Follow Me ^ ^

Pages

Hi.. Selamat Berkunjung Ke Blog Saya

...::::TerimakasihPonsikouThankyouArigatoXiexie:::::....
<< BulihJakBAH>>

Thursday, October 28, 2010

SEDIH KERANA TERANIAYA & DIANIAYA??


Rasa cukuplah aku menangis.. Sebagai manusia biasa, aku rasa hak aku dinafikan. Aku ingin bersuara menegakkan kebenaran, tapi hasratku tersekat dek kerana teringat situasi aku seperti "mentimun". Sudahlahh.. aku terpaksa memendam rasa hati..dan berdoa semoga manusia yang berhati dan bermulut busuk mcm orang tu... mendapat balasan. Tiada siapa dapat tolong, hanya DIA..hanya DIA yg maha berkuasa dan tau akan segalanya. Bersabarlah wahai hatiku yg terlalu sakit kerana dianiayai.

Tuesday, August 3, 2010

~ My First dot..dot..dot ~


Oh.. Lanjutan dari Kelas yang aku excited gila2 mau pigi ari tu.. Hm.. x sempat2 ku update kan dlm
belog aku ni. *sangat kesian~ Belog ku terabai@Kurang kasihsayangdanchenta..uhuhuhu T T. Sudah berbulan..baru sempat update!
Nothing much I can say.. tapi g kelas tu mmg best & sangat2lah berbaloi2. Dapat 2 rakan kuliah yg baru (Azie & Kak Siti), plus : Cikgu yang mengajar tu sangat suwiiitttt :) (Kak Lina, thanks atas tunjuk ajar-sangat happy,tapi..sampai la ni..x sempat baking2 lagi ngee~)
Sebelum melalut2 lebih panjang.. marilah cuci mata tengok hasil pada hari kejadian kat kelas tuh! - Cantik kan!











Friday, April 23, 2010

Aku Excited ..



Lama menyepi.. X sempat meng-updatekan entri dlm blog ni. Sbnrnya bosan sgt2..sibuk! Cheh..
Hari ini baru berkesempatan, mau blog walking pun tersangatlah x sempat. Kelmarin.. aku jalan2 tgok2 blog2 org.. dan terjumpa KOLEKSI LINA , Hmmm kelas Belajar Buat KEK COKLAT MOIST.. best & rasa excited utk participate.. aumm..aumm.. Akhirnya berjaya register :) Yahoo yabedabedooo~~~.. Ada banyak kelas lagi yg dianjurkan.. jom lah kita pg belajar.. Kalau pun bukan utk dijual..tapi tau buat sendiri sudah memadai.. x rugi pun kan ^*..


Tuesday, March 16, 2010

BESTDAY WISH..


Post kali ini didedikasikan khas utk ~Mama Dania/Kodoi..
>>"Happy Birthday 2 u on this coming 19th March 2010"<<

Kalau ada sesi makan2 esp. makan kek, huhu..jgn lupa kasi *tapau utk aku gulp! gulp! *tuduu bangat pas pun! .. Anyway.. Selamat Hari Ulangtahun Ti. Semoga panjang umur, sihat walafiat, dimurahkan rezeki & happy dgn family..Okeh! ^ ^




SALAH KAH KALAU AKU ADA RASA MARAH??



M.A.R.A.H!!
Sabarnya hati aku ni bila dimarah dan dituduh tanpa usul periksa, tanpa sempat memberi penjelasan.. Betul2 menyakitkan hati.. T T sob..sob.. , kalau nak diikutkan.. aku rasa mcm mau bagi super "penyepakpenumbukpenamparpeninju" semua pun ada (dush!!dushh!!dushh!!) <--sound effect jak pun kalau lah aku buat btul2 msti aku cipta sejarah baru hari ni .. :( Dlm hati ni huh ..rasa membuak2 rasa marah ni.. (kalau tadah dlm baldi..mesti suda lama tumpah). *Cilakak (celaka) punya urang.. Emo sangat kah aku?? Geram..geram..
Tiba2..aku teringat ckp mama aku.. "jangan marah2..nanti cepat kena darah tinggi.."
Hah?! darah tinggi.. takutnya! <----- Nah tau pun takut, jadi belajar2 lah kawal rasa amarah tu okeh!
^* Cegah sebelum parah.. mari kita baca tips2 d bwh ni..


TIPS MENGAWAL RASA MARAH

Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat. Tapi apabila ia tidak dapat dikawal, emosi ni akan membawa masalah di tempat kerja, dalam hubungan peribadi mahupun dalam keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan perceraian, malah akan menyebabkan tekanan dan gangguan serius dalam kehidupan seseorang.

Rasa marah ni boleh disebabkan oleh perihal dalaman dan luaran. Biasanya ia melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Jadi anda ingin hidup dengan lebih gembira dan sihat, kawal kemarahan anda sebaiknya.

  • Bertenang

Tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu anda menenangkan diri. Jika perlu, dapatkan bantuan profesional atau beli buku-buku berkaitan teknik menenangkan fikiran.

Ambil nafas dalam-dalam (dari bahagian diafragma). Jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda. Bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati'. Ulanginya dalam diri anda sendiri sambil mengambil nafas yang dalam.

Gunakan daya imaginasi anda untuk membayangkan suasana yang menenangkan, tidak kiralah sama ada ia hanya imaginasi ataupun dan kenangan lama. Lakukan latihan ala-ala yoga yang boleh menenangkan otot-otot anda dan menenangkan perasaan.

  • Susun semula pemikiran

    ...Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah....

Ringkasnya di sini, teknik ini bermaksud anda perlu mengubah cara pemikiran. Kebiasaannya seseorang yang sedang marah akan menghamburkan kata-kata caci maki, menyumpah-nyumpah atau bertindak keterlaluan. Pendek kata, pemikirannya akan berubah serta-merta. Jadi, setiap kali berasa marah, cuba tukarkan perkara-perkara tensebut dengan sesuatu yang lebih rasional. Contohnya, katakan pada diri anda; 'Ia sungguh mengecewakan', 'ia memang teruk', 'segalanya sudah musnah' dan 'saya faham yang saya sangat sedih kerananya, tapi ia bukan bermakna harapan tidak lagi ada dan marah bukanlah jalan penyelesaiannya'.

Berhati-hati dengan kata-kata 'tidak mungkin' atau 'selalu' ketika bercakap tentang diri anda dan orang lain. Contohnya, 'mesti ni tak pernah boleh digunakan' ATAU 'awak ni selalu lupa benda-benda penting'. Ini kerana ayat-ayat begini akan membuatkan anda atau orang lain rasa patah semangat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu. Ingatkan diri anda; marah tidak dapat menyelesaikan masalah.

  • Selesaikan masalah
Kadangkala kemarahan atau kekecewaan itu timbul kerana beberapa masalah dalam hidup. Tapi bak kata orang, setiap masalah ada penyelesaiannya:
  • Rangka perancangan anda.
  • Jangan lupa semak perkembangannya.
  • Selesaikan masalah dengan cara yang paling baik tapi jangan terlalu menyalahkan diri sendiri jika anda tidak dapat memenuhi perancangan anda.
  • Berusaha sebaik mungkin akan mengurangkan tekanan anda, walaupun ia mungkin tidak selesai serta-merta.
  • Komunikasi yang baik
Kebiasaannya orang yang sedang marah terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu dan ia boleh jadi tidak tepat. Jika anda menghadapi satu perbincangan hangat yang mungkin mencetuskan kemarahan, anda patut bawa bentenang dan fikirkan sebaik-baiknya terlebih dahulu. Usah suarakan perkara pertama yang terlintas di fikiran serta-merta tanpa berfikir.

Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri anda bagi mengelakkan keadaan jadi lebih buruk.


  • Bertukar angin
Kadangkala, suasana sekeliling membuatkan kita rasa tertekan. Masalah tanggungjawab yang banyak pula amat membebankan dan semua ini membuatkan anda manah. Jadi anda haruslah membuka ruang pada diri sendiri. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.

  • Mencari alternatif
Jika sesuatu perkara itu sudah dijangkakan menimbulkan kemarahan, anda harus bijak mencari alternatif untuk mengelakkan dari berdepan dengan masalah itu. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.

  • Marahlah secara sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia. Dengan itu, harus diberi perhatian bahawa emosi yang satu ini juga penting untuk kita terus hidup dan untuk mempertahankan diri. Marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan atau kata-kata kesat. Tapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itu.


P/s : Jgn lupa try tips ni ya.. si Pemarah <---aku la tu.. shhh.. :p



Monday, March 15, 2010

RAHSIA WARNA KEGEMARAN ANDA


Petang semalam saya sempat membaca e-mail dari seorang teman.. Rupa2nya warna yg kita gemari ni melambangkan personaliti seseorang.. mari kita baca entri ni :)

MerahMelambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terangMewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambuRomantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tuaMelambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

KuningMewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terangMelambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

HijauMelambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

KelabuSamar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

HitamMelambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

CoklatSuka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

UnguWarna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.


Monday, February 22, 2010

I AM SO.. S.O.R.R.Y :(

I dedicate this song to my beloved one.. I'm sorry, blame it on me!
SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD - ELTON JOHN

What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there
What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when it's all over
And sorry seems to be the hardest word
It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, so sad
Why can't we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word
What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word