~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Sememangnya Allah telah menciptakan bumi ini untuk diterokai supaya minda manusia berkembang dan sentiasa mencari kebenaran serta ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan tafsiran al-Quran. Sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman Nabi Adam lagi manusia bermusafir, mengembara dan merantau untuk mencari ilmu tentang kehidupan.
Allah telah menciptakan bumi dan isi kehidupannya dengan penuh hikmah dan bijaksana. Allah menjadikan manusia berpasang-pasangan dan pelbagai bangsa supaya manusia melakukan lita’arafu atau saling mengenali. Pepatah Melayu juga ada menyebutkan ‘jauh berjalan, luas pemandangan’. Dalam erti kata lain, bermusafir dan mengembara sememangnya menambah ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara, memberi nilai kepada makna kehidupan, menjadikan manusia lebih dewasa dan berfikiran lebih luas dan terbuka.
#banyak sangat event yang menarik sem ni. sangat penat tetapi enjoy :) benarlah, sekiranya kita niat ikhlas lakukan sesuatu perkara kerana Allah, semuanya akan indah dan mudah. Apa2pun keikhlasan dan niat sama ada betul atau tidak, semuanya dinilai oleh Allah. Siapalah kita untuk menilai berbanding Allah yang Maha Besar :)
#BTW, doakan saya dan rakan seperjuangan dimudahkan menjawab Exam nanti^^