Friday, January 29, 2010

Untuk Kamu

Masa yang berlalu terlampau cepat atau kita yang tak perasan masa itu berlalu?

Aish..

Susah betul nak fikirkan persoalan itu.







Hanya mampu duduk diam di sini
::::
::
:
Hanya mampu lihat jauh dari sini
:::::
::::
:::
::
:
Hanya mampu berlagak kuat sahaja
:::::::
:::::
:::
:
:
:



Oit..Oit..




budak yang gile meng"update"
=p






Kamu sudah dewasa lah..
Hoyeh!! Hoyeh!! (kegembiraan+kegirangan)



"Selamat Hari Peningkatan Usia"
wahai kamu..


(",)

Thursday, January 21, 2010

Rasa yang Mahu Disimpan Hari-Hari (Bahagian 1)

Suke. Suke. Suke.

=D

Perasaan yang selalu akan buat orang tersenyum sorang diri..Berangan sorang diri..Feeling sorang diri.. (",)


Rasa yang susah nak diungkapkan.

Rasa yang tak cukup puas untuk dilepaskan pada riak wajah sahaja.

Riak wajah?

Hah. Macamni.




Senyuman yang tak pernah hilang.
(mereka berdua berkawan baik)
=D





Sejak berita yang menggembirakan itu. Semua benda buruk jadi wangi. Semua benda jahat jadi comel. Semua benda teruk jadi manis. (comparison yang sangat tak sesuai. Sila abaikan.)






latest..(",)



Rasa itu membuatkan kami semua tidak sabar untuk mengambil pic baru yang pasti ditambah lagi satu bilangan ahlinya.


Terlampau sangat happy la.

Jangan diganggu perasaan ini.

Terasa mahu melompat bintang banyak kali. (",)






**Kami doakan along-ya bersamanya sentiasa sihat. Kami setia menunggu. Congratz!! =D
(along-ya = nama panggilan akak ku yg comel)

Friday, January 15, 2010

Saat Itu Berlalu Pergi

**Be prepared : Entri ini ditype ketika perasaan bercelaru.
Sila fahami keadaan itu.
Terima kasih.




Tekanan yang melanda menjadikan pemikiran seseorang itu menjadi huru hara. Serba tak kena. Buat itu tak jadi. Buat ini tak jadi. Makin bingung pula bila difikirkan semua itu.


Semua menjadi persoalan.


Aish.


Benci betul la. Bila dibuat kajian demi kajian yang dilakukan. Apa dah berlaku ke atas diri kamu ini? Kenapa? Puas aku berteka-teki dengan nya.



Sebab aku ni tak tahu apa yang sudah terjadi. Ei, kenapa dengan aku ni? Tetiba terasa macam nak makan mee bandung Muar pun ada. (padahal baru lepas makan ni =p)




mee bandung kegemaran ramai =D




Tapi. Serius.


Aku macam nak pergi ke Muar sekarang. Aku nak mee bandung Muar jugak. Tak nak tempat lain. Siapa yang tak pernah makan mee bandung Muar? Sedap. Tahu tak?


.S.E.D.A.P.


Jangan tertipu dengan gerai atau restoran entah dekat mana-mana tu yang saja nak guna jugak nama "mee bandung Muar" masuk dalam senarai menu. Kalau sedap macam yang real mee bandung Muar tu tak apa jugak. Ini tak. Memang tak kena langsung. Huh. (emosi)




kuah mee bandung yang menyelerakan =D





ATTENTION!!!
Siapa yang belanja aku makan mee bandung Muar ni akan aku lakukan apa sahaja demi kamu.



Tak percaya kah?



Betul la tu.




























Betul la tu aku tipu. =p


*****


Aku terasa nak pergi bercuti pun ada. Boleh tak kalau aku kata aku nak cuti sekarang? Tolong!! Bagi aku cuti bersama keluarga tercinta. Ceh. Itu hanya cerita time cuti sem sahaja.




seronok nya time bersuke suki bersama mereka (",)
**kepada yg tak ada tu mintak maaf la ye.



*****



Ha, nak tahu tak?


Baru aku sedar apa yang asik buat aku berteka-teki dari tadi.

Penat buat kajian dari tadi.

Rupa-rupanya, baru aku tahu bahawa aku ini sebenarnya homesick lah.

Nak balik!!!

Rindunya dekat kampung halaman yang indah permai itu. (yeke?) =D



*****


OK.
Sudah-sudah.
Kajian dah capai kesimpulannya.
Sekarang tak perlu lagi untuk berteka-teki lagi. (",)








**sebenarnya,sangat tension dengan lab report ni.
Ok, sekarang tiba masa untuk sambung kerja.

Selamat Tinggal.






Thursday, January 7, 2010

Perosak

Selalunya yang dikaitkan dengan perosak ni mesti la serangga perosak kan? Tapi kawan-kawan pernah dengar atau tidak istilah yang diberi nama.."budak perosak".. ?



Itu lah yang aku tengah bingung sekarang ni..Kenapa boleh dikatakan kebanyakan yang ada di bawah jagaan aku mesti akan ada sahaja cacat celanya. Ganas kah? Tidak tahu jaga kah? Tidak sayang kah? Aish... (T.T)



Baru sekejap tadi. Aku start untuk berhenti mengharap. Berputus asa dengan segala yang aku usahakan selama ini. Aku bersusah-payah menjaga kamu wahai oranger. Kenapa kamu tetap tidak mahu menjalankan tugas kamu dengan sangat berdedikasi? Tahukah kamu diri ini sangat kecewa? ="(




Setelah bertahun-tahun kita bersama..(serius kah? wah.hebat) . Dengan menatang bagai minyak yang penuh. (itu tipu =p) . Tapi dengan perhatian sepenuhnya. Kamu patut tahu itu. Kamu patut untuk berasa terharu dan bangga. Bukan diminta untuk dibalas apa yang diberikan tapi hanya minta simpati agar kamu dapat kembali seperti dulu.



Dengan tiada sebab, hendak jadi emosi pula. Apa maksud nya? Sangat tension lah apabila apa yang diharapkan tak menjadi..Tolong lah hidup semula..Tidak bermaksud aku sudah ada pengganti, itu boleh buat kamu terus lenyap..hilang..dari pendengaran ku..dari penglihatan ku..



****



Wahai oranger..


Mari sini..
Ingin aku luahkan semua kepada kamu..


Sejujurnya..tiada apa yang boleh menggantikan kamu..tiada apa yang boleh menandingi nilai sebenar yang terdapat pada kamu itu..hanya kamu yang ku mahu..kerana kamu sangat berharga untuk diriku.




Hidup lah semula!!
Kuatkan semangat kamu!!
Aku still mahukan kamu di samping ku..





Please...














Aku mahu mp3 aku semula.. (T.T)



mp3 ni hadiah daripada akak ku sayang..
aku sangat sayang mp3 ni..






**ada sesiapa sukarela nak tolong mp3 aku?? =D

Saturday, January 2, 2010

Dua Ribu Sepuluh

Kawan-kawan...
Apa yang kawan-kawan terfikir..

Bila terbaca ini ?
RM 2010.

Bila terbaca ini pula?
TAHUN 2010.


Buka mata. Tutup mata. Buka mata lagi. DAN . Tutup mata lagi. Buka. Tutup. Buka. Tutup. (cukup la tu)



Tak perasan pula yang sekarang ini sudah melangkah masuk ke diari baru. Tak perasan juga yang sekarang ini aku sendiri sudah berumur 20-an..(padahal sengaja buat2 tak perasan =p)



Kalau angka 2010 itu merupakan nilai yang dihadiri dengan Ringgit Malaysia..mesti semua orang sangat teruja. (lagi2 aku yang tak berpendapatan ni) . Nilainya bagi aku, sangat banyak. Macam-macam aku boleh buat. Tambah lagi sekarang ni, YES masih ada even tinggal sehari. (sebenarnya, terkilan tak dapat shopping time YES tu). ="(
*
YES=Year End Sale.



Sempena tahun baru ni..mesti orang akan tanya "apa azam baru?". Sebenarnya, tak semestinya tahun baru perlu ada azam baru. Tak semestinya kita nak buat azam baru kena tunggu tahun baru masuk. Betul kan? Kalau lah tiap kali tahun baru kena ada azam baru, maksud nya aku tak ada azam baru la tahun ni. =p


*****


Bila masuk tahun baru, kena lah buka diari baru. Bila nak start buka diari baru, time ni la terkenang diari lama. Nama pun terkenang, mesti teringat apa yang dah jadi tahun lepas. Bila dah terkenang pula, mula tengok-tengok koleksi yang aku simpan. Tetiba buat aku teringat dengan group aku last sem yang dapat pujian dari pensyarah akhirnya. Memang berbaloi buat kerja macam nak gila time tu.




Ini lah antara koleksi nya.
(",)






Apa yang penting?
KERJASAMA!!
(buat gaya cerita kartun wonderpets tau)








Group member
yang sporting dan ceria!!
=)







Itu lah rahsia group TECH "O" CHEM..
(",)
(TECH "O" CHEM tu nama group kitorang time tu)


Erm..kalau boleh tak nak tukar group langsung untuk sem ni. Tapi apa boleh buat..Sem baru kena group baru gak. ='(


*****


Tinggalkan lah semua cerita yang dulu. Biar itu dinamakan sebagai kenangan untuk diari yang lama. Sekarang tiba waktu buat kenangan untuk diari yang baru. =D




Bye bye 2009..

Welcome 2010..
(",)

Related Posts with Thumbnails