Followers

Monday, August 16, 2010

balik kg abah


Dah sebulan lebih rasanya kita sekeluarga tak blk kg abah, nenek naufal pun calling2 tanya bila nk balik. Bukan apa ibu mertua ku, kami agak sibuk kebelakang ni especially abah naufal tu. So weekend ari tu kitorg blk le ke gemencheh, memang seronok la coz dpt berbuka posa ramai2 n makanan2 yg sodap2 disediakan heheh Nufal pun mmg seronok klu blk kg coz dia ble main air. kejap2 mandi kejap2 mandi..

hari sabtu tu lepas berbuka posa, abah malas plak nk gi terawih. Ibu yg kebosanan ni apa lagi ajak la abah gi melaka (ni sume gara2 tgk singgah sahur kt tv, lokasinya di melaka river cruise).. Abah yg terkejut badak sbb tetiba je ibu ajak gi melaka tu akhirnya setuju..yes! Kitorg bertolak lps isyak dan tiba di bandar melaka sejam kemudian..mmg bila msk je pusat bandar tu dah ble nmpk lokasi Melaka River Cruise tu sbb bercahaya dgn lampu2 hiasan. agak ramai juga pengunjung especially pelancong..kira kitorg pun pelancong gaks le huhuhu

Kitorang jalan2 kt tepi sungai tu, tgk ade byk beca berhias, bila tanya tambang RM20 utk pusing2 bandar. tak jadilah macam tak berapa menarik.. so ibu n abah decide nk naik boat cruise. tambang dewasa RM10 kanak2 (nopal pun kena) RM5. Memang berbaloi sebab pemandangan nya mmg menarik. naufal pun sgt teruja dengan membuat bising dgn bahasa yg tak difahami tu..sabor je..Dalam perjalanan tu penumpang didengarkan dgn lagu2 tradisional dan diberi penerangan tentang tempat2 bersejarah melaka disepanjang sungai tersebut. Perjalanan bot tu amik masa dalam 45 minit la. Alhamdulillah cuaca pun baik mlm tu.

Lepas dah jalan2 kat area tebing sungai tu pun, abah ajak kita blk, maklum le dh ngantuk. akhirnya kita smp ke umah nenek kul 1 lebih. lepas makan sahur awal kita 3 beranak pun membuta


kg. mortem..kg asal sejak melaka dibuka

seronok je naufal naik bot..


naufal asik membebel..ooo aaaa ooo aaa


Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan..

gambar: sumbangan cik google.


Selamat datang ramadhan..tahun ni ibu rasa happy sbb dpt menjalani ibadah puasa di samping abah n naufal. Mana taknya kalau diimbas thn lepas ibu berpuasa di AKMAL, melaka kerana berkursus selama 2 bln. Lagi seminggu nak raya baru dpt blk umah. Hari ni pun ibu n abah ambil cuti konon2 nk sambut pose hehheh

Menu ibu hari ni udang msk lemak cili api dgn ikan keli goreng. Pastu beli murtabak n sikit kuih muih kat pasar ramdhan kelana jaya. Rambang jugak la mata tgk makanan macam2 kan, sebbek masih boleh mengawal nafsu hehehhe..

Sempena dengan bulan yang mulia ni ibu nak wish Selamat Berpuasa kat semua kawan2. Semoga kita dapat mnejalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih cemerlang dan diberkati ALLAH swt

p/s: sahur nk makan ape ye..