GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, October 2, 2013

Hari Keluarga IWK 2013

     Wah! Dah dekat 2 bulan 'umah' aku neh bersawang noo? Sebab apa situasi ini terjadi? Boleh aku katakan dengan kesibukan yang pelbagai dan macam2 hal yang jadi menyumbang kepada kemalasan aku nak hapdet. Tapi, macam yang sebelum2 ini, aku akan cuba merajinkan diri tulis sehari 1 entri selepas entri ini yea? Doakan aku. Amin3...

     Dah lama kami tak bercuti ke tempat peranginan. Tup-tup Abe Zam kata akhir bulan 9 nak g ke Lumut. Alhamdulillah dapat juga lepaskan 'angin2' tak best kat tepi pantai sana. Kali ini, IWK pilih Marina Cove Resort. Dengar namanya; aku dah dapat agak yang sewanya agak mahal. Tapi, dah IWK bayo kan so jangan sesiakan.

     Kami sampai kat sana jam 4.15 petang. Macam biasa lewat dari staf lain pasal Imran Zamir ada tusyen Smart Readernya. Banyak juga simpang nak sampai ke sana. Kena betul2 ikut papan tanda baru boleh. Kira oklah.

Tanpa buang masa, amek kunci bilik dan 'goodie' bag dan macam biasa Si Pencinta Air tak sabar2 nak berendam. Sapa lagi Abanglah.

 Tudia dah siap siaga.

Lupa plaks. Meh aku tunjuk bilik sket. Memang luas pasal family premier apa ntah. siap ada dapur bersinki dan kabinet tapi takleh masak noo. Peti ais pun besar.



     Sepatutnya Abe Zam kena sertai acara sukaneka tapi udah budak berdua neh nak berendam, jadi terpaksalah Abahnya ikut berendam gaks. Dah petang kolamnya dah teduh. Selesalaaa nak berendam sampai Maghrib.


     Pada sebelah malamnya plaks, bersiap2 untuk makan malam dan cabutan bertuah. Hadiah utama tahun ini adalah 2 buah tv LED 40 inci kooo. Tapi bukan rejeki kitorang nak dapat. 1 dapat kat budak bujang dan lagi 1 kat staf lelaki yang agak baru juga kawin tapi dah ada anak 1. Kami dapat pembakar roti jadi bersyukurlah. Lepas neh boleh selalu buat 'toast' yang sedap.. ngehngehngeh.

  Boleh tahan cantik kan? Eh, macam ada gambo entiti plaks. Bulat putih tuh....eheheheh

 Pemandangan siang dari taman tema. Resort neh ada 11 tingkat kesemuanya. Nak masuk ke taman tema neh plaks kena bayar RM7 sorang jer. Dewasa dan kanak2 sama. Disebabkan tak boleh nak ke pantai, disediakan kolam air masin yang airnya paras dada lelaki dewasa. Luas jugak taman tema neh.

     Makanan kat sini boleh tahan aja. Masa malam tuh aku cuba nasi beriani ker apa ntah sikit dan rasanya sedap gaks. Lauk2 lain macam ikan tenggiri masak kicap, kari kambing, sotong masak apa ntah kesemuanya boleh diterima tekak. Makanan lain macam kerabu dan 'coleslaw' pun sama.
Coleslaw, salad, timun+mayonis, kerabu taugeh dan kerabu nangka.

     Udah2. Gambo makanan sikit ajerlaaa yea? Kang terliur plaks korang aku letak banyak2. Menu sarapan macam biasa ada roti, telur hancur, sosej, mihun goreng, kari ayam, nasi lemak, mihun sup, mee kari, bijirin dan buah-buahan. Waaaa, bila senaraikan macam banyak pula eks? Aku cuba sikit sambal nasi lemak dan yaaa ampuuunnn naik loya tekak. Manis, pedas dan yang paling tak boleh terima rasa rempah ratus sup dalam tu. bunga cengkih bagai. Apekah?

     Lepas tu bebudak neh sambung kecutkan badan kat taman tema. Si Iffah macam biasa terjerit-jerit bila masuk air. Aku suh gaks Abahnya rendam celup dia dalam air. Bagi ilang rasa ngengadanya tuh.

 
     Dah sampai masa untuk 'check-out', Abang macam biasa lepas berendam lapo kebulur dah. Lepas selesai semua, kami singgah kat Restoran D' Warisan neh. Sementelah nampak tak ramai orang. Tempatnya agak luas dan macam baru. Tak jauh dari Marina Cove Resort neh. Kalau hala balik belah kanan.



      Konsep kat sini macam restoran2 lain gaks; layan diri. Yang menarik bagi aku, bukan amek makanan jer sendiri. Minuman pun sama. Depa dah sediakan nescafe, teh, teh o, laici dan macam2 lagi sesedap rasa. Kita hanya ambil dan isi ais. hahahaha... rasa seronok plaks pasal tak biasa.

Akak neh adalah stafnya yang ngah tambah 'stok'. Lepas tu ramai orang serbu sebab dah memang waktu makan tengahari dan takder masalah menunggu lama untuk dapat minuman.

     Lauk-pauk kat sini pun sedap2. Aku dan Abahnya amek ikan keli dan talapia bakar serta ulam-ulaman. Sedap betul rempah perapan dia. Imran plaks ambil kari daging dan ayam goreng. Dia kata rasanya macam kepsi dah. Waaaa.. memang sedaplaaa tuh pasal budak neh memang payah nak puji makanan. Minuman plaks anggur laici, teh ais, nescafe ais dan milo ais. Semuanya RM36.00. Berpatutanlah harganya jadi aku boleh rekemen korang cuba makan kat sini bila ke Teluk Batik.

     Begitulah serba sedikit catatan cuti kami pada hari minggu yang lepas. Bila lagi ader rejeki nak bercuti eks?