Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
TERDAPAT BEBERAPA KATEGORI BURUNG MERPATI
Burung Merpati (bahasa Inggeris: Domestic Pigeon atau Rock Pigeon). Nama sainsnya ialah Columba domestica. Burung Merpati merupakan burung yang paling diketahui dalam famili Columbidae.
TERDAPAT BEBERAPA KATEGORI BURUNG MERPATI
1. Penternakan untuk daging
Daging merpati dari usaha penggemukan anak merpati (squab)
Anak dipelihara berasingan dari ibu setelah mencapai umur 7 ke 10 hari
Makanan berprotein tinggi disuapkan kepada anak dalam bentuk berair 3 kali sehari
Kebanyakkan merpati yang diternak untuk daging adalah dari jenis merpati Carneau, French Mondaine dan King. Bagi yang tak pernah merasa daging burung merpati ianya lembut, basah dan sedap berbanding daging burung lain, Squab dimakan dibanyak negara, termasuk Perancis, Amerika, Itali, Maghribi, Mesir dan beberapa negara di Asia. Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
2. Merpati Lumba
2. Merpati Lumba
Banyak diminati disebabkan daya terbangnya kuat. Ciri-cirinya antara lain : tubuh yang gagah, ramping, bulu tipis dan kaku, kulit pada tonjolan hidungnya tebal dan besar. Merpati lumba memiliki kemampuan terbang sejauh 200 km, tetapi kemampuan merpati jelajah modern bias mencapai 1.500 km. Merpati yang termasuk jenis ini antara lain : Belgian homer, tumbler, flying tipper, flight, merpati pos Merpati dari jenis ini dilatih untuk pulang ke rumah dari jarak yang jauh dengan kelajuan sekata sehingga mencapai 70 -80 kmj. Mereka sangat diminati kerana daya terbangnya yang kuat. Ciri-cirinya antara lain : susuk tubuh yang gagah tetapi ramping, bulu yang nipis dan keras, tonjolan pada hidungnya tebal dan besar. Merpati pacuan memiliki kemampuan terbang sejauh 200 km, tetapi kemampuan merpati jenis ini boleh mencapai 1,500 km. Antara merpati yang termasuk jenis ini adalah: Belgian Homer,Tumbler,Flying Tipper,Flight. Merpati ini popular di Jepun, Korea, dan Indonesia.
Burung Merpati Homer (Burung Merpati Terlatih):
Kumpulan merpati ini di latih untuk keupayaan untuk ‘balik’. Mereka juga dipelihara khas untuk pertunjukan lumba unggas.Kumpulan itu termasuk English Carrier,Dragoon,German Beauty Homer
Merpati Akrobatik
Beberapa jenis dari kumpulan ini asalnya dipelihara untuk keupayaan akrobatik mereka, ia itu kebolehan untuk berpusing di udara. Namun kini telah dikacukkan sehingga sekarang dianggap sebagai sebagai merpati pertunjukan semata-mata. Kumpulan ini termasuk Nun, English Short Faced Tumbler, dan Magpie
3. Merpati Hiasan
3. Merpati Hiasan
Merpati jenis ini di ternak kerana seni dan kecantikannya. Ia dipandang dari sudut keindahan warna bulu dan bentuk tubuh mereka. Merpati yang termasuk jenis ini antara lain : Jacobin, Satinette, English Pouter ,
Merpati jenis ini dibiakkan untuk mengeluarkan bulu yang lebat dan untuk suara serta deruman mereka. Merpati dari kumpulan ini termasuk Fantail, Trumpeter, Jacobin dan Yaman/Arabic (Di Kelantan dipanggil merpati beruk).
5. Variasi warna dan corak
Kumpulan ini terdiri daripada banyak variasi merpati yang telah dibiak khas, dipelihara khas untuk warna dan tanda-tanda di bulu mereka. Kumpulan itu termasuk Archangel, Swallow, Saxon, Danish Suabian dan sebagainya.
6. Pouters dan Croppers
Kumpulan merpati biak khas ini dipelihara semata-mata kerana keupayaan mereka untuk mengembungkan biang/dada mereka dengan udara. Kumpulan itu termasuk English Pouter, Norwich Cropper, Pigmy Pouter, Bruner dan Pomeranium Pouter yang dipanggil merpati unta.
7. Frills dan Owls
Kumpulan ini dibiak kerana paruh-paruh mereka yang pendek seperti burung hantu dan juga bulu-bulu di dada mereka bersirat cantik. Kumpulan ini termasuk Old German Owl, Oriental Frill, Aachen Lacquer ,Shield Owl, German Owl, Chinese Owl, Morinex, Figurita dan bermacam lagi.
Jangka hayat merpati
Burung merpati mempunyai jangka hayat yang berbeza, ada yang boleh hidup sehingga ke 15 tahun. Ini adalah bergantung kepada banyak faktor termasuk pemangsa semula jadi dan penjagaan yang rapi.
Makanan dan kesihatan
Burung merpati adalah jenis yang mudah dibela oleh mana-mana peminat burung. ianya tidak seperti burung jenis lain. Diet burung merpati juga mudah diperolehi di pasaran. Bagaimanapun burung jenis ini memerlukan tempat yang bersih jika tidak burung mudah dijangkiti penyakit, naik puru di kaki dan mata ataupun kutu mudah membiak di badannya. Burung merpati juga perlu di beri ubat antibiotik dan vitamin supaya sentiasa sihat. Diet atau makanan utama bagi burung-burung merpati adalah bijirin seperti jagung, gandun, kekacang dan pellet untuk makanan ayam. Beberapa sumber karbohidrat dan lemak yang terbaik dapat diperoleh dari jagung,. Beberapa sumber protein terbaik dapat diperolehi dari kacang-kacangan seperti kacang hijau,kacang merah,dll.
Pembiakan Merpati.
Semua merpati mengamalkan monogami, iaitu mempunyai pasangan yang sama untuk seumur hidup mereka. Kematangan seksual boleh dicapai dalam umur 5 – 6 bulan mengikut jenis merpati dan mereka boleh membiak sepanjang tahun. Selepas mengawan merpati jantan akan mula mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang dan menetaskan anak.

Kedua-dua merpati jantan dan betina sama-sama mengambil tugas dalam mengeram dan membesarkan anak. Merpati betina akan mengeluarkan telur pertama kira-kira 10 hari selepas proses pengawanan, manakala telur pertama akan menyusul kira-kira 44 jam kemudian. Pengeraman akan bermula sejurus selepas keluarnya telur kedua. Burung jantan akan mengambil tugas mengeram dari siang hari manakala yang betina akan mengeram pada waktu malam. Adakalanya bergilir-gilir tidak mengira waktu. Penetasan telur akan berlaku pada hari ke 17 hingga 21 hari selepas bermulanya proses pengeraman. Anak-anak burung merpati (squab) mempunyai bulu berwarna kuning dan paruh berwarna pink dan masa tumbesaran mereka, dari mula menetas sehingga boleh terbang adalah 30 hari. Memberikan anak-anak mereka rembesan hasil kelenjar yang dipanggil susu merpati (pigeon milk). Ia bukannya susu yang sebenarnya kerana tiada kandungan laktosa didalamnya, namun begitu pengeluarannya adalah dirangsang oleh prolaktin, hormon yang sama yang merangsang pengeluaran susu dalam mamalia. ‘Susu’ ini kelihatan seperti keju, berwarna krim dan tinggi dalam kandungan protein nya, dan ia diberi kepada anak-anak mula dari penetasan sehingga berumur 30 hari, iaitu setelah mereka mula boleh makan sendiri.
Info dipetik daripada berbagai sumber blog ,website dan pengalaman bloggers.