SEKADAR MENYAMPAIKAN…..
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami
saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah
datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak
silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih
penting. Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani
menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya
tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm…nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat
dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah
istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar
perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling
mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu
menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya
terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang
lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu
jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu
ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda
sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih
lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’
disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa
berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’
dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami
puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau
sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi
ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin
tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada?
Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang
penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah
terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil
saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si
suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung?
Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama
bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana
dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa
dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh
mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan
Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di
mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik
di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal
yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah
nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah
berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah
ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi
berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada
masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for
guys only.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda
dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja
bukan?
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan
penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan
jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh,
sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada
seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang
dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia
puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu
jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana
terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli
syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar,
atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah
anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar
bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai.
“Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan
suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap
Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga
diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat
kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta,
Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian,
makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa,
beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang
dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu
sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam
bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak
tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini,
sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak
tahu nak ‘search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat
dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang
kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest
design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini
adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (“you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (“you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda
boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department
Pakaian Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?”
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada
tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya,
kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang
ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’
dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan
tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama
sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul
fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah
sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke
syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi
sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak
menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang
hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu
pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat
kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat
kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian
dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat
perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan
perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan
perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas,
agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah
tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat
pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda
mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia,
mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana
ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya
lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan.
Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak
suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang
sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah
dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar
dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama
sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik
kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi
kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu
juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda
dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai
tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di
syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi
anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman
rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi
memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia
cuma nak ‘berehat di rumah’ saja..
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana
disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli
syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat
takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~
~.:Mujahidah Bidadari Syurga:.~
Bicara Hati Mujahidah Itu..
Rahsia cintanya
Hanya Tuhan yang tahu
Kepada-Nya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal
Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya
Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang
Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu
Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya
Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!
Ya, Gadis itu!
Tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik
Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan
Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian
Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia, masih banyak kurangnya!
Mujahidah itu..
Hanya menggeleng..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja
Sentiasa mantap bicara imannya
Tunduk saja itu pandangannya..
Rijal kekasih Allah itulah harapannya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah kelat
Tatkala ummat Muhammad disiat
Hatinya calar-balar
Tatkala jasad saudaranya dikelar
Hati itu ditumbuk lumat
Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat
Dirogol, dibunuh tanpa ihsan
Mana hati itu tak terkesan
Tak punya masa berkasih-kasihan
Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman
Menjulang Islam bukannya berangan
Mujahidah itu..
Membara semangatnya mantap ukhuwahnya
Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan
Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan
Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan
Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman
Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya
Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari
Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan
Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman
Aamiin
Hanya Tuhan yang tahu
Kepada-Nya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal
Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya
Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang
Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu
Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya
Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari
Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!
Ya, Gadis itu!
Tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik
Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan
Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian
Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia, masih banyak kurangnya!
Mujahidah itu..
Hanya menggeleng..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja
Sentiasa mantap bicara imannya
Tunduk saja itu pandangannya..
Rijal kekasih Allah itulah harapannya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah kelat
Tatkala ummat Muhammad disiat
Hatinya calar-balar
Tatkala jasad saudaranya dikelar
Hati itu ditumbuk lumat
Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat
Dirogol, dibunuh tanpa ihsan
Mana hati itu tak terkesan
Tak punya masa berkasih-kasihan
Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman
Menjulang Islam bukannya berangan
Mujahidah itu..
Membara semangatnya mantap ukhuwahnya
Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan
Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan
Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan
Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman
Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya
Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari
Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan
Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman
Aamiin
Sumber: Halaqah & jalanakhirat.wordpress.com
Disediakan oleh Ana Solehahdunia Ilhamku 30 September 2013, 8:00pm.