Followers

Monday, August 16, 2010

balik kg abah


Dah sebulan lebih rasanya kita sekeluarga tak blk kg abah, nenek naufal pun calling2 tanya bila nk balik. Bukan apa ibu mertua ku, kami agak sibuk kebelakang ni especially abah naufal tu. So weekend ari tu kitorg blk le ke gemencheh, memang seronok la coz dpt berbuka posa ramai2 n makanan2 yg sodap2 disediakan heheh Nufal pun mmg seronok klu blk kg coz dia ble main air. kejap2 mandi kejap2 mandi..

hari sabtu tu lepas berbuka posa, abah malas plak nk gi terawih. Ibu yg kebosanan ni apa lagi ajak la abah gi melaka (ni sume gara2 tgk singgah sahur kt tv, lokasinya di melaka river cruise).. Abah yg terkejut badak sbb tetiba je ibu ajak gi melaka tu akhirnya setuju..yes! Kitorg bertolak lps isyak dan tiba di bandar melaka sejam kemudian..mmg bila msk je pusat bandar tu dah ble nmpk lokasi Melaka River Cruise tu sbb bercahaya dgn lampu2 hiasan. agak ramai juga pengunjung especially pelancong..kira kitorg pun pelancong gaks le huhuhu

Kitorang jalan2 kt tepi sungai tu, tgk ade byk beca berhias, bila tanya tambang RM20 utk pusing2 bandar. tak jadilah macam tak berapa menarik.. so ibu n abah decide nk naik boat cruise. tambang dewasa RM10 kanak2 (nopal pun kena) RM5. Memang berbaloi sebab pemandangan nya mmg menarik. naufal pun sgt teruja dengan membuat bising dgn bahasa yg tak difahami tu..sabor je..Dalam perjalanan tu penumpang didengarkan dgn lagu2 tradisional dan diberi penerangan tentang tempat2 bersejarah melaka disepanjang sungai tersebut. Perjalanan bot tu amik masa dalam 45 minit la. Alhamdulillah cuaca pun baik mlm tu.

Lepas dah jalan2 kat area tebing sungai tu pun, abah ajak kita blk, maklum le dh ngantuk. akhirnya kita smp ke umah nenek kul 1 lebih. lepas makan sahur awal kita 3 beranak pun membuta


kg. mortem..kg asal sejak melaka dibuka

seronok je naufal naik bot..


naufal asik membebel..ooo aaaa ooo aaa


Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan..

gambar: sumbangan cik google.


Selamat datang ramadhan..tahun ni ibu rasa happy sbb dpt menjalani ibadah puasa di samping abah n naufal. Mana taknya kalau diimbas thn lepas ibu berpuasa di AKMAL, melaka kerana berkursus selama 2 bln. Lagi seminggu nak raya baru dpt blk umah. Hari ni pun ibu n abah ambil cuti konon2 nk sambut pose hehheh

Menu ibu hari ni udang msk lemak cili api dgn ikan keli goreng. Pastu beli murtabak n sikit kuih muih kat pasar ramdhan kelana jaya. Rambang jugak la mata tgk makanan macam2 kan, sebbek masih boleh mengawal nafsu hehehhe..

Sempena dengan bulan yang mulia ni ibu nak wish Selamat Berpuasa kat semua kawan2. Semoga kita dapat mnejalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih cemerlang dan diberkati ALLAH swt

p/s: sahur nk makan ape ye..

Saturday, July 3, 2010

malasnye...

wajah terkini naufal..baru potong rambut..

kusyuknya membaca..


Agak ketara skang ni aku jarang sgt update blog, blogwalking pun tak sempat sgt..kadang2 terpikir mcm nk stop berblogging. tapi bila tgk posting yg lama2 jadi sayang plak nk stop so aku teruskan tapi di tahap siput la hehehe.. nak kata sibuk rasanya semua org pun sibuk mcm aku jugak kan tp org lain sempat gak update blog heheh nampak sgt aku malas huahua.. sbbnya bila dah penat aku mmg takle tahan mata ni hari2 tido awal dan biasanya aku yg tido dulu drp naufal n hubby..sabor je la..

Perkemabangan naufal skang ni, sgt la nakal..asyik bermain je. melompat sana-sini, memanjat sana sini. kabinet dapur yg tinggi tu pun diterokai. Naik cuak ibu bila senyap2 naufal panjat kabinet kat dapur. Kalau jatuh kan naya, dah la ibu takde kat dapur masa tu..Naufal ni buat adrenalin ibu meningkat naik tau. pada usia yg dh 2 thn 2bln, naufal nmpk aktif mcm bdk lain tapi kekuranganya naufal masih belum boleh bercakap..boleh dikira dgn jari berapa perkataan je yg dia tau.. kusut juga bila memikirkannya tapi ibu cuba untuk jadi positif. Aku lebih byk berbual dgn dia dgn harapan dia akan cepat paham dgn bahasa. Buku pun dia rajin belek skang ni so aku harap sgt sblm mencecah 3 thn naufal dh boleh bercakap..amin..

Skang ni pun dpt update blog sebab naufal dh terlelap, siang tadi dia tido kejap sgt..Karang dia terjaga habislah..jawabnya lewat la dia tido balik malam ni huhuhu

Tuesday, June 1, 2010

aku terima awardnya...heheh


dah lama tak dpt award. ye la selaku blogger yg paling tak aktif di dunia kan..tetiba dpt drp blog
BeMie, so thank you very much..Nak amik award ni ade le syaratnya kan..mari kita tgk ape syaratnya ye....

kena selesaikan pantun nih dulu.

______________________
______________________
memang aku rasa blog aku comel,
kenape korang jeles ke?

mmm sungguh menguji minda ni..ini jawabnya;

Budak naufal suka mengomel, Bila mengomel mulut terbuke, memang aku rasa blog aku comel, kenape korang jeles ke?


huahuahua ble ke pantun camni...anyway tq Bemie..
sebagai penghargaan saya turut menyampaikan award ni kepada sume follower saya yg tak seberapa ramai tu yer...

Friday, May 28, 2010

jom tgk wayang


Hari ni ibu n abah saje je amik cuti kebetulan nk bawal naufal p ppum utk amik blood sample. Proses mengambil darah berjalan dgn lancar agaknya sbb naufal pun dh besar n dah biasa sgt nk prosedur ni..Dia nangis sikit je masa jarum dicucuk kat tgn dia pastu dia diam mgkn dh tak rasa sakit kot. kalau selalu tu menangis sampai tersedu sedan la..

memandangkan dah takde buat apa lepas gi hospital, ibu pun dengan gediknya ajak abah tgk wayang. Konon2 nk bw naufal tgk cite kartun Shrek le..Seb baik abah setuju..heheh Jadi kita bertiga tgk wayang kul 1.15pm..Panggung lengang ade la 2 3 org mgkn sebab ari bekerja kan..so senang la sikit ati ibu, bkn ape takut naufal meragam..Tapi naufal rupanya excited beli popcorn dia yg abiskan. Cuma dia ble excite sejam je pastu dia mula boring n ajak berborak, bila ibu suh diam naufal buat dek je. Pastu dia siap jalan2 plak kt dlm panggung tu, mentang1 takde org. ibu pun malas nk layan heheh dok syok layan movie kan... Kesimpulannya nk bawa ke panggung lagi kena piikir dulu 2 3 kali la sbb takut dia jd bosan macam tadi..huhuhu Ibu tepek gambor shrek je la sbb tadi takde amik pic lgsg...

p/s: tgk wayang ni terpengaruh dgn si lily@mamazahra la ni heheh

Monday, May 24, 2010

gi outing utk photoshoot

mmm apa la yg budak kecik ni menung


Dah lama sangat ibu plan nak buat photoshoot utk amik gamabar kita sekeluarga ni. Tapi asyik tertangguh je. Kalau tak abah yg sibuk mesti kita blk kg or photographer tak free heheh. Semalam tercapai gak hasrat ibu utk amik gamabr kita sekeluarga.

Lokasi nya Taman Botani, Putrajaya dalam kul 4.30 petang camtu. Panas tul cuaca semalam nasib baik area nak amik gamabr tu teduh sebab byk pokok.. Photographer ni sebenarnya suami kepada rakan sekerja ibu. Dia memang part time photographer n gambar yang dia ambil pun cantik2..so sape yg berminat nak dapatkan khidmat dia ble le contact kat 012-4488493 (en. syeikh) or kt www.pixeltrigger.com

Cuma yang buat ibu frust sikit, naufal kurang memberikan kerjasama kerana teramat la malunye kepada jurugambar itew...langsung tak mau senyum puas la ibu geletek2, dia ble tahan plak senyum dia tu. bila time tak amik gamabar ble plak dok gelak2 buat bising..sabor je..so ibu tak sabar nk tgk hasil nya nnt. mgkn dalam mggu ni ble dapat kot..ibu cuma dapat cilok 2 gmbr yg en. jurugambar upload kt FB die heheh

Sunday, May 2, 2010

Double Trouble..enjoy nye naufal


Sabtu 1 may, klu ikutkan plan ibu nk bawa naufal gi zoo negara sempena birthday naufal. lagipun ibu pun tak pernah bawa naufal ke sana. Tapi disebabkan abah dah berjanji dengan kawan2 dia nk gi konsert mlm tu so abah keberatan nk bawa kita gi zoo. sabor je la..kebetulan kawan ibu pun ade jemput kita sekeluarga ke kenduri doa selamat sempena masuk umah baru auntie dila di tmn bukit idaman, selayang. jadi tengahari tu kita ke sana la makan2 heheh takyah le masak kan..


dalam kul 4 kita pun bertolak balik, n abah dah mula calling2 kawan dia tanya nk gi konsert kul brp. entah apa mimpi nya ibu terasa nk ikut plak heheh sebanarnya ibu tak pernah gi tgk konsert ni sbb ibu rimas kalau bersesak2 dengan orang ramai..dlm perjalanan blk umah tu kita pun singgah di bukit Kiara equestrian utk beli tiket ibu, nasib baik ada lagi huhuh dapat lah ikut...

Jadi dengan jayanya naufal n ibu ikut abah gi tgk Konsert Double Trouble di Bukit Kiara Equestrian, Kl. Konsert ni gabungan kumpulan Wings dan Search. Abah naufal mmg fanatik le sangat dgn muzik rock ni kan..Ibu risau gak takut naufal tak selesa, tapi alih2 naufal yg terlebih enjoy dari konsert belum mula sampai le abis. langsung tak penat, orang nyanyi dia nyanyi (bahasa dia la kan) org tepuk tangan dia tepuk org melentuk kiri kanan dia pun ikut..yg tak tahan org jerit dia pun jerit sama...komen ibu..mm ibu dh tak sanggup kot ikut abah go konsert. lain kali nopal aje la yg pergi dgn abah ye..Hari naufal asyik tido je letih sgt le tu mana tak nya kul 1 pg br kita smp umah smlm hehhe..



kitorang duduk kat belakang..seb baik pki spec ble le nmpk sikit2..

naufal yg sentiasa teruja ketika konsert

heheh last minute plak ibu nk ngikut abah

sebelum konsert




Thursday, April 29, 2010

Happy 2nd birthday naufal...


Happy birthday to u..
happy birthday to u...
happy birthday to naufal..
happy birthday to u...

Hari ni masuklah 2 thn umur naufal..kejap je dah besar ank ibu ni..cuma ibu nk minta maaf kat naufal sbb tak prepare awal utk naufal. Smlm br ibu gi cari kek utk nopal. Hadiah pun belum beli lagi hehhe. tp ibu sempat bungkuskan party pack utk kawan2 nopal kat umah baby sitter pg td. Naufal agak tak suka kek yg ibu pilih tu sbb bila ibu kuarkan kek tu utk nk amik gmbr, naufal ble plak terus lari gi kt abah n buat muka nk nangis..sabor je..mgkn sbb lilin tu kot..tp bila ibu potong kek tu laju plak nopal makan.

ni la kek yg ibu belikan

muka naufal yg sedih sbb tak dpt kek idaman.

Anyway ibu doakan naufal menjadi seorang anak yg soleh, pintar dan baik hati..insya-allah klu takde hal hari sabtu nnt kita outing ye..



Friday, April 16, 2010

akhirnya..Maxis Broadband

Sebenarnya dari last week lagi nk subscribe maxis broadband ni tapi kebanyakan maxis center yg ibu n abah pergi sume kehabisan stok..so semalam abah terus pergi ke Maxis Center kt KLCC n hooray ada stok..so berjaya la ibu berintenet menggunakan maxis broadband hehehhe ibu telah subscribe pakej RM 68 monthly..So hopefully penggunaan ibu sesuai dgn pakej tu le..at

Sebelum ni ibu pakai intenet celcom yg prepaid tp coverage nya agak slow..most of the time sakit ati je lebey...konon nak jimat le pki prepaid coz mmg takde ms sgt nk online kat umah pun..since maxis dah buat promotion ni takle le lepaskan peluang..i love maxis

Monday, April 12, 2010

aksi terlampau naufal

Sejak akhir2 ni naufal semakin suka meragam..mungkin sebab makin nak membesar kot. Dlm usia yg dh hampir nk masuk 2 thn ni naufal masih takle cakap lagi. Dia pandai cakap nak dgn nanak (takanak le tu) & abah, yg lain sume tak berbunyi seperti yg sepatutnya..mungkin naufal mmg berat mulut kot..sabor je. cuma dlm bln apr' ni naufal demam smpai 2 kali, jadi berat badan dia merosot makin kurus la anak ibu nih..dh tinggal tulang je. Mana taknya bila demam langsung taknak makan, susu pun minum sikit je..

Tajuk entri ni aksi terlampau naufal sebab ibu perasan naufal skang ni mmg , suka bergaya depan kamera. Pantang ibu halakan kamera kat dia automatik je dia pose..perasan tul la anak ibu nih..baru2 ni masa naufal tak pakai baju (pki diapers je ok) elok je bergaya bila ibu hala kamera phone kat dia padahal ibu bkn nk amik gmbr dia pun hehe tapi sebab dh bg pose tu ibu amik gak ler gmbor naufal yg tak berbaju tu..sunguh ketara kekurusan nya..cepat la nak ibu ni besar ye..



ala-ala model gitu..sungguh perasan..


aahhh pening kepala ku...

Wednesday, April 7, 2010

maxis or celcom

hehehe ibu datang sapu sampah & bersihkan sawang je ni..nk hupdate x sempat dh ni..berbulan dh tak update. cite2 menarik simpan dlm otak je la buat kenangan..

anyway ibu dalam dilema nk pki broadband celcom ke maxis..mana satu yg ok ek..skang ni ibu pki broadband celcom yg prepaid weekly tu punya la lembab sakit otak dibuatnya...kenkawan yg ada cadangan ble gitau tak yg mana lg ok tak..adios

Tuesday, February 23, 2010

geram tul dgn budak kecik nih...

petang semalam lepas sampai je ke rumah naufal asyik dok tarik2 tangan ibu.."nak..nak..nak".. ibu pun layanler tgk dia nak tarik tangan ibu sampai mana..alih2 dia tarik ibu sampai kabinet kat dapur suruh buka sebab kabinet tu mmg berkunci..ibu konon2 nak bertegas n say no cannot..heheh pastu naufal yg dah tau kelemahan ibu pun menjerit2 nangis..pening punya pasal ibu pun terpaksa le buka..terus senyap...bila ibu tanya nak apa dia terkebil2 tak bergerak..takut ler konon..memandangkan ibu belum solat, ibu dah malas nk tunggu naufal kt depan kabinet tu..so ibu pun gi la masuk bilik..

kuar drp bilik, nampaknya naufal sgt enjoy dgn aktiviti memunggah khazanah dlm kabinet tu..lepas satu, satu dia bawa ke ruang tamu..siap main masak2 lg..amboi mentang2 ibu bagi can. selama ni ibu tak pernah bg dia main kt kabinet tu pun..bukan main seronok lagi..yg penatnya ibu ler nak mengemas...itu yang buat ibu geram sangat dgn budak kecik nih...


bestnya dpt punggah kabinet...



siap main masak2 lagi tu..pastu gi suap kt ibu plak...

Thursday, January 28, 2010

background baru

hari ni ntah kenapa terajin plak nk tuka background blog nopal. pilih punya pilih ibu terminat kt background yg ala-ala mcm kt zoo ni hehehe...

Monday, January 11, 2010

dah berapa lama da...

rasanya dah berbulan ibu tak menulis kt sini.nk kata takde cite byk gak aktiviti jln2 yg kita sekeluarga buat..jawapannya mudah je..ibu malas!! maklumla bln 12 tu kn byk cuti asyik dok cuti je n jln ke sana sini rasa malas plak nk online. kebetulan bila masuk opis pun ibu bz sgt tambahan plak dgn arahan kena transfer ke dept lain so lg kalut ibu kena siapkan kerja..anyway ari ni ade ms sikit (heheh sikit ke) ibu nk masukkan story psl holiday kita yg lepas.

Dlm byk2 aktiviti yg kita buat selain blk kg abah ibu hanya nk cite psl lawatan naufal ke KL Bird Park n ke Lumut. Kebetulan abah dpt bercuti panjang ms bln 12 ari tu ibu rasa hepi sgt coz dpt spent ms bersama.

ini pertama kali ibu pergi KL Bird Park tu rupanya ada mcm2 tmn kt situ..best gak ada bermacm jenis burung terutama burung merak yg dilepas bebas. naufal mmg takut dgn haiwan2 yg besar dr dia..asyik nangis je klu burung merak tu dtg dekat dia..sabor je..tp naufal sgt enjoy berjln2 kt situ..





lepas tu ms cuti krismas plak kita sekeluarga pergi ke lumut utk melawat sepupu naufal iaitu ariesha..ye la asyik diorag je dtg umah kita so kali ni kita gi umah diorang plak..kat lumut mmg best le coz dkt dgn teluk batik..ni first time nk bw nopal mandi laut..mula2 tu dia takut2 n nangis bila dh lama dia plak yg terlebiih nk berendam lelama dlm air nangis plak bila ajak blk. naufal sgt seronok kerana ibu benarkan dia main pasir kt tepi pantai..takpe la sekali sekala kan..mcm2 le nopal ni..smp dua hari berturut2 kita gi mandi laut..syok nye naufal..