalanya di sini agar bermanfaat buat pembaca sekalian. 
Segala yang terdapat di blog ini adalah sekadar pendapat saya sendiri untuk perkongsian dan renungan bersama.

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada komen atau artikel yang ditulis yang tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan.

Semua artikel & gambar adalah hakmilik peribadi penulis melainkan dinyatakan sumbernya. Mohon kredit atau beritahu kepada penulis jika anda mengambil sesuatu daripada blog ini. 
Selain itu, bahan-bahan di sini ada yang diambil dari pelbagai sumber, termasuk buku, catatan atau diambil terus daripada capaian Google.

 Sumber-sumber selain dari penulis akan dinyatakan di akhir tulisan.

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya salin dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran. Jika terdapat mana-mana artikel atau gambar yang tidak disenangi, mohon segera diberitahu. Semoga dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama. In Shaa Allah…. 

Dari hadis Rasulullah SAW: "Ballighu 'anii walau bil ayah" yang bermaksud, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".. kerana itu terhasilnya blog ini.

TAZKIRAH
Menurut At Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkenal, terdapat 10 perbuatan baik tapi dianggap sia-sia jika dilakukan: 

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak dipohonkan doa untuk kedua ibu bapanya dan kaum muslimin.
2. Orang yang kerap kali membaca al-Quran, tetapi tidak membacanya secara tertib sekalipun sehingga 100 ayat setiap hari. 
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid tanpa menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. 
4. Orang yang melalui tanah perkuburan tetapi tidak memberi salam pada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah-arwah mereka. 
5. Lelaki yang masuk ke satu kota pada hari jumaat, kemudian dia keluar dari kota tersebut tanpa mendirikan solat Jumaat. 
6. Orang yang tinggal di satu lingkungan bersama ulama’ , tetapi ia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuannya. 
7. Dua yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanya, atau mengambil tahu tentang keadaan masing-masing dan keluarganya. 
8. Orang yang mengundang seseorang sebagai tetamunya, tetapi tidak dilayan tetamu tersebut dengan sebaiknya. (bersifat acuh tak acuh). 
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan dengan kenyangnya. 

Semoga dengan tazkirah ini akan menjadikan kita lebih tawaduk dan menginsafi kesalahan silam. 

KATA-KATA HIKMAH
Barangsiapa mengakui tiga hal, namun tidak bersih dari tiga hal, bererti dia tertipu. Pertama, mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia. Kedua, mengaku ikhlas beramal, tetapi suka penghormatan manusia kepadanya. Ketiga, dia mengaku cinta kepada Khaliknya, tetapi dia masih perturutkan nafsunya.

"Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahmu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya ALLAH ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA (yang sebenar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


Daisypath Graduation tickers

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe